Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,652
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Camelia meneliti jam tangannya.12:15 pm.


"Hm mananya ni?Kata tadi 5 minit sampai.Ni dah berminit minit dah ni."Rungut Camelia sendiri.Dia berkira kira untuk menelefon abangnya,sebelum yang ditunggu telah sampai.Dasar janji dicapati.


"Iq,sorry.Jalan jammed."Kata Danish lalu mengambil tempat bertentangan dengan Camelia.Camelia mencebik bibir."Baru ingat nak balik,tunggu orang tu,orang kat sini dah boleh minum bergelas air tau tak?"Sinis Camelia berkata.


Danish tersengeh senget lalu menggosok tengkuknya.Bukan dia taktau,adiknya tu kalau geram macam macam ayat boleh keluar dari mulut.


"Hehe,sorrylah.Okay,angah tebus kesalahan angah.Weekend ni Iq nak pergi mana,Iq bagitau je dekat angah.Angah bawak."Camelia menguntum senyum.

Bagus jugak,boleh lah mintak angah bawak pusing pusing.


Hati Danish berasa lega melihat adiknya tersenyum.


"Ni,kawan angah mana?"Soal Camelia.


"Aikk,tak sabar nak jumpa ke?"Danish mengangkat angkat keningnya sambil tersenyum.


"Alah,manatau jodoh Iq dengan kawan angah ke.Untung untung dapat bakal laki handsome,Iq pulak cantik.Confirm anak kitorang comel comel.Hehehehe"Gurau Camelia.


Dia tau kebanyakan rakan Danish mempunyai rupa yang diistilahkan sebagai 'muka boleh jual',tapi dia tidak berharap untuk berjodoh dengan mana mana rakan abangnya pun.Tapi kalau dah tertulis di luh mahfuz,ye alhamdulillah.


"Huh,perasan.Muka macam budak berhingus ada hati nak kahwin dengan orang muka anak raja."Kata Danish tetapi tiada maksud untuk mengguriskan hati adiknya.

Camelia sudah memuncungkan mulutnya.


"Ha tu,mulut muncung muncung tu nak buat apa?Sangkut hanger?"


"Eiii ang..."Tergantung ayat Camelia apabila melihat seseorang menepuk bahu abangnya.Kenapa kena dia ni?


"Dani,sorrylah lambat.Kerja banyak gila dekat office aku tadi."Kata Raiq.Tangan kanannya berjabat dengan tangan Danish.


"Eh,takpe takpe.Aku pun baru sampai.Lagipun ada adik aku meneman ni.Ni hah diaE

-eh,Iq.Asal muka macam baru lepas nampak hantu?"Soal Danish apabila melihat adiknya seakan tergamam.Dahlah tergamam,pucat pulak tu.


Camelia masih memandang Raiq dengan riak wajah terkejut


Kenapalah yang aku taknaklah yang aku kena selalu jumpa?


Danish mengalihkan pandangannya kearah tempat yang dipandang adiknya.


Danish tersenyum sinis.Sah terkejut tengok Raiq.


"Hai,nampak jodoh terus tergamam ke?Nilah jodoh Iq yang Iq kata handsome sangat tu.Amacam?Boleh proceed ke next level tak?"Perli Danish.


Raiq terpinga pinga.Tak faham dengan kata kata rakannya itu.


"Did I miss anything?"Soalnya ragu ragu.


"Tak ada apalah Chadd.Siblings chatting.Eh,duduklah.Takkan kau nak tercegat kat situ je."Kata Danish sambil menepuk nepuk tempat duduk disebelahnya."Nak makan apa?Aku belanja."Soal Raiq lalu membuka kertas menu.


"Huish,mentang mentang ada adik aku terus nak belanja eak?Selalunya kau nak keluar 20 sen pun terus cari kalkulator nak kira kadar duit berkurangan."Raiq tersengeh malu mendengar perlian dari rakan baiknya itu.Walaupun dia tidak pernah melakukan perkara yang dikatakan oleh Danish.


Camelia dari tadi hanya menjadi patung cendana mendengar perbualan dua rakan itu.

Kekok sebenarnya.


"Iq,angah nak pergi toilet dulu.Berbuallah dengan bakal laki Iq ni.Jangan risau,angah bagi approval."Kata Danish.Kenyitan mata dihadiahkan.Sekali lagi,Camelia menhadiahkan jelingan tajam.


Suasana sepi diantara dua hamba Allah itu.


"Sooo,ready nak jadi PA saya?"Soal Raiq memecahkan kesunyian."InsyaAllah ready."Jawab Camelia,kekok."Baguslah macam tu,saya taknaklah dapat PA yang doesn't have quality.Muka je cantik tapi tak ada kualiti,function apa kan?Baik saya interview model model bikini kat luar,tak gitu cik Camelia?"Sinis kata kata yang terbit dibibir Camelia.


Eh bapaklah ayat,pedaas kalah maggi 2x pedas giler.Kuat makan cili padi ke apa siot?!


Camelia meggigit bibir bawahnya menahan geram."So,Encik Raiq nak kata yang saya ni takberkualitilah,macam tu?"


"Heh,terasa ke?Saya tak ada selit nama awak pun,ke awak dulu memang pernah jadi model bikini?Tapi bagus jugak kalau awak terasa,tak adalah esok buat kerja macam kayu,kan?"Kata Raiq lalu menyandarkan tubuhnya di kerusi.


Wahh,makin panas ek?Ni yang takboleh ni.


"Encik Raiq,kalau Encik Raiq t.."


"Dah habis buat sesi perkenalan ke?"Soal Danish yang baru muncul dari tandas.Dua pasang mata itu memandang kearah Danish dengan wajah yang serius.


"Eh,asal masing masing tegang sangat ni?"


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey