Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,573
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

"Iq,ohh Iq.Bangunlah anak dara oii!"Jerit Nek Ila.Tangannya laju mengetuk pintu bilik Camelia.


Camelia yang baru bangun dari tidur terus membuka pintu biliknya untuk menghentikan opahnya dari terus mengetuk pintu.


"Baru bangun ke?Ni solat secara sempurna ke solat atas katil macam orang sakit?"Soal Nek Ila apabila melihat rambut Camelia yang menggerbang bak Hantu Kak limah."Hm,cuti lah opah.."Jawab Camelia.Dia menguap beberapa kali.


"Dahlah,kalau cuti pun tak ada maknanya boleh bangun lambat.Sekarang ni,Iq pergi mandi.Lepastu pergi bawak Irsyad pusing kampung.Dia teringin sangat katanya nak pusing kampung."Arah Nek Ila.


Camelia yang pada mulanya masih mamai mamai terus membeliakkan matanya."Kenapa Iq yang kena bawak dia?Angah mana?"Soal Camelia laju plus tak puas hati.Yelah,dahlah baru bangun tidur.Tiba tiba kena bawak si lelaki dalam bilik hujung tu jalan jalan pulak.


Memang tak ada maknanya aku nak bawak mamat tu jalan jalan.


"Dani ada hal dekat KL.Dia kena balik pagi tadi.Jadi kamulah yang kena bawak Irsyad pusing kampung.Dah sekarang ni jangan banyak bunyi kamu pergi siap lepastu teman Irsyad.Orang putih kata apa?By hook or by crook!"


Wahh opah,sejak sejak si Raiq tu datang sini terus boleh cakap orang putih eakkk.Padu tak padu?


Dengan rasa malas tahap planet pluto,Camelia pergi ke bilik mandi.Dia hanya mengenakan t shirt putih lengan panjang bercorak kepala marshmallow,dj terkenal dan juga tracksuit adidasnya.Rambutnya diikat tinggi.


Dia menapak keluar dari biliknya dan melihat Raiq sedang duduk di kerusi panjang sambil bermain telefon.Khusyuk lelaki tu memang tak boleh kalah.Kalau ada zombie kat tepi pun,confirm tak perasan.


"Ha,jom cepat.Tadi macam beria nak pusing pusing kampung sangat sampai saya yang kena jadi tourist guide tak berbayar."Kata Camelia lalu terus keluar memakai sandal tinggi yang dibawanya.


Raiq mengikuti langkah Camelia."Awak nak jalan kaki ke naik motor?"Soal Camelia.Tubuh dipalingkan kearah Raiq yang berada dibelakangnya.Segak lelaki tu fuhhhh boleh bikin perempuan cair.


"Jalan kakilah.Saya rasa berat saya dah bertambah sejak duduk kampung."Kata Raiq.Tangan kanannya memegang perut yang langsung tak ada kesan timbul atau timbunan lemak disitu.


Camelia mencebik,malas nak layan.Dia memulakan langkah dan diikuti dengan Raiq.


Sepanjang perjalanan mereka hanya senyap.Tidak mengeluarkan suara.Masing masing tak ada modal nak bercakap.Raiq sibuk memerhatikan budak budak bermain layang layang disatu tanah lapang.


Camelia pula khusyuk melihat Raiq secara diam diam.Mamat ni memang setiap angle nampak macho eh?Cannot ah gini.


"Best sangat ke usha muka saya ni ha?"Soal Raiq sambil kepalanya menoleh kearah Camelia.Matanya tepat memandang wajah gadis itu.


Gulp!


Dia perasan ke aku tengok dia?Adu mana aku nak tanam muka aku ni?


"Eh,bila masa pulak saya pandang Encik Raiq?Perasan je."Kata Camelia,cuba menidakkan kebenaran.


"Takpayah nak cover sangatlah.Muka dah merah dah tu."


Camelia menggigit bibir,malu.Tangannya menekup pipinya."Well actually,you can stare my whole face forever,babe."Kata Raiq.Tubuhnya dibongkokkan sehingga wajahnya separas dengan wajah Camelia.Jarak wajah mereka kini hanyalah sejengkal sahaja.


Sekali lagi Camelia menelan air liur apabila wajah Raiq betul betul dihadapannya."Ei,apa buat macam ni?Orang tengoklah,tak malu eh?"Soal Camelia dalam nada yang tersekat sekat.Mukanya ditekup,malu.


Raiq tersenyum sinis."Such a scaredy cat."Ejeknya sebelum menghembus nafasnya tepat diwajah Camelia.Tubuhnya kembali ditegakkan.


Terbatuk batuk Camelia apabila wajahnya disapa angin karbon dioksida dari mulut Raiq.Bukan sebab busuk,tapi sebab bau mulut Raiq yang mempunyai aroma mint yang kuat.


"Sungai ni boleh mandi ke?"Soal Raiq,mengubah topik.Tubuhnya dipalingkan kearah sebatang sungai yang terbentang dihadapannya.Faktanya sekarang dia sendiri tengah malu dengan apa yang dia buat sebentar tadi.


"Of course boleh.Encik Raiq nak try ke?Saya boleh tolong tolakkan.

"Camelia membuat tawaran sambil menjongket jongketkan keningnya.


Raiq menggeleng kepala tanda menolak."Tak pelah saya -gedebushhhh"


Sekelip mata sahaja Raiq sudah berada didalam sungai yang agak dalam itu.Habis lencun tubuhnya.Lelaki itu meraup wajahnya.


"Wehh tolong,saya -huff huff saya tak pandai berenang!!"Jerit Raiq,meminta pertolongan.Tangannya terkapai kapai meminta pertolongan.


Camelia yang juga tidak handal berenang mencari sosok aneh yang menyebabkan Raiq terjatuh kedalam sungai.


"HAHAHHAHAHAHA."Gelak satu suara yang amat dikenali oleh Camelia.Dia menoleh kearah belakang dan mencari si pelaku.


Terbeliak matanya memandang lelaki yang sibuk mencangkung di gigi sungai sambil gelak terbahak bahak.


"Mika!!"Jerit Camelia,teruja campur terkejut campur geram.Mikael menoleh kearah Camelia sambil tersenyum lebar."Yoe Cayy.Wazzup?"Sapa lelaki itu.Tangan mereka saling membentuk genggaman dan bertembung satu sama lain.


"Handsome dah kau sekarang,dulu selekeh kalah orang tepi jalan."Kata Camelia.Memang dia nampak banyak perubahan pada sahabatnya yang seorang itu.Muka dah nampak lagi matang,penampilannya juga sudah terjaga.Kira macam perfectlah.


"Kau pun apa kurangnya,makin perempuan aku tengok kau.T-shirt takada lengan,seluar paras paras lutut dah macam orang orang aku tengok kau dulu."Balas Mikael pula.


Kembang kuncup hidung Camelia mendengar pujian 


"Eh,wait.Kenapa seny -ENCIK RAIQ!!"Jerit Camelia apabila dia sudah tidakk mendengar suara Raiq yang berada didalam sungai.Tubuh lelaki itu juga sudah tidak kelihatan.


Perasaan panik mula menyelubungi diri.Kalau dia mati lemas,habislah aku.Mesti aku kena tangkap sebab tak tolong dia.


Mamaaaa,Iq taknak masuk penjara.


Berkat sel otak berhubung pesat,Mikael menanggalkan bajunya dan mengambil langkah terjun kedalam sungai itu.


Seminit,dua minit...


Timbullah dua makhluk kacak pujaan wanita di dasar sungai.Tubuh Raiq dibaringkan ditepi sungai.Lelaki itu langsung tidak menyedarkan diri.


"Encik Raiq?Encik Raiq,janganlah mati dulu.Saya belum merasa jadi PA Encik Raiq lagi.Kalau Encik Raiq mati,saya nak gaduh dengan siapa?Siapa yang nak nyanyi untuk saya?Saya nak cintakan siapa lepasni?"Rintih Camelia,dan dia tidak menyedari dia telah memberitahu isi hatinya.Air matanya mula meleleh jatuh ke tanah.


"Uhukk chillah,saya belum matilah.Gaya nangis dah macam saya ni dah masuk alam barzakh."Kata Raiq yang tersedar dari pengsannya.Terbatuk batuk lelaki itu apabila merasakan tekaknya perit.


Rambutnya yang melekat didahi diraup kebelakang.Dia terus duduk sambil memeluk lututnya.Mukanya dikekalkan macho.


Makin deras air mata Camelia apabila melihat Raiq yang sudah sedar.Dia nangis bukan sebab apa,sebab dia takut kalau Raiq mati dia akan dipenjarakan atas tuduhan bersubahat dalam membunuh.


"Awak sayangkan saya ke?"


Camelia tidak menjawab malah menyembamkan kepalannya didada bidang Raiq yang basah.Raiq yang terkejut dengan tindakan drastik Camelia terus sahaja mengusap belakang kepala Camelia.Dia kelas mendengar esakan gadis itu.


"Hey hey,janganlah nangis.Saya hidup lagilah."Pujuknya lembut."Kalau Encik Raiq mati nanti mesti angah marah saya."Rintih Camelia persis kanak kanak.


Raiq hanya tersenyum kecil mendengar rintihan gadis itu. Mikael yang dipalaukan hanya membatukan diri disitu sambil matanya melihat drama cinta yang terlayar di depan matanya.


Hampir sepuluh minit kepala Camelia terbenam didada Raiq.Dia yang sudah berhenti menangis menarik kepalanya menjauhi Raiq.


"Habis dah nangis?Ha gembeng?"Soal Raiq,mengejek.Camelia malas nak berkata apa sebab dia dah penat sangat menangis."Nak balik tak?"Soal Raiq kepada Camelia dan dibalas gelengan oleh gadis itu.


"Taknak?Serius taknak?"Soal Raiq,inginkan kepastian.Dan sekali lagi persoalannya dibalas dengan gelengan.


Raiq menoleh kearah Mikael yang berada disebelahnya."Bro,thanks tolong aku tadi.Kalau kau tak ada maybe aku takboleh dengar budak ni menangis."Ucap Raiq.Mikael hanya membuat isyarat 'no problem'


"Raiq Irsyad."


"Syahir Mikael."


Kedua dua mereka berkenalan."Aku nak gerak dulu.Jumpa lagi."Kata Mikael sebelum berlalu.


"You know what?You really deserve her."Kata Mikael lagi dan menyambung langkahnya meninggalkan dua manusia itu.


Raiq hanya memerhati Camelia yang tertidur disebelahnya.Haish budak gembeng ni,kat tanah pun boleh tidur.Dasar biawak!


"Hachuu"


Ah damn,dah start dah bersin aku ni.Jangan demam sudahlah.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey