Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,560
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

"Azril Syahril."Camelia melafazkan sebaris nama yang menambat hatinya hampir 11 tahun.Mereka bertemu ketika keluarga Camelia baru berpindah di kawasan perumahan itu.


"Hai,baru pindah ek?"Soal Jill.Pagar yang memisahkan rumahnya dengan rumah jiran dipanjat kerana pagar itu agak tinggi.


Camelia memandang jiran barunya itu.Not badlah,tinggi boleh tahan,rambut terletak,muka dia tak bersih sangat.Nampaklah sikit jerawat jerawat tu.Biasalah,dah remaja kan.


"Dah nampak banyak kotak ni ofcourselah baru pindah en?Aku masih belum cukup rajinlah nak kemas semua barang aku lepastu letak dekat halaman rumah tanpa sebab"Balas Camelia dan diselitkan dengan sindiran.


Dia bukan jenis yang suka layan lelaki walaupun dia sendiri berketerampilan macam lelaki."Wuish ayat berapi,nasib baik aku ni jenis makan pedas so tak adalah rasa pedas sangat."Kata Jill sambil membuat muka selamba.


Camelia tidak membalas kata kata Jill.Sudahlah dia penat duduk didalam kereta hampir 4 jam,nak kena angkat kotak yang banyak lagi.Ni nak kena layan jiran terlebih peramah pulak.


"Jill."Tangan dihulur untuk bersalam.Camelia menyambut huluran tangan Jill itu."Aku Camelia."


"Nak aku tolong tak?Macam nak tumbang je aku tengok kau angkat kotak tu."Jill menawarkan perkhidmatannya.

Camelia pantas menganggukkan kepalanya.Jill segera memanjat pagar untuk membantu jiran barunya itu.


Terukir senyuman dibibir Camelia.Bagus jugak ada yang nak tolong.Kalau dia buat sorang,lima tahun pun tak terangkat kotak kotak ni.Nak mintak tolong mama dengan papanya,mereka masih lagi sibuk dengan urusan mereka.


Abang abangnya?Mereka sendiri sibuk memunggah barang barang mereka.Alang alang dah ada yang nak tolong,kira acceptlah.


"Nak aku angkatkan yang mana?"Soal Jill.Camelia memuncungkan bibir kearah sebuah kotak yang bersaiz agak besar.Tanpa banyak bunyi Jill mengangkat kotak itu dengan mudah.


"Ringan je.Ingatkan berat macam 10 biji dumbbell."Perli Jill sambil tersenyum sinis kepada Camelia.Sebuah jelingan maut dihadiahkan.


Mereka berdua jalan beriringan kedalam rumah.Kotak itu diletakkan didalam bilik tidur Camelia.


Jill memerhati kesegenap bilik Camelia lalu pandangannya tertancap pada tingkap bilik itu."Wah tingkap bilik kau ada window seat jugaklah.Dahlah menghadap bilik aku."Komen Jill,teruja.Dia berlari lari anak ke arah window seat Camelia.


Camelia memandang kearah tingkap biliknya.Memang jelas tingkapnya betul betul menghadap kearah sebuah tingkap di rumah sebelah.Dan dengan jelas dia melihat dekorasi bilik itu.


"Kau malam malam jangan nak intai aku pulak."Kata Jill yang membuatkan Camelia mencebik bibirnya."Huh,tak ada maknanya aku nak intai kau.Bukannya kau tu handsome and sado macam Chris hemsworth.Otot pun tak ada"Balas Camelia sambil menggulingkan matanya.


"Eh,manatau kau ada nawaitu nak intai aku takpakai baju.Maklumlah,orang handsome memang ramai peminat yang kaki stalk."


"Perasan."


"Memang aku handsome,kan?"


"Tak"


"Ye"


"100% no"


"Infinity yes"


"Hesy,layan kau ni en aku rasa lepas ambik SPM 4 tahun lagi pun takhabis.Dahlah,jom.Aku taknak kena tangkap basah dengan kau."Kata Camelia memutuskan perbalahan antara dia dan Jill.


Jill tersenyum seperti kerang busuk.Elok je Camelia dan Jill keluar dari bilik Camelia,mereka terserempak dengan Fazreeq dan Danish.


"Iq,have you done?"Soal Fazreeq kepada adiknya.Camelia menganggukkan kepalanya.


Danish yang dari tadi asyik meneliti lelaki yang bersama dengan adiknya itu mula bersuara."Who are you?"Soal Danish.Matanya masih taklepas pandang kearah Jill yang berpeluh.


"Nama saya Azril Syahril,tapi orang panggil saya Jill je.Saya tinggal dekat rumah sebelah ni."Jawab Danish lalu bersalaman dengan kedua dua lelaki yang dianggap mungkin abang Camelia.


Danish dan Fazreeq menganggukkan kepala."Saya Fazreeq,abang sulung Camelia.Ni Danish,abang Camelia nombor 2."Giliran Fazreeq pula memperkenalkan dirinya dan danish kepada jiran mereka.


Camelia hanya memerhati sahaja Jill dan abang abangnya berbual.Rancaknya seperti sudah lama berkenalan.


Sedar tak sedar,Camelia asyik memerhati sahaja jiran mereka.Dia suka senyuman yang dimiliki oleh anak jirannya.Senyuman yang mampu membuat gunung berapi didalam hati Camelia meletus sehingga hatinya menjadi cair.


Jill,aku jatuh cinta ke dekat kau?Soal Camelia didalam hati.Mustahil,aku baru je kenal kau tadi.Tak sampai sehari pun.


Camelia tersenyum sendiri memandang tingkap bilik rumah sebelah,walaupun dia tahu penghuninya belum pulang.Window seatnya dijadikan tempat dia melihat rumah sebelah.


Dia termenung memandang kearah langit."Jill,mungkin kau takpernah tau aku cintakan kau.Tapi kalau kau gembira bila dengan orang lain,itupun dah buat aku cukup gembira."


Kata camelia sebelum dia menapak menuju ke katilnya.

Haihhh,start dari esok dia dah kena menghadap muka insan yang bernama Raiq Irsyad.


Harapnya dia bertabah dengan mulut kalah cili padi bossnya itu.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey