Home Novel Cinta Leraikan Mimpi
Leraikan Mimpi
Lynn Suraya
3/1/2015 14:07:01
50,785
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

"Abang Ilham sukakan Kak Su?" Aida tiba-tiba bertanya. Dia masih belum tahu apa yang sedang berlaku, Suraya tidak pernah berbicara soal cinta dengannya. Aida tahu, Suraya mahu dia menumpukan sepenuh perhatian dalam pengajian dan menepikan soal cinta. Cuma, jodohnya tiba lebih awal. Dilamar teman sekuliah. Dia masih punya 2 tahu di sini sebelum menamatkan pengajian. Dia kira tidak salah untuk mendirikan rumah tangga lebih-lebih lagi bila berada jauh dari keluarga, mempunyai seorang suami yang boleh dijadikan tempat bergantung barangkali pilihan yang baik.

Pada mulanya dia tidak punya sebarang prasangka namun pandangan mata Ilham dan layanan kurang senang Suraya terhadap Ilham menunjukkan sesuatu yang tidak kena. Bila dia bertanya kepada Suraya, Suraya hanya menafikan dan memberi alasan yang dia tidak begitu rapat dengan Ilham. Namun, Aida masih merasakan ada sesuatu antara mereka.

"Kak Su ada kata apa-apa?" Ilham pula bertanya. Aida menggeleng. Dia tahu Ilham sudah berkahwin cuma dia tidak pasti keadaan rumah tangga Ilham. Ilham mendirikan rumah tangga setelah dia terbang ke Ireland. Bila Ilham tiba di London setahun yang lalu, dia hanya sempat bertemu sekali ketika Ilham, Najmi dan beberapa lagi pelajar Malaysia datang ke Ireland.

"Apa hubungan Suraya dengan Najmi?" Ilham tiba-tiba bertanya. Aida memandang Ilham tidak mengerti.

"Okey agaknya," meluncur jawapan dari mulut Aida.

"Jadi mereka tak bercinta?" Aida merenung wajah Ilham tidak mengerti. Bercinta? Suraya dan Najmi?

"Kak Su tak mungkin. Tapi Najmi..." bicara Aida terputus. Dia ragu untuk meneruskan. Ilham mengerutkan wajah. Bicara Aida yang terhenti menimbulkan persoalan.

"Saya rasalah, dia suka Kak Su," Aida menyambung perlahan. Ilham memandang Aida tidak percaya. Najmi sukakan Suraya?

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.