Home Novel Cinta Leraikan Mimpi
Leraikan Mimpi
Lynn Suraya
3/1/2015 14:07:01
50,789
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

"Suraya," saat menoleh, Suraya seakan tidak percaya dengan pandangannya.

"Macam tak percaya. Apa Suraya buat dekat sini?" Ilham tersenyum memandang Suraya yang masih diam terkaku.

Suraya memandang Ilham. Tiga tahun yang lalu, setelah dikhabarkan lelaki itu telah bertunang, Suraya mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubung dengannya. Mereka bukanlah kekasih, buukan juga sahaat baik, cuma berhubung atas keperluan tugas sebagai ahli dalam persatuan yang sama. Cuma, hatinya, hatinya tidak kuat untuk terus mendepani lelaki.

"Ilham," Suraya berbicara juga, menyebut nama lelaki yang pernah mengisi ruang hatinya.

Ilham mengambil tempat di sisi Suraya. Jatung Suraya berdegup kencang. Pertemuan ini benar-benar tidak dijangka. Dia memandang ke hadapan. Green Park kelihatan dipenuhi pengunjung yang beriadah mahupun pelancong yang mahu melawat Istana Buckingham.

"Saya dengar pasal Suraya dari Najmi," Ilham memulakan bicara. Suraya masih diam, dalam fikiran cuba memproses apa yang sedang berlaku.

"Bukan sebab Suraya ikut saya, Suraya pilih Universiti London?" Suraya mengerutkan wajah, spontan dia berpaling menatap lelaki di sisinya.

"Saya bergurau. Saya tahu, Suraya tidak tahu saya di sini," Ilham turut berpaling menatap wajah Suraya beberapa ketika sebelum sama-sama berpaling memandang kembali ke hadapan. Padang hijau dan pohon yang merendang.

Sudah dikatakan, mereka bukan sahabat baik, mahupun teman mesra. Perkenalan dan perhubungan sebatas rakan sekerja. Jika tidak kerana tugasan, mana mungkin untuk mereka berbicara. Suraya canggung dan Ilham hanya berdiam.

Musim luruh yang sudah hampir tiba. Walau pohon masih hijau daunnya, angin yang terhembus luar biasa dinginnya. Sudah seminggu di sini, Suraya masih belum biasa. Kot yang tersarung dikemaskan sambil memeluk tubuh erat. Dingin yang menyapa tubuh tidak terasa di dalam hati. Hatinya hangat. Suraya berhati-hati menjeling Ilham dengan hujung mata. Ilham. Dia masih mencari tempat Ilham di hatinya.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.