Home Novel Cinta Leraikan Mimpi
Leraikan Mimpi
Lynn Suraya
3/1/2015 14:07:01
50,783
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

"Kak Su!" anak muda itu masih termengah-mengah menarik nafas. Sambil membetulkan kot tebal yang menyarung tubuhnya, dia mengukir senyuman.

"Tak sangka akak datang juga," pandangannya masih melekat pada wajah gadis itu. Seakan tidak percaya. Setelah tiga tahun, gadis itu muncul juga.

"Akak pun macam tak percaya," Suraya bersuara sambil tertawa. Dia memerhati sekeliling.

"Najmi seorang saja?" Najmi tersenyum sambil mengangguk. Troli beg Suraya disorongnya.

"Aida tak dapat datang, dia sibuk dengan praktikal. Akak fahamlah, pelajar perubatan," Suraya mengangguk. Aida dan Najmi yang dikenali lebih 3 tahun lalu semasa mereka berdua sedang mengikuti program persediaan pelajar ke luar negara. Setelah tamat, kedua-dua mereka terbang ke United Kingdom, Aida ke Ireland manakala Najmi di Manchester. 

'Akak datang U.K., saya akan jadi pemandu pelancong sepenuh masa akak," Najmi pernah berkata-kata seperti itu sebelum pergi. Suraya hanya tersenyum dan mengangguk. Dia memang mahu ke sana. Memang impiannya untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Bukan tidak layak, malah keputusan yang diperoleh sepanjang pengajian sentiasa terbaik. Barangkali masih belum ada rezeki dan dia sendiri memilih universiti di dalam negara untuk meneruskan pengajian.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.