Home Novel Cinta Leraikan Mimpi
Leraikan Mimpi
Lynn Suraya
3/1/2015 14:07:01
50,786
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Najmi ternganga menerima panggilan berbaur amarah dari Ilham. Suraya cintakan dia? Najmi ragu-ragu. Tidak pasti untuk memberi reaksi, hanya menadah telinga mendengar kata-kata Ilham. Soalan demi soalan yang dilontarkan Ilham tidak mampu dijawabnya. Dia cuma cuba menenangkan Ilham. Namun, dia tidak menemukan kata-kata yang sesuai.

Panggilan daripada Ilham berlangsung lebih lima belas minit. Panas telinga dengan gelombang telefon serta luahan tidak puas hati Ilham. Suraya, dia mahu menghubungi gadis itu dan meminta penjelasan namun, dia ragu. Jauh di sudut hati Najmi, dia gembira mendengar berita Suraya mencintainya. Namun, dia sedar, barangkali itu hanyalah muslihat Suraya untuk melepaskan diri dari Ilham. Biarpun sekadar kebohongan, dia mahu menikmati seketika satu hakikat bahawa gadis yang sekian lama bertakhta dalam hatinya turut mengaku mencintainya.

"Suraya," Najmi menyebut perlahan nama itu. Hujung minggu ini Suraya akan bertandang ke Manchester. Biarlah ketika itu nanti Suraya menerangkan sendiri apa yang telah berlaku.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.