APA yang berlaku susulan kejadian di apartment Egann selepas itu samar-samar di ingatan. Semua tindakannya selepas itu adalah keputusan impulsif. Sedar-sedar dia dah naik bas dan balik ke Pahang, naik teksi dan balik ke Pekan, dan dihubungi saudaranya untuk mengambilnya di lokasi terdekat.
Dia sampai ke rumah setelah malam. Memandangkan rumah gelap gelita, Ayen beranggapan ibunya dah tidur, jadi Ayen terus ke bilik tidurnya bersama rasa kecewa yang tak berbelah bahagi terhadap Egann. Akan dimaklumkan kepada ibunya bahawa perkahwinan dengan lelaki itu dibatalkan, dan dia akan mengahwini sesiapa yang ibunya kehendaki – dia berjanji pada diri sendiri.
Setelah siang esoknya, didapati Puan Norle tiada di dalam rumah. Telefon juga tidak bersambut. Setelah Ayen memutuskan untuk mencari emaknya di kebun, bahana dahagakan kehangatan pelukan, gelak tawa dan sesi meluah perasaan pada ibunya – apa yang ditemui ialah mayat emaknya yang membusuk di pondok kebun.
Dunia Ayen hancur.
BERITA kematian Puan Norle sampai ke pengetahuan Egann melalui informan yang sama yang pernah menjualnya maklumat mengenai latar belakang gadis itu dahulu. Selepas berjaya menculik Ayie dari ofisnya tanpa kebenaran Suzi, dan selesai memaklumkan kepada Encik Abu Bakar, Egann terus memecut ke Pekan.
"Kau rapat sangat ke dengan emak aku sampai bersungguh datang melawat dia walaupun dah meninggal?" soal Ayie di kerusi penumpang. Laluan ke kampungnya memberi rasa yang agak asing. Ini rindu, kah? Bukan... tetapi lebih kepada familiar kerana kembali ke lubuk lama.
Egann menoleh dengan muka berkerut. "Mak kau meninggal. Kau takda rasa sedih, kah?"
"Dia pukul aku. Libas aku dengan tali pinggang. Panggil aku anak derhaka. Putuskan hubungan kami hanya sebab aku ada nafsu dekat lelaki. Aku nakkan tempat sandaran, dia buang peranan dia sebagai penyokong dan bantu aku. Sorry to say, tapi... aku tak pandang dia sebagai emak sebagaimana dia tak pandang aku sebagai anak."
Egann menoleh lagi. Terasa terhentak jiwanya mendengar kata-kata bersifat keras itu. Malah, wajah Ayie turut keras membeku.
"That's too harsh..."
Ayie tersenyum nipis. "Its okay. Aku dah terbiasa. Setiap kali aku datang melawat, aku menerima layanan yang sama. Jadi aku..." Liur yang terasa keras, dipaksa telah. Layanan dingin dari Puan Norle membuatnya benar-benar menjauhkan diri. "I figured out... its easier to stop caring... and just live my life. That's what she wants ne'way."
"Kau nak buat layanan yang sama kat adik kau tu?"
Ayie menjeling. Egann membalas dengan jelingan yang sama.
"Dia sangat rapat dengan mak kau... kalau ikut pemerhatian aku. Dia, sekarang ni, aku sure tengah lost. Jangan kecewakan dia."
Nafas dalam terhembus. "Sedangkan kau sendiri pergi kantoikan aktiviti luar tabi'i kau dekat adik aku tu... kau berani nak lecture aku pasal kecewakan dia?"
Spontan si lelaki mendengus. Wajah Doug dibayangkan di minda. Memang aku ludah muka mamat tu nanti sebab berani kantoikan dekat abang Ayen.
"Aku lain. Aku orang luar. Tapi kau abang dia."
"Ye la tu. Aku tengok kau lebih komited nak jadi penjaga dia berbanding aku."
"Mungkin sebab aku abang yang bertanggungjawab."
"Kau confuse peranan abang dengan boyfriend ke apa ni?"
Setiba di kampung itu dan setelah bertanyakan pada orang kampung, Scirocco dipandu ke kubur. Jumlah pengunjung dah pun memudar, meninggalkan seorang gadis tembam yang tengah bersila di atas tikar di sebelah kubur yang masih merah. Ada beberapa orang yang sedang menemaninya. Ayie pada mulanya enggan memasuki kawasan kubur sehinggalah ditendang Egann untuk melaksanakan tugas sebagai abang dan menemani Ayen di sana.
DIA terbangun dengan kepala yang terasa berat dan berdenyut. Mata yang terasa bengkak dan pedih, dikesat perlahan. Pilu yang dirasai masih memakan diri, tapi suasana gelap ketika ini menarik perhatiannya juga. Dia tertidur di atas sejadah dalam keadaan menangis... dan sekarang dah pukul berapa?
Dia bangkit dari sejadah dengan susah payah. Tulang belakangnya terasa berkarat kerana lama sangat tertidur dalam keadaan janggal. Telekung ditanggalkan, rambut yang panjang ke paras dada disikat dengan jari, dan dia memaksa kaki untuk keluar dari bilik yang gelap gelita – ke ruang tamu yang juga diselubungi gelap kecuali ditembusi cahaya lampu dari laptop di meja kopi.
Siapa? Dia sepatutnya berseorangan...
Setelah dia mendekat, persoalan terjawab bila lelaki itu menoleh ke arahnya. Itu ialah Egann, sedang bersandar di kaki sofa sambil menghadap indeks pasaran saham di skrin Apple.
Ayen ternganga. Dengan suara yang berat dan tenggelam di anak tekak, dia bertanya.
"Kau buat apa dalam rumah aku? Aku tengah mimpi ke?" Pipi yang masih kebas, dipicit.
"Aku sampai masa Asar tadi... kau tak perasan aku rupanya?"
"Macammana kau masuk rumah aku..."
"Ayie ada sekali."
"Ayie pun ada?!" Kali ini betul-betul terkejut.
Egann mengisyaratkan kepala pada lelaki yang tengah terbongkang di atas sofa panjang. Ayen ternganga sekali lagi, lalu terduduk di lengan sofa.
"Bila masa..."
"Aku yang bawa dia balik... biar dia jumpa mak kau... tapi kami tak smepat sampai sebab arwah dan dikebumi..."
"Macammana kau tau..."
"Informan aku bagitau."
"Siapa..."
"Orang kampung ni... orang yang sama yang jual aku maklumat pasal kau dengan mak kau."
Jawapan-jawapan Egann cukup jelas hingga memudarkan kelabu di akal Ayen. Wanita itu menoleh pada abangnya sekali lagi dengan riak tak percaya.
"Aku tak sangka kau betul-betul bawa dia balik..."
"Aku masih gagal nak buat dia melutut minta maaf depan mak kau.... Berita kematian dia tak dijangka, neway..."
Dan arah pandangan Ayen beralih pada pemuda berjambang itu pula. Melihat kopi masih berbaki di atas meja, lalu dia duduk di sebelah lelaki itu.
"Nak." Tangan dipanjangkan, mencapai jag berisi kopi dan dituang ke dalam cawan yang dah ada di tas meja. Kotor tak kotor, tak peduli. Egann pula membiarkan.
"Kau macammana?" soal lelaki itu, berbahasa.
"Masih terkejut. Sedih. Kau takkan faham."
"Aku sangat faham, Ayen..."
"Ye la tu." Kopi diteguk sambil mengerling pada Egann yang membuat pengiraan di atas buku nota. "Kau sanggup angkut kerja kau ke sini sebab nak bawa Ayie jumpa mak?"
"Dan sebab risaukan kau."
"Unnecessary."
"Tanggungjawab aku, Yen. Aku dah janji dengan arwah mak kau untuk jagakan kau..."
"Pun bukannya kita akan kahwin."
Coretan Egann terhenti. Lalu dia menoleh, dan renungan mata biru itu redup sekali menerkam seluruh wajah si wanita. Maklum bahawasanya kejadian di apartment hari itu menutup terus peluang mereka untuk bersama.
"Didn't matter. A promise is a promise, and a real man didn't break his own word." Tegas. Dia kembali menunduk pada buku notanya. "Lagipun, aku tahu pedih kehilangan seorang emak dan ada ayah yang langsung tak berguna. Cuma berbanding kau, aku ada adik yang tengah bencikan aku sekarang."
Kening Ayen terjungkit tinggi. "Nasib kita sama macam tu sekali?"
"Ayah aku ialah entrepreneur, duduk dekat Upper West Side in New York and basically a rich man with rotten heart and brain. So, ada dua orang anak haram yang lahir dari perut pelacur doesn't exactly work with his life schedule, jadi dia angkut aku dengan Saif kat Malaysia masa aku tiga tahun. Kami ditinggalkan dan disembunyikan di sini dan dijaga oleh bibik..." Ayen yang tengah melopong, dipandang. "Bibik yang kami anggap sebagai mak tu ialah kakak kepada Puan Diyana. Lepas bibik meninggal... kami dijaga Puan Diyana. Itulah kisah pendek aku."
"Sorry. Nasib kita langsung tak sama..."
Egann tersenyum nipis. "Needless to say, I know that feeling of losing a loved one. Cuma dalam kes aku... masih ada seorang yang aku sempat selamatkan..." Liur ditelan. "Aku akan buat apa-apa saja... supaya dia kembali terima aku sebagai abang dia semula. Perkembangan antara kami dah makin baik kalau compare masa mula-mula aku kantoi dulu... so aku nak proceed dengan approach yang sama – gunakan perempuan sebagai katalis untuk yakinkan dia yang aku boleh berubah macam yang dia nak." Kukuh sekali niatnya.
"Walaupun kau patahkan hati seberapa ramai perempuan pun?"
"It's a risk I have to take." Wajah Saif dibayangkan di belakang kepala. "Walau kena tipu dia sampai kiamat, aku sanggup buat."
Ayen melipat lengan di atas lutut sambil merehatkan pipinya di situ. Lebih selesa nak merenung sisi wajah yang berjambang itu. Riak serius Egann menggamit rasa di hati. Nampak handsome. Tapi sayang, hidup dalam dunia dua alam.
"Mungkin kalau kau cari partner in crime yang biseksual... kau boleh tipu adik kau dan pada masa yang sama, terus amalkan life style yang tak sihat tu. Win-win situation."
Egann menoleh lalu. "Arwah Jenny ialah biseksual."
"Touche."
"Honestly, it doesn't feel... good. Sebab kadang-kadang Jenny angkut perempuan atau lelaki masuk rumah sedangkan aku sendiri tak tau. I don't like that attitude. Kedekut taknak share."
Ayen merenung datar ke dalam gelap. "Aku pun tak suka bila orang kedekut taknak share..." Datar membalas.
"Kau nak tahu apa lelaki fikir pasal lesbian?"
"Aku tak nak tahu..."
"Another woman yang nak rampas kerja lelaki."
"I'm regretting this conversation already." Dahi dibenam ke lengan.
Egann tersandar bersama senyum. "Kau kenapa tak tidur?"
"Aku kerap teringat kat mak... aku taknak nangis, jadi aku ingat boleh rileks sikit bila bercakap dengan kau. Makin sakit kepala pulak jadinya."
"Hahaha."
"Itu bukan benda yang kau patut gelak..." Dia menoleh lagi. Kali ini, pandangan mereka bertemu. Ayen tidak melarikan renung, manakala Egann membalas bersama senyuman relaks. Skrin laptop termati, sekaligus membenarkan kegelapan membungkus keduanya. Namun kedua-duanya masih tidak berganjak dari lokasi masing-masing.
Bila lelaki dan perempuan berdua-duaan, yang menemani adalah syaitan. Ayen menegak kembali bila menyedari hatinya mula terpesong sedikit.
"Jom ikut aku ke KL. Kau boleh bina life baru kat sana."
"Egann, aku dah cakap aku taknak kahwin dengan kau..."
"Aku faham kau dah taknak, tapi kita masih boleh pursue relationship sebagai fake boyfriend and girlfriend untuk tipu Saif dengan family angkat aku. Mereka betul-betul berkenan dengan kau, please. I really-really need this. Sebagai janji aku dekat arwah mak kau, aku akan jagakan kau. Rumah, kereta, makan minum... aku akan sediakan semuanya, FOC. Kita boleh cari pasangan yang betul-betul untuk kau juga. Maybe improve penampilan kau sekali."
"Amboi!"
"Please say yes... aku tak tau kenapa tapi aku betul-betul yakin I can work this lie with you. Saif is everything to me."
Nafas dihembus. "Please be reminded that kau handsome dan berduit. Sugar babies melambak kat KL for God sake!"
"Aku... maybe... dah cakap dekat dorang yang kita dah ready nak kahwin."
"Wow. Kau clearly takda masalah nak menipu. Jadi aku rasa kau takda masalah nak counter-tipu cakap aku dah mati kat kampung ni!"
"Ayen..." keluhnya sambil menahan lengan gadis itu dari bergerak pergi. "I'm pitching a sale here, please reconsider..."
Nafas panas didengus. Ayen duduk kembali, memikirkan masa depan dari segi kerjayanya pula. "Aku memang nak cari kerja yang lebih baik kat KL... memandangkan aku dah takda alasan untuk terus stay kat kampung..."
Egann menghela keluh lega. "Aku akan bantu kau cari kerja."
"Semua benda kau nak tolong..."
"Aku ada banyak kabel dalam dunia korporat Malaysia. You name it, nak kerja kat industry mana. Perkilangan, kesihatan, pembangunan, retail..."
Cadangan yang meyakinkan. "Tapi aku taknak tumpeng free kat rumah kau. Aku nak bayar sewa."
"Orang dah bagi free tapi kau nak bayar? Level bodoh apa kau ni?"
"Orang nak bagi duit tapi kau nak bagi free? Level bodoh apa kau ni?"
Geram Egann dibuatnya. Pandai menjawab!
"So... okay? Jadi fake girlfriend aku?"
Ayen menarik nafas dalam. Dia dapat banyak kelebihan dari persetujuan ini, jadi rasanya takda masalah. "Okay..."
"Allahuakbar. Alhamdulilah." Muka terup diraup, manakala Ayen menoleh terperanjat.
"Kau boleh sebut nama Allah??"
Egann menoleh pelik. "Ya. Aku muslim. Kau dah tanya soalan ni dulu..."
Nganga lagi. Gay muslim yang buat kerja haram tapi masih ingat Tuhan. Tahap rumit karakter lelaki ini hingga Ayen benar-benar bermasalah nak memahaminya.
"Apa kata—"
"Wargh!!" Ayen terloncat sambil menoleh ke tepi, pada Ayie yang rupanya dah bangun dan mencuri dengar.
"—the two of you just get married."
Dan Ayen memasang kerut di muka. "Aku taknak kahwin dengan gay!"
"Egann biseksual," bidas Ayie senada.
Nganga. "How is that a justification?! Dia masih bernafsu dekat kaum dia sendiri! Aku jadi bini Nabi Luth kalau aku tolerate benda macam ni!!" tegas sekali menutur, membuat Egann memuram merenung gelap malam. Ayie pula menghela nafas panjang.
"He has a good heart... sampai aku sendiri approve. Cuma problematic sikit dekat kepala. Kau dah nak 40 tahun, Ayen. Mak dah takda nak jadi teman kau. Kau takda life, takda kerja, takda boyfriend, hidup jadi perempuan tua macam Sarimah hujung kampung—"
"Kau diam boleh tak?"
"—and then Egann datang nak hulur kasih sayang. Mak approve dia sebagai menantu dia, kan?"
"Itu sebab mak tak tahu yang—"
"Kalau kau bawa dia sebagai suami kau dekat kubur masa Hari Raya, kau tak rasa mak akan happy?" soalnya, sengaja memukul hati si adik yang masih terluka.
Mata Egann membesar mendengar cerita Raya. Lalu dia menoleh semula. Malah, janjinya pada Saif di depan kubur bibik setahun lepsa diingati kembali. Lalu motivasinya kembali membuak.
"Aku pun nak tunjuk isteri aku dekat Saif masa Raya tahun ni..." sambutnya pula, membuat wanita itu pula terkaku.
"Kau nak Raya berseorangan?" soal Ayie lagi, terus menghentak hati kecil adiknya tanpa simpati. Lambat-lambat, wanita itu leleh.
"Aku nak Raya dengan mak..." luahnya bersama tangis.
"Perspective, Ayen. Mak dah takda. Tapi kau boleh beraya dengan suami kau... however problematic he may be. Tapi kalau compare dengan kau, korang sama-sama problematic ne'way. Tinggal nak understand and accept each other's flaw..."
Diam lagi. Masih ragu-ragu. Kenangan melihat Egann dan Doug dalam keadaan memalukan masih kukuh mengikat hati untuk enggan berkompromi.
"Kau orang perempuan kan suka set-set lelaki bad boy. Kau boleh bantu Egann berhijrah jadi lebih baik," lanjut Ayie lagi.
Ayen mencerun. "Aku sendiri tunggang langgang dan perlukan bimbingan, kau boleh suruh aku nak bombing mamat gay ke jalan Allah. Lebh baik dia nikahi ustazah!"
"Ya, lagipun tugas tradisional lelaki dan perempuan dalam rumah tangga dah tak laku sekarang," sambut Egann pula.
Serentak beradik itu menoleh. "Kau nak cakap zaman sekarang, perempuan keluar cari rezeki dan lelaki duduk rumah masak dan jaga anak?" Makin panas hatinya.
"Bukan literally macam tu, Yen... tapi I believe in support system between both parties. Takda hierarki siapa lebih tinggi dari siapa, atau lelaki kena kerja, perempuan duduk dapur atau vice versa. Nowadays, its more towards survival since our socioeconomy has grown highly competitive with regards to gender. Perempuan is equally as capable as men, I don't deny that. Cuma pride kami sebagai pelindung wanita itu tetap ada. Tanggungjawab seorang suami kepada isteri itu tetap termaktub dalam syarak. Itulah pemahaman islam bagi aku. Kita sama-sama memimpin masing-masing sebab kita sama-sama khilaf. Bila aku salah, kau cover aku dan bila kau sewel, aku cover kau. I want that kind of marriage."
Kelu lalu. Ayie menghembus nafas halus bersama senyum, manakala Ayen menembusi gelap demi merenung anak mata biru kilat itu, itu bukan kata-kata mengikut skrip, tetapi sebuah kata-kata yang lahir dari hati dan difikirkan akal hingga menjadi sebuah pemahaman. Samada diamalkan atau tidak, itu tidak pasti, tetapi sekurang-kurangnya, tapak itu dah ada.
"Kau sebut hal syarak tapi kau masih main belakang..."
"I have needs." Bahu dijungkit, masih tak bersalah. Tanda tak peduli dosa pahala kerana mahu nafsunya ditunaikan.
Ayen terkaku lagi, lalu dia menoleh pada abangnya. Lelaki itu hanya menjungkit bahu.
"He has a good heart and he needs a guidepost. A strong guidepost... yang aku kira, kau memang lulus."
"Kalau macam tu, ustazah better."
"Ustazah is worse, you idiot. Kalau pergi terapi atau datang kelas agama sekali sekala takpa, tapi bukan sebagai laki bini. Ustazah fits dengan ustaz. Tapi trouble macam dia fits better dengan trouble macam kau," bidas Ayie selamba.
Ayen nganga. "Aku ialah trouble?"
"You are." Mata dicerlangkan. "Kau ialah jenis yang orang lain tak boleh nak buat kawan kecuali beberapa individu yang boleh tahan perangai kau. Sebab tu kau alone sampai sekarang. Egann, aku tengok boleh tolerate kau. You guys will find your dynamic and support each other... and maybe can grow better together as well."
Terkaku si adik dibuatnya, cuba menghadam komen si abang. Dia tak boleh buat kawan? Kalau diikutkan... ya, kawannya tak ramai. Sejarah dengan lelaki pun tak ramai, tapi cukup untuk membentuk personaliti kerasnya hingga sekarang. Ayen ialah jenis takut dengan orang yang terlalu memandang tinggi padanya. Jadi sebelum mereka kecewa dengannya, dia melarikan diri terlebih dahulu. Dia lebih rela berseorangan dan menghadap kegagalannya sendiri-sendiri.
Egann dipandang kemudian. Mungkin... komen Ayie ada benarnya. Egann lebih teruk dari dia, dan pada masa yang sama, lebih berjaya dari dia. Dalam konteks kejayaan di dunia, mungkin dia boleh menumpang tuah lelaki ini. Tetapi, sejauh mana dia nak mengejar dunia, dia tetap kena jaga kepentingan akidahnya juga.
"Y-Your other wives... purpose ialah public deception semata atau benda yang sama yang kau baru propose dekat aku?" soalnya pada si mata biru itu pula.
"Ermm... aku honestly intended for public deception semata... tapi Ayie pula ungkit benda lain..."
"Kalau kau taknak berubah atau takda tanda-tanda nak berubah, aku takkan consider kau sebagai potensi pasangan hidup langsung."
"Then, I'll change." Terus diterima syarat itu.
Nafas panas dihembus. Hidupnya akan menjadi sukar selepas ini, lagi-lagi dengan karakter lelaki itu yang ada akal panjang tetapi hatinya gelap. Jenis manusia yang tahu halal haram tapi tak kisah. Ah beratnya keputusan ini. "Aku belum bersetuju... tapi aku sudi reconsider option nak nikahi kau. Aku cuma perlu sedikit masa untuk untuk untuk... you know... buang rasa geli aku dekat kau..."
Egann mengangguk. "Aku faham."
Ayen turut mengangguk. Kemudian nafas ditarik, cuba mengukuhkan hati. "Mak memang sukakan kau... so I guess... maybe dia akan happy... kalau aku bawa kau lawat kubur dia masa raya..." luahnya sambil menoleh ke pintu bilik arwah emaknya. Rawan menggigit lagi namun ditahan.
"Aku akan contact ayah—"
"Aku taknak ayah," laju Ayen memotong, membuat abangnya terkaku. "Aku nak kau jadi wali."
"It doesn't work that way, Yen... kena ikut turutan tu juga. The one on top ialah ayah kandung... kalau tak, nikah kita tak sah."
"Kau bab-bab ilmu nikah, nombor satu!"
"Aku tak tahu kenapa kau marah, but thank you."
Ayen mendengus. "Apa pengecualian untuk buatkan Ayie yang kena jadi wali?"
Lelaki bermata biru itu diam seketika, memproses penafian si wanita pada hak ayah kandungnya sendiri. Hanya kerana status transgender itu, benar-benar ditolak kewujudan ayah sendiri. Ayie menggaru belakang kepala, manakala Egann menelan fakta yang Ayen memiliki hati yang benar-benar keras.
"Kalau dia pergi haji masa tu, Ayie boleh jadi wali kau..." jawab Egann akhirnya, dan pada masa yang sama, memikirkan semula keputusannya nakkan wanita berhati keras itu melakonkan watak isterinya.
Ayen menoleh terus pada Ayie. "Then, ask him to do that. I mean, her. Apesal pulak her? Him, lah!!"
"Kau yang salah sebut, kau sendiri yang marah.... Lagipun ayah bukan transgender macam Sajat. Dia cross-dresser macam Lu Paul je..."
"How is that a justification?!!" Memekik dibuatnya.
Ayie dan Ayen bertekak mengenai ayah mereka lalu, manakala Egann sekadar menopang dagu merenung bakal isterinya.
Tujuan perkahwinan hanyalah untuk menipu umum, mahukan pasangan semasa Raya nanti dan Ayen mungkin nak membantunya berubah walaupun rasanya tak perlu. Kepala dipalingkan ke tingkap kemudian, menjangka timeline perkahwinan bersama si wanita. Mungkin tiga hingga lima bulan?
"By the way, aku taknak mengandungkan anak kau. Aku taknak anak aku berayahkan lelaki songsang," ujar Ayen tiba-tiba.
Bengang dibuatnya. "Aku takkan sentuh kau langsung. Jangan risau."
"Thank God. Sebab aku pun geli duduk dekat dengan kau kalau diikutkan."
Ya Tuhan, panasnya hati.