5-Bab26

One with Egann's love confession

________________________________

NASIHAT dari Doktor Taha sekali lagi menjengah akal bila dia terlihat Ayen di tempat letak kereta. Isterinya itu sedang bersandar bahu di sisi keretanya, sedang berpeluk tubuh, mungkin tengah menunggunya. Bila mereka bertemu pandang, si isteri mencekak pinggang sambil mengetatkan raut wajah.

Tanya dia, bukan buat pendapat sendiri. Make the talk. You can do this. Go Egann, go!

Dengan lafaz bismillah, Egann menyambung langkah ke arah harimau betina.

"Kenapa tipu aku yang kau kerja sebagai Director kat hospital?" getus Ayen terus, sampai tak ingat nak beri salam.

"Aku tak tipu. Aku cuma tak bagitau," balasnya dengan lembut. Si isteri turut direnung dengan senyum nipis, berniat nak menyejukkan hati si bini. Dah la matahari betul-betul atas kepala sekarang ni. Memang mudah sangat kepala nak berasap.

"Ohohoho tapi boleh pulak kau bagitau aku pasal kerja kau kat US sana?"

"Aku tak bagitau. Tapi kau sendiri yang pecah masuk bilik tidur aku." Senada.

"Cis..." 

"Kenapa kau nak kisah kalau aku bagitau atau tidak? Pun bukannya kau sendiri berminat nak ambik tau," soal Egann lagi. Remote kereta ditekan, membuka kunci Scirocco. Briefcase terus diletakkan di kerusi belakang.

"Sebab...!" Kata-katanya termati. Ayen menggigit bibir. Mata dicerun pada langit yang kosong tanpa awan di atas sana, gigih mencari jawapan di situ. "Sebab... kau berahsia banyak sangat dengan aku..." Nafas berat terhembus keluar, hingga jatuh bahunya. Kemarahan Egann tadi teringat kembali. Mahu bertanya kenapa suaminya bencikan sangat Datuk Roslan, tapi dia tak pasti nak mula macammana, takut andai Egann marah jika dia membangkitkan pasal lelaki korporat itu. Lalu Ayen tersandar lagi. "Kita tak banyak bercakap pasal diri masing-masing, you know... kau tau pasal aku, pasal family aku, sekecil-kecil benda pasal aku, tapi aku... aku tak tahu pasal kau. Langsung. Its either aku kurang bertanya atau kau yang tak prefer bercerita, tapi..." Nafas dihembus melalui hidung. Deras sekali.

Egann mendiam. Dibiarkan Ayen dengan fikirannya, Scirocco dibukakan kuncinya sebelum beralih ke pintu bahagian pemandu.

Sekali lagi Ayen menghembus nafas panjang, membuang marah dan keliru yang bersisa. Dia menoleh pada suaminya kemudian. "Kenapa kau bencikan Datuk Roslan?" soalnya kemudian, mahu memulakan langkah mengambil tahu hal suaminya.

"None of your business. Tapi kau jauhkan diri dari dia macam yang aku suruh!" tegasnya.

Si isteri tidak memberi respon pada amaran itu. Tidak akur, tidak juga membantah. Sebaliknya ditanya soalan lain, "Sembang apa dengan Doktor Taha sampai lama sangat?"

Scirocco dibukakan kuncinya. "Dia beri nasihat rumah tangga."

"Ha?" Jawapan itu tidak dijangka. Ingatkan tentang perkembangan kesihatan Egann.

"Dia cakap kalau nak hubungan berkekalan lama, dia suruh kita saling open up antara satu sama lain." Briefcase dilontar ke seat belakang sebelum memasuki bahagian pemandu.

"Kata someone yang baru je selar 'none of your business' kat aku."

"Hahaha... kata someone yang ignore arahan aku supaya jauhkan diri dari Datuk Roslan. Tapi kau memang kategori isteri derhaka yang tak reti dengar cakap husband kau, jadi aku dah tak terkejut."

Ayen menggigit bibir. "Takyah la panggil aku derhaka..." juihnya sambil menyepak batu kecil di jalan.

Amboi, dah pandai touching. Selama ni boleh pulak tak kisah kalau dipanggil derhaka. Egann kelam seketika melihat reaksi isterinya. Pintu bahagian penumbang kemudian dibuka dari dalam. "Kalau taknak derhaka, masuk sekarang."

"Eh, aku datang dengan Myvi tadi. Masih kat situ lagi."

"Tak payah la ambil. Malam karang aku hantar kau ke hospital. Jom teman aku makan."

"Hurm. Okay." Lalu dia masuk.

"Nak makan katna?" soal Egann.

Ayen menoleh dengan muka berkerut. "Kau ajak aku makan tapi kau sendiri tak tau nak makan kat mana?"

Hanya bahu yang memberi jawapan.

Ayen mengeluh nipis. "Nando's then."

"Wow. Kau laju bab bagi suggestion tempat makan. Tak macam sesetengah ladies yang aku dengar tak reti buat keputusan mudah macam tu."

"Well... aku sentiasa tahu apa nak makan. I'm a big eater, tau."

"No wonder pernah gemuk." Sedas diberi.

Dengan senyum semanis gula, suaminya direnung suka. "That's rude, you jerk."

Egann tergelak. Brek tangan dilepaskan dan dia memandu keluar dari parkir hospital.

"By the way, pelik pulak aku rasa bila kau cakap Doktor Taha bagi nasihat rumah tangga. Korang sembang apa sampai sembang hal rumah tangga? Doktor Taha jenis peduli benda sappy mushy macam tu? Weird..." sambungnya bila kereta memasuki lebuh raya. Wajah serious kardiologis itu dibayangkan di dalam kepala.

"Sebab kebahagian kita affect kesihatan jantung aku katanya. Apparently, my health improved sejak aku menikah dengan kau."

Ayen menoleh. "Really?" Terkedu, namun gembira. Tanpa dapat ditahan, senyum turut meleret di bibir. "Kira kau bahagia bila dengan aku? Wow. Walaupun aku susah nak dilayan?"

"Kan. Aku pun terkejut," bisik Egann pada radar meter di depan mata. Pedal minyak ditekan berkali-kali, sengaja membiarkan enjin menjerit.

"Tapi... kau okay ke dengan cadangan dia?"

Egann menoleh. Ayen dilihatnya sedang memandangnya dengan mata sebulat bola golf. Penuh dengan rasa ingin tahu.

"Maksud kau?"

Bahu dijungkit. "Mengambil tahu hal masing-masing. Honestly, selama ni aku tak pernah nak peduli hal kau... dan kau pun langsung taknak share apa-apa pasal aku unless terkantoi sendiri. Bila orang kerap kali tegur aku tak tau apa-apa pasal husband sendiri... tercabar benar..." getusnya sambil bermain dengan jemari sendiri.

"Kau tak perlu kisah apa orang cakap..."

"Tapi teguran dorang betul, though..."

Nafas terhembus berupa sedakan. Sambil merehatkan tangan di atas stereng, muka kusut isterinya direnung. "Biar aku bagitau kenapa kau taknak ambil tahu. Sebagai defense mechanism untuk mengelak terlalu invested dalam relationship kita sedangkan hakikatnya, kau sentiasa menganggap hubungan kita takkan berkekalan."

Itu benar. Ayen mengerling. "Tapi kau pun pasang pendapat yang sama... kan?"

Tersenyum lelaki itu dibuatnya. "Kalau kau tanya aku soalan ni bulan lepas, aku ada jawapan, Yen. Tapi sekarang... aku dah tak tau..." Brek tangan ditarik dan kereta dipandu keluar dari tempat letak kereta.

Jawapan yang tidak membantu langsung. Kerana hakikatnya, Egann pun sama macam dia, keliru dengan perkembangan hubungan mereka. Tanpa dapat ditahan, keluh terhembus. Membuang marah dan keliru yang bersisa. "It wasn't suppose to be this hard..." getusnya sambil melentokkan kepala pada tingkap kereta. Langit direnung.

Dia mahu bertanya, sampai bila mereka perlu berlakon di dalam perkahwinan ini. Sampai bila perlu bergaduh dan berbincang dan perbaiki semua masalah dengan kompromi dan toleransi? Sampai bila nak berlakon macam pasangan bercinta... walaupun objektif dah tercapai.

Egann dan Saif dah berbaik.

Dia juga dah semakin stabil dari segi karier seperti yang dikehendaki.

Tapi lepas ni... apa dia? Kemana arah tuju mereka?

Namun persoalan itu tidak dibangkitkan, kerana enggan sebarang jawapan yang boleh memberi penamat kepada sketsa itu. Walaupun dasarnya dia sedang dalam penafian, tetapi hakikatnya, dia belum bersedia untuk keluar dari hubungannya dengan Egann.

Tanpa dapat ditahan, keluh berat dihembus hingga menarik perhatian si suami.

"Berat benar bunyinya. Fikir apa sampai stress sangat?" soal si lelaki bersama tawa kecil.

"That we're suppose to be friends... jadi, nak ambik tahu pasal masing-masing sebenarnya bukanlah jenayah besar pun..." Dagu digaru.

Cis.

"Right. You and your inner demon tak habis-habis nak friendzonekan aku."

"Hahaha. Eloklah sebenarnya. A couple yang juga ialah bestfriend makes the best relationship, tau."

Egann menjeling. "Kau nak buat the best relationship dengan aku?"

Terperangkap lagi. Ayen tergagap sebentar, memikirkan jawapan. "W-well... asalkan tak buat kita rasa sengsara bila bersama dengan masing-masing...then, why the hell not."

"Why the hell not katanya... hahaha..." Selamba badak je jawapan dia. Jari ditarikan pada stereng. Sedikit penat dengan permainan tarik tali antara mereka. Sebuah sesi soal jawab yang tiada noktah. Tiada hasil. Teguran Doktor Taha teringat kembali, yang memintanya memberi definisi kukuh mengenai hubungan mereka.

"Kau okay ke... jadi isteri aku?" soal Egann tiba-tiba.

"Of course."

Jawapan yang bersinar terang dengan harapan. Hati si lelaki menjadi ringan. "Walaupun aku macam ni?" soalnya lagi sebagai klarifikasi.

Si wanita mendiam seketika. "Aku tarik balik jawapan aku tadi. Bagi aku fikir dulu."

Bibir mengukir senyum segaris. "Well, there's a very basic reason... kenapa aku rasa bahagia dengan kau..."

"Sebab aku cute?" toleh Ayen bersama sengih luas.

"I love your face, kalau kau nakkan pujian. Tapi nak cakap cute tu... eehhh..." Tangan diangkat ke udara, membuat gaya penimbang yang longgar.

Mencemik si bini lalu. "Tips percuma untuk kau. Kalau nak buat bini bahagia, puji dia selalu dan jangan macam ni." Tangan itu ditampar.

"Hahaha. I love your muka marah. I love your smile... your laugh... your brain. I love it bila kau lari masuk bilik aku semata-mata nak batalkan wuduk aku." Wajah ditoleh pada si isteri bersama senyum bahagia.

"Haha. I love bila kau masak sebab kau masak sedap!" Tomyam merah Egann pun secara rasminya dah jadi makanan kegemarannya!

Ketawa. "I don't like that you're a biter!" Mata dicerlang. Ayen gemar memeluk lengannya dan tiba-tiba membenamkan giginya di situ.

"Hey, its my expression of love!"

"What are you, a cat? Although, ada cara lain kalau nak bagi a proper love bite." Sengih.

Ayen merenung sisi wajah suaminya dengan muka berkerut. Difahami lawak nakal itu. Egann sesungguhnya masih seorang lelaki sihat walaupun nalurinya dihalakan pada jantina yang salah. Kepala digeleng dan keluh kecewa dibuang.

Anak mata melekat pada jambang yang dah digunting nipis. Egann hari ini berpakaian sama macam semasa mereka pertama kali bertemu dahulu. Kemas bersut, rambut yang disikat serta jambang yang digunting nipis. Lelaki ini tak pernah buang jambangnya sepenuhnya hingga bogel. Maskulin. Metroseksual. Tangannya bergerak sendiri dan mengusap jambang itu.

Egann terperanjat, lalu menoleh sekilas.

Ayen masih melayan diri. Dia terkekeh bila jambang suaminya mencucuk-cucuk kulit tangan. "Aku suka jambang kau. Kasar," komennya suka.

Hati si lelaki mengembang macam dipam-pam. Pupil matanya turut mengembang luas, ketara di pandangan si wanita kerana sifat warna mata yang biru cerah itu. Lalu tangannya ditarik balik.

"Kau kenapa?" soalnya pelik.

Egann tidak menjawab, cuba mengawal debaran di dada serta perasaan yang melimpah ruah di hati. Betulkah ini rasa cinta? Hanya sebab Ayen meramas jambangnya? Heck, Doug berkali-kali memegang wajahnya tetapi dia tak pernah rasa sebegini.

Its different... its really different.

Perasaan ini halus. Bila memberi bahagia, dia benar-benar boleh terbang hingga langit ke tujuh. Tapi bila memberi sakit, dia takda masalah nak terjun bangunan sambil menjerit Good Bye World. Semakin lama dianalisa, dan selepas bertanya pada beberapa individu, dia kini yakin yang perasaan ini ialah rasa cinta untuk Ayen... tapi samakah macam perasaannya semasa bercinta dengan Fatiha suatu masa dulu? Ah, dia tidak pasti kerana segala perasaan dan kenangan dengan wanita itu sudah dibuang dan ditimbus sedalamnya kerana pedihnya rasa bila ditinggalkan begitu saja. Andai benar perasaan itu timbul kembali walaupun untuk perempuan lain, asing benar rasanya.

Kereta dihentikan di lampu isyarat. Egann mencucuk lidah pada dinding pipi, berfikir dua tiga kali. Lalu tanpa menoleh, tangan Ayen dicapai dan direhatkan atas pahanya. Di ekor mata, dia melihat Ayen sedang memandangnya. Rahang dibuka walau bibir masih bertutup rapat. Hatinya mahu lidahnya meluahkan sepatah kata keramat itu. Tapi... argh!!

"Allah..." luahnya akhirnya. Tiada kuasa lain yang dia boleh bersandar kecuali yang Yang Maha Esa. Dan wow, dia berpaling pada Tuhan hanya kerana keliru dengan perasaan terhadap perempuan? Adakah ini sejenis perkembangan?

"Kau kenapa sebenarnya?" soal Ayen. Tangan Egann terasa berpeluh.

"Takda apa. Aku tengah fikir sesuatu."

"Ohh... nak share dengan aku?" soalnya, bersedia menadah telinga jika Egann sudi meluah apa-apa masalah yang sedang difikirkan.

"Aku tengah cuba nak share la ni," ujarnya pada bonet Honda di hadapan bersama hembusan nafas berat. Ah Ayen, kalaulah kau tahu betapa aku tengah berperang dalam hati. "Aku... well... aku suka... that you exist in my life..." ujarnya perlahan. Pita suara terasa bergetar kerana beratnya kata-kata hikmat itu.

Ayen tersenyum. "Thank you. Jarang orang cakap macam tu kat aku."

Hati Egann terdetik lalu dia menoleh sekilas pada isterinya. "Bukan... bukan tu maksud aku."

"Ha? Jadi kau tipu?"

"Bukan..." Mata dipejam. Payahnya rasa. "I love... that you exist... in my life."

"Ye. Aku tau. Kau baru je cakap."

Dia dah mula menjerit dalam hati. Luah la betul-betul, bangang!! Nafas dalam dihembus lagi. Lebih panjang hingga nipis perutnya. Egann menggigit bibir, sedikit bingung macammana nak memecahkan bebal Ayen kali ini. Lampu bertukar hijau, dan kereta kembali bergerak. Tanpa melepaskan tangan Ayen serta mata yang tidak lari dari membaca trafik, dia terus cuba meluahkan perasaan.

"Maksud aku, I love... you..." Disebut bersama kawalan lidah, agar tidak meleret dan membina ayat panjang yang memberi makna lain. "I-I've grown to love you..." Disebut lagi, supaya disahkan keluar dari mulut dan ditutur dengan sempurna. "I love you." Yakin kali ini.

"Ha?"

Egann menoleh. Anak mata birunya melekat seketika pada wanita bertudung hijau yang terkejut itu. Matanya bulat dan mulutnya terbuka. Air muka itu memaparkan reaksi terkejut, keliru, dan tak sangka, seperti mendengar berita kematian insan tersayang. Dada berdebar kuat, cukup kuat hingga boleh dengar di telinga sendiri.

Egann kini dipandang dengan jantung yang dah boleh jatuh ke perut kerana kuatnya debarannya. Rahang Ayen terketar. Pelbagai soalan meletup-letup dalam kepala. Sesungguhnya dia tidak menjangka serangan perasaan seperti ini pada tengah hari ini. Dikejar Egann hingga ke kereta kerana nak memarahi lelaki itu sebab menyembunyikan perihal status kerjaya darinya. Tetapi ini dah lebih...!

Selama ini dia sedar. Sesungguhnya dia perasan bahasa tubuh sang suami yang menjerit-jerit makna cinta yang dia enggan terima. Dia mahu menganggp Egann membiasakan diri bermesra dengannya supaya tidak janggal bila berdepan orang lain. Perasaan itu tidak sepatutnya wujud dalam hubungan mereka kerana naluri si suami. Dia cukup berpegang dengan teori tersebut, walaupun semakin lama, tindakan Egann memberi maksud yang berbeza. Apatah lagi kali ini... perasaan itu kini dituturkan dalam bentuk lisan.

Ayen kalah. Tubuh badan terasa berkarat, keras macam robot rosak. Kata-kata itu bersifat game changer. Kata-kata itu bersifat butang yang akan menjadi titik tolak kemana hubungan mereka pergi seterusnya.

Point of no return.

Poon!! Hon berbunyi kuat, memecahkan hening di antara mereka. Baru sedar dia dah tersasar masuk lane orang lain. Egann kelam kabut membetulkan pemanduan.

Ayen lekas menarik tangannya bila terlepas dari genggaman si lelaki. Ketatnya genggaman lelaki itu cukup terasa sisanya. Patutlah tangan Egann berpeluh! Ayen menggenggam buku lima, tidak pasti dengan apa yang dirasa. Bila Egann memandang ke arahnya kembali, dia memalingkan wajah ke tingkap. Dia masih sangat terkejut. Dia tak bersedia nak memberi jawapan, baik dari segi tutur kata mahupun reaksi wajah.

"No."

Leave me alone. For now. Hatinya meminta.

Halus sekali kata-kata itu ditutur oleh seulas bibir bercalit lipstick. Bersifat ringan seperti angin lalu di sebelah telinga, tetapi dia tak silap dengar. Egann mendehem. Cuba membuang kembang yang terasa menjengah tekak. Hatinya terasa sendat. Diabaikan. Tulang belakang ditegakkan dan stereng digenggam ketat. Pedal minyak ditekan lagi, melepaskan perasaan yang melonjak-lonjak ketika ini.

Lalu kedua-duanya mendiam di sepanjang perjalanan. Dah tak tahu macammana nak berfungsi macam normal.


Previous: 5-25
Next: 5-Bab27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh