4-Bab23

"DID you seriously said that? Elisa? Aku suka Nawal Elisa si pengkid? Kenapa kau tak cakap aku sebenarnya jatuh suka dekat... err... Joan of Arc? Atau-atau-atau, Chastity Sun Bono??" Mata dicerlang bulat pada si bini yang tengah melipat telekung dan sejadah itu.

"Who?" soalnya pelik. Si suami yang duduk di atas katil, dipandang dengan kening berkerut.

"Seriously. Kau kena belajar reference yang aku pakai, kalau tak, kita tak boleh klik klik klik klik!!" Jari kiri dan kanan dipetik berkali-kali. Penuh emosi.

"Lain kali jangan pakai reference yang orang tak faham! Mana la orang nak ambik port nama yang tak dikenali!"

"Atau kau sebenarnya yang tak cukup membaca! Joan of Arc ialah remaja perempuan 19 tahun dalam sejarah Perancis yang mengetuai armada army dia sendiri in which aku tak rasa relevan dalam argument kita sebab aku tengah hangin kau tak pandai nak menipu sedangkan kau sepatutnya memiliki otak yang sangat pintar sebab boleh diagnos penyakit-penyakit orang! Macammana aku nak deal dengan Eli kalau dia fikir bukan-bukan lepas ni!" Rumitnya!

"Ala. Kau dah biasa orang fikir bukan-bukan pasal kau. Aku sure kau boleh deal with her perfectly." Lipatan sejadah diletakkan di tempat asal. Si suami kembali dipandang, dah berkira-kira nak menukar topik perbualan kepada macammana mereka nak tidur malam ni.

"You could've come out with a better lie..."

"Macam kau mati pucuk?"

"A lie yang tak rosakkan imej dan ego aku la, sengal." Geram benar dengan perempuan ini.

"Hahaha. Then, what else am I supposed to answer. Aku pun jarang berdepan dengan kumpulan urut professional yang boleh detect status dara orang macam tu. Maybe takkan berlaku lagi selain aunty Yana. Kita fikir la alasan sama-sama nak jawab dia lepas ni."

"Tak... kau tak faham..." Muka diraup dengan kedua belah tangan. "Dia, aku dengan Saif ada history..." desisnya geram. Aaaargh! Satu persatu masalah datang! Tubuh dibaringkan deras ke belakang.

BUKK! Belakang kepala menghentak kepala katil. Kuat sekali detupnya hingga didengari Ayen. Wanita itu terpaku di hujung katil, melihat Egann merengkok sambil menggenggam belakang kepala. Telinga suaminya cukup merah di pandangan matanya. Egann meronta keras kemudian, bergolek ke kiri dan kanan bersama jeritan yang tak terlepas keluar. Sakit dia dah merebak la tu.

"Hahaha..." Aduhlah suamiku. "Meh sini..." Dia merangkak ke atas katil dan menarik Egann supaya bangun duduk.

Lelaki itu tidak bercakap. Hanya kerut muka yang memberi makna yang dia tengah menahan sakit. Air mata turut bergenang di kolam matanya. Seperti seorang anak lelaki yang jatuh tersadung semasa berlari dan kemudian tengah cuba menahan tangis dari pecah. 

Comelnya ya Allah. 

Bersama hati yang melembut, Ayen bergerak ke belakang Egann dan melutut di situ. Jemari dilarikan di belakang kepala.

"Sakit kat mana?" soalnya selembut yang boleh.

"Sini..."

Sentuhan dihalusi, merasai benjol yang agak kecil. Cuma hentakan yang tidak menyebabkan luka. Benjol mungkin akan membesar, tapi tak kekal lama.

"Ala... sakit sikit je ni..."

"Kau tak kena, sedap la cakap!!"

Amboi, marah. Tertawa lagi Ayen dibuatnya. "Ye... ye..." balasnya ringan, waima terhibur. Benjolan itu ditiup, mengharap boleh sejukkan sakitnya. Sejenis perubatan tradiosional, dimana ubat hanyalah perhatian dan kasih sayang. Dan sesungguhnya, Egann merasa selesa. Ragam di hati juga kini tenang.

"Alang-alang, sambunglah cerita. Apa maksud kau dengan kau, Saif dengan Eli ada history?"

"Masa kitorang masih kecik... masa sekolah menengah..." Leher digaru, mengingati kenangan lama. "Saif suka dia sebab dia memang sangat comel. Aku tak tahu apa yang jadi sampai Eli jadi pengkid dan gila macam sekarang. Dulu dia feminin gila kut. Soft. The kind of women you wanted to protect. And of course, aku nak protect dia sebab aku anggap dia adik... tapi dia pulak sukakan aku."

"Cinta tiga segi la ni."

"To sum it up, yes..." Dagu digosok. "Tapi aku tak tahu kenapa dia sukakan aku sedangkan aku kerap buli dia..." Sebab dia betul-betul anggap Elisa sebagai adik, dan dia tahu Saif sukakan Eli.

"Hahaha. Berbanding Saif, aku lebih suka kau jugak, jadi aku maybe faham hati dia."

Tak berkelip Egann dibuatnya. Kepala dipusing jauh ke belakang. "Seriously?" Terasa mengembang hatinya, merebak luas sampai boleh buat padang bola sepak tujuh padang.

"Of course. Kau handsome kut. Attitude charming. Kalau kau tak gay, aku dah lama jatuh cinta." Senada ditutur, macam takda perasaan. Tetapi tersedar kemudian bila lelaki itu memandangnya dengan senyuman yang sukar nak dijelaskan. Alamak. "Tapi kau tetap gay." Noktah.

Diam seketika. "This gay thing is really gonna be mentioned everyday, huh? Kau tak dengar pun aku panggil kau comel everyday."

"That's because aku tak comel."

Egann menoleh lalu. Tubuhnya turut dipusing supaya mudah untuk mereka berbicara. "Kau tengok cermin ke tidak?" soalnya serius. Tetapi sesungguhnya, baran yang tersembunyi itu bukan sebab Ayen menafi rupanya sendiri, tetapi kerana Ayen menafi pujiannya.

Sebagai sang isteri, Ayen kini mudah untuk mengesan emosi suaminya. Nafas dihembus dan tangan dilarikan ke belakang rambut itu. Dielus lembut.

"Kepala masih sakit?" soalnya dengan nada halus seperti mahu memberi rasa damai.

Sesungguhnya, damai berjaya sampai ke hati si lelaki macam angin sepoi-sepoi di waktu petang. Baran menyejuk dan bertukar suka hati. "Emm... masih sakit sikit..."

"Manja." Disusuli tawa kecil.

Barulah datang moodnya nak tersenyum. Si lelaki terus merenung anak mata isterinya. Mata itu bulat sekali. Bersih. Sebersih hati yang menyokongnya. Perasaan sayang terus menerus merebak, menghujani hati kering dengan kasih sayang. Bunga-bunga cinta kian bercambah dan merebak luas seluas Taman Bunga Nusantara.

I'm in love with this women... hatinya berbisik, namun masih diragui akal. Senyuman Egann memudar bila menyedari perasaannya mungkin tidak dikongsi isterinya ini.

"Now what?" soal Ayen tiba-tiba.

"Em?"

"Kau dah berbaik dengan adik kau. Granted, dia masih kecewa kau g—kau ialah kau, tapi layanan dia jauh lebih baik berbanding sebelum ni aku tengok." Diam seketika, menilai reaksi suaminya. Bila Egann hanya membalas dengan reaksi muka bersetuju, Ayen menyambung poin. "Aunty Yana dengan Eli pula masih tak syak apa-apa, walaupun kantoi aku masih dara, tapi..." Anak mata biru milik suaminya direnung bersama soalan jujur. "Lepas ni apa?"

Apa langkah seterusnya dalam lakonan mereka? Apa nasib masa depan mereka? Selepas Raya... apa dia?

Egann menelan liur. Sesungguhnya dia tiada jawapan. Mungkin teruskan hidup macam biasa? terus simpan Ayen untuk kekal bersamanya... seorang lelaki yang tak boleh bersama dengan perempuan? Ah. Kenyataan itu umpama selumbar ke hati.

"Kita tidur," jawab Egann akhirnya.

"Kira kau takda jawapan la ni?"

"Bukan takda, tapi belum ada..." balasnya rendah.

Ayen mengangguk. Dibiarkan rentak itu. "Tapi nak tidur macammana ni?" soalnya sambil memandang katil pula.

"Baring, tutup mata dan tidur macam biasa."

Ah, senangnya menjadi seorang lelaki. "Aku tidur kat sofa je la..."

"Kau dah kantoi masih dara kat aunty, kau nak tambahkan curiga dia?" tegur Egann lekas, membuat pergerakan wanita itu terhenti. Dia kemudian merenung ruang lantai yang hanya muat untuk seorang.

"Tidur lantai, then." Baru saja dia nak berpindah turun, pinggangnya dipaut si lelaki. Ayen terjerit terkejut. Lagi-lagi lelaki itu terus menariknya hingga terduduk di ribanya. Kepala Ayen tersandar betul-betul di bawah dagu Egann.

"Takda siapa yang tidur kat lantai. Katil ni cukup besar untuk kita berdua." Dengan si bini yang masih tersandar di dada, dia membaringkan tubuhnya dengan perlahan, memastikan tiada benda keras yang akan menyapa kepala seperti tadi.

Ayen dah mula gelabah. Sedaya upaya dada Egann ditolak, membina jarak antara mereka walaupun rangkulan di pinggang masih tak lepas. Muka kacak itu sekadar dipandang sekilas dari ekor mata, terlalu malu nak bertentangan pandang.

"Kau tak geli tidur dengan perempuan? Aku taknak kena tendang masa tengah tidur sebab tiba-tiba kau geli ke apa..."

"It's never a problem."

"Really?" Terkejut.

"Tapi kau okay ke tak?" Sengaja bertanya.

"Kalau aku cakap tak okay, kau nak tidur kat lantai ke?"

Menyesal pula dia bertanya. "Just sleep. I won't kill." Pelukan dilepaskan. Lampu bilik kemudian dipadamkan, meninggalkan gelap. Bantal ditarik ke bawah kepala, manakala Ayen dibiarkan dengan moodnya untuk menyelesakan diri. Berbekal lampu dapur yang menyelit di sebalik tingkap, dia masih boleh nampak rias si isteri.

"Kau kena biasakan diri tidur dengan aku. Nanti tak pasal-pasal kantoi lagi walaupun kau sendiri tak cakap. Kau dah la spesis bendul tapi gelabah."

"Bende berlaku setahun sekali. Nak kena biasakan diri, buat apa..."

Egann tersenyum lagi. "Melawan." Pipi Ayen lalu diusap. Helaian rambut panjang yang menutup wajah si isteri disisip ke belakang telinga, dan telinga itu pula menjadi sasaran sentuhan jarinya.

Mujur gelap. Kalau tak, dah kantoi muka Ayen yang merah padam. Kerana tak nampak apa-apa, deria yang lain terasa jadi sensitif berlipat ganda. Ah bodoh. Bawak rilek, dah la! Kalau tak buat apa-apa, takda apa yang akan jadi!! Egann cakap betul, dia kena biasakan diri. Sedar tak sedar, lakonan mereka dah naik ke fasa seterusnya. Dan dia juga kena kukuhkan kekuatan mental dan emosi supaya tidak mudah goyah.

"Maybe kita kena tidur sekatil bila balik rumah nanti..." cadang Egann.

Dan tanpa dijangka, Ayen tergelak atas cadangan itu. Getaran tubuhnya cukup terasa pada badan si lelaki, memberi rasa terkilan di hati si lelaki.

"Kenapa gelak?" Jujur bertanya.

"Kelakar hahaha. Kerja gila kalau nak tidur sekatil..."

"Well, won't hurt, kan?"

"Emm... but it will..." balas si perempuan di hujung nafas. "Lebih baik dielakkan. With the way we are right now, aku dah usaha sehabis baik nak hidup tenang dan selesa walaupun semakin lama semakin..." Rumit dan mengelirukan, sambung hatinya. Ayen menghela nafas berat. "Boleh tak kalau kita tak pergi jauh... lebih dari apa yang kita dah persetujui dari awal lagi?" Ikhlas meminta. Kerana sesungguhnya, itulah yang dia paling takuti.

Diam.

Tiada balasan dari Egann membuat Ayen turut senyap. Dia melangut sedikit bila merasakan sentuhan Egann dah terhenti. Dah tidur, kah? Mungkin ya, kerana yang kedengaran kini ialah hembusan nafas halus lelaki itu. Spontan keluh terhembus. Kira mamat ni tak dengar ke apa yang dia baru pinta?

Dada bidang si lelaki disentuh lembut. Diusap. Satu-satunya kelemahan si suami yang dia benar-benar ambil peduli sebagai seorang pengamal perubatan. Dia merasa bertanggungjawab untuk memantau kesihatan lelaki ini. Umur baru 29 tapi dah ada sakit jantung. Nikmat sihat itu, bila Allah nak tarik, rugi benar rasanya.

Ayen merapatkan tubuh. Untung suhu malam ini tidak terlalu panas, jadi dia tidak panas atau rimas. Muka dirapatkan ke dada suaminya, lalu ciuman lembut dijatuhkan ke dada kiri itu bersama doa.

"Ya Allah, panjangkanlah umur dia, sihatkanlah jasad dia, terangilah hati dia, tetapkanlah iman dia, baikkanlah amalan dia, luaskanlah rezeki dia, dekatkanlah dia pada kebaikan dan jauhkanlah dia dari kejahatan, kabulkanlah segala keperluan kami dalam agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Dan ditiup lembut ke tengah dada. Berpuas hati, Ayen memejamkan mata, menyebut amin berkali-kali dalam kepala.

Tanpa disedarinya, Egann membuka semula kelopak mata. Mendengar setiap cebis doa yang ditujukan untuknya. Setiap sel tubuh dibiarkan mati, tidak bereaksi. Hanya telinga yang masih mampu mendengar, dan hati yang merasai kasih sayang yang dicurah kepadanya. Egann memejamkan mata semula, membiarkan air mata meleleh ke bantal tak dikesat. Hati menutur: Amin.. amin... amin....


"ERGH..." Kepalanya terasa berat. Sakit. Mata dibuka, melihat keadaan yang cukup gelap di sekeliling. Dekat mana? Mata dipicing di sekeliling, membiasakan dengan suasana tanpa cahaya. Berbekal cahaya dari luar rumah, dia mengenalpasti yang dia berada di rumah Puan Diyana.

Ohya, malam tadi. Mereka nak sambut perkembangan kesihatan Awani. Tapi dia tak perasan bila masa dia tertidur....

Bila cuba nak bangun, terasa benda yang berat tengah bersokong pada badan.

Saif membesarkan mata. Tidak nampak apa benda yang tengah memeluknya, tapi haraplah bukan hantu. Kaki dipanjangkan pada TV. Dihidupkan, sekadar meminjam cahaya dari skrin. Saat melihat batang tubuh yang tengah memeluk badannya, Saif mendengus.

"Betullah hantu."

Tubuh Elisa ditolak dari badan, dan Saif beralih ke dapur. Lampu dipasang. Ah, ada kopi di atas meja. Sejuk-sejuk pun, layan je la. Dia tak pasti sekarang pukul berapa. Handset pun entah tertinggal di mana. Mungkin dia patut balik terus sekejap lagi.

"Yen, sakit la..."

Suara abangnya. Kedengaran berat dan merengek.

"Jangan bercakap dengan aku!"

Eh, marah bunyinya. Apa pula yang dah jadi antara suami isteri itu?

Sambil berfikir, dia tekun merenung pintu dapur hingga batang tubuh abangnya pula memuncul di situ. Rambut yang selalunya kemas kini dah macam sarang burung. Kulit mukanya juga merah berbekas di hidung dan pipi kiri.

"Eh, kau tak tidur?" soal Egann saat bertemu pandang.

"Abang dengan Ayen kenapa?"

"Ayen tampar abang... sebab dia tengok pengakap camping."

Si adik loading seketika... kemudian tersedak air kopi bila memahami makna camping itu. Egann pula mencapai cawan bersih dan lalu duduk di sebelah Saif. Belakang adiknya ditepuk berkali-kali, membantu melegakan batuk.

"K-kenapa?"

Kopi dituang ke dalam cawan. "Kenapa apa?"

"Dia tampar abang."

"Sebab pengakap buat camp."

"I know!" Mata terpejam terus sambil menggosok belakang leher. Antara nak tertawa atau menahan geli. "Abang lelaki, memanglah normal pengakap camping dalam seluar abang... tapi kenapa tampar?"

"Tak tahu." Kopi dihirup. "Dia malu kut. Ini pun first time kami tidur sekatil."

Selamba mendedahkan rahsia sendiri hingga Saif ternganga luas. Pasangan suami isteri ini saling berpelukan, bergurau senda, suap menyuap sampai dia rasa nak termuntah tengok... sedangkan sebenarnya masing-masing masih tak pergi jauh sebagai suami isteri? Heck. Budak sekolah menengah pun rasanya dah mengandungkan anak luar nikah dengan tahap kemesraan yang macam tu!

"Tapi jangan bagitau sesiapa. Kau seorang je yang tahu abang special, afterall."

Ah... macammana dia boleh terlupa. Saif meraup muka. Akhirnya dia boleh menangkap logik reaksi Ayen. Jadi walaupun tidak berkemampuan terhadap kaum perempuan, abangnya sebenarnya masih boleh dikategori sebagai lelaki sihat luar dan dalam. Cuma songsang.

"Kira, abang memang sihat through and thorugh... cuma, your manhood... is not directed at your wife..." Nafas tertarik sendiri, menutup suara yang nak menyambung kata. "Ma-macammana Ayen boleh sanggup hidup dengan abang?" soalnya kemudian, benar-benar ingin tahu kini. Kerana kemesraan yang dilihat malam tadi... rasanya bukannya tipu.

"Kami ada perjanjian."

"Perjanjian?"

Diam seketika, mengingati janji dan kontrak lisan mereka. "Untuk tipu kau... dan lain-lain. Kejap, kalau abang nak tipu kau, kenapa abang bagitau kau semua benda ni?" Dengan muka mamai, dia bertanya.

Si adik menjungkit bahu. "Sebab abang tengah tingtong sekarang ni?"

Cawan diletakkan ke meja sebelum meraup muka sendiri. Betullah tu agaknya.... Dia tak boleh berfikir sekarang ni. "Semalam kantoi dengan aunty... pagi ni kantoi dengan kau..." Tubuh disandarkan bersama keluh berat. "I'm not good with lying, don't I?"

Kalau teori itu boleh digunapakai, itu tidak menjelaskan kenapa Ayen dan abangnya cukup tahu nak bermanja sesama sendiri. Tiada kejanggalan. Tiada unsur penipuan. Melainkan dua individu yang benar-benar berseronok dengan kehadiran masing-masing hingga tiada ruang untuk orang lain menyelit.

Kepala digeleng. Tak faham macammana perkahwinan mereka boleh berdiri sampai sekarang. Sambil menghirup kopi, dia berfikir.

"Abang nampak macam benar-benar cintakan bini abang kali ni berbanding cuba nak tipu Saif." Dia memberi komen rambang, tetapi menjawab segala persoalan di kepala.

"I think so too."

Dan senyap. 

Saif merenung abangnya, manakala Egann tersedak kopi setelah beberapa saat. Si abang terbatuk sekali dua, mengelap sisa kopi di pinggir bibir sebelum memandangnya dengan muka terkejut.

"Kau cakap apa?"

Saif menahan senyum kini. Mamai nampaknya berfungsi sebagai truth serum kepada si abang. "Abang cintakan Ayen ke?" soalnya pula.

Egann mengerut dahi seketika, mula berfikir tentang perasaan sendiri. Tetapi bila hati cuba dikawal akal, mulalah dia overthinking. Yang akhirnya menjadikan seseorang gagal membuat keputusan.

"Abang tak tahu..."

Itu dia. Jawapan selamat. Saiful menggelengkan kepala. "Ayen perempuan baik. Harap abang jangan permainkan perasaan dia pula. Itu je la."

Dan diam lagi. Egann merenung wajah yang berfikir itu. Jambang yang mula tumbuh di rahang adiknya direnung. Stubble – liar dan seolah-olah dicukur cukup syarat.

"Life kau okay?"

"Hm? Okay je."

"Takda awek yang kau nak kenalkan kat abang nak buat bini?"

"Heh. Apa kata abang serah je bini abang kat Saif. I'll treat her better than you ever can."

Anak mata biru Egann kini bertukar jadi Sharingan. Cerah sekali amarah yang nampak di situ. Aura membunuh juga terasa. Kalau diusik lagi, mungkin abangnya akan bertukar menjadi Super Saiyan.

"Saif gurau." Lekas disimbah si Super Saiyan dengan kata-kata pujukan.

Egann spontan menghembus nafas panas. "You better. Ayen milik abang seorang. Abang takkan serahkan dia kat orang lain."

"You should listen to yourself instead of confuse dengan perasaan sendiri," cemik Saif pada kopi di tangan.

Si abang memandang adiknya kembali. "Eli sukakan kau. Kenapa tak jadikan dia isteri?"

Buhuk!! Terbatuk terus. Tisu meja lekas dicapai, mengelap tempias kopi di meja dan di tepi mulut sendiri. Dada ditepuk-tepuk, terus membuang batuk dan cuba melegakan tekak yang gatal. Muka tak bersalah abangnya dipandang.

"Saif dengan Eli... takda apa."

"She likes you. Ketara gila. Dulu kemain lagi kau tangkap jiwang dekat dia. Bagi bunga, bagi tudung, bagi coklat.... Apa dah jadi sampai perasaan kau berubah benar?"

Batuk terakhir dilepaskan. Saif menegakkan tulang belakang sambil menarik nafas dalam. Lantai direnung bersama senyum nipis. "Saif takleh nak cakap..."

Berkerut dahi si abang. "Seriously?"

"Perasaan Saif dah berubah. Tu je."

"Walaupun kau tengah bersungguh cari jodoh tapi awek depan mata kau boleh tolak tepi?"

"Hahaha... yea. Dia dah bukan taste Saif..."

"Sebab dia dah jadi pengkid?"

Bahu dijungkit.

Diam seketika. Merenung adiknya. "Atau sebab dia overdose sangat tunjuk suka dekat kau sampai kau turn off?"

Bibir dileret lalu. "Kalau your basis sebab dia bergaduh dengan Awan sebab dia ingat Awan nak rampas Saif dari dia... that's half the reason, yes."

Egann turut tersenyum dibuatnya. Kopi kembali dihirup. "She spiked your drink, you know?" sambungnya di antara teguk.

Terkedu. "What?"

"Abang nampak. She drugged you. Sebab tu kau tertidur sampai tak ingat dunia."

Bulat terus matanya. Patutlah dia langsung tak ingat apa-apa atau macmamana dia boleh tertidur malam tadi. Nak kata penat, tak juga.

"Eli aside. Abang tak buat apa-apa walaupun nampak dia spike Pepsi Saif?"

"I thought it'd be fun." Tergelak lalu, membuat kepala Saif terjatuh. "You know, tengok kau mabuk ke apa ke... abang pun teringin jugak nak tengok that side of you."

"Abang duduk kat Amerika terlalu lama..." Muka diraup berkali-kali. Sebal rasanya.

Egann masih terkekeh. "Tapi rupanya ubat tidur je. Maybe sebab senang sikit dia nak peluk kau kut, considering kau duk tolak dia sepanjang masa..." Kopi dihirup lagi. "Although, perangai dia tu pelik gila..."

"Ya'think?" Mata dibulatkan.

Egann memandang adiknya kembali. "Kau macam tak terkejut bila dengar benda ni... dah berapa kali dia buat kau macam tu sampai kau terbiasa?"

Perbualan bertukar serius. Saif terkedu seketika. "Erk..."

"Egann, jom balik. Pukul empat dah ni..."

Ayen tiba-tiba muncul di pintu dapur, mematikan terus sesi perbualan antara keduanya. Kedua-dua lelaki itu menoleh. Si wanita dah lengkap berpakaian dengan tudung.

"Kejap la. Aku tengah having a moment dengan adik aku."

"Kau boleh having a moment for a whole year dengan dia. Aku kena kejar masa nak pergi hospital. Dahlah nak kena balik rumah dulu... nak mandi apa bagai."

"Kau boleh kejar masa pergi hospital for the whole year. Moment dengan Saif jarang datang tau. Especially since kitorang nak discuss harassment Eli dekat dia." Kerusi di sebelahnya ditarik. "Kejap je. Lima minit. Duduk la." Kerusi kosong di sebelahnya ditepuk.

Mengalah. Baru saja nak duduk, Egann dah menghulur kopi padanya. Ayen menolak, tetapi rambut si suami menarik perhatiannya.

"Your bedhair... cute." Rambut serabai baru bangun tidur itu dielus, macamlah bermain dengan rambut seorang budak. Egann membiarkan. Suka dalam diam. Tangan merayap ke belakang kepala si suami."Benjol kau sakit lagi?"

"Sakit sikit, tapi tak teruk macam malam tadi." Muka dibuat manja, membuat Ayen tersenyum lembut.

Saif pula terus meneliti tingkah laku keduanya. Seriously. Perkahwinan tipu yang cuba dilakonkan sebenarnya yang langsung tiada unsur penipuan!

"Yen, kau sukakan abang ke?"

Wanita itu menoleh. "Of course aku sukakan abang kau..." Lengan Egann dipeluk dan ditepuk-tepuk.

"Yen, takpe. Aku baru je bagitau Saif yang kita kahwin bukan sebab cinta."

"Eh? Really? Why?" Si suami dipandang terkejut.

"Abang terlepas cakap sebab mamai..." balas Saif sambil meneguk kopi. 

"Tapi Saif memang tahu dari awal lagi, kan?" soal Ayen dengan muka keliru.

Kedua-duanya mengangguk, membuat si wanita melopong. Pada Egann yang menggaru belakang kepala, dia meluah risau. "Habis macammana sekarang? The reason kita kahwin ialah untuk yakinkan adik kau yang kau boleh berubah. Kalau kau kantoikan macam ni, habis macammana dengan progress kita selama ni. Lepas ni... kita akan masih bersama?"

Air muka lelaki itu berubah. Untuk seketika, lidahnya kelu. Bila dah kantoi, kenapa masih perlu berlakon? Ah, soalan itu sama tahap susah dengan soalan mengenai masa depan mereka yang Ayen usulkan malam tadi. Tiba-tiba perkahwinan mereka terasa rapuh sangat ketika ini.

"Egann..." panggil Ayen perlahan.

"Erm... kita masih ada aunty, Eli dengan Awan untuk kita tipu..."

Bawah sedar, Ayen menghembus nafas lega. "Right. Mereka masih ada." Ah, terasa hidupnya ada tujuan semula.

Egann tersenyum. "Yea... we're still okay..." Kepala bertudung itu digosok. 

Saif merenung redup. "Sorry mencelah." Ayen dan Egann menoleh serentak. "Need I remind you that KPI untuk aku tak sama dengan aunty, Eli dengan Awan. Aku dah tahu keadaan abang dari awal lagi, jadi tak perlu bersusah nak menipu, cuma abang perlu buktikan yang dia boleh hidup bahagia dengan perempuan." Anak mata si kakak ipar terus direnung redup. "Soalan aku... kau sukakan abang ke tak? Are you guys happy?"

Air muka Ayen dah macam budak kelas belakang diberi soalan Add Math. Kelam memproses soalan tapi tiada jawapan dalam kepala. Kosong sekali.

Egann pula merenung isterinya, kemudian pada Saif yang menunggu jawapan, kemudian pada Ayen yang masih membatu keras. Tanpa dapat ditahan, senyum hambar terukir. Kepala bertudung itu digosok, memanggil perhatian isteri untuk kembali ke arahnya.  

"Jom balik. Kunci kereta aku ada mana?" soalnya sambil bangun.

"Lah. Mana la aku tahu kau letak mana. Dalam bilik kut?"

"Kenapa tak ambik sekali..." desis Egann, kembali masuk ke bilik tidur mereka.

"Aku dah cakap aku tak tahu kau letak mana..." sahut Ayen, memuncung. Sebelum beredar, dia berpaling pula pada si adik ipar yang tekun memerhati mereka tanpa sebarang kata. "Least you should know is he's changing... and he's changing for good..."

Kening tebalnya dijungkit, lalu Saif bersandar. "Aku tau. Aku nampak."

Ayen tersenyum. Baru saja nak berkalih, Saif berkata-kata lagi.

"I've seen enough of you guys, and to be honest, aku sangat convinced yang perkahwinan korang... well, nampak bahagia. Tapi jawab aku, honestly. All those kemesraan antara kau dengan abang... bila kau gelak tawa dengan dia... marah, bergaduh... menangis... berbaik semula... betul ke semuanya hanya sekadar lakonan?"

Membatu lagi.

"Apa sebenarnya yang kau rasa dekat abang? No lies," lanjut si mata biru itu sekali lagi. Benar-benar menduga hati wanita itu kini. Namun tiada jawapan yang dia boleh beri ketika ini, melainkan reaksi muka beku.

Suara Egann kedengaran lagi, memaklumkan yang kunci dah dijumpai. Ayen kemudian mengukir senyum pada Saif.

"Bye."

Dan terus bergerak pergi. 


Previous: 4-Bab22
Next: 5-25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh