TIGA TAHUN LEPAS...
SENIBONG – Sekitar 8 malam
SCIROCCO merah itu diparkir di bawah tiang lampu. Sebelum mematikan kereta, Egann menghantar mesej kepada Saiful.
2005. Egann: <Abang dah sampai>
2005. Saiful: <Roger. Saif pun baru sampai>
2006. Saiful: <Tak sangka akhirnya kita jumpa balik>
2006. Saiful: <Tunggu Saif kat dalam>
2007. Saiful: <Ingatkan dah mampus kat US sana sampai tak reti-reti nak balik>
Jilake punya adik. Egann tersenyum kelakar pada iPhone. Tapi tidak disalahkan si adik itu kerana dia sendiri tidak pernah berhubung dengan Saif untuk ambil tahu perkembangan hidup masing-masing. Selepas dia berpisah dengan secara geografi, mereka berpisah komunikasi pula sampai dah tak ingat rupa masing-masing.
Dia masih ingat kali terakhir Saif dilihat ialah berwajah lembut. Baik tutur katanya dan selalu menjadi pendamai bilamana dia buat masalah di tepi jalan atau di sekolah.
Ah, rindunya.
Nafas ditarik dalam. Cuba pasakkan keberanian dalam diri. Diingatkan supaya ikhlaskan hati untuk menipu Saif supaya adiknya tidak mengesan sebarang keganjilan pada diri. Ah, apa susah. Duduk, menyembang pasal perkembangan hidup, dan kalau ada awek seksi lalu, bersiul sedikit. Benda asas.
Egann melangkah keluar dari kereta.
"Eh, Egann."
Lelaki berjambang kemas itu menoleh, bertembung pandang dengan seorang lelaki yang berjalan berkumpulan dengan beberapa orang individu. Lengkap dengan pasangan lelaki dan perempuan yang dah berusia sedikit, dan beberapa anak muda. Ahli keluarganya mungkin.
"Doug," sapaan dibalas. Tanda acknowledgement.
Air muka lelaki melayu itu menjadi ceria. Pada keluarganya, dia meminta mereka gerak dulu dan akan menyusul kemudian. Kemudian Egann yang masih berdiri di tepi pintu pemandu dirapati.
"Kau tak cakap kau datang JB!" Penumbuk dilepaskan pada bahu lelaki itu.
"Haha. Kau pun sama." Anak mata hitam di hadapannya direnung, sengaja menduga.
Doug, atau nama sebenarnya Dolah, meleret senyum. "Adik aku baru habis SPM. Kitorang nak sambut kebebasan abadi dia hari ini."
"Abadi sangat..." Egann melangkau pandang di sebalik kereta, melihat keluarga Doug semakin hilang ditelan kumpulan orang ramai di barisan kedai. Sedikit cemburu di jiwa melihat rakannya masih ada keluarga untuk meraikan waktu bersejarah bersama-sama. Dia pula terkapai-kapai mencari hubungan kekeluargaan; meminjam kasih sayang jiran, ditinggalkan di Tanah Melayu dan hidup berdua dengan adik lelakinya sejak zaman lampin, berjanji dengan si adik untuk mencari ayah mereka di tanah Amerika selepas SPM, bila ditemui, lelaki dewasa itu menolak kewujudannya pula, si ayah itu kemudian memaksa dia membuktikan abilitinya dalam bidang akademik dan perniagaan jika benar mahukan restu seorang bapak, dan sekarang dia balik semula ke Malaysia demi bertemu semula dengan adik lelakinya... tanpa ayah seperti yang dijanjikan. Tanpa dapat ditahan, keluh berat terhembus, menyesali nasib hidup sendiri.
Kolar baju tiba-tiba ditarik. Egann menoleh semula, melihat Doug melangutkan wajah supaya bertemu wajah dengannya.
Bibir Egann meleret nipis. "Aku datang sini nak jumpa adik aku. Plus, family kau pun ada sini... kau sure kau nak kantoi percuma?"
Doug buat pekak badak. Kaki dijungkit sedikit bahana perbezaan ketinggian antara dia dengan lelaki Barat itu. Bibir bawah Egann dikucup ringan, cukup untuk menghangat hati yang sememangnya tengah kering. Egann akhirnya menerima jemputan itu. Rakannya itu lalu ditarik ke belakang kereta, menyembunyikan aksi mereka dari pandangan umum. Buat seketika, mereka berkongsi liur, cukup untuk melepaskan sedikit nafsu yang bertakung.
Doug menjarakkan diri dengan senyuman puas. "Aku tak pernah penat tengok muka handsome kau." Jambang Egann diramas sebelum beralih turut ke tengkuk, bahu dan dada bidang si lelaki tinggi.
"I know... no one ever does."
Ketawa nipis terlepas. Rasa bertuah kerana boleh merasai seulas bibir segar itu. "Call aku malam ni." Tangan merayap ke tempat tak patut.
"Sure. Mak kau tak kisah kalau kau tidur hotel dengan aku malam ni, kan?"
Makin mekar senyuman di muka si rakan. "Kau roger je, aku drive terus jumpa kau. Bye, love." Tangan dilambai sedikit.
Egann menghantar lelaki itu pergi dengan pandangan mata. Doug dikenali semasa dia di US, dan lelaki yang dianggap sebagai kawan itu merupakan salah seorang dari beberapa orang lelaki yang pernah menjalinkan hubungan intim dengannya. Sesungguhnya dia tiada teman lelaki, kerana enggan memberi komitmen atau apa-apa. Sekadar nak berhibur, maka yang sanggup datang itulah yang diberi kasih sayang fizikal.
"Sickening."
Lontaran suara asing itu membuatnya menoleh spontan. Baru perasan seseorang tengah mencangkung di sebelah keretanya. Tengah melayan rokok. Amboi, rupanya ada penonton tak berbayar.
"You just need to suck it," bidasnya, gaya tak berdosa.
Lelaki itu menoleh padanya. "Sure. I will."
Mereka berpandangan. Lampu jalan yang berdiri tegak di antara mereka, membenarkan dua pasang mata biru kilat itu bertentangan sesama sendiri.
Air muka Egann berubah seratus peratus. Pucat lesi. Jantung terasa jatuh ke perut, betul-betul boleh menyebabkan kematiannya ketika itu juga. Orang terakhir yang dia mengharap kantoi ialah orang pertama yang melihatnya menghisap mulut lelaki!
Asap rokok dihembus di pinggir bibir. Niat mulanya nak menikmati nikotin bagi menghilangkan gementar berjumpa abang yang dah sekian lama tak dilihat, tapi sekarang semua rasa yang bercampur aduk di dalam hati dah hilang – baik rasa rokok, mahupun rasa teruja reunion mereka. Gara-gara aksi haram yang baru ditonton tanpa bayar. Yang berbaki ialah rasa amarah yang melonjak-lonjak di dada, seperti gunung berapi Taal yang meletus di Filipina, yang meledakkan asap tebal ke stratosfera malah menjemput kilat serta gempa bumi yang menggemparkan penduduk tempatan serta perhatian jurugambar bagi menangkap kejadian alam yang ngeri tetapi cantik itu.
Seperti Manila yang diselimuti debu asap gunung berapi, Saif juga terasa dibaluti debu beracun di dalam hatinya kini.
Dah tak guna nak meneruskan tujuan hidup malam ni rasanya. Lalu dia bangkit. Puntung rokok dibuang ke rumput. "Dah berapa lama abang terlibat dengan benda macam tu?" soalnya, bernada bersahaja walaupun hatinya terasa dibelah-belah dengan pisau pemotong daging.
Wajah itu nampak tenang tanpa riak, membuat peluh Egann menitik lebih banyak dari biasa. "Tak... abang tak..."
"You don't need to answer that. Its rhetoric." Kunci kereta ditarik keluar dari poket seluar. Lampu Alza biru yang diparkir betul-betul di sebelah Scirocco merah milik Egann menyala dua kali, tanda unlock.
Kereta mereka rupanya bersebelahan? Ya Tuhan. Celaka betul nasib!!
Baru saja Saif bergerak ke arah pintu pemandu, Egann mengejar lekas. "Saif! Abang takda alasan pasal how I act around men, tapi kita datang sini sebab nak reunite, remember? Sembilan tahun kita tak jumpa. Abang rindu kau! Abang nak bercakap dengan kau. Abang nak update hows your life so far..."
Pintu Alza dibuka, tetapi Saif tidak melangkah masuk. Dia berpaling ke arah abangnya, namun hati menjadi sakit bila bertentangan dengan mata biru yang dirindui itu. Lalu arah pandang ditala pada rumput di belakang Egann.
"How's my life so far? Hm, it's great. Masih tunggu abang aku balik dari US lepas kami berpisah lepas dia habis SPM... dia janji nak bawa ayah kami balik Malaysia, tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung. Entah dia buat apa kat sana..."
"Abang dah balik la ni..."
"Abang aku bukan gay."
Suara itu pecah sedikit di hujung. Membuktikan kesesalan dan kekecewaan yang gagal dibendung di hati Saif, termasuklah juga dengan pandangan mata yang langsung enggan memandang mukanya. Egann rasa nak menangis. Reaksi itulah yang ditakuti sejak mula-mula dia menjejakkan kaki semula ke Malaysia, hingga dia memerlukan masa tiga bulan untuk memberanikan diri berjumpa dengan Saif, hanya untuk kantoi sebelum bertemu muka.
Sejenis penolakan. Dirinya umpama batu di tepi jalan. Tidak dipandang, malah menjadi sasaran ludah.
Buku lima digenggam erat, lalu dia melangkah laju. Pintu kereta Alza ditarik kasar, mengejutkan si adik yang baru nak menghidupkan enjin.
"Macam ni ke perangai kau? Tengok diri abang yang sebenar, terus nak putuskan hubungan? Abang selama ni takut nak datang dan jumpa kau sebab abang risau how you're gonna react, and guess what, abang tak patut datang dari awal lagi! Kau sama macam orang lain yang pandang abang judgemental macamlah korang tak berdosa langsung!"
Saif gamam. Bukan terkejut kena marah, tetapi terkedu melihat wajah tegang di hadapannya. Ya, itulah rias yang selalu dilihat sepanjang usia membesar suatu ketika dahulu. Rias remaja lelaki yang selalu marah, kuat cari gaduh, dan sangat protektif terhadapnya. Sahih, lelaki ini ialah abangnya. Marah di hati kini bercampur hiba. Ya Allah...
"Abang nak Saif buat apa?" soalnya, cuba berkompromi.
Bara di hati Egann memalap sedikit. "Don't reject me like that... accept me for who I am..."
"Saif masih terkejut. Heck, Saif sangat terkejut sampai rasa nak sanitize mata Saif dan gosok dan bilas pakai air mutlak tiga kali basuh! Ignoring you is the best course of action right now. Argh, Saif terlalu malu nak mengaku you're my abang at this point!" Stereng ditumbuk.
Yes. That rejection. Rasa kesunyian yang menghentam jiwa membuat hatinya semakin retak.
Air muka sayu si abang membuat Saiful menjeling semula. "So, sepanjang abang tinggalkan Saif... mana ayah?" soalnya dengan suara yang sedikit melembut.
Geleng kepala.
"So basically, you came back with nothing... but only failure and disappointment?"
Keluh dalam terhempas. Anak mata Egann dah tak mampu memandang Saiful kini. Bala... segala kebalaan didunia, inilah bala paling teruk yang pernah dirasai!
Dengan sisa kekuatan yang ada, dia memaksa lidah berkata-kata. "Kau tengah terkejut sekarang.... Mungkin lepas mood kau elok sikit, kita boleh jumpa lagi?"
"Saif lebih prefer kalau kita tak payah jumpa lagi. Not after knowing you've changed like this..." Mata si abang dilihatnya sedikit berkaca. Sedih hati melihat abangnya begini. "Tell me at least one thing... abang masih Muslim?"
Tidak berjawab.
Dan respon kosong itu cukup sebagai jawapan untuk Saiful. Tanpa melihat muka si abang, daun pintu ditutup deras. Selajur, Alza biru itu dipandu keluar dari pekarangan Senibong, meninggalkan Egann menghidu asap keretanya.
SEJAK kejadian itu, Egann berusaha untuk mendapatkan semula approval dari si adik untuk menerimanya sebagai seorang abang semula. Untuk kembali pada momentum lama sebelum Egann terbang ke USA. Dia mahu mereka kembali rapat seperti dahulu, dia mahu adiknya yang manja dan hanya tahu mengharap padanya macam dulu.
Syarat Saif cuma satu – jangan bernafsu pada kaum sendiri. Walaupun sukar, Egann cuba turuti.
Langkah pertama ialah menyebut kalimah syahadah semula, dan merangkak menjadi seorang islam semula. Sesungguhnya Egann tak terlalu peduli tentang agama kerana baginya, agamalah punca kaum manusia bergaduh dan berpecah belah sesama sendiri. Aties ialah suatu jalan yang jauh lebih mudah kerana tak perlu percayakan apa-apa, tetapi memandangkan dia dah disumbat dengan ajaran islam dari kecil sehingga lewat remaja, dia tetap percaya Allah itu ada dan rukun iman dan rukun islam itu wajib dipegang oleh mereka yang memegang identiti muslim.
Langkah pertama ujian tauhid, lulus. Tinggal nak menjadi practising Muslim, dimana agak sukar untuk dibuat bagi si lelaki pengamal budaya bebas.
Pada tahap ini, mungkin lebih sesuai melabel Egann sebagai muslim sekular.
Langkah kedua ialah menjalani program conversion therapy yang dianjurkan secara rahsia oleh Datuk Sri Roslan. Egann pernah mendengar pelbagai kesan buruk dari program seperti ini dari segi fizikal, mental dan emosi, tetapi atas desakan adik lelakinya, Egann mencuba. Hasilnya, anggota badannya rosak kerana pelbagai jenis campuran dadah. Kebanyakan spesimen yang lain menemui maut, dan Egann antara yang bertuah kerana sempat diselamatkan seorang doktor jantung – Doktor Taha. Program tersebut dihidu pihak berkuasa dan terus diharamkan kerana kesan kasualti yang terlalu tinggi. Egann juga menerima pampasan yang cukup besar atas kerosakan organ tubuh yang dialami dan harus menerima rawatan perubatan berterusan. Yang sadisnya, Egann masih 100% menyukai lelaki berbanding perempuan, dan yang lebih sadis lagi, Saif masih enggan memanggilnya abang. Badannya rosak sia-sia.
Egann kini kurus kering macam penagih dadah kerana tekanan sakit yang diterima hasil program tersebut. Waktu-waktu ketika ini, mati seolah-olah suatu jemputan yang cukup menggiurkan bagi orang yang tiada tujuan hidup sepertinya. Setiap satu kegagalan dalam hidup bermain-main di kepala. Dia masih gagal menunaikan janjinya untuk membawa ayah mereka balik pada adiknya. Dia masih tidak berbaik dengan Saif. Dia sesungguhnya gagal sebagai seorang manusia.
Memandangkan hari ini Hari Raya, Egann ada motivasi ekstra memanjat keluar dari katilnya, bergerak keluar dari hospital dan meminta teksi membawanya ke tanah perkuburan. Dia mahu melawat seorang wanita yang dianggap sebagai ibu pada suatu masa dahulu. Wanita yang hanya dibahasakan sebagai Bibik kerana wanita itu sekadar menerima upah untuk menjaga dia dan Saif di Malaysia. Walaubagaimanapun, dia dan Saif tetap enggan menganggap mereka sebagai Melayu, wanita itu sebagai seorang ibu, dan Malaysia ialah negara tempat bermastautin.
Setiba di tanah perkuburan, Egann menghabiskan masa melayan diri merenung kubur Bibik. Tidak disedekahkan Yasin mahupun sepatah salam. Sesungguhnya dia dah lupa semua etika itu selepas menghabiskan 9 tahun di tanah Amerika. Apa yang berbaki di Malaysia cumalah secebis kenangan yang masih terapung dan enggan dibuang. Jika Saif terus menolak dirinya, Egann berkira-kira nak menamatkan hayatnya pada hari jadinya yang ke 28 nanti.
"Pesakit AIDS mana ni?"
Teguran itu membuatkan dia menoleh, melihat si adik berbaju melayu hitam berdiri kira-kira lima langkah darinya. Di tangan si adik memegang jag berisi air bunga dan karpet untuk diduduki. Al-Mathurat turut tersembul di poket baju.
"First of all, panjang umur kau. Secondly, kasar lawak kau...."
"Aku tak buat lawak. Aku betul-betul ingat kau pesakit AIDS..." luahnya, lalu menyambung langkah. Karpet ditebar di atas tanah berbatu. "Dah lama sampai?"
"Kau nak menyembang dengan abang?"
"Sebelum abang mati, why not?"
Egann hampir tergelak. "Gurau kasar tahap—kau panggil abang, abang?" soalnya, baru sedar.
Mata Saif turut membulat pada kubur. Tersedar. "I did not," nafinya pula.
"You did. I just heard."
Diam seketika. "Maybe terlepas..." keluhnya. "Kau masih tetap abang aku... dan aku buatkan kau ikut program tu sampai hampir mati..." Anak mata dikerling, melihat batang tubuh kering yang cukup selamba duduk di atas kubur orang lain macam tak diajar adab. Setakat hari ini, dia masih belum mampu menentang muka abangnya. "Kau apa khabar sekarang?"
Diam seketika. Melayan rasa hati yang kembang kerana adiknya bertanya khabar. "Living with pain really puts life into perspective."
"I see. Kita boleh saman Datuk Roslan tu untuk sedut more money for you untuk bayar medical expense, you know."
"I'm gonna need a lawyer."
"I can do that for you."
Dan Egann merenung adiknya lagi. Mata itu masih tidak mendarat ke wajahnya. Dan dia juga dah malas nak terus berjuang. "I'm gonna need a damn good lawyer." Mengelat.
"I can be a damn good lawyer for you... at least kalau boleh cover medical expense, panjangkan sikit nyawa kau supaya kau sempat bertaubat betul-betul." Yasin dibuka.
Bibir Egann meleret. "Kasar, tapi abang kesan ada sedikit sayang dalam ayat kau."
Diam. Saif mula membaca yasin, dan Egann hanya mendengar. Sedikit sebanyak, setiap bait ayat al Quran itu mengetuk dan menghentam hati hitamnya. Seperti mengetuk shell keras yang menyelubungi hatinya. Sedikit demi sedikit. Kecil. Konsisten. Hingga menghasilkan retak.
Mati sebelum bertaubat... kah? Entah kenapa ayat itu memberi rasa gerun pada sedikit rekah di hati hitamnya. Allah itu Maha Pengampun, tapi Dia juga Maha Penyiksa. Neraka di Barat seperti sebuah taman permainan, tetapi bagi umat Islam, jangan sekali-kali main dengan Neraka Allah. Selagi ada iman, sesiapa pun akan takut nak masuk ke dalamnya walau sekadar bermain emosi.
"Allah..." keluh Egann bersama nafas panjang, menarik perhatian Saif sekali lagi.
Bacaannya terhenti seketika. Pintu langit terbuka dan menerima doanya, kah? Setakat apa yang dah dilihatnya sehingga hari ini, abangnya benar-benar bersungguh nak mendapatkan semula hatinya dan sanggup melakukan apa sahaja walau dengan risiko maut. Bibir yang terasa kering, dibasahkan dengan lidah.
"J-just for the sake of conversation... do you still like women?"
"I can like a woman for you."
Ayat itu agak kelakar di telinganya. Saif tersenyum halus, membuat hati Egann melukis senyum segaris. Halus sekali sifatnya hingga hampir tak nampak.
"Will you be able... to love a woman..." soalnya, mengangkat pandang ke paras leher yang boleh digenggam dengan sebelah tangan itu.
"Should not be a problem. I still love Aunty Yana, Nawal dengan Awan—"
"Romantically," potong Saif lekas.
Egann menelan liur. "Kau tanya lelaki gay, kalau dia boleh menyintai seorang perempuan... like a man and a woman... macam back to default setting?"
"That's one way to put it... yes." Bibir dikemam.
Egann menjulingkan mata ke langit, mengingati kenangan lama. Mencintai seorang perempuan... ialah punca utama kenapa dia memilih gaya hidup songsang ini. Tidak pasti jika dia masih boleh melakukan hal yang sama sekali lagi.
"Woman... they're the definition of a mess. They're small, soft, smooth... the boobs definitely fun to play with, sure, but there are lots of underlying emotions that I can't compute. That's why it is easier with men than with them... but they do make good pillow. Lebih wangi juga." Bibir bawah dijuih, membayangkan tubuh bogel seorang wanita. "Mereka kecil, tapi somehow lebih kuat dari lelaki... and boy, they are the reason why men go to war..." Kepala digeleng bersama ketawa halus.
Mata Saif meloncat terus ke wajah cengkung di hadapannya, pada mata biru yang tengah merenung sebuah kenangan lama. Hanya kerana perbincangan mengenai perempuan, dua beradik itu akhirnya bertemu pandang selepas tidak melihat masing-masing selama hampir dua tahun. Egann menerima topik ini sebagai sebuah faktor kukuh untuk terus mendekati adiknya, manakala Saif masih cuba memahami makna di sebalik komen si abang.
"Abang pernah—" Tak sempat Saif menghabiskan soalannya, Egann dah bertanya dulu.
"Kau masih teruna?"
Nak terbatuk mendengarnya. "Saif belum kahwin! Of course Saif masih teruna!"
"Right... kenapa tak kahwin lagi?"
"Saif baru start bekerja. Belum financially stabil pun lagi."
"Dah lamar Nawal?"
"Dia taknak kat Saif..." Kepala ditundukkan, sebal. Gadis kesukaannya itu suka benar main tarik tali dari dulu. Nanti karang aku tawar hati, padan muka. Kepala digeleng kemudian, membuang wajah Nawal Elisa dari kepala dan kembali menoleh ke mata biru yang cengkung itu. "Abang macammana? Macam pernah ada pengalaman..."
Lalu si adik dipandang dengan senyum yang kian ketara. Ini pertama kali sejak dua tahun lepas, adiknya sudi mengambil tahu halnya. Kerana topik perempuan semata... eh?
"Abang ada janda. Dia dah lari... lepas bunuh anak abang dalam bilik air. And then, I'm here." Bahu dijungkit, menunjukkan kedudukannya sekali. Hampir maut tetapi masih bongkak untuk duduk di atas kubur orang.
Nafas ditarik dalam. Mahu bertanya lebih lanjut, tetapi mungkin boleh disimpan untuk sesi perbualan akan datang. "So... there's still hope for you?" soalnya, benar-benar mengharap.
Mendiam lagi. Egann tak pasti jika itu benar, tetapi jika harapan itulah yang boleh menyambung ikatan yang terputus antara mereka beradik, yang boleh membuat dia menyembang dengan adiknya lebih dari 10 patah perkataan... dia sangat sudi membuka lembaran baru bersama jantina yang telah memusnahkan dunianya.
"If I can do that... kita boleh duduk semeja, makan dinner dan tengok bola sama-sama?"
"Kita boleh beraya bersama, even."
Sinar cahaya mula terbit di mata Egann. Menyambut Hari Raya? Rasa hangat mula merebak di seluruh tubuh. Sekaligus menguakkan suatu motivasi diri dalam diri untuk terus hidup.
Ya Tuhan, dia nakkan itu.
Saif melanjut kata sambal mengerling anak matanya ke tepi. "Kalau ayah ada, would be better la.... I mean, kita dah impikan benda ni sebelum abang fly ke USA lagi..." luahnya perlahan, kembali menentang wajah cengkung yang dah macam tengkorak di depannya. Allahurabbi.... Sebak rasa hati, hanya Allah yang tahu.
Egann pula hampir menangis, lalu nafas dalam ditarik walau apalah sangat paru-paru rosak itu nak menyedut oksigen. Udara sendat-sendat melalui hidung macam enjin yang belum panas.
"Lets."
"Lets... what?"
"With that goal in mind... kita develop milestone satu persatu... ayah ada je, tapi dia belum sampai ke sini. Dia frust sebab abang halau dia dari company dia sendiri, sebab tu dia hilangkan diri sekarang ni. Abang rasa Auclair tahu dia kat mana, jadi abang akan usahakan untuk bawa dia ke sini untuk kau. Pada masa yang sama, abang akan cari perempuan untuk dikahwini... dan bina family... supaya kita boleh beraya bersama... next year."
"Next year?"
"Next year." Azam dibina dalam kepala. Plan membunuh diri ditangguhkan sehingga dia jumpa motivasi hidup seterusnya.
Lalu nafas dihembus berupa tawa. "11 tahun sia-sia, and now abang nak ubah life abang by next year?" Nak tergelak mendengar tingginya impian itu.
Egann menoleh ke kubur yang berderet di hadapannya, menentang amaran maut betul-betul hidung bertemu hidung. "Bezanya, abang berlumba samada abang boleh tunaikan janji abang dulu... atau kena tanam dulu..."
Diam si adik lalu. Egann pula menarik nafas dalam.
"So tell me... kau nak kakak ipar kau jenis macammana? I'll get one for you."
Nganga. Ayat playboy jenis apa ni? Dia dah buatkan abangnya hampir mati kerana rajuknya, dan sekarang dia menukar gay ini jadi playboy pula?
Ehh, takkan....
DALAM tempoh tak sampai setahun, Egann telah memiliki hampir 13 teman wanita dan menikahi dua orang dari mereka. Isteri yang pertama itu terus menuntut cerai tak sampai sebulan menikah, manakala isteri kedua baru sahaja meninggal sebulan lepas. Dan sekarang, Egann sedang mencari pengganti secepat mungkin sebelum Raya yang akan menjelang dalam tempoh lima bulan dari sekarang. Tapi buat masa sekarang, dia tak tahu siapa yang boleh dipikat sebagai seorang isteri walhal dia sendiri mengelak dari merapatkan diri dengan mereka.
Perempuan, mereka clingy. Mereka dahaga perhatian dari lelaki yang disukai. Macammana nak bercinta kalau dia enggan memanjakan mereka. Ah, sukarnya!
Yang pertama gagal bila Egann kantoi menyukai kaum sendiri. Yang kedua pula dipilih sama jenis macamnya, seorang wanita dua alam. Tetapi objektif wanita itu berkahwin sama dengannya, iaitu nak menipu keluarganya. Dan Jenny jauh lebih liar dari Egann. Bilamana lelaki itu tiada di rumah, isterinya itu akan mengangkut teman wanitanya ke dalam rumah. Egann tidak gemar sikap itu, tetapi sekurang-kurangnya Jenny tahu berlakon di depan Saif, malah memberi ruang kepada Egann untuk berfoya-foya di luar juga.
Ini perkahwinan yang menyeronokkan, sehingga Jenny kantoi dengan Saif kerana adiknya menemui dokumen yang menunjukkan Jenny tidak sah islam. Perkahwinan mereka terbatal terus. Dan yang lebih mengejutkan, Egann menerima berita Jenny meninggal dalam tidur beberapa hari kemudian. Autopsi melaporkan yang Jenny mengalami sakit jantung walaupun usianya baru 27 tahun.
Huh. Maut seolah-olah memberi salam pada lelaki sekular itu yang dia boleh menerkam bila-bila masa.
Demi memperingati jasa dan persahabatan mereka, Egann berbaik hati melawat majlis perkebumian wanita itu di kampung halamannya. Berbekal lesen bekas suami, dia diberi kebenaran oleh Pastor Joseph untuk melawat Jenny di dalam bilik mayat. Tukang solek mayat sudah ada di bawah, dan akan memberi sebarang penjelasan yang dikehendaki.
Pintu bilik mayat dibuka. Suasana di dalam ruang itu cukup suram dan sejuk, memberi getar pada hati yang lembik. Ada tiga batang tubuh kaku terbaring di atas troli, dan hanya seorang wanita bertudung bertubuh gempal yang duduk di sebelah troli Jenny, membaca laporan autopsi sambal makan aiskrim di sebelah mayat. Malah, beberapa keropok juga menemani di sebelah si wanita.
Itu ialah pemandangan yang akan diingati si lelaki sampai ke hari sudah.
Dengan langkah perlahan dia merapat, mendengar monolog si wanita.
"Jenny anak Jacob, 27 years old. Time of death, 3.20 am. Cause of death, sudden cardiac death... kau banyak sangat makan McD ke?"
Egann tergelak halus.
"Kerja clerical... bukan sportswoman... huh... aku taknak nafikan maut, tapi kematian kau meragukan," sambut wanita itu lagi sambil mengulum batang aiskrim.
Egann mengangguk ringan. "Kan."
"GRAAAHHH!!"
Terloncat si lelaki dibuatnya. Dalam masa beberapa saat, dia melihat macammana wanita gempal itu memekik dan terloncat dari duduk hingga terpelanting aiskrim di tangan. Kemudian dia mengusap dada sambil menentang muka biru Jenny di atas troli. Egann mengerut dahi, terus meneliti tingkah si perempuan.
"Hello?" soal wanita itu, memeriksa keadaan mayat di depannya.
Lalu Egann mengeluh. "Belakang sini."
"B-belakang?" Wanita itu terpusing anti-clockwise, hinggalah mereka bertemu pandang. Perkara pertama yang menarik perhatian Egann ialah parut yang sangat ketara pada pipi kanan di wajah itu, betul-betul di bawah matanya. Kulitnya timbul sedikit, malah berwarna cerah berbanding warna kulit asal milik si wanita.
Melihat mata mencerlang itu, lekas dirinya diperkenal. "Suami Jenny." Dan bila mata itu menjeling ke pintu, Egann menambah, "Pastor benarkan aku turun." Kemudian diselangi kerut di dahi itu, Egann melanjut lagi, "Aku nak tengok muka bini aku buat kali terakhir—" Dipakai gelaran bini supaya dia mendapat kebenaran dari tukang solek mayat ini pula. "—atau itu ialah alasan yang aku beri dekat pastor, tapi aku nak kau buat benda lain..."
"Macam letak papan tanda No Telepathist Allowed dekat pintu?" soalnya dengan kerut di muka, masih bengang kerana masih terkejut.
Kening dijungkit sebelah. Kad nama pada kot putih wanita itu dikerling. Nurul Ain. "Autopsy. Aku nak second opinion. 27 years old dan sakit jantung... its weird."
Kening automatik berkerut. "Sorry but no. Aku tak boleh buat sebab satu, takda arahan dari hospital dan dua, takda arahan mahkamah dan tiga, family dia sendiri tak bagi." Tiga jarinya ditegakkan di depan muka itu.
"No one will know if no one said anything. Lagipun, Jenny akan dikebumi dalam bentuk abu, jadi takda siapa yang akan nampak kesan bedah dekat dia. The both of us akan selamat."
Si wanita menjungkit sebelah kening. Ketara berminat kini. Kepala lalu ditoleh pada mayat beku di belakangnya. "Kerja seludup organ dia maybe boleh dibuat afterall..."
"Beg pardon?"
Wanita itu menoleh terperanjat. "Aku cakap... aku tak berani langar arahan polis sebab aku rakyat Malaysia yang patuh peraturan dan berintegriti juga..." Mata siap dilarikan ke kanan.
Egann memicing. Kau nak menipu ke kau nak main-main?
"Tapi aku tarik balik ayat aku tu kalau kau boleh hulur 7 ribu," ujarnya pula bersama muka jujur.
Sahih nak main-main. Ketawa hampir terlepas. "Tujuh ratus."
"Tiga ribu."
"Seribu dan aku takkan kantoikan kau nak seludup organ mayat-mayat kat bawah ni."
"Kah! Kantoikanlah sebab aku tak pernah buat! Sebab aku baru nak plan..." Muka dibuat-buat menang, membuat Egann merenung datar. "Come on bro. Kau macam kaya. Apalah sangat 10 ribu kau boleh bagi kat aku untuk kerja ekstra."
"10 ribu! Tadi kau sebut 3 ribu!"
"Aku langgar integrity kerja aku untuk kau. That must've been valued for something, right?"
Wanita ini desperate duit. "Nama kau siapa?"
"Zulaikha."
Berkerut dahi keningnya, dan nametag Nurul Ain dijeling lagi. Wanita itu terus menanggalkan nametagnya dan dimasukkan ke dalam poket.
"Fine. We can discuss the price later. But I want to see the groundwork first."
Dan si wanita meleret bibir. "Thy can be done..." dan scalpel dicapai. "Tapi ni antara kita je tau. Jangan kantoikan tau. Aku first time buat jenayah ni tau."
Egann hanya membalas dengan hembusan nafas pendek. Dia merapati belakang wanita itu, meneliti apa yang dibuatnya. Ada senyum yang tersungging di bibir si wanita, tanda dia benar-benar menyukai apa yang sedang dibuatnya walaupun sedang berhadapan dengan darah dan organ manusia.
Nampak macam hati kental, orangnya. Bertubuh gempal, muka berparut, muslim tapi bekerja di gereja. Egann berkira-kira.
"Kau single?" Dia merisik.
"Aku ada tiga husband." Senada.
Kepala diangguk. "Sekaligus?"
Bibir dileret, lalu dia menoleh bersama senyum. Egann menyambut senyum itu dengan muka kosong.
"You seem like a fun conversationalist."
"Aku tak boleh lawan someone yang terang-terang bagitau plan dia nak merompak organ anak orang."
Dan tertawa wanita itu lalu. "Aku dah lama tak berbual macam ni. Its fun," luahnya sambil meneruskan kerja.
"Aku masih tak sure status kau, tapi nampaknya kau lonely."
"I'm a single lady hitting 35. Yes, I'm lonely."
"Nice."
"Excuse me?"
"Erk... maksud aku, masih single sebab parut tu?"
"No, sebab my personality."
Giliran Egann pula tertawa. "Personaliti kau macammana?"
"Mortician muslim yang bekerja di gereja, kau rasa?"
"Sewel?"
Ketawa terlepas. "Jangan cakap orang yang kau baru jumpa, sewel..."
"Sorry. Untuk bagi adil, aku boleh share attribute aku."
"I don't care attribute mamat yang aku hanya jumpa sehari dan aku takkan jumpa esok lusa."
Senyum. "I'm single too. Malah tengah cari wife secepat mungkin supaya boleh beraya bersama lima bulan lagi."
Matanya membulat pada darah di dalam perut Jenny sebelum memandang Egann disebelahnya. Mata terpejam kelip beberapa kali, meneliti maklumat yang tak penting itu dalam kepala sebelum kembali menyambung kerjanya. Betul-betul tak peduli mamat yang hanya ditemui sehari dan takkan jumpa esok lusa.