Act 3: Part 14
PUASA akan bermula tiga hari lagi, dan hari ini ialah hari pertemuan dia dengan Husna the legal. Ayen sangat-sangat bersemangat kerana hari ini juga menjadi permulaan penentuan kariernya sebagai seorang pengamal perubatan. Pada pagi itu, selesai mandi dan berkemas, Ayen melangkah keluar dari biliknya. Lengkap berbaju kurung hitam berbunga merah jambu. Shawl yang dikenakan juga merah jambu. Baru saja nak bergerak ke tangga, teringat pula dengan Egann.
Dia bukan suami mithali, tapi dia tetap suami.
Ayen berfikir pada lantai, sekaligus meneliti peranannya sebagai isteri lelaki itu selama ini. Mereka menggelar masing-masing sebagai pelakon, tetapi ikatan itu tetap sah. Egann cakap dia berusaha untuk tak buat benda yang tak patut itu, dan dia juga dah nampak perkembangannya. Ramadhan dah mula memberi khabar. Takkan dia pula nak terus jadi bini derhaka? Mungkin dia juga perlu mencapai tahap minimum seorang isteri solehah.
Mungkin dia boleh jadi macam Asiah yang bersuamikan Firaun?
Mengalah dengan teguran akal, Ayen berpusing dan bergerak ke bilik tidur lelaki itu. Tidak jauh dari bilik tidurnya sendiri.
"Egann... kau dah bangun?" Diketuk sekali dua. Mungkin sudah, memandangkan cahaya lampu nampak dari celahan pintu. Pintu bilik tidur itu diketuk sekali lagi. "Egann...?"
Masih tiada respon.
Dia berfikir sekali dua, samada nak mencemar duli memasuki bilik tidur yang tak pernah dimasuki atau teruskan niat nak keluar rumah.
Ala... keluar je la! Esok-esoklah salam tangan dia!
Tapi sampai bila nak esok-esok? Jadi bini solehah itu mungkin payah, tapi sekurang-kurangnya tengoklah muka dia sebelum keluar....
Bare minimum.
Tombol pintu dibuka. Ah, bilik tidur ini berbau segar. Air purifier berfungsi dengan elok di atas kabinet kecil di sebelah katil. Katil pula kosong tanpa batang tubuh tinggi itu kat situ. Entah dimana lelaki itu berada, tapi berbanding memikirkan keberadaan si suami itu, Ayen lebih tertarik nak meneliti ruang peribadi Egann.
"Wow... dia betul-betul gay..." bisiknya pada diri sendiri, kerana bilik itu langsung tidak mencerminkan bilik seorang lelaki yang selalunya berada dalam stereotaip kotor, semak dan berbau.
Dinding bilik tidur itu bercat putih hitam dan merah tanpa sebarang gambar, poster, atau perhiasan lain. Yang tergantung cumalah jam dinding. Dua buah dumbel terletak di bawah katil. Di satu sudut, keyboard elektrik, gitar elektrik serta amplifier tersusun kemas. Lantai bilik itu pula bersih tanpa sebarang objek atau sampah. Rak bukunya berisi penuh, diletakkan di sebelah meja yang juga bersih dan kemas.
Tiada pakaian di lantai. Tuala terletak elok di tempat sidaian. Almari pakaian terbuka, mendedahkan barisan kot, kemeja-kemeja serta tali leher yang tergantung dalam turutan warna. Sekeping kertas dilekatkan pada cermin. Salinan sijil kahwin Egann dengan seorang perempuan bernama Fatiha Sofe.
Ayen terpempam. Jantung terasa jatuh ke perut membaca sijil kahwin itu.
Fatiha Sofe? Siapa Fatiha Sofe? Lelaki itu mengaku dia memiliki beberapa orang isteri sebelum Ayen... tapi mengapa sijil kahwin bersama Fatiha Sofe disimpan dan diletakkan pada lokasi yang boleh dilihat setiap hari dan setiap masa. Isteri-isteri Egann itu... adakah telah selamat diceraikan semuanya, atau masih ada yang berbaki? Dia tahu Jenny dah arwah, tapi dua lagi macammana?
Dan kenapa dia tak terfikir nak bertanya sebelum ini?
" –CKIN KIDDING ME!!"
"Oh mak!"
Ayen memanjangkan leher ke sebuah pintu yang memberi laluan ke sebuah bilik yang lain. Pintu itu pintu apa? Dan suara Egann cukup nyaring dan lantang, seperti menengking seseorang di sebalik sana.
Suara Egann masih kedengaran – lancar berbahasa English. Tiada sebarang frasa Bahasa melayu mencelah dalam kata-katanya. Namun suara individu yang ditengking itu tidak pula kedengaran. Ayen membuka sedikit daun pintu itu supaya lebih luas. Kepala dijengul ke dalam.
Wah.
Berbanding bilik tidur yang bertemakan putih, hitam dan merah, bilik itu memiliki aestatik sebuah pejabat. Pilihan warna yang bersifat korporat. Daripada jenis karpet, kerusi dan meja, fail-fail yang tersusun di rak fail, sofa dan meja kopi bulat yang bertentangan dengan meja kerja yang juga penuh dengan alat-alat tulis, kertas-kertas serta telefon.
Egann berdiri di tengah ruang, bercakap dengan penuh emosi dengan sekumpulan individu yang terpapar pada monitor 12 inci yang melekat di dinding. Semuanya mengenakan pakaian korporat, kecuali Egann yang kini sekadar berkemeja putih dengan butang atas dilonggarkan. Tali leher merahnya juga sudah longgar. Lengan kemeja dilipat hingga ke siku.
Itu ialah mesyuarat. Virtual meeting.... Tapi setahunya bukan calang-calang orang yang boleh buat virtual meeting, malah menengking orang sampai begitu sekali. Seperti memiliki kuasa dan autoriti yang tinggi. Ditambah lagi dengan keupayaan Egann membina ruang sebegini dalam sebuah penthouse.
Bukan calang-calang.
"Kalau aku tak silap, dia baru 29 tahun..." Ayen bermonolog.
Baru sahaja nak beralih, daun pintu itu terbuka luas dari dalam. Ayen menoleh. Membulat luas matanya, menentang Egann yang kini merenung dirinya dengan renungan yang paling tajam pernah dilihat. Buat seketika, Ayen terasa dirinya sebesar semut bahana saiz gergasi lelaki itu kini.
"What are you doing in my room?" soal mata yang terbakar itu.
"Erk... pintu bilik kau terbuka..."
"It didn't." Tajam memotong.
"Ye-yea... erk... aku sebenarnya nak keluar..." Ibu jari dituding ke belakang sambil cuba berundur.
Barulah air muka tegang Egann memudar, berganti terkejut. "Keluar? Nak ke mana? Sekarang dah pukul berapa?" Jam dilihat. "Dah 6.30?!" Terkejut lagi.
Ayen ternganga seketika melihat Egann tidak perasankan waktu. Dia buat apa sampai tenggelam sangat sampai tak ingat dunia?
"Kau buat apa dari tadi? Kau tidur ke tak?"
Egann mengeluh panjang sambil meraup muka dengan sebelah tangan. "Aku tidur. For a while. Lepas tu ada meeting sekitar pukul 3 tadi..."
Kali ini dia betul-betul terkejut. "Meeting jenis apa dibuat pukul tiga pagi?!" Ingin tahu.
"It called, time difference, Yen.... Sana siang, sini malam. Mereka panggil untuk meeting sebab ada hal. So I have to make myself available."
Jadi dia tidak menipu tentang kerjanya di seberang dunia? Tapi kenapa bekerja dari Malaysia?
"Jadi, yang sampai menjerit-jerit tu..."
"I need to assert my dominance on them."
"I see." Kepala diangguk sambil mencebirkan bibir. Dia turut berpeluk tubuh, meniru bahasa tubuh lelaki di hadapannya. "Sekarang ni, kau nampak very American di mata aku."
Egann sekadar membalas dengan menjungkitkan kening kiri.
"Tapi kalau kau ialah the dominatrix, jadi siapa... mereka?" Telunjuk dituding pada daun pintu, pada monitor-monitor itu.
Tangan spontan menepuk dahi. "Kau salah gunakan term. Aku bukan dominatrix... dominatrix ialah..." Ah, terlalu penat nak jelaskan. Egann menoleh ke belakang. "Mereka ialah... the directors."
"Wha-hah! Kau ialah member of a Board?? Kau baru 29 tahun, kut!"
"So? Kau dah 35 tapi masih merangkak cari kerja macam budak baru habis study." Bahu disandarkan pada sisi pintu dan tangan dilipat berpeluk tubuh. Muka turut dipasang gaya mahu melukakan hati itu.
"Aku 34 tahun 6 bulan!!" Penumbuk dihayun ke lengan Egann.
Itu yang kau marahkan? Pemuda itu tersenyum kelakar. "Bisnes family... bapak aku nakkan aku warisi perniagaan dia, so dia buat aku buat kerja gila sejak aku lepas SPM dulu sampailah aku berada dalam posisi aku sekarang. There's a story there yang aku akan ceritakan kat kau kemudian. Sekarang ni, kau nak kemana awal pagi macam ni dan kenapa sampai pecah masuk dalam bilik aku?"
Diendahkan usaha Egann yang nak menukar topik, dia kembali bertanya. "Kau SPM kat sini?"
"Eh tidaklah. Aku SPM kat bulan. Once every five years, ASEAN akan hantar potential student buat latihan di NASA untuk menjawab SPM dalam keadaan zero-gravity environment. Aku salah seorang yang dihantar ke sana." Yakin sekali menjawab.
Mereka berpandangan.
"Wow.... That explains kenapa kau sangat... luar alam." Melayan.
Egann tersenyum. "Thank you."
"Although... adakah sebab kau gay, maka cara kau menjawab soalan pun jadi songsang terbalik – aaaack!!" Terjerit kecil bila Egann memicit hidungnya.
"Berhenti bercakap dan jawab soalan aku..." Mata biru itu tajam sekali menerkam ke wajah berparut isterinya. Muka Ayen tertarik ke arahnya, mengikuti daya tarikan cubitan pada hidung. Wanita tu pula berusaha melonggarkan cubitan.
"Husna suruh jumpa dia pagi ni..." jawab Ayen dengan suara sengau.
"Siapa Husna?" soal Egann pula, melepaskan hidung Ayen.
Si gadis menggosok hidung yang dah merah. Berdenyut-denyut rasanya.
"Alien yang suruh aku carik budak yang meniru masa jawab SPM di bulan – okay okay okay aku cakap!!" Terjerit lagi bila hidungnya menjadi mangsa lagi. Ayen memuncung menahan sakit. Muka juga dah memerah. Egann dipandang dengan mata berair kini. "Husna ialah legal di hospital tu. Dia yang akan advice aku pasal semua benda yang aku kena buat..."
"Dia ajak jumpa pukul 6.30??" Tak percaya.
"Sebenarnya pukul 8.30, tapi aku rasa macam semangat sikit, hahaha..." Sengih.
Egann merenung datar. "You're stupider than you look." Monotone.
Bulat terus mata bila dikutuk. "Aku nak jalan-jalan dulu tengok keadaan hospital bagi buat tambah motivasi la...!!" Sentap!
Sekelip mata mood itu berubah. Egann terkelip terperanjat sebelum melepaskan ketawa. Kelakar la bini dia ni. "Kau tunggu kejap. Aku mintak Board tangguhkan meeting, pahtu kita sarapan kat luar."
"Ehh... aku takleh la buatkan kau tangguh meeting hanya sebab aku..."
"T'sokay. Benda dah drag nak dekat 4 jam."
Ucapan 'thank you' dan 'see you later' bersahutan di dalam bilik tersebut. Egann mencapai kotnya dan terus mendapatkan Ayen yang menunggu.
MEREKA menikmati sarapan tidak jauh dari hospital. Lagipun jarak hospital dengan penthouse mereka tidaklah jauh pun. Tidak sampai setengah jam dengan kereta, tambah-tambah route yang digunakan tidak jem teruk macam di tengah metropolis sana.
Ayen menikmati roti canai kosong sekeping dengan milo panas, manakala Egann menikmat nasi lemak rendang kerang dengan kopi. Muka warga asing tapi perut melayu. Kejadian apakah lelaki di hadapannya ini.... Berselera pula tu, makan dengan tangan saja.
Egann melangut bila perasan dirinya diperhati. Ayen pula tidak melarikan mata bila kantoi dia memerhati. Buat seketika, mereka bertukar renung tanpa kata.
"First day on your job, you already miss your handsome husband?" sengih Egann.
Ayen spontan tergelak. "Aku belum dapat job la pandai. Aku masih tak boleh hadam tengok kau makan makanan melayu. Apatah lagi makan pakai tangan..."
"Oohh... aku faham. Sebab common knowledge orang Malaysia ingat foreigner macam aku makan nasi lemak pakai hidung."
Tergelak lagi. "Sebab tu hidung korang mancung belaka sebab tak tahan pedas sambal tu. Tercungap-cungap bernafas."
"Kau bab mengarut, nombor satu."
"Engkau yang start!"
"Hahaha... engkau jugak yang drag..." Senyuman Egann tiba-tiba termati. Anak mata birunya fokus memandang ke belakang Ayen – pada seseorang yang tak dilihat sejak empat tahun lepas. Tubuhnya tegak dan nafas juga tercungap sedikit.
Pelik melihat bahasa tubuh Egann, Ayen menoleh ke belakang, mencari arah lihat si suami. Yang ada cumalah orang awam.
"Kau tengok apa?"
Egann bingkas bangun, mengejutkan isterinya. Lelaki itu mencuci tangan di singki terdekat dan kembali ke mejanya, namun berbanding duduk di kerusi, Egann melutut sebelah kaki di sebelah Ayen. Arah pandang pula masih tak lari kaunter.
"My ex-wife."
Automatik Ayen turut memusingkan kepala. Matanya bulat sekali memandang kaunter yang dikelilingi pembayar. "Mana?!" Furious!
"Dekat kaunter nu. Slack hitam, jaket kuning, rambut lepas bebas. Wow, she grew so fat..."
"Bahagia, kut..." balas Ayen rendah, akhirnya menangkap figura itu. Sijil nikah Egann bersama wanita bernama Fatiha Sofe terbayang semula di belakang kepala. Hati dah mula rasa tak senang.
"Bahagia sebab tinggalkan aku?"
"Kalau aku, aku pun bahagia."
Egann menjeling geram. "Aku nak approach dia. Wish me good luck." Bahu Ayen pula ditepuk sebelum mula bergerak.
Ayen memerhati dari jauh, bermula dengan Egann menyapa perempuan dengan rias wajah ala-ala Palestine itu hingga membuatkan si perempuan memberi reaksi muka terkejut yang paling realistik yang pernah dilihat. Mata terbuntang, mulut melopong dan siap terundur sedikit, seolah-olah Egann ialah insan terakhir yang dia mahu lihat di dunia.
Mereka berbual seketika, namun nampak janggal dan sangat tak selesa – terutama di pihak perempuan. Si perempuan tiba-tiba nak pergi. Laju sekali melangkah. Egann menggenggam lengannya, menahan.
Ayen dah tak mampu nak menonton. Hatinya kini terasa dijerut tali seketat-ketatnya. Sakit.
Aik? Kenapa sakit?
Kepala membengkok, pelik dengan reaksi hatinya. Dia menoleh lagi untuk melihat progress drama Suamiku Bersama Perempuan Palestin dalam siaran drama realiti di sana.
Mereka masih bercakap. Dalam jarak yang sangat dekat. Seolah-olah berada dalam dunia sendiri dan enggan orang lain dengar apa yang dibicarakan.
Hati wanitanya meruntun. Bencikan suaminya atau tidak, Ayen tetap cemburu.
Sementara itu, Fatiha berjaya melepaskan diri dari Egann dan terus melarikan diri ke keretanya. Lelaki itu sekadar mampu memandang sejarah hidupnya itu memboloskan diri ke dalam sebuah Honda merah. Walau sesaat langsung tidak disiakan untuk mengintai nombor plat kereta tersebut.
Kira dia dalam jarak dekat la ni. Egann membuang keluh dalam, melepaskan sekali semua rasa yang bercampur aduk di dalam jiwa. Selepas merasakan dirinya tenang sedikit, Egann bergerak ke meja, hanya untuk melihat meja yang telah kosong ditinggalkan.
"Eh? Ayen?"
Kiri dilihat. Kanan dilihat. Bawah meja pun dilihat, mencari si isteri yang dah bertukar genit. Sebagai langkah ekstra, bawah kerusi turut dibelek. Mata dipicing, memastikan Ayen tidak ditutup hijab dan menjadi super nipis hingga tenggelam di tengah udara hingga tak nampak di pandangan kasar.
Tetap tiada. Hairan benar.
Pelanggan yang menikmati sarapan di meja sebelah ditanya, ada tengok tak ke perempuan sewel bertudung biru tadi pergi?
Tak perasan, kata mereka.
Egann bergerak ke kaunter pula, nak membayar. Macha itu memberitahu meja mereka telah pun dibayar dan perempuan yang membayar telah memasuki sebuah Grab.
Egann terkedu. Sambil bergerak ke keretanya, akal berfikir-fikir kenapa Ayen terus pergi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu? Sakit perut? Ada hal lain yang lebih penting? Tapi tak mungkin kerana Fatiha... kah?? Mereka tak kenal pun lagi....
Argh! Sakit kepala bila berfikir lebih-lebih.
"This is why I hate woman..." desisnya sambil menghidupkan enjin.