3-Bab13

Act 3: Part 13

"AYEN. You there?"

Daun pintu ditolak, mencari sang isteri. Ruang bilik yang agak penuh dengan buku-buku yang tak bersusun itu terpampang di pandangan mata. Ayen agak serabai orangnya. Bukan pengotor, tetapi deria kekemasannya agak ke laut berbanding perempuan biasa, yang selalunya diklasifikasi sebagai pengemas.

Pada Ayen yang sedang bersila di tengah bilik dan membina sesuatu menggunakan LEGO, dia menuding pada buku-buku yang diangkut isterinya dari kampung dahulu. "Buku-buku kau bila nak kemas?"

"Belikan aku rak, baru aku kemaskan," balasnya tanpa menoleh.

Egann memicing. Dia menapak masuk dan lalu mencangkung di hadapan LEGO berwarna kelabu itu. Tidak pasti apa benda yang si bini ini tengah bina. Kotak LEGO ditoleh. "Kau buat apa ni?"

"Deathstar."

Minat Star Wars minah ni rupanya. Anak patung LEGO Darth Vader yang berselerak bersama LEGO-LEGO yang lain tertangkap di ekor mata. Lalu dicapai. "Aku tak tahu kau minat Star Wars."

"I don't. Memandangkan aku naik bosan dengan perangai kau..." Egann menjeling tajam. "–aku cuba fokus dekat hobi aku."

"Kau ada special attraction dekat benda-benda yang kompleks," komen si lelaki sambil bermain dengan anak patung di tangan. Diterbang-terbangkan macam main kapal terbang.

"On what ground?"

"This." Beribu-ribu kepingan LEGO itu dikerling. "—and that," tambahnya sambil menoleh pada puzzle 10,000 pieces yang langsung tiada objek melainkan gradient warna pelangi semata, yang disiapkan Ayen dalam tempoh dua minggu, dan diarahkan Egann untuk lekatkan dan tampal di dinding bilik umpama valor of honor.

Pemerhatian itu diterima melalui anggukan. Lalu si mata biru ditentang lagi. "Jumpa aku ni kenapa? Handset rosak ke sampai takleh call?"

Makin geram pula dia. "Kau nak keluar dan sedut udara segar tak. Bagi relaks lepas jumpa Doug tadi."

"Cadangan yang baik, tapi aku taknak pergi mana-mana dengan kau."

"Aku nak ajak kau pergi rumah Aunty Yana."

Ayen spontan melangut. Teringat wanita peramah itu. Buat lepas rindu pada emaknya, boleh juga. "Okay."

"Eh, laju pulak kau setuju."

"Asalkan boleh keluar dari rumah kau yang terbuka luas untuk gay dan pondan."

Egann menjulingkan mata ke langit sambil menggulung lidah pada lelangit. Memang itu niatnya, tapi sakit hati pula bila berkali-kali dilontar kata-kata sindiran.

Punggung cuba ditolak bangkit, tetapi lenguh pada pinggang mengekang pergerakan. Lalu kedua belah tangan diangkat pada suaminya. "Tolong?"

"Aihh... Kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni..." Baran yang mula bertamu di dada, dipasakkan dengan sabar. Pergelangan tangan kiri si isteri digenggam dan lalu ditarik sekuatnya. Kekuatan otot tulen yang tak terkawal hingga Ayen pula terlambung ke udara dan terpisah kakinya dari lantai.

"Graahh!!"

Mata Egann membulat. Refleks tangannya menangkap tubuh halus itu ke rangkulan, mengelak jatuh ke lantai. Bila kaki Ayen kembali memijak lantai, dadanya pula ditolak si isteri sekuat hati. Egann melepaskan. Ayen pula membina jarak antara mereka hingga berpisah dua tiga langkah.

"Tak payah la tarik aku sampai kuat sangat!" marahnya pada lantai.

"Mana la aku tahu kau ringan sangat macam ni!" Tangan ditunjuk pada bentuk badan isterinya. Ah, berbanding dulu, Ayen benar-benar dah susut! "Wow, kau betul-betul dah kurus berbanding dulu..."

"Sebab aku stress kahwin dengan kau!"

Buat tak dengar. "Lengan kau dah nipis. Dada kau pun dah nipis. Pinggang kau pun..." Baju si bini diangkat.

Lekas ditepis. "Jangan pegang aku!"

Bulat mata Egann dibuatnya. Terasa dicabar, lalu sekali lagi baju isterinya cuba diselak. Ayen menepis lagi. Egann cuba menangkap tangan Ayen pula. Dan telinga. Dan muka. Walau berkali-kali ditepis, berkali-kali jugalah dia memanjangkan tangan demi memanjangkan gaduh.

Ayen kian gasak. Kaki tangan semuanya terbang bagi nak mengelak sebarang sentuhan berlaku antara dia dan suami yang ditolak statusnya.

"Aku cakap jangan pegang aku!" jerkahnya akhirnya hingga lelaki itu benar-benar berhenti. Kedua-dua pasang mata itu bertentangan pandang. Sama-sama marak membara. Bila api dengan api bertemu, hanya masa yang menentukan bila mereka bertukar abu arang.

Ayen mengangkat telunjuk ke hidung mancung itu. "Jangan pegang aku, jangan cuba peluk aku, jangan cuba nak cium aku dekat mana-mana bahagian tubuh aku sekalipun. Kau cakap perkahwinan kita hanya lakonan. Aku akan make sure kita kekal stranger walaupun diikat dengan akad nikah yang sah." Tegas ditutur, tiada kompromi.

Dan sesungguhnya, si lelaki bersetuju dengan sepenuh hati. "I wouldn't want it any other way," cemiknya sambil berkalih. Baru sekejap dia berjalan, Ayen menutur kata-kata bersifat ejekan yang benar-benar membakar baran di hati dan mencabar ego si lelaki.

"I wouldn't want it any other way la sangat," ulangnya dengan suara chipmunk. "Haktuih."

Umpama ledakan gunung berapi Krokatoa, Egann berpaling kembali dengan kepala berasap. "Kau ulang balik."

Wanita itu turut berpaling. "Lah. Kau masih tak keluar?" dan lebih terperanjat bila Egann berjalan laju ke arahnya dengan muka semerah saga. Kulit mukanya tegang, urat kepala timbul dan hidung juga kembang kempis menyedut nafas. Lalu Ayen berdiri terus. Kurang pasti apa benda yang membuatkan lelaki itu bertukar jadi monster.

"Kau haktuih kat aku??"

"Erk... ya..." Suara ditelan merendah, defensif bahana muka merah tegang itu. Ini pertama kali dia melihat muka marah Egann.

"Kau minta maaf dengan aku sekarang..." deramnya.

"Ha? Asal pulak?!

Egann merendahkan kepala. Dari sudut pandang Ayen, lelaki itu dah macam gergasi kerana lebarnya bahu si lelaki hingga tak nampak apa di belakang.

"Aku suruh kau mintak maaf dengan aku..."

Dan entah kenapa, arahan yang terselit nada ugutan – kalau kau tak minta maaf, kau tau la apa aku akan buat dekat kau – membangkit api jauh di sudut hatinya.

Degilnya si suami, degil jua si isteri. Ayen menegakkan tulang belakang, menentang renungan mata biru itu dengan serius.

"Taknak." Pendek dijawab, cukup sebagai lesen untuk Egann nak buat apa yang bermain di kepalanya. "So now... apa kau nak buat apa dengan aku? Hm? Nak rotan? Kalau kau rotan, aku report polis atas kesalahan keganasan rumah tangga." Dada itu ditunjal dengan telunjuk.

Sempat mencabar orang.... Waima sedikit pun wanita itu tidak sedar tingkah laku yang ditunjukkan umpama memberi daging pada sang harimau. Egann meleret senyum segaris. "Kau yang mintak."

Sekelip mata, tubuh kecil diangkat dan dipangku di belakang bahu seperti menggalas balak. Ayen terpekik nyaring. Lebih-lebih lagi bila Egann sengaja menghayun-hayun tubuh Ayen ke kiri kekanan, malah meloncat-loncat hingga terasa dihayun dalam roller coaster. Rambut panjangnya ikut sekali terhayun hingga menampar muka kedua-duanya.

"Egann!! Berenti!!"

"Kau nak sangat kan! Naaaahhh!!!" Dan dia berpusing 360 darjah dua tiga kali. Dibaling ke katil, hingga Ayen hampir jatuh ke lantai. Bila si perempuan nak lari, kedua belah kaki Ayen ditangkap. Pucat lesi perempuan itu dibuatnya.

Sekali lagi jerit pekik bergema dan berpantulan di antara empat dinding. Egann pula melepas ketawa puas sepuas hati.

"Aaaaagrhhh!!"

"Mintak maaf sekarang!" Dia meloncat-loncat pula setinggi yang boleh.

"Okay! Okay! Aku mintak maaf!" Kepala lelaki itu dipeluk sekuatnya.

Lelaki itu berhenti berpusing memandangkan kepalanya juga dah pening. Ayen yang berpeluk erat di belakang leher serta bahunya, ditoleh. "Bagus. Sekarang kau tau apa yang jadi kalau kau buat aku marah."

Tiada jawapan.

Egann menoleh sejauhnya. Perasan muka si perempuan dah bertukar hijau. "Ayen?"

Buuukk... muntah pelangi mewarnai kemeja biru si suami.


"ASSALAMUALAIKUM..."

"Eh? Saif ada?" tegur Egann tanpa sempat memberi peluang kepada Saif dan Awani membalas salam itu. Saif sedang main video game, manakala Awani sibuk dengan handset di tangan. Egann dan Ayen berpandangan seketika. Kurang pasti macammana nak berlakon sedangkan Ayen masih belum selesa nak bermesra. 

Si adik bermata biru itu menoleh ke pintu bila melihat mereka masih membatu di depan pintu. "Masuklah."

"Ermm..." Ah, sebat. "Kita act usual je la," ajak Egann, membuat Ayen menjuih. Kemudian lelaki itu terus melangkah masuk. "Aunty Yana ada?" 

"Haah. Mak pergi dialisis. Eli bawak," balas si gadis cantik tanpa menoleh.

"Oh." Punggung dilabuh ke sofa. Melihat Ayen baru nak duduk, ditolak punggung si bini dengan kaki. "Pergi buatkan kopi untuk aku."

"What the! Buat la sendirik!"

"Hey, derhaka!"

"Semua perempuan jadi derhaka bila ada laki macam kau!" Mata dicerlang.

Hening ruang tamu itu seketika. Saif dan Awani sama-sama memandang suami isteri itu dengan renungan membaca. Ayen pula terpempam. Menyedari dia dah terlepas cakap. 

Act usual sangat....

Pada mata biru Egann yang tengah mencerlang macam nak terkeluar bola mata, cemik diberi.

"Fine. Kau nak kopi kau pedas ke masin?"

"Hahahah aku cium jugak engkau nanti..." Masa tu baru kau tau langit tinggi ke rendah. Geram benar dengan perempuan itu. Mulut tak puaka, tapi reti benar melibas ke hati.

Gerak tubuh si kakak ipar sekadar dikerling dengan ekor mata. Tanpa melarikan pandang dari game bola sepak di skrin TV, Saif mula bertanya khabar.

"Apa khabar marriage life?"

"Abang baru kena muntah. Kau ghase??." Selamba dibalas sambil berbaring di sofa dua ruang duduk itu. 

"Hei! Aku dengar kau umpat aku! Baik-baik sikit eh!"

Suara dari dapur sempat menyampuk. Egann lekas mengangkat tangan, ditunjuk pada dapur dengan muka – korang nampak apa yang aku kena hadap?

Tiada komen lebih yang boleh diberi melainkan ketawa hambar.

"Ala. Baru sebulan lebih korang nikah kan. Kalau ikut rekod kau sebelum ni, paling lama pun tiga bulan. Tak lama lagi kau free la cari bini baru," sengih si gadis comel. "Nanti kau ajak la aku pulak kahwin..."

Saif menjeling sekilas. "Amboi. Pandai cedok peluang no." Dia menyengih pada game.

"Hahaha. Takpe kut Awan. Aku nak jinakkan Ayen dulu. Lagipun aku rasa kali ni perkahwinan aku boleh pergi jauh..." balasnya sebelum beralih duduk ke lantai. "Lil' bro. Mana console lagi satu. Bagi la abang main jugak."

Saif menghulur satu lagi game console yang tidak digunakan. Game PES yang tengah berlangsung dimatikan, dan dimulakan dengan yang baru.Tanpa disedari kedua beradik, air muka Awani bertukar muram. Mood merudum.

"Speaking of nak jinakkan Ayen. Abang betul-betul nak kat dia?" Player dipilih. Saif memilih Liverpool manakala Egann memilih Manchester United.

"Ye. Dia boleh handle abang. Sebab tu abang rasa kali ni boleh bertahan lama." Game start.

"Handle macam... betul-betul boleh terima abang? Like... the real you?"

Egann menoleh sekilas. "Abang rasa macam tu, walaupun pendekatan dia sangat kasar. Macam melawan laki dia. Muntah kat laki dia."

"Atau tak kisah jadi bini derhaka... shoot!!" Butang ditekan sekuatnya, menendang bola ke arah goal. Tapi terhalang oleh goal keeper.

"Hahah! Nice save!" Egann mengawal goal keeper supaya menendang bola hingga ke padang mereka. "Takpe. Semua perempuan macam tu. Tapi yang bezakan Ayen dengan perempuan lain ialah, Ayen sangat open about it."

Saif ternganga. "And that's a good thing??"

"Of course. Bila dia macam tu, abang akan tahu kat mana abang buat salah... dan perbaiki supaya boleh senangkan hati dia. Happy wife create a happy marriage. Lagipun, Ayen tak melawan sebab saja-saja. She's hurting sebab abang.... The least I can do ialah biarkan dia lepaskan kekecewaan dia..."

Si adik terkedu. Respon itu tak dijangka. 

Perasan rentak permainan Saif terganggu sedikit bahana rasa terkejut pada sifatnya yang tersembunyi, lalu Egann mengambil peluang menendang bola ke goal post.

MU (1) – Liverpool (0)

"Abang dah 3 kali kahwin, kemon. Pengalaman membentuk diri, gitu," ujarnya sambil menggoyang game console. Saif pula membalas dengan hembusan nafas rendah.

"Apa maksud Saif, the real Syafik?" sampuk Awani tiba-tiba dari belakang, mengejutkan kedua-dua beradik mata biru itu.

"Hey, jangan menyampuk bila orang tua bercakap. Demam kau macammana? Baik dah?"

"Ah, engkau. Baik lama dah. Sekarang baru mengada nak ambik tau." Lidah dijelir.

Ayen datang tak lama kemudian, bersama teko berisi kopi serta empat cawan yang dah berisi. Dulang dipindahkan ke meja dengan berhati-hati. Duduk dilabuh di sebelah sang suami. Bersama senyum manis pada wajah serta gerakan penuh lemah lembut, cawan berisi kopi dihulur bersama senyum.

"Nah."

Egann menyambut dengan kening kiri terjungkit. Pelik dengan gaya yang tiba-tiba berubah 180 darjah berbanding perangai kasarnya tiga minit tadi. "Thanks..." tuturnya, penuh curiga. Walaubagaimanapun, bibir cawan tetap dibawa ke mulut. Haus.

"Minum la. Aku cabar kau minum." Double jerk diberi.

Baru saja nak minum, geraknya terhenti. Ayen dipandang lagi. Raut lembut itu masih mengukir senyum manis.

"Minum, aku cakap." Mata dicerlangkan. "Minum..."

Benar-benar curiga kini. Entah apa yang dah dimasukkan dalam kopi dia. Kari? Garam? Julap? Atau ludah? Bibir yang terasa kering dibasahkan dengan lidah, lalu cawan dipindahkan semula ke dalam dulang. Pada Saif, senyum hambar diberi. "Abang tarik balik statement abang tadi. Kalau kau nak ke dia dan lepaskan abang dari cengkaman jari berjarum dengan tangan bertulang dia, abang restu sangat-sangat." Game kembali dihidupkan.

Saif ternganga. "Apa benda drama korang ni??" Kata nak berlakon jadi suami isteri? Ini ke hasilnya? Strategi apa ni...??

Ayen bersandar pada kaki sofa bersama senyum kelakar. "Nothing. That's how we show love to each other..." Cawan kopinya lalu diteguk. Em, sedap.

"Hahha. Aku lebih prefer kalau kau show your love dalam bentuk yang lebih romantik... dan lemah lembut sopan santun ayu gemalai," getus Egann, masih pada game di skrin.

"Sorry... tapi aku takda benda yang kau perlukan."

"Like a warm heart?" Cuba membidas.

"Like a pen*s," desis Ayen, perlahan sekali. Cukup untuk sampai ke telinga dua beradik tetapi tidak cukup kuat hingga didengari Awani yang dah bergerak ke dapur.

Terasa besen besi jatuh dan menimpa kepala kedua-dua beradik. Egann sekali lagi menoleh pada Saif, tapi kali ini dengan kerut muka kesian dan mata berkaca. 

Tolong abang...

Lelaki berkaca mata itu mendengus rendah. Dah tak ingat nak paranoid dengan abangnya sebab spesis dua alam, atau abangnya akan mempermainkan hati seorang perempuan macam apa yang dah dibuat selama ini, tetapi lebih risaukan nasib si abang sebab memiliki isteri macam Ayen. Abangnya perlu diselamatkan.

PS4 dimatikan.

"Saif!" getus Egann sambil menoleh. Dia baru nak menang, kot!

"Kita main game lain, jom. Ayen dengan Awan boleh join sekali," sengihnya hingga mengundang muka keliru dari ketiga-tiga mereka.

"Nak main apa? Fortnite? Final Fantasy..." Egann menyelak game yang disimpan dalam kabinet.

"Bukan video game."

"Abeh nak main seremban?" soal Ayen pula.

"Bukan game kampung jugak."

"Ke nak main hati perempuan?" Awani menyampuk.

"Dengar dulu!" Naik angin si peguam dibuatnya.

Permainan yang baru saja difikirkan sekejap tadi, dijelaskan pada mereka semua. Ayen dan Egann ialah satu kumpulan, manakala Saif dan Awani satu kumpulan. Satu stack kad disediakan di tengah-tengah meja sebagai topik utama kepada soalan-soalan yang akan diberikan.

"Faham tak so far?" soal Saif ujarnya selepas selesai penjelasan diberi.

Awani mencapai sekeping kad. Ayat 'bunga' tertulis di situ. "So, kalau ayat bunga, aku boleh tanya apa-apa soalan pasal bunga dekat Egann dengan bini dia?"

"Betul. Yang akan tentukan betul atau salah ialah partner masing-masing. Contohnya, Awan petik bunga, lepas tu Awan tanya dekat abang, apa bunga kegemaran Ayen, tapi abang jawab salah, abang akan kena penalti." Sengih. "Nampak tak. Game ni boleh strengthen relationship antara partner. Its fun. And its informative, buat kita belajar pasal pasangan masing-masing." Double jerk diberi pada abang dan kakak iparnya.

Ayen dan Egann merenung sengih si adik dengan renungan datar.

"Kau mengadu apa dekat adik kau?" getus Ayen.

"People make mistake. Move on," sahutnya sambil mencapai kopi.

Geram lagi wanita itu dibuatnya. Bersama keluh pendek, Saif yang masih tersenyum bermakna dipandang lagi. "Penalti ialah apa?"

"Ermm... penalti ialah... conteng muka abang la," putus Saif, menerima tepukan gembira dari Awani.

"Hey." Egann mencerun.

Ayen pula mengangguk. "Interesting. Kalau korang pula jawab salah... penalti ialah aku terpaksa biarkan muka laki aku kena conteng."

"Kau betul-betul buli aku ni Yen..."

"Shh..." Paha si suami ditepuk-tepuk ringan. "Jangan kuat mengadu. Tak jantan."

Dua puluh keping kad disusun di atas meja, 10 topik dari kedua-dua kumpulan. Permainan dimulakan dengan Saif. Kad dari pihak lawan dipetik satu. Topik ialah 'gay'. Saif spontan menjuling pada Ayen bersama peluh di dahi. Susah hati aku dibuat kakak ipar ni...

"Ermm... soalan dekat abang. Err... cancel cancel. Aku nak bagi soalan dekat Ayen. Ermm..." Bibir digigit. "Susah pulak game ni..." Nak tanya apa nii... Kepala digaru. Keras otak nak fikir soalan yang tidak akan melukakan hati abangnya, tidak akan menghiburkan hati sadis milik Ayen, serta mengantoikan naluri Egann pada Awani.

"Kau yang cipta game ni, kau pulak yang tak boleh nak lalui cabaran pertama..."

"Fine. Hurmm... Ayen. Bagi aku satu perkataan... satu perkataan atau lebih... tentang abang."

"Mine."

Laju sekali jawapan itu meniti di lidah si isteri, sepantas itu jua Egann menoleh pada isterinya. Terkejut maut. Saif turut tergamam, manakala Awani sekadar memandang tanpa perasaan.

"Mine?" diulangnya sebagai klarifikasi. Adakah hanya sebab nak menang, atau nak menipu mereka, atau sungguh-sungguh memaknakan kata. Ah, betapa dia berharap tekaan yang terakhir ialah betul.

Si wanita menoleh. "Ya. Of course kau aku yang punya. Kau laki aku."

Ternganga seketika. Tubuh Ayen ditarik hingga dipusing membelakangi Saif dan Awani. Wajah dirapatkan pada isterinya, memudahkan bisik. "Tapi kau buli aku macam kau benci aku sangat..."

"Sebab aku marah..."

Kening Egann terjungkit tinggi. "Sebab Doug?"

"All of em'." Matanya memancar sinar serius. 

Dan nyata si lelaki menangkap makna tersebut. "Aku tak buat... dia datang sebab nak tumpang mandi je..."

"Kalau aku tak balik, kau rasa apa jadi?"

"Ayen..." Tangan si isteri digenggam, kemudian muka itu ditarik supaya menentang wajahnya. Wanita itu menurut dalam rajuk. "Thank you sebab balik... aku betul-betul boleh harap dekat kau... and I'm serious... aku tak buat..." Satu persatu disebut supaya masuk ke dalam hati wanita itu. 

Dan sesungguhnya, usaha Egann kali ini berjaya. Mata biru suaminya ditentang tepat ke dasar. "Betul?"

"Yes." Senyum. "Again, thank you sebab balik."

Geram kembali. "La taqrabuzzina!!" Dada suaminya ditampar kuat. 

Egann melepas gelak. "Okay okay okay..." Ayen ditarik supaya berpusing mengadap Saif dan Awani semula, hanya untuk menerima renungan membaca dari keduanya. Egann dan Ayen terkaku. 

"Apa? Kenapa?"

Awani menggelengkan kepala, manakala Saif hanya membatu dengan mata tak berkelip. Interaksi lelaki dan perempuan di hadapannya memang bukan palsu. Mereka bergaduh, marah dan pujuk, kemudian bergurau, bertampar, bersenda tawa.

Perkembangan abangnya... positif??

Previous: 3-Bab12
Next: 3-Bab14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh