Home Novel Cinta SNOW WHITE DAN ROSE RED
SNOW WHITE DAN ROSE RED
Pena Putera
13/12/2017 21:53:20
52,920
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

DI sebuah gudang yang agak tersorok jauh ke dalam kawasan hutan, banyak lori mula memasuki perkarangan kawasan luar gudang. Kelihatan ramai orang sibuk sedang mengangkat banyak kotak ke dalam gudang. Di muka pintu besar gudang, ada dua orang sedang memerhati sahaja tanpa melakukan apa-apa.

"Hari ini kita dapat simpan banyak stok, bos. Cukuplah nak penuhi permintaan-permintaan di luar sana. Ini pun kita nak seludup bukan senang juga. Nak dapat keluar payah. Kena pakai orang dalam juga."

"Baguslah macam itu. Barulah aku suka kalau kerja semua boleh beres. Apa-apapun, semua dah sedia untuk penghantaran esok? Jangan sampai kantoi pula."

"Itu jangan risau. Semuanya dah dirancang dengan baik. Laluan nak pergi menghantar itu kami dah dapat kenal pasti yang mana paling cun. Semua stok ini, kami dah siap pakat akan sorok dengan teliti dalam kapal nanti."

"Hahaha... Untung besarlah kita selepas ini. Oh, lagi satu... Aku nak tanya pasal dia. Apa khabar?"

"Ermmm... Sorry, bos. Tapi, kami masih tak dapat nak jejak dia." Terketar suara mahu menjawab.

"Buat kerja senang macam itu pun susah. Bodoh! Aku nak kau cari juga dia di mana walaupun sampai ke lubang cacing. Dia adalah aset bernilai kita dan kalau kita terlepas, bukan aku saja... Dengan kau sekali..." Tangannya membuat gaya memotong tekak.

Ketar tubuh yang lagi seorang.

"Dah... Aku ada kerja lain. Ingat, cari dia sampai jumpa. Faham?"

"Faham."

TEKUN melayan komputer di hadapan membuatkan tengkuk Umaira lenguh yang amat. Dia membuat regangan badan untuk menghilangkan rasa lenguhnya. Akhirnya, dia tersandar rehat di kerusi. Hari ini lebih baik dibandingkan dengan hari-hari sebelumnya. Selepas mendengar nasihat yang diberikan, Umaira lebih bersemangat dan dia sudah ada inspirasi.

Maka, bersungguh-sungguh dia bekerja hari ini. Semua aspek dia ambil secara terperinci. Apa yang menjadi trend, apa yang diperlukan dan apa yang terbaik... Itu semua basic tapi dia terlupa kerana baginya, apabila sentiasa di atas harus tetap menjadi yang teratas.

Rupa-rupanya, dia membuat kesilapan besar berfikir seperti itu. Kadang-kala, kita perlu di bawah supaya kita boleh belajar lebih banyak perkara baru untuk naik ke atas semula. Konsepnya lebih kurang macam work then chill. And then work again.

"Gosip panas!" Syakira datang menyergah. Hampir tercabut jantung Umaira dari tangkai apabila mendengar suara lantang Syakira tiba-tiba.

"Kau ini kan... Kalau aku tak mati dulu, kau yang aku matikan."

Syakira ketawa, tidak peduli. "Relakslah! Jangan kecoh sangat. Yang penting sekarang ini aku ada bawa gosip paling hangat. Satu pejabat dah mula kecoh pasal ini."

"Apa yang buatkan satu pejabat itu kecoh sangat ini?"

"Karrisa nak bertunang!"

Itu aje? Buang masa Umaira mendengar. Apa yang perempuan itu buat memang boleh buatkan pejabat ini kecoh, ke? Hebat gila. Kalah berita artis bercerai.

"Kalau dia nak bertunang pun, baguslah. Yang sampai semua orang nak kecoh bagai itu dah kenapa? Sepatutnya, kita kena bersyukur si Karissa itu dah jumpa bakal separuh hatinya."

"Bab itu pun aku tak nak kecoh. Tapi, yang jadi kecohnya bila Karissa buat majlis pertunangan dia dekat hotel. Hotel ternama pula itu. Walhal, baru bertunang." Syakira mencebik bibir. Untunglah... Rasa iri hati pula.

"No wonder. Anak orang kaya kut. Kau expect apa lagi? Kalau dia mampu nak buat grand, buat ajelah. Tak macam kita ini. Potato!" Tidak hairan. Memang Umaira tidak ambil kesah. Cerita orang kaya memang begitu.

"Tak adalah. Baru bertunang, belum berkahwin lagi. Macam mana kalau tiba-tiba putus tunang, tak pasal-pasal nanti malu. Mana nak letak muka? Kalau akulah, waktu tunang ini lebih baik sembunyikan dulu. Taklah di kemudian hari, rasa malu bila tak jadi."

"Itu kata kau di waktu kau bukan orang yang berharta. Kalau kau dah berharta jadi anak jutawan, kata kau lain pula."

Syakira tersengih. Ada betul juga kata Umaira.

"Cuma itulah. Dia bukan jemput semua orang. Orang-orang tertentu saja dia jemput pergi majlis pertunangan dia. Alang-alang aku jumpa kau ini, nak tanya juga. Dia ada jemput kau? Kau dengan dia kerja satu bidang, kan?"

"Kerja satu bidang bukan jadi sebab dia nak jemput aku pun. Siapa dia nak jemput, dia punya pasallah. Aku tak kebulur pun nak pergi."

"Aikkk? Peliknya. Dia ada jemput aku, tapi kau tak pula." Berkerut dahi Syakira.

"Dia ada jemput kau? Wow... Untunglah jadi orang-orang tertentu dia," seloroh Umaira lalu tertawa kecil. Lucu pula.

"Mungkin selepas inilah kut dia nak jemput kau. Tak ada masa lagi nak jumpa."

"Kalau tak jemput pun, bukannya aku peduli. Kan aku dah kata, kita amalkan sikap pergi mampus. Apa jadi, lantaklah!"

Syakira ketawa besar. Apa punya amalanlah si Umaira ini pakai?

"Dahlah. Aku nak sambung bergosip dengan orang lain. Kalau ada gosip baru, aku cerita waktu makan tengah hari nanti."

"Gosip, gosip juga. Kerja jangan lupa buat!"

"Okay, mem!" Mila berlalu pergi.

Umaira menilik jam di tangan. Sudah pukul sepuluh pagi. Matanya meliau ke sekeliling pejabat, mencari seseorang. Dia tidak menemui Mila pun pagi ini. Sudah berhari-hari juga kawan sekerjanya itu tidak munculkan diri. Hilang tanpa khabar.

Kadang-kadang, dia ada buka status WhatsApp Mila. Dilihat kali terakhir gadis itu berada dalam talian kira-kira tiga hari yang lepas. Hari di mana dia bertemu dengan Mila buat kali terakhir ketika Mila menghulurkannya pendrive itu.

Ya Allah! Baru dia teringat pasal pendrive itu. Umaira segera mencari di mana terletaknya pendrive itu. Seingatnya, kali terakhir dia letak di dalam tas tangan. Bila mencarinya, tidak jumpa pula. Mana hilangnya pendrive itu?

Tak apalah. Nanti-nantilah dia cari. Mila pun ada kata, bukannya ada apa-apa dalam itu.

USAI selesai mesyuarat, Hanna kembali semula ke bilik pejabatnya. Sewaktu mahu melangkah masuk, dia ditegur oleh setiausahanya.

"Cik Hanna, ada orang nak jumpa dengan Cik Hanna."

"Siapa, Diya?"

"Encik Irham. Saya suruh dia tunggu di luar, tapi... Dia melulu masuk dalam bilik pejabat Cik Hanna walaupun saya dah halang."

"It's okay, Diya. The rude one will do the rude things, right?"

Diya mengangguk lemah. Mujur dia tak kena marah sebab kecuaiannya itu. Memang bukan salah dia, tapi kalau orang lain dah kena basuh ini. Mujur Cik Hanna ini orangnya memahami

Hanna melangkah masuk dengan penuh karisma. Terlihat klien syarikatnya sedang duduk bersilang kaki di depan mejanya. Hanna duduk di tempatnya menghadap lelaki itu.

"Nice too meet you, Miss Hanna. I have been waiting for you a long time." Irham mengukir senyuman menggoda namun tidak tergoda sedetik pun dalam hati Hanna. Sebolehnya, Hanna cuba bersifat profesional.

"Well, not really nice to meet you too, Encik Zaidi. Anything can I help?"

"Memang ada yang saya nak minta tolong. Tapi, sebelum itu saya nak tanya Cik Hanna free tak tengah hari ini? Boleh kita keluar makan sama-sama. Saya belanja."

"Terima kasih untuk pelawaan itu. Sayangnya, saya kena tolak sebab kalau bukan atas urusan kerja, saya tak boleh terima."

"It's okay. Saya faham." Irham berlagak cool. Tunjuk macho.

"Sebenarnya, saya datang sini membawa hajat yang sangat besar. Memang besar dan saya harap hajat saya ini dapat dipertimbangkan Cik Hanna dengan baik."

"Apa hajat Encik Zaidi yang besar itu?"

"Saya nak Cik Hanna jadi bakal isteri saya."

Hanna hanya tersengih. Dia menggeleng kepalanya beberapa kali. Malas nak layan. Apalah yang ada pada dirinya sehingga semua buaya keparat datang kepada dia? Kalau yang datang itu 'lelaki', tak apalah. Ini yang datang, 'jantan'!

"So funny... Encik Irham ini memang pandai buat lawak."

"Saya serius, Cik Hanna," tegas Irham.

"Saya tahu, cuma itu semua saya pandang sebagai satu jenaka. Encik Irham, setahu saya encik akan bertunang tak lama lagikan?"

"Memang saya akan bertunang tak lama lagi. Masalahnya saya tak suka dengan bakal tunang saya itu. Pilihan keluarga, what you expected? Saya tak yakin yang saya boleh cintakan dia walaupun setelah kami bernikah kelak."

"Sama macam sayalah. Kenapa encik pilih saya walaupun encik sendiri tahu saya tak berminat?" tanya Hanna ingin tahu niat lelaki itu.

"Because I love you," luah Irham tentang perasaan sebenarnya.

Jadi? Hanna buat muka tidak peduli. Tak terkesan langsung dalam hatinya.

"Tolonglah saya, Cik Hanna. Berapa yang awak nak, saya sanggup bayar asalkan awak sudi jadi milik saya."

"Cinta tak boleh dibeli dengan wang ringgit... Frasa yang biasa kita dengar, kan? Maafkan saya, Encik Irham. Cinta saya tak akan dijual dengan wang ringgit."

Irham ketawa mengejek. "Jangan berlagak sangat, Cik Hanna. Silap-silap hari bulan, awak akan datang melutut di depan saya."

"Dan tunggulah masa yang saya datang melutut depan Encik Irham. Saya beri amaran awal-awal, jangan menunggu masa itu. Mungkin boleh ambil masa berpuluh-puluh tahun, dekad atau juga abad."

Irham mula berang. Dia bangun dan matanya tajam memandang Hanna.

"Baiklah. Kita tengok apa yang akan jadi. Saya percaya, Cik Hanna akan jadi milik saya pada akhirnya. Remember that!" amaran Irham, garang.

"Amaran yang biasa saya dengar. Tapi, pada akhirnya orang yang beri amaran itu akan pilih wanita lain juga." Sengaja Hanna menyindir. Bukan amaran baru untuknya.

"Saya bukan begitu. Bila saya dah cakap, saya akan buat."

"Whatever. Yang penting, Encik Irham balik sekarang dan basuh semula hati yang kotor itu."

Irham melangkah pergi dan menghempas pintu dengan kuat. Biar satu pejabat tahu, ada ribut dalam itu.

Hanna malas mahu ambil peduli lagi. Apa nak jadi, jadilah. Tipulah kalau dia tidak risau. Namun, semuanya dia serahkan kepada Allah. Dia yakin, Allah ada bersamanya untuk membantu. Lagipun, kalau lelaki itu cuba cari pasal... Lelaki itu dah silap orang nak cari pasal.

Put that bad boy, down Hanna.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.