Home Novel Cinta SNOW WHITE DAN ROSE RED
SNOW WHITE DAN ROSE RED
Pena Putera
13/12/2017 21:53:20
52,889
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12


USAI bermesyuarat, Umaira menapak keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah yang sukar diramal. Dia berjalan menuju ke mejanya dan terduduk sepi di situ. Rakan-rakan sekerjanya curi-curi pandang. Cuba menafsirkan situasi melalui wajah Umaira. Ada yang bercerita berita buruk dan sebaliknya. Kebanyakannya yang buruk sajalah. Biasalah... Manusia suka berfikir melulu tanpa bukti yang kukuh.

Umaira masih diam di mejanya. Tidak bercakap, tidak berganjak... Kelakuannya itu amat membimbangkan orang lain. Sebenarnya, apa yang baru sahaja terjadi? Masing-masing ingin tahu.

"Eh, kenapa pandang orang itu? Tak ada kerja lain nak buat? Sekarang ini dah jadi penghendap?" Farah menegur beberapa pekerja dengan suara lantang. Separuh terkejut mereka dibuatnya.

"Diamlah. Kami semua nak tahu berita pasal Umaira. Buruk atau baik."

"Begitu ceritanya. Kenapa? Cari bahan untuk gosip?" perli Farah.

"Kalau bergosip pun, bukannya masalah kau. Tapi, kalau kau ada masalah bolehlah kongsi. Ada juga bahan untuk bergosip."

"Memang aku ada masalah. Masalah dengan pekerja-pekerja di syarikat ini yang suka sangat sibuk jaga tepi kain orang. Tak puas lagi, tambah ajinomo secukup rasa. Okey tak jadi bahan gosip?"

"Gila!"

Farah mencebik. Dia gila, dikatanya kita gila.

"Yahoo!"

Yang ini baru betul gila. Semua mata tertumpu kepada Umaira yang tiba-tiba diserang penyakit sawan untuk berjoget dalam pejabat. Tak senonoh betul perangai!

"Woi, perempuan! Sakit mental, ke?" Farah tolak kepala Umaira.

"Kenapa tolak kepala orang ini? Tak sakit mental, boleh sakit hati pula."

"Dah itu, tiba-tiba menari ini... kenapa?"

"Aku... kena..."

"Datin Wahida terima proposal kau?" teka Farah. Kalau betul, dia memang tumpang gembira.

"Tak, aku kena buang kerja. Best, kan?" jawab Umaira dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

"What the... Umaira, kau sihat tak ini? Aku risaulah dengan kau."

"Kenapa kau nak risau? Kau tengok aku ini. Happy aje. Kau pula nak terlebih risau."

"Sebab kau happy la, aku risau. Eh, dalam hidup aku tak pernah lagi jumpa orang kena buang kerja yang dia sayang tapi boleh tersenyum macam kau ini."

"Ada satu bahagian kau tertinggal. Kau nak tahu apa alasan aku kena pecat?"

"Apa alasannya?"

"Sebab kes aku tengking peguam syarikat ini. I mean, this stupid company. Gempak alasannya, kan?"

"Wow... Tak tahu pula syarikat ini ada boleh tahan ketidakbijaksanaannya. Apa-apapun, kau nak buat apa selepas ini? Kau dah kena buang kerja. Nak cari kerja zaman sekarang ini bukan mudah."

"Babe, jangan risau. Dekat luar sana itu, ada macam-macam kerja aku boleh buat. Nak tak nak aje. Cuma, aku nak cakapnya... Sampai mati pun aku tak akan datang kerja di syarikat ini. Oops... Again... I mean this stupid company."

Farah risau dengan Umaira. Luarannya mungkin nampak okey, tapi dalamannya siapa tahu? Farah mengeluh. Dalam hal ini, siapalah dia untuk campur tangan bagi membantu Umaira.

Hanya doaku agar kau dapat memperoleh kejayaan tersendiri di luar sana, wahai rakanku.

WALAUPUN arwah ayah sudah lama pergi, namun hubungan dia dengan keluarga belah arwah masih lagi baik dan tidak pernah putus ikatan silaturahhim antara mereka. Hanna bersyukur kerana mereka masih mahu menerima dia sekeluarga dalam kehidupan mereka. Terutamanya nenek. Nenek benar-benar menyayangi ibu.

Hanna masih ingat sewaktu kecil, nenek berjanji di pusara arwah ayah untuk menjaga ibu seperti anak sendiri untuk pihak arwah. Ternyata, nenek benar-benar mengotakan janjinya. Nenek seperti ibu kandung kepada ibu. Eratnya hubungan mereka mertua dan menantu.

"Hanna, mak su ini nak tanyalah sesuatu. Usia Hanna makin lanjut, bila nak bawa kami jumpa dengan bakal pasangan hidup Hanna?" tanya mak su sewaktu kami sama-sama mengupas bawang. Ada mak long, Mak Cik Hawa dan jiran tetangga yang membantu.

Tradisi orang mengupas bawang. Haruslah menjadi mak cik bawang sambil membawangkan orang lain. Selalunya mangsa mak cik-mak cik bawang orang yang belum kahwin, orang yang dah kahwin tapi tak ada anak dan orang yang baru lepas ambil keputusan SPM serta hala tuju selepas SPM.

Banyak aje mangsa mak cik-mak cik bawang, tapi yang ini paling common.

"Tengah mencari lagi, mak su. Insya-Allah, kalau sudah tiba jodohnya, Hanna akan bawa berjumpa." Jawapan selamat.

"Jangan tunggu lama sangat, Hanna. Zaman sekarang ini, kalau tua sangat dah tak laku. Nanti jadi anak dara tua. Kalau Hanna tak ada calon, mak cik boleh carikan satu untuk Hanna. Kebetulan, anak kawan mak cik ada yang tengah mencari juga. Kerjanya boleh tahan juga. Kerja dengan kerajaan tak silap."

Kata-kata Mak Cik Hawa itu bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hanna tak ambil serius. Lagipun, kenapa nak terdesak sangat kahwin kalau pada akhirnya tersalah pilihan? Lebih baik lambat daripada menyesal awal. Itu adalah pendapatnya tentang perkahwinan.

Lagi satu perkara, memang pilihan menantu mak cik-mak cik bawang ini kena kerja kerajaan, ke? Bangga benar bunyinya bila sebut orang itu kerja dengan kerajaan. Maklumlah, senang nak buat loan, kan?

"Hawa, anak kau itu bukan mengandung, ke? Dah berapa usia kandungannya?" tanya mak su. Selamat sekejap Hanna daripada dilontarkan soalan-soalan cepumas yang dia sendiri malas mahu layan.

Selesai mengupas bawang, Hanna beralih kerja untuk memotong cili. Sebelum itu, dia menerima satu panggilan. Nombor yang tidak dikenali. Agak-agaknya, siapa?

Bila diangkat, seperti ada bunyi orang sedang menyanyi sebuah lagu.

La la la la la.

You're my toy, I'm your onwer.

La la la la la.

I will throw you, then kill you.

Hanna melihat sekali lagi nombor itu. Siapa pula menyanyi lagu pelik-pelik ini? Kalau dia fikir dengan lagu itu boleh buatkan Hanna menjerit ketakutan, dia silap. Lagu macam itu selalu Hanna terima oleh lelaki-lelaki yang pernah dia reject dulu.

Mungkin, itu antara mereka. Tak kesahlah. Dia bosan itu. Ajak main kasar.

"Thank you for entertain me. But, it's sound horrible. I mean, your voice. Thank you." Hanna letak panggilan itu dan sambung buat kerjanya. Gila betul.

Kemudian, tak lama selepas itu ada satu mesej masuk. Hanna semak mesej itu.

'How dare you! You'll be punish for what you did! Someone will... injured.'

Dan-dan, Hanna rasa tidak sedap hati. Mesej dari nombor panggilan tadi. Siapa dia ini? Apa yang dia nak? Nak ugut orang pula?

Sedang berfikir sambil memotong cili, Puan Suria dari luar termengah-mengah berlari ke dapur. Dia memandang semua orang.

"Kenapa ini, Suria? Ada apa ini sampai berlari ke sini?"

"Anak kau, Hawa. Accident!"

Mata Hanna membulat. Waktu ini, hanya ada satu sahaja yang berada di fikirannya. Tak dapat dilupakan dan amat menakutkannya.

SETELAH berjaya meminta pelepasan pulang awal daripada Pak Cik Muhsin, Umar melencong ke tempat lain sebelum pulang ke rumah pak long. Ada satu tempat yang perlu dia pergi. Sampai di destinasi, dia berdiri tegak di hadapan sebuah kedai perabot dan barang elektrik. Dengan langkah yang berat, dia menapak masuk ke dalam.

"Ya, encik? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" tanya seorang pekerja di situ melayan kehadiran Umar.

"Boleh saya jumpa dengan Hadi?"

"Encik Hadi? Atas urusan apa, ya?"

"Cakap aje dengan dia... Umar nak jumpa."

"Baik. Saya pergi panggilkan dia di pejabat." Pekerja itu beredar pergi. Umar meronda di sekitar kedai itu. Pelbagai barang yang dijual. Macam-macam kelengkapan rumah boleh didapati di sini. Siapa sangka, kedai ini akan jadi sebesar ini sekarang berbanding dahulu?

"Umar?"

Umar berpaling ke belakang bila namanya dipanggil. Figura di hadapannya kelihatan terkejut dengan kehadirannya. Seperti tidak menyangka yang dia akan jejakkan kaki di sini setelah lama menghilang.

Previous: BAB 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.