Home Novel Cinta SNOW WHITE DAN ROSE RED
SNOW WHITE DAN ROSE RED
Pena Putera
13/12/2017 21:53:20
52,899
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG1

TERSEBUTLAH suatu kisah tentang pasangan adik-beradik yang bahagia pada zaman dahulu. Nama mereka ialah Snow White dan Rose Red. Mereka hidup dengan bahagia bersama ibu mereka. Walaupun kehidupan mereka tidak sekaya mana dan hanya bersederhana dalam setiap perkara, namun kebahagiaan hidup dititikberatkan.

Suatu hari, mereka bertemu dengan seekor beruang yang terbaring di tanah lalu dibawa pulang untuk dirawat. Apabila sedar beruang itu, mereka mula menjadi rapat dan berkawan baik.

Ketika Snow White dan Rose Red sedang berjalan-jalan di hutan, terlihat seorang kerdil yang memerlukan pertolongan bila janggutnya tersangkut pada dahan pokok kecil. Lalu, mereka cuba menyelamatkan si kerdil itu dengan memotong janggutnya.

Bukan mahu berterima kasih, sebaliknya si kerdil itu memarahi kedua-dua adik-beradik itu kerana kuasa saktinya telah pun hilang setelah janggutnya dipotong.

Akhirnya, beruang yang diselamatkan mereka adik-beradik telah bertukar menjadi seorang putera setelah sumpahannya tamat. Putera itu jatuh cinta dengan Snow White dan mereka pun berkahwin. Manakala, Rose Red pula berkahwin dengan adik si putera itu.

Mereka pun hidup dengan bahagia.

Tetapi, bagaimana dengan kisah Snow White dan Rose Red versi moden?


Next: PROLOG2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.