Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
26,555
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab BAB 3

Allah mak ai! Mama tak bagitahu pun. Nak jawab apa ni? Fikiran Ash buntu. Namun riak muka masih dikawal. Tempahan makanan mula sampai di atas meja. Lagi sekali Naurah tersenyum. Lupa sudah pasal lepas nikah nak duduk mana.

"Hermm. Patutnya order jelah benda yang sama. Tak sangka awak nak belajar makan seafood demi saya. Love you Ash."

Ash terkedu. Mata dipejam berulang kali. Tom yam seafood kegemarannya dipandang.

"Haish. Tak sangka awak ni sweet jugak kadang kadang. Dah lah tak yah lah makan seafood ni, pergi order lain."

Sambung Naurah. Allah! Ash baru teringat yang Am tak makan seafood. Glup! Air liur ditelan. Sedapnya seafood kat depan mata dia ni. Naurah menarik tom yam seafood Ash.

"Waiter, boleh bagi nasi goreng cina kurang pedas"

Ash tergamam. Mana mungkin dia nak telan makanan tak pedas. Mama! I cant do this! Jerit Ash dalam hati.

"Ash kenapa diam je ni? Ada masalah ke?"

Soal Naurah bersahaja. Si Ash pulak asyik terliur bila tengok Naurah menghirup tom yam dihadapannya.

"Ermm tak delah."

"Ha Ash. Macam ni lah. Apa kata kita sewa jelah rumah murah2. Nanti kita share duit."

Ash terdiam lagi. Wait! Budak ni tak tahu ke yang Am kaya? Siap nak share duit bagai! Apa motif Am ni! Buntu aku lah!

##############

Kereta yang dipandu Ash Firdaus masuk ke perkarangan banglo dua tingkat. Pantas kaki melangkah masuk ke bilik bawah. Pintu bilik dikuak. Puan kirana masih setia bersama Am Firdaus.

Melihat sahaja muka adik kembarnya. Ash termati dari meluahkan rasa. Am Firdaus tersenyum pada abangnya.

"So? Cantik kan dia?"

"So so"

Balas Ash. Am tergelak kecil. Sorry Ash, aku tak sanggup nak tengok dia menderita sebab aku. Sebab aku tahu aku tak boleh hidup lama. Bicara hati Am.

"Aku tak kira. Kau kena amik balik dia. Aku cuma boleh jaga dia supaya dia tak jadi milik orang lain. Aku tak boleh bagi dia cinta, macam yang kau bagi pada dia"

Ash kembali keluar. Puan kirana yang mendengar hanya menahan sebak.

"Jangan risau, mama akan pastikan semuanya ok"

Am tersenyum lagi.

Next: Bab BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.