Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
26,577
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab BAB 13

Part 13

Acah acah cinta. Pendek sikit. Nanti sambung

Baru dia faham apa yang dimaksudkan oleh Puan Kirana selama ini. Patulah dia di minta untuk tidur di bilik berasingan. Pesanan ringkas dari Mamanya di baca lagi.

"Perempuan yang diceraikan tanpa sempat untuk 'bersama', mereka tiada tempoh edah"

Telefon dimasukkan semula ke dalam poket seluar bila ternampak kelibat Puan Kirana menuju ke ruang makan.

"Pasal Am biar Mama uruskan. Ash tolong tengokkan syarikat. Dah lama kita tak amik tahu pasal syarikat"

Ash Firdaus hanya diam menunduk.

"Hmm"

Balasnya ringkas. Puan Kirana melihat wajah anaknya. Cepat2 perasaan simpati dibuang. Kejamkah dia sebagai ibu? Tapi sanggupkah dia melihat Am menahan sakit kerana cintanya terhadap Naurah.

"Bila nak ceraikan dia?"

Luruh jantung Ash bila soalan itu sering keluar dari bibir Mamanya. Sudu yang berlaga dengan pinggan terhenti. Dada menahan sebak. Rasa sakit dipendam sendiri. Soalan tidak mampu dijawab. Ash bangun dari kerusi.

"Berapa lama lagi masa yang Ash nak?"

"Mama jangan risau, Ash tak kan kecewakan Am dengan Mama. Dan Ash tahu, dia milik Am."

Kelibat Naurah yang ingin masuk ke dapur mula kelihatan. Mata mereka bertentangan. Puan Kirana masih tidak perasan kelibat menantunya dibelakang. Ash Firdaus bergerak keluar dari dapur. Langkah mereka berselisih namun tidak bertegur sapa. Naurah menahan pedih. Rasa mahu lari dari semua ini.

"Eh Naurah. Makan dulu"

Sapa Puan Kirana bila melihat menatunya masuk dapur. Senyuman nipis diberikan pada ibu mertuanya.

"Nak masak bubur untuk Am kejap"

Balas Naurah bersahaja. Kata kata yang menerjah ketelinga Ash disebalik dapur. Pedih hati dipendam lagi. Kenapa perlu ada lafaz cerai bila hati sudah ada cinta?

"Simple Ash. Sebab dulu kau bermain main dengan ungkapan cinta. Dan sekarang kau terimalah padahnya"

Airmata yang jatuh dikesat lagi. Naurah menjengah disebalik pintu yang menuju ke dapur. Perasan suaminya masih belum keluar dari rumah. Dua biji pil dihulur pada suaminya. Lagi sekali mata mereka bertentangan. Senyap tanpa kata.

"Saya..." serentak!

"Awak dulu" serentak!

Naurah mengalah.

"Jangan tidur atas lantai"

Ash hanya senyap mendengar. Naurah berpusing semula masuk ke dapur.

"Habis kalau bukan atas lantai, saya nak tidur mana?"

Soalan sentap. Naurah diam tidak menjawab. Kakinya laju melangkah ke dapur semula. Pedih hatinya bila melihat suami tidur beralaskan lantai. Dahi Ash dirasa sebelum pintu bilik ditutup semula pagi tadi. Panas. Penat Naurah berfikir dan berfikir. Kenapa benda ini perlu jadi. Dan kenapa kenangan sewaktu bertemu dengan Am menerjah kembali. Seolah olah hatinya sedang dimiliki oleh Am. Tapi bila melihat Ash... Argh!! Sakit.

Previous: Bab BAB 12
Next: Bab BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.