Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
26,487
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab ACAH ACAH CINTA

Part 2.

'Terima kasih Ash. Mama tahu Ash akan berkorban untuk Am. Love u son.'

Ash Firdaus meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja. Mata memandang jam ditangan.

"Heh! Pantang betul kalau dah janji pastu lambat!"

Omel Ash sendirian. Mata masih melilau mencari kelibat Naurah Shuhada. Kelibat wanita bertudung Neelofar mula masuk ke dalam restaurant. Kebetulan masa Ash senldang menunduk memandang telefon bimbit.

"Ehemm!"

Sapa Naurah. Ash mengangkat muka. Mak ai! Comel jugak. Tapi bukan taste aku tudung belit belit ni. Kang tercekik baru tahu. Omel Ash dalam hati. Naurah menjeling.

"Mana Ash pergi? Kenapa tak da berita?"

Soalan demi soalan. Ash sedikit gementar. Tiba tiba Naurah pula tergelak.

"I know. Mesti Ash tak sabar nak jadi suami kan? Ni rambut pacak pacak. Muka dah makin putih. Ash pergi spa ke?"

Tebak Naurah. Ash mengerutkan dahi. Ah! Bantai jelah. Ash mengangguk. Tak tahu nak buat reaksi apa.

"Eh orderlah. Ash dah order tadi"

Masih kedengaran suara gementar. Namun Naurah tidak perasan dengan prubahan tersebut. Tangan mula membelek menu di hadapan. Sejurus selepas menempah makanan. Mata mereka bertentangan semula. Ash cuba mengelak.

"Ash dah decide ke kita nak duduk mana lepas nikah nanti? Kalau boleh kita duduk lah rumah sendiri. Boleh belajar berdikari."

"Eh, tak boleh tak boleh...

Naurah berkerut.

"Ermmm... bukan macam tu. Maksud Ash... maksud Ash...."

Ash berfikir. Kalau duduk dekat rumah. Mesti rahsia yang mereka kembar akan terbongkar.

"Apa!"

Bentak Naurah.

"Ha maksud Ash kita kena duduk rumah mak awak."

Fuhh laju terus Ash jawab. Naurah memandang pelik.

"Mak saya? Awak biar betul. Mak saya dalam kubur. Awak nak duduk dalam kubur ke?"

Previous: Bab
Next: Bab BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.