Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
26,549
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab BAB 5

Part 5

"Sampai bila Am nak rahsiakan semua ni? Dah lah pernikahan Ash dengan Naurah tak jujur. Latar belakang keluarga kita pun Am tak jujur. Apa motif Am?"

Soal Puan Kirana yang baru sahaja pulang dari majlis pernikahan kecil kecilan di kampung Naurah Shuhada. Am Firdaus hanya menarik nafas sederhana panjang dan dilepaskan perlahan.

"Entahlah Ma. Mama sendiri tahu alasannya. Am tak sangka Naurah memang ikhlas sayang Am bukan sebab harta. Tak macam perempuan yang Am kenal dulu...."

"Mama tahu, tapi tak adil untuk Naurah. Tak adil untuk Ash."

Am Firdaus terdiam. Mata memandang syiling. Fikiran bercelaru. Mana ada hati yang sanggup membiarkan kekasih bernikah dengan orang lain.

"Sakit sangat bila orang kita cinta tinggalkan kita. Am tak nak Naurah rasa apa yang Am rasa....

"Dan lebih sakit bila orang yang kita cinta tahu yang kita ni tipu dia."

An Firdaus berpusing menghadap Puan Kirana.

"Dan lagi sakit kalau orang yang kita cinta tahu, yang kita ni tak kan hidup lama. mana satu yang Mama pilih? Am tak sanggup nak tengok dia menderita. Sebab dia dah cukup menderita selama ni. Kalau Am tahu keadaan Am macam ni, Am tak kan amik risiko untuk kawan dengan dia."

Puan Kirana menggenggam tangan anaknya sambil menahan sebak.

"Dan Am yang tanggung semua derita?..

"Tak lah Ma... Am bahagia bila tengok dia bahagia. Am yakin Ash mampu jaga Naurah"

#########################

'Sorry sebab guna nama kau. Aku ingat masa tu just suka suka je guna nama kau. Tapi tak sangka, ada hikmah disebaliknya. Happy married'

Ash Firdaus menutup semula telefon setelag membaca pesanan ringkas adiknya. Kelibat Naurah yang keluar dari kedai 7E dipandang. Pintu kereta dikuak.

"Jom"

Ucap Naurah. Ash firdaus menekan minyak dan meluncur ke jalan raya.

"Ash... sampai sekarang ni saya tertanya tanya"

Ash Firdaus cuak. Apa pulak yang tak kena. Sabar sabar. Ash menunggu ayat seterusnya.

"Ada ke company yang taja honeymoon kat hotel sampai sebulan? Lagipun awak ni kuli je. Ke sebab awak ada scandal dengan sapa sapa? Ermm baik awak cakap."

Ash tergelak. Ingat nak tanya apa tadi.

"Ha macam ni. Saya ni pekerja bagus Kat situ. Tak pernah ponteng. Bijak. Handsome. So diorang bagi hadiah ni"

Tipu Ash Firdaus. Mana ada syarikat bagi hadiah macam tu kecuali tu memang syarikat kau sendiri.

"Kejap Ash! Tak boleh ke kita tukar dengan duit. Boleh simpan duit tu. Alah setakat honeymoon tu, kat mana mana boleh"

Ash mengawal reaksi muka.

"Eh tak boleh. Kalau kita tak terima hadiah ni, nanti diorang kecik hati pulak"

Fuhh! Naurah menjuihkan bibir. Kereta yang dipandu masuk ke Impiana Hotel Klcc. Kereta Ash Firdaus terus masuk ke parkir VIP.

Naurah dan Ash Firdaus keluaar dari perut kereta. Beg2 semua telah diangkat oleh pekerja hotel.

Zap! Lengan Ash dipaut oleh Naurah. Tubuh Ash terkena renjatan sekejap. Namun tidak pula tubuh itu ditolak.

"Eh apa awak ni, kan ramai orang ni."

Ucap Ash. Naurah menjongket kening sebelah.

"Heh awak ni. Biarlah. Bukannya dosa pun. Halal. Halal. Yang ni pun halal"

Usik Naurah sambil menyentuh pipi, hidung dan mulut suaminya menggunakan jari telunjuk.

Masak aku masak! Belum malam lagi ni. Mampus aku kalau termakan dia malam ni. Bisik hati Ash.

"Dah jomlah. Malu sangat kat sini kan. Jom masuk bilik"

Naurah menarik tangan suaminya. Ash membuat muka runsing.

"Allah. Ni rezeki ke bala ni. Nak tolak ke nak tarik. Eh tarik pulak. Eh entahlah"

Ucap Ash separuh berbisik.

Previous: Bab BAB 4
Next: Bab BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.