Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
26,486
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab BAB 12

Part 12

Acah acah cinta.

Naurah melarikan pandangan keluar tingkap. Sedari tadi terus menyalahkan dirinya. Dia adalah punca semua ni. Kalau dia tak paksa Am nikah awal haritu, semua tak kan jadi. Airmata mengalir lagi. Makin deras. Siapa sebenarnya yang ada dalam hatinya.

Ash yang memandu di sebelah hanya senyap semasa pemanduan. Puan Kirana yang duduk di tempat duduk belakang turut menyaksikan situasi itu. Dia sedar, tatkala ingin menjaga hati ada banyak lagi hati yang terluka.

Kereta masuk ke perkarangan banglo. Tubuh Naurah dipimpin oleh Puan Kirana masuk ke dalam banglo. Ash hanya memerhati langkah mereka berdua masuk. Hatinya seperti disagat bila dia perlu memulangkan semula isterinya pada orang lain. Airmata yang jatuh di kesat lagi.

"Rehat dulu. Esok pagi pagi kita tengok Am"

Naurah hanya menggangguk lemah. Pintu ditutup rapat. Puan Kirana menuruni anak tangga semula.

"Next door."

Ayat yang bercampur amaran. Itulah yang Puan Kirana ucapkan. Takut hatinya jatuh simpati pada Ash. Am lebih perlukan Naurah, Mama harap Ash faham. Bisik hatinya. Ash memegang bahu Mamanya bersama senyuman hambar. Puan Kirana menyambung langkah turun ke bawah.

#################

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Senyap. Seakan terbayang bayang wajah Naurah sedang memandang mukanya. Ash Firsaus tersenyum sendirian. Di saat mahu nenyentuh muka itu, semuanya hilang. Nafas ditarik panjang dan dilepaskan.

Perlahan kaki keluar dari bilik dan menuju ke bilik sebelah. Tombol pintu dipegang namun belum dipulas. Telapak tangan ditekap di pintu. Airmata mengalir lagi. Tubuh melorot di hadapan pintu bilik Naurah. Tubuh dipeluk kemas.
Kenapa dia harus memulangkan sesuatu yang menjadi miliknya. Saya cintakan awak Naurah. Maafkan saya...
###############

Sedari tadi tidak berhenti melakukan solat sunat. Terus persalahkan dirinya. Jam dikerling. 2 pagi. Hati mula berbelah bagi. Melihat keadaan Am yang terlantar sakit, amarah diketepikan. Melihat Ash yang bermaincinta membuatkan amarahnya datang semula.

"Tapi aku masih isterinya."

Perlahan Naurah bangun dari tikar sejadah. Dia tak lupa. Dia hanyalah seorang isteri. Dan syurganya ada dengan Ash. Tombol pintu dipulas. Tangan terus menekup mulut. Tubuh Ash merengkuk seperti ulat gonggok di hadapan pintunya dipandang. Cepat sahaja tangan ingin menyentuh kepala itu. Namun terhenti.

Ada airmata yang mengalir di pipi Ash. Dahi Ash berkerut. Salah aku lagi ke Ya Allah. Membiarkan suami tidur di sini. Bagi aku petunjuk ya Allah. Naurah merebahkan dirinya menghadap Ash Firdaus. Hati masih lagi tertanya tanya. Adakah Ash dalam hatinya? Atau Am?

-bersambung-

Previous: Bab BAB 11
Next: Bab BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.