Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
26,575
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab BAB 6

Part 6

"Ash jangan risau, Mama akan urus semuanya. Jaga Naurah baik baik."

Kedengaran suara Puan karina dihujung talian. Terbit rasa syukur dalam hati Ash Firdaus bila Am akan dapat penderma jantung.

"Ma. What do you mean by jaga Naurah baik baik?"

"Mama tak perlu explain. Ash sendiri faham kan. Mama percayakan Ash. Ke ada apa apa yang berlaku?"

Ash bangun dari birai katil. Ada apa apa yang berlaku? No? Mana ada.

"Ermmm tak delah Ma. Ash ok je. Pesan dekat Am suruh dia kuat semangat. Jangan risau lah pasal Naurah. Ash akan jaga dia. Dan Ash akan pulangkan dia macam mana Ash amik dia. Take care both of you. Bye"

Panggilan telefon dimatikan.

"Sapa tu?"

Tegur Naurah yang baru sahaja keluar dari bilik air. Siap dah berpakaian baju tidur satin paras peha. Tuala disanggul di kepala. Ash tergamam.

Allah! Iman mana iman. Glup! Ash menelan liur. Naurah terperasan perubahan muka suaminya. Tuala dikepala dilepaskan. Rambut yang masih belum kering dibiarkan terurai. Makin berkocak iman di dada Ash. Musibah musibah.

'Mak ai dia ni. Tak kan aku nak tutup mata. Kalau tutup rugi. Astaghfirullah.....'

Bisik hati Ash. Naurah bergerak ke meja cermin bila melihat suaminya masih terpaku melihat dirinya.

"Ash... just come here. Tak payahlah jauh sangat"

Uish! Main panggil panggil pulak dia ni. Nak gerak ke tak ni. Tapi dia isteri aku. Tapi dia girlfriend Am. Argh! Ash bertengkar dengan dirinya. Nafas ditarik perlahan dan dilepaskan.

"Err... saya mandi kejap"

Fuhh! Tak tahu nak mengelak macam mana. Pantas tangan menyapai tuala di atas katil dan terus berlalu di belakang Naurah.

"Mandi wangi wangi tau"

Usik Naurah. Ash melajukan langkah ke bilik air. Pintu bilik air di kunci. Muka menghadap cermin. tangan terus menggaru kasar kepala yang tidak gatal.

"Tak boleh Ash. Kau kena steady. Rileks. Cool. Chill"

Ash menarik nafas dan melepaskan perlahan lahan.

"Habis kalau dia goda kau macam mana?"

Ash berteka teki dengan dirinya.

"Kalau dia goda kau, kau kena layan lah. Tapi just ringan ringan je. Yelah kalau kau tak layan. Nanti dia syak kau"

Ash membayangkan diriya di dalam cermin sedang memberi jawapan.

"Betul tu apa yang kau cakap. Tapi kalau dia nak lebih dari biasa macam mana?"

Pantulan cermin wajah Ash seolah olah berfikir.

"Kalau dia nak extravaganza, kau tahan jelah. Tapi kalau tak boleh kau bagi jelah. Lagipun Am sendiri tak letak syarat apa apa. Mama je yang lebih. Apa dia ingat anak dia ni kayu, tak da nafsu?"

Previous: Bab BAB 5
Next: Bab BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.