Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,896
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

 

Adriana menyikat rambutnya yang ikal. Dikemaskan kemeja biru lengan panjang yang dipadankan dengan cufflink Aigner  yang dibelinya tidak lama dahulu. Dia tersenyum puas. Berkemeja Brooke Brothers dan berseluar yang dibeli di Mark and Spenser, menyerlahkan keyakinan diri yang tinggi.Pakaiannya berjenama yang disarungnya menaikkan keyakinan diri. Begitulah selalunya sekiranya dia menjadi fasilitasi seminar bagi syarikat yang berurusan dengannya.


“Adriana, Zuria dah tunggu diluar” terdengar suara Mak Piah memanggil. Adriana segera mencapai tas tangan dan segala fail yang telah tersusun rapi untuk program hari ini. Satu lagi kejayaan in the making, senyumnya sendirian. Telah sekian lama dia bercita-cita untuk mendapatkan peluang sebagai trainer jemputan bagi Syarikat AE WinSdn Bhd, dan bila saja dia hampir berputus asa, tiba-tiba Encik Ismail,pengurus besar jabatan sumber manusia bagi syarikat tersebut menghubunginya untuk menjadi facilitator bagi suatu program.

 

Sebaik saja menutup pintu kereta, Zuria terus memecut ke destinasi yang telah ditentukan. Dia berusaha agar tidak terjebak didalam kesesakan lalulintas.

 

“So, apa kejutan yang nak kau lakukan pada sesihari ni?” tegur Zuria sambil kereta yang dipandunya meluncur laju.

 

“Hmm... tunggu dan lihat. Kau pasti terkejut” Adriana tersengih-sengih sambil memandang Zuria. Di kepalanya telah terbayang-bayang bagaimana untuk menarik minat participants yang akan mengikuti kursusnya hari itu. Sebagai facilitator beliau sentiasa harus membawa sesuatu yang baru agar program yang dijalankan tidak kaku dan hambar dan itulah kekuatan Adriana. Sikapnya yang pro-aktif dan mudah mesra dengan sesiapa saja ternyata membawa kejayaan kepada syarikat kecil yang ditubuhkan olehnya dan Zuria.

 

Tiba saja ke perkarangan AE Win Sdn Bhd, Zuria memanjangkan lehernya mencari-cari parking.

 

“Aii... pagi-pagi macam ni pun, parking dah penuh? Bagus betul staf-staf kompeni ni.” komen Zuria. Terlihat olehnya suatu parking kosong disebelah kanannya, cepat-cepat dia membelok menuju kearah   parking tersebut. Tiba-tiba saja, sebuah kereta BMW sport bewarna biru, meluru masuk ke spot parking tersebut sebelum sempat Zuria membelok kenderaannya. Segera dia membrek secara mengejut dan Adriana yang sedang asyik membaca nota-nota sebagai persiapan akhir sebelum memulakan training tersentak dan segala kertas yang dipegangnya terlepas dan bertabur kerana terkejut.

 

“Eh!! Apasal brek mengejut ni?” dia bertanya,cemas sambil memandang Zuria yang mencuka.

 

Zuria memuncungkan mulutnya, kearah parking yangtelah diambil oleh BMW biru, seraya diperhatikan oleh Adriana. Zuria tidak menggerakkan kenderaannya, sebaliknya hanya memerhatikan pemandu yang dirasanya agak biadap meletakkan kenderaan di tempat tersebut. Ia ingin melihat pemandu kenderaan tersebut dan ingin memberikan sepatah dua kata kepada pemandu tersebut.

 

“Cari laa tempat lain, tak perlu kau‘membahasa’kan pemandu tak sopan tu...Kita nak cepat ni.” Kata Adriana sambilmembongkok mengumpulkan nota2 yang berterabur di kakinya.

 

Sebaik saja dia meluruskan badannya, dia melihat Zuria melonggo sambil memandang kedepan. Adriana melihat seorang jejaka melangkah keluar sebaik saja pintu kereta BMW tersebut dibuka. Adriana seperti tidak percayai matanya. Dia melihat Adam melangkah segak dengan kemeja putih,bercelana gelap sambil membimbit briefcase dan sports jacket.

 

Seolah-olah perasan  yang dia sedang diperhatikan, Adam menoleh dan sempat melemparkan senyuman kepada mereka. Tanpa rasa bersalah, dia terus menuju kearah lif.

Seperti dipukau, Adriana dan Zuria saling berpandangan. Tiba-tiba berderai gelak ketawa mereka berdua, cuba melindungi rasa malu dengan sikap mereka, yang seolah-olah terpukau dengan persona jejaka tersebut hinggakan hilang perasaan marah kerana kehilangan tempat parking

 

Mereka berdua terkocoh-kocoh menuju ke tempat dewan mini AE Win Sdn Bhd. Setibanya mereka kesana, para peserta telah sedia menunggu. Cik Safiah yang menjadi urusetia pagi itu menanti mereka di pintu,segera mengulurkan tangan sambil tersenyum, sebaik saja melihat Adriana and Zuria.

 

“Cik Adriana, hari ini pengarah muda kita akan turut serta dalam seminar ini” ujar Safiah ceria. “Hari ini hari pertama dia mula bekerja dengan syarikat ini. Cik Adriana pernah jumpa dia? Kacak. Single pulatu. Hmmm... bertuah badan kalau dapat jadi teman lelaki” panjang lebar Safiah menerangkan tentang pengarah mudah di syarikatnya kepada Adriana dan Zuria. Semenjak dari mula mereka berurusan, Cik Safiah memang merupakan seorang yang peramah, sesuai dengan jawatannya sebagai pengurus modal insan. Setiap kali bertemu ada sahaja perkara lucu yang ingin dikongsikan bersama.

 

Sebaik dibuka sahaja pintu dewan, Adriana terkejut melihat wajah Adam yang berada disebalik daun pintu, seolah-olah menanti akan kedatangan mereka.

 

“Eh, En. Adam, awalnya dah masuk kedewan.Kenalkan, ini fasilitator kita untuk hari ini, Cik Adriana dan juga Cik Zuria.”

 

Adam menhulurkan tangan untuk berjabat dengan Adriana. Adriana seolah-olah terpaku melihat jejaka tersebut dihadapannya. Melihat tangan Adam yang tidak disambut, Zuria lantas bertindak mencapai tangan Adam supaya dia tidak terasa malu diperhatikan oleh semua pekerja-pekerjanya. Seolah-olah baru tersedar, segera Adriana menghulurkan tangan untuk berjabat denagn Adam. Sambil tersenyum, Adam mengambil masa untuk menyambut tangan Adriana, seolah–olah membalas perbuatannya sebentar tadi. Terasa panas wajahnya. Pasti merah,getusnya.

 

“Selamat datang Cik Adriana, Cik Zuria. Awal awak berdua sampai ya..”

 

“Iya, lagi awal kalau tempat parkir kami tidak diambil orang..... Aduuh ” serentak dengan itu Zuria menyiku Adriana agar diam.

 

“Haha.. kami yang lambat, mujur ada beberapa ruang kosong yang lain...” jawab Zuria pantas sambil tersengih.

 

“Bak kata orang tua-tua... pat-pat nya, siapa cepat dia punya.... hahahaha” katanya sambil berlalu pergi. Adriana memandang lelaki itu dengan geram.

 

“Aku nampak dia tu kecil aje, mau aku picit-picit dia! Geram sungguh! Huh.” Seraya mengayakan ibu jari dan jari telunjuknya ditenyeh-tenyeh. “Kenapa kau mengalah kata kita yang lambat?” marahnya pada Zuria yang masih tersengih melihat kelakuan temannya itu.

 

“Itu kan bos besar client kita lah.... kalau dianak  dua tempat parkir pun aku akan bagi.... kenapa kalau dengan Encik Adam kau macam garang sangat ni? Ada apa-apa ke?”

 

“Ada apa-apa apa? Jangan nak mengarut. Jom mulakan program..” tanpa berlengah, Adriana dan Zuria kedepan dewan. Sepasang mata terus galak memerhatikan mereka terutamanya Adriana gadis manis yang telah berjaya mencuri hatinya.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa