Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,877
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 12

Haikal berkira-kira untuk kerumah Adriana.Semenjak keluar bersama tempohari, hatinya semakin kuat mengingati Adriana.Perasaan apakah yang dirasai ini? Inikah yang dinamakan cinta, bila wajah dan namanya sentiasa bermain di ingatan? Sepanjang pergaulannya dengan mana-mana gadis tidak pernah dia merasa sebegini. Ah! Menyiksa jiwa. Adakah dia berperasaan begini kerana teman baiknya sendiri akan mendirikan rumahtangga? Terperangkap dengan keseronokan yang dirasai oleh Adam? Walau apapun alasannya dia harus mengakhiri perasaan ini.

 

 Dia segera bangun dan mencapai kunci keretanya. Perasaan ini harus dihapuskan dengan bersemuka dengan Adriana. Segala apa yang dirasakan harus diluahkan agar dia tahu apa perasaan sebenar gadis itu terhadapnya. Tiada lagi hidup dalam teka-teki dan segala persoalan akan terungkai. Moga hidupnya kembali tenang.

 

Sepanjang perjalanan bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Lagu-lagu yang diputarkan di radio bagaikan menerti perasaanya diwaktu itu dan sepanjang perjalanan DJ hanya memutarkan lagu-lagu cinta.

 

Setibanya dihalaman rumah Adriana, dilihatnya perkarangan rumahnya seakan-akan berubah dengan beberapa khemah telah dipasang dan riuh rendah dengan tetamu-tetamu yang berada disitu.

Ada kenduri tapi dia tidak menjemputku? Dia tertanya-tanya pada diri sendiri. Dia Cuma memerhati dari kereta. Pasti dia ada alasan tersendiri kenapa tidak menjemput aku bisiknya pada diri sendiri.  Mungkin bukan masa yang terbaik untuk bertemu gadis pujaannya itu.

 

Tiba-tiba pintu belah penumpang dibuka dan Adam duduk disebelahnya dan mengarahkan agar dia terus memandu. Terkejut dengan kehadiran Adam, dia hanya menurut.

 

“Bagaimana kau tahu yang aku berada disini.?”

 

“Apa hubungan kau dengan Adriana? Sejauh mana kau mengenalinya” Adam mengabaikan soalan Haikal sebaliknya menyoal dengan soalan bertubi-tubi.

 

“Hei, kenapa dengan kau ni? Macam orang cemburu pulak! Bukannya kau nak berkahwin dengan Adriana...” muka Haikal berubah sebaik saja selesai mengucapkan kata-kata itu.

 

“Adriana tunanganmu.....” hampir tidak kedengaran suaranya. Tidak disangka gadis yang dipuja telah dimiliki oleh teman baiknya.Tidak dapat digambarkan perasaannya ketika itu, kecewa, sedih, marah bercampur baur. Kecewa kerana Adriana tidak akan mengetahui perasaan cinta dia terhadapnya, sedih kerana hasrat ingin menyunting Adriana tidak kesampaian dan marah dengan keegoan diri sendiri yang menyebabkan dia kehilangan gadis yang dipuja.

 

“Iya dia tunanganku dan aku minta kau benar-benar jujur, apa hubungan kau dengan Adriana selama ini?”

 

Haikal merasa terpukul dengan soalan tersebut. Dia sedar selama persahabatan mereka, Adam lebih mengenalinya jauh daripada dia mengenali diri sendiri. Semenjak dahulu, Adam sering menasihatinya dan adakalanya dia menjadi malu, namun sejauh manakah malu sesama manusia? Bila jauh dimata segala perbuatan nakal diulangi lagi.

 

“Percayalah dia bukan seperti gadis-gadis lainyang aku kenali. Dia seorang gadis yang baik dan sebagai tunang nya, kau seharusnya lebih mengenalinya. Soalan sebegitu seharusnya tidak timbul.” balasnya semula.

Geram.

Walaupun dia bukan miliknya, tidak patutsesiapapun mempersoalkan kejujuran gadis itu.

 

Adam terdiam. Terasa bersalah kerana mempersoalkan kejujuran bakal isterinya di saat mereka akan disatukan.

 

“Sudahlah, tenangkan hatimu menghadapi hari bahagia. Adriana adalah calon isteri yang terbaik untukmu, dan aku gembira dia memilihmu untuk menjadi ketua keluargannya. Sebagai kawan, biarlah aku pula yang memberi nasihat ini padamu buat kali pertama. Jagalah hati dan perasaannya.” 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa