Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,838
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 18

Tan Sri Samad menghirup kopi yang dihidangkan oleh isterinya. Adam kelihatan resah, menunggu ayahnya untuk berkata-kata. Puan Sri Zakiah berpura-pura menyusun majalah-majalah yang terletak berhampiran tetapi hatinya sudah tidak sabar untuk mengetahui perkara sebenar semenjak saja mereka meninggalkan rumah Pak Rahman. Kejadian yang tidak dijangka itu benar-benar terkesan di jiwa mereka. Sedih,malu, marah, kesal semua perasaan itu berbaur disanubarinya. Kenapa dia tidak pernah mengetahui yang anaknya pernah bernikah? Gagalkah dia sebagai ibu? Apakah status anaknya sekarang?

 

“Adam....” Puan Sri Zakiah memulakan bicara biladi lihat suaminya masih menghirup kopi panas yang dihidangkannya. “Adam, tolong beritahu kami apa yang terjadi sebenarnya..... Siapa perempuan itu? Benarkah seperti apa yang dia katakan yang dia adalah isterimu? Apa status kamu sekarangni?” Bertubi-tubi soalan dikemukakan oleh Puan Sri Zakiah. Adam dilihatnya masih membisu seribu bahasa.

 

Tenang. Bagaimana dia boleh setenang ini denganapa yang terjadi? Tiada perasaankah dia, getus hatinya.

 

Tan Sri Samad berdehem, seolah-olah cuba mengigatkannya agar tidak terlalu mendesak. Perlahan-lahan dia meletakkan cawan kopinya ke piring.

 

 “Are you ok, son?” perlahan dia membuka bicara. Dia sedar disaat begini Adamlah manusia yang paling tertekan dengan keadaan sekarang. Tiada gunanya dia cuba memaksa Adam untuk berkata-kata. Pada pendapatnya, apa yang perlu adalah sokongan moral yang kuat daripada ayah dan ibu. Perlahan-lahan Adam mengangguk seraya menundukkan wajahnya. Tidakt erdaya untuk menatap wajah kedua orang tuanya. Pastinya mereka malu. Pasti.Orang ternama, berpangkat, disegani masyarakat keliling, dimalukan oleh angkara anak sendiri, desisnya. Tidak disangkanya sejarah silam yang telah lama berkubur menjadi nanah yang membusuk dan mencemarkan nama baik kedua orangtuanya. 


They don’t deserves this.....keluhnya.

 

“Mama..... maafkan saya Ma....” itu saja yang mampu keluar dari mulutnya. Tan Sri Samad memandang wajah isterinya seraya memberi isyarat agar beredar. Dengan serba –salah Puan Sri Zakiah beredar menginggalkan mereka dua beranak, menuju ke dalam. Ada ketikanya perkara-perkara sebegini elok diselesaikan antara anak dan ayah... man to man talk.

 

Pelahan-lahan Tan Sri Samad menghela nafas yang panjang, selesai saja mendengar penjelasan Adam.

 

“So, apa yang akan terjadi sekarang dengan Natalia dan Adriana? What will you do?”

 

Adam menggeleng-gelengkan kepala. Fikirannya masih buntu dengan tindakan lanjut yang harus diambil. Natalia bukan isterinya yang sah lagi.... dan Adriana... aahhh Adriana..... tidak mungkin menerimanya kembali. Pasti hatinya terlalu terluka untuk menerima kenyataan ini........

 

“Fikirkanlah cara terbaik untuk selesaikan permasalah ini..... kami berdua hanya mengikut apa yang telah kamu putuskan.Jangan pedulikan tanggapan orang lain... itu hak mereka untuk berkata-kata tapi hak kamu adalah untuk menentukan masa depan kamu sendiri. Baik buat kamu,baiklah buat kami.” Terang Tan Sri Samad sambil bangun meninggalkan Adam sendirian, memberinya ruang untuk dia bertenang.......

 

Berminggu berlalu semenjak kejadian di rumah Haji Rahman dan Adam masih bermurung diruang kamarnya. Selama itu jugalah dia tidak menjejakkan kakinya ke pejabat. Telefon bimbitnya yang sentiasa berdering hampir setiap saat akhirnya berhenti pada hari ke tiga. Selama itu jugalah hidupnya ibarat mayat bernyawa; tidur diulit mimpi ngeri dan sedarnya tanpa perasaan. Kedua ibubapanya cuba memahami kemelut yang melanda dirinya dan cuba sedaya upaya untuk memberi sokongan moral agar ia kembalik bersemangat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.

Bertelentang baring di katil bujangnya sambil merenung kitaran kipas siling di kamar tersebut, fikirannya ligat memainkan segala peristiwa dari mula detik perkenalan dengan Natalia silih berganti dengan saat-saat gembira antara dia dan Adriana. Dia juga membayangkan segala kemungkinan yang mungkin terjadi di dalam situasi berbeza........

 

Kalau aku suami yang baik, mungkin tidak begini pengakhiran hubunganku dengan Natalia dan tidak mungkin aku bertemu dengan Adriana........ kalau.....kalau.... desis hatinya. Kalau adalah merupakan suatu kalimat yang boleh menyesatkan tiba-tiba sahaja dia teringat kata-kata yang pernah lafazkan oleh muttawif yang membimbingnya sewaktu mengerjakan umrah yang lalu.

Bagaikan baru tersedar dari lena yang panjang,Adam bingkas bangun sambil beristigfar. Segera dicapainya tuala mandi dan terus ke kamar mandi......

 

Usai solat sunat Dhuha, Adam menadah tangan,memohon keampunan atas segala kealpaan terhadap segala tanggungjawab. Dia bersegera mencari secebis kertas yang ditinggalkan oleh Natalia tempohari. Moga dia masih di sini, dia berbisik pada diri sendiri.

 

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa