Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,845
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 22

Kepulangan Adam ke tanahair tanpa disambut sesiapa di lapangan terbang. Adam segera mengambil teksi untuk pulang ke rumah. Setibanya di rumah, dia terus ke ruang tamu untuk melepaskan lelah di sofa. Tidak lama kemudian kelihatan sebuah kereta membeluk memasuki perkarangan rumahnya. Natalia keluar dari bahagian pemandu. Sebaik sahaja melihat Adam yang tersandar disofa, Natalia menghadiahkan sebuah senyuman dan disambut oleh Adam.

 

“Sudah  lama sampai?” tegur Natalia sambil duduk disebelah Adam.

 

“Baru sahaja tiba. Sayang kemana tadi?” tegur Adam sambil tersenyum memandang wajah isterinya yang telah dinikahi semula .Isterinya yang ketika ini sedang sarat mengandungkan anak sulung mereka.

 

I pergi kelas Fardu Ain tadi. Nanti kalau dah heavy sangat tak larat nak driving sendiri” ujarnya sambil tersenyum. Walaupun Natalia sedia maklum yang Adam akan tiba hari tersebut, dia telah awal-awal memberitahu Adam bahawa dia tidak akan ke airport untuk menyambut kepulangannya, tetapi akan menghadiri kelas agama yang telah diikutinya semenjak bernikah dengan Adam.

 

You pasti thirsty. Nak minuman panas atau sejuk?” soalnya sambil bangun untuk kedapur. Adam menarik tangan isterinya agar duduk kembali.

 

We need to discuss something..” Natalia kembali bersandar, menanti kata-kata Adam yang seterusnya.

 

I jumpa Adriana di sana....” jelasnya sambil memandang wajah isterinya. Dia meliha twajah yang tadinya riang tersenyum tiba-tiba saja menjadi pucat.

 

Natalia merasakan seolah-olah jantungnya berhenti berdegup. Segera dia cuba untuk menutupi perasaan gusar dengan melemparkan senyuman, walaupun hambar.

 

Everything ok?” soalnya pendek, walaupun ingin sekali dia mengetahui lebih lanjut.

 

Adam tersenyum, menambahkan kelukaan hatinya. Adakah dia akan kembali dalam hidup kami? Adakah suaminya masih mencintainya?Seribu persoalan bermain di fikirannya. Walaupun senyumannya masih terukir dibibir, airmata mula bergenang. Dia berdoa agar airmatanya tidak gugur dihadapan suaminya.

 

Adam melepaskan suatu ciuman didahinya dengan penuh kasih sayang dan airmata Natalia tidak dapat dibendung lagi. Dia menangis teresak-esak sambil menyandarkan kepalanya didada Adam. Dunianya dirasakan gelap. Sedih. Disangkanya apabila saja mengahwini Adam, hubungan diantara Adriana dan Adam akan terputus, tetapi ternyata dia tersilap. Adam masih menyayangi perempuan itu.

Adam memeluk Natalia seraya mengusap kepalanya.Dibiarkan is melepaskan perasaan sepuas-puasnya.

 

Adam mengangkat wajah dan menyeka airmata yang membasahi pipi isterinya sambil tersenyum.

 

“Sudah puas menangis?” soalnya.

 

Actually kenapa you menangis ya?” soalnya lagi. Natalia merenung tajam. Tak tahu samada ingin marah atau ketawa. Semenjak disahkan menjadi suami isteri, Adam tidak pernah menyakitkan hatinya samada dari segi perbuatan ataupun kata-kata.. Yang ada hanyalah gurauan yang sering membuatnya tertawa dan terhibur. Tapi kali ini dia benar-benar terkilan. Perjumpaan antara suaminya dengan bekas kekasih bukanlah sesuatu yang lucu yang boleh dipersendakan. Sebagai isteri hatinya pasti tersentuh.

 

“Kenapa you menangis?” Adam menyoal lagi.

 

“Ini bukan masa to be funny!” sergahnya. Adam tidak mampu menyembunyikan tawanya lagi.

 

“Adam, stop it! I tak suka you mainkan begini” Natalia seakan-akan merayu.

 

“Ok...ok.... izinkan I bercerita dengan lebih lanjut sebelum airmata you berjurai lagi, ok?” Natalia mengangguk. Tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut apa yang terjadi antara suaminya dengan Adriana

Adam membetulkan kedudukannya disofa tersebut,sahaja untuk mengambil masa untuk menerangkan cerita sebenar.

 

“Saya berjumpa Adriana sebelum mesyuarat dengan pembeli di RAK. Just happened that dia menginap di hotel yang sama, I ternampak dia and I had breakfast with her......”ia terhenti disitu untuk melihat riak wajah isterinya. Wajah yang sungguh berbeda dengan gadis yang pernah dikenali dahulu. Jika dahulu rambutnya yang perang sentiasa dibiarkan bebas kini tiada seurat rambut pun yang kelihatan keluar daripada tudung yang melitupi auratnya. Sungguh kemas. Dia sendiri kelihatan amat tenang walaupun kesan airmata masih bersisa di pipinya.

 

So?! Apa terjadi selepas itu?” dia mengesa suaminya untuk bercerita dengan lebih lanjut. Adam tersenyum lagi. Memang naluri wanita semuanya sama, perasaan cemburu, sayang tiada bedanya antara budaya.

 

“Kemudian kami pergi makan malam. I ajak dia berjumpa malam itu semata-mata untuk memberitahu tentang hubungan kita.... itu sahaja.”

 

So now she knows?”

 

I tak pasti sebab dia tidak mahu medengar apa-apa penjelasan, tapi percayalah, you are my wife and I sayangkan you”

 

What if dia masih mengharapkan you?” ujar Natalia lagi

 

Well, dia boleh mengharap tapi seperti yang katakan tadi, I dah ada isteri dan I sayangkan my wife”  ujar Adam sambil memeluk isterinya. Biarlah perasaan sayang pada Adriana dikuburkan jauh disudut hati. Apabila dia menerima Natalia sebagai isteri yang sah, dia telah berjanji pada diri sendiri yang dia akan membimbingnya kejalan yang benar dan tidak akan mempersiakan hidup isterinya itu.

 

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa