Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,884
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 16

Pagi itu seperti hari-hari lain dirasakan amat kosong dan hambar. Selesai mengerjakan solat subuh, dia melabuhkan badan kekatil semula. Tidak terdaya untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Matanya terkebil-kebil merenung siling rumah sambil hatinya masih remuk memikirkan kejadian lalu. 

Tiba-tiba dia bingkas bangun seolah-olah dikejutkan dengan suatu realisasi. Dia tidak boleh berterusan begitu. Hidup mesti diteruskan. Manusia tidak dijadikan semata-mata untuk menagisi suatu kegagalan. Biarlah kisah semalam menjadi satu pengajaran yang paling berharga buat dirinya. Seolah2 baru tersedar dari lena yang panjang, Adriana segera membersihkan diri.....

 

Hampir saja terlepas pingan yang dipegang oleh Maksu Ainanya apabila melihat Adriana keluar dari kamar, kelihatan rapi. Hatinya tidak henti-henti memanjangkan ucapan syukur kehadrat illahi melihatkan Adriana yang berubah 380 darjah, daripada pucat dan bertemankan airmata, dengan apa yang dilihatnya sekarang. Wajahnya dioleskan solekan tipis dan bibirnya kembali merah mengukirkan senyuman seperti selalu.

 

“Wow, dah bersiap nampaknya. Hendak kemana harini?”

 

“Entahlah Maksu, tapi saya harus keluar hari ni. Weather is too nice to stay in..” dia tersenyum.

 

BMW X5 warna putih meluncur laju membelahlebuhraya Sheikh Zayed menuju ke arah Abu Dhabi. Alang-alang berada di bumi UAE ini, biarlah dia melawat Grand Mosque di Abu Dhabi. Telah lama menjadi impiannya untuk melihat dengan matanya sendiri keutuhan Grand Mosque berwarna putih yang berdiri teguh, megah yang menjadi kebanggaan penduduk disini.

 

Setibanya disana Adriana terpana dengan keindahan struktur masjid tersebut. Dari jauh sudah kelihatan berdiri indah mengamit pelawat untuk menghampirinya. Warna putih disimbah sinaran matahari yang memancar menanbah keindahan stuktur tersebut.


Di dalam masjid tersebut kelihatan para pelawat yang Islam dan bukan Islam yang berjalan mengikut kumpulan sambil mengikuti penerangan yang diberi oleh petugas. Bagi mereka yang kurang menguasai bahasa Inggeris, disediakan ‘headphone’ untuk diterjemahkan ke pelbagai bahasa didunia.

Ah.... negara yang kaya dengan minyak, pastinya mampu untuk memastikan kemudahan yang tiada tandingannya di dunia ini. Tetapi apa yang lebih menakjubkannya adalah tahap disiplin para pelawat bukan Islam yang menghormati institusi agama umat Muhammad. Sebaik saja memasuki perkarangan masjid,segera mereka mencapai abaya yang disediakan dan ramai juga yang membawa abaya milik sendiri; mungkin mereka membeli abaya sebagai kenang-kenangan kerana harganya amatlah mampu milik oleh setiap pelancong.

 

Memasuki perkarangan masjid, Adriana terus menujuke tempat wuduk. Rugi kiranya menziarah masjid tetapi tidak menjalankan ibadah sunat. Sekali lagi dia terpana dengan keindahan tempat wuduk dan juga tandas yang diletak bersebelahan antara satu sama lain. Seni hiasan mosaic yang tersusun dan bercirikan senibina Islam benar-benar meruntun perasaannya. Siapa saja pasti tertawan dengan pilihan gaya dan warna yang indah, tidak sesekali memperlihatkan bahawa tandas adalah suatu tempat yang kotor.


Selesai berwuduk, Adriana berjalan dia ruang  ke ruang solat bagi wanita. Sepanjang koridor tersebut di tupang tiang-tiang berwarna putih bersih dan dihiasi warna emas, seolah-olah melambangkan kemewahan yang tiada tandingannya. Sayup-sayup terdengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran di salah satu makam yang berhampiran. Ada yang mengatakan bahawa setiap detik, memang ada qari yang ditempatkan disitu agar bacaan ayat-ayat Quran sentiasa berkumandang tanpa henti.

 

Melangkah masuk ruang solat wanita kakinya seolah-olah tenggelam sebaik sahaja ia menjejakkan kakinya ke ambal masjid. Jiwanya terasa seperti diterpa oleh ketenangan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Segera ia menuju ke ruang tengah, dan mengangkat takbir untuk mengerjakan 2 rakaat solat sunat tahiyatul masjid.

 

Ruang yang luas disamping perasaan tenang yangsukar digambarkan membuatkan Adriana selesa beriktikaf di situ. Di saat itujugalah dia bermuhasabah diri, menginsafi kekurangan dan bertekad untuk memperbaiki kekurangan diri......  Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.

 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa