Home Novelet Komedi/Romantik Komedi ANTARA CINTA
ANTARA CINTA
MaMoSa
21/11/2017 18:37:34
41,885
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 17

 

Adam menyedut minuman didepannya sambil diperhatikan Haikal. Dia tahu dengan persoalan yang akan diunjurkan Haikal,namun hatinya masih belum bersedia untuk bercerita kepada sesiapa pun, waima kepada kedua ibubapanya. Dia masih mengharap yang Adriana menjadi orang pertama yang mendengar penjelasannya. Namun, pertemuan yang dirancang tempoh hari tidak seperti yang diharapkan. Walaupun Adriana hadir namun sebelum sempat ia menceritakan keadaan sebenar, Adriana mengambil keputusan untuk berlalu.

 

Ia kesal yang sejarah lama kembali untuk menghantui dirinya. Kembali sewaktu ia menghampiri detik-detik  untuk disatukan dengan gadis impiannya.

 

“Adam.... are you ready to share your story?” akhirnya Haikal memecah kesunyian. Dihujung sana, sesekali terdengar bunyi jerit tawa kanak-kanak yang tertawa riang bersama keluarga. Itu mungkin aku dan Adriana, beberapa tahun kehadapan, sekiranya kami di ijabkabulkan. 

 

“Adam, what is going on... I am your buddy, tell me..

 

“Engkau benar-benar mahu tahu?” soal Adam dengan nada mengejek. Haikal dapat merasakan nada yang tidak enak didengar, namun ia membiarkan is berlalu. Baginya mengetahui asbab mengapa pembatalan pernikahan antara teman baiknya dan gadis pujaannya itu adalah lebih penting dari segalanya.

 

“Mesti kau berbahagia bila pernikahan itu dibatalkan, bukan?” Adam seolah-olah cuba menyalahkan Haikal dengan segala yang berlaku. Memahami keadaan Adam yang tertekan, Haikal membiarkan perkara tersebut berlalu.

 

“Adriana is my friend, Adam. Dah lama kami saling mengenali. Seperti yang dah aku terangkan dulu, aku tak tahu sama sekali yang dia tunanganmu” sesungguhnya itu kebenaran yang dipertaruhkan kepada Adam, walaupun hanya sebahagian. Biarlah kisah cintanya terhadap Adriana kekal menjadi cerita miliknya sendiri. Terlalu peribadi untuk dikongsikan walaupun dengan teman baiknya sendiri.

 

Adam melemparkan pandangan keluar.

 

sorry Haikal. Tak patut aku meragui hubungan dengan Adriana. Tapi sewaktu aku ternampak hubungan mesra engkau berdua, aku jadi begitu cemburu; sedangkan sewaktu itu Adriana adalah tunangan ku. Aku terlalu menyayangi dia”     

 

“Kiranya kau menyayangi dia, siapa wanita yang hadir dihari pernikahan kau tempohari? Mengapa dia mengaku sebagai isterimu?”

 

Adam terdiam. Selama mana harus dia menyepi diri,menyembunyikan perkara sebenar; bangkai gajah tidak dapat ditutup, fikirnya.Samada dia berterus terang pada semua, atau selamanya menderita dengan keputusan yang memusnahkan harapannya memperisterikan Adriana.


“Tamat persekolahan di England, aku terus memohon untuk memasuki universiti diAmerika. Lama aku bersama Pak Ngahku yang menetap dikota London. Seperti remaja lain, aku juga mahukan kebebasan, berjauhan daripada keluarga. Aku diterima untuk memulakan pengajian di Chicago State University pada umur yang cukup muda... disitulah aku bertemu Natalia......”

 

“Sewaktu kita di UK aku ingin terus melupakan Natalia dan sejarah hidup aku di Amerika. Sebab itulah aku ke UK semula untuk menyambung pengajian Master. Aku berharap bila jauh dari bumi Amerika, dari Natalia, kesilapan lalu akan terus terpadam, tapi aku silap. Setiap kesilapanyang pernah aku lakukan akan terus menghantui hidupku. Aku seharusnya menyelesaikan kekusutan tersebut, bukannya melarikan diri kerana permasalan itu pasti memburu kita samada kita suka atau tidak.”

 

Adam berhenti seketika untuk menghirup minumannya.Juga untuk menghilangkan persaan gusarnya. Haikal menanti dengan sabar untuk mendengar ceritanya.

 

“Bila berjauhan dengan kaum keluarga, cukuplah kalau aku katakan aku terlupa siapa diri aku sebenarnya. Aku terlupa tatasusila sebagai bangsa Melayu, lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam. Aku hanyut dengan syurga dunia yang melalaikan. Saat itu aku bertemu Natalia party girl yang setia menemani aku setiap waktu. Cukuplah kalau aku katakan yang kami terlalu rapat dan suatu ketika, aku mengajaknya untuk berkahwin.... sebab aku kononnya benar-benar telah jatuh cinta ” Adam terhenti lagi ada bait-bait kesedihan dari wajahnya.

 

“Kami dinikahkan oleh temanku yang berasal dari timur tengah, tanpa mendaftarkan di mana-mana. Aku begitu jahil sewaktu itu dan padaku itu telah cukup!”

 

“Kami terus hanyut dengan keseronokan dunia hinggalah pada tahun akhir, aku menjadi bosan dengan gaya hidup yang begitu.Aku semakin menjauhkan diri dari segala party dan teman-teman yang melalaikan dan lebih mendekatkan diri pada pelajaran. Masa yang sama, aku mula mencari sejadah. Mencari teman-teman yang dulu menjauhkan diri dari aku. Perlahan-lahan aku cuba menarik Natalia keluar daripada perangai lama kami tapi gagal. Setiap kali kami berbual pasti di akhiri dengan pertengkaran. Suatu malam, Natalia pulang dalam keadaan mabuk dengan pakaian yang tidak terurus. Betapa ketika itulah aku merasa begitu dayusnya aku, tidak dapat membimbing isteriku ke jalan yang benar. Pertengaran menjadi perbalahan hingga Abang Am dan isterinya yang tinggal di sebelah apartmen kami meluru datang bila mendengarkan pinggan mangkuk dihempaskan. Dan di waktu marah itulah, aku melafazkan cerai padanya disaksikan Abang Am dan isteri. Dia terus keluar dan semenjak itu aku hanya melihat dia ketika berselisih di kolej. Dia terus tidak mengindahkan aku dan kami seperti orang asing yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Dan seperti yang kau tahu, tamat sahaja pengajian di Amerika, aku terus menyambung pengajian Masters di UK..”   

 

Kedua-dua mereka terdiam, cuba memahami apa yang terjadi.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa