" DADDY, ni ke mana sajalah nak pergi ni ? Wangi bukan main? " sindir Kayla ." Ssst...Perlahanlah sedikit suara tu.."
" Why ? Takut ? Takut mama dengar ?" Sengaja Kayla menaikkan lagi oktaf suaranya.Dato' Omar yang kelihatan semakin segak , walaupun hanya berbaju T dari jenama Polo dan seluar jeans Levis .Dia tersenyum- senyum lalu mencapai kunci kereta Bmw nya.
" Daddy ? Boleh Kayla ask something ? "
" Yes, apa dia my darling ?" Soal lelaki berwajah kacukan India itu .Kayla pada mulanya teragak- agak.Kerana dia sendiri pun merasa sangsi dengan apa yang telah dia lihat itu .
" Siapa perempuan dengan daddy tempoh hari ?."
Dato' Omar yang tekun menelinga kini tertelan liurnya .Sekali soalan maut yang dipersoalkan.Bagaimana dan bila anak gadisnya itu nampak ? Dan perempuan yang dimaksudkan itu ialah Intan.
Dia akui kini perhubungan mereka berdua semakin intim.Apa yang telah terjadi pada malan itu , telah mereka berdua abaikan.Mummy Leong pula tidak terkata apa- apa walaupun ada permintaan daripada lelaki lain kerana dia di sogokkan dengan wang yang banyak.
Boleh dikatakan Intan kini secara rasminya menjadi ' perempuan ' Dato ' Omar .Intan kini telah pun berpindah ke kondo milik Dato' Omar walaupun kondo yang dia duduki selama ini juga mewah .
" Daddy.... Kenapa ni ? Kenapa diam? Jawablah.." desak Kayla sekali lagi .Kebisuan Dato' Omar telah menyakinkan telahan anak tunggal keluarga VIP itu .
Setelah diperasap bunjutan kain kuning itu disimpan dalam tas tangan.Segala peralatan ritual itu di kemas, debu - debu kemenyan di curahkan air .Manakala asapnya pula dikibas- kibaskan ke arah ruang jendela kecil yang terbuka , sebelum dia memanjat kerusi untuk menutupinya.
KLAK ! Pintu kini terbuka.Datin Sophea mengintai dahulu dari celahan pintu, setelah memastikan tiada sesiapa dia dengan pantas keluar lalu terus membawa langkah kakinya menelusuri laluan kecil untuk ke arah kamar utama villa itu.
Tombol di pulas perlahan.Wanita bergelar itu menapak ke arah bantal milik suaminya lalu di angkat tinggi sebelum bunjutan kain kuning itu di letakkan bawahnya." Wahai dewi sukma rindu, kau sembunyikan ia dari pandangan sesiapa kecuali aku ..." setelah di lafazkan mantera, dia meletakkan bantal itu kembali .Dan di tepuk sebanyak 3 kali .
" Aku harap kali ini menjadi...Aku tak mahu kehilangannya ! Dia suamiku ..."
" Kayla , jangan risau ya dia hanyalah rakan perniagaan daddy sahaja" ujar Dato' Omar seraya menepuk bahu Kayla yang sedang menonton televisyen itu.Kayla hanya mencebikkan bibirnya .Dia tahu itu bohong belaka.
" Kayla, tidur awal sikit ...Daddy keluar dahulu....Tak salahkan kalau daddy pun nak enjoy juga sesekali kan..."
" Daddy, daddy ....Kayla yakin suatu hari nanti , ini semua bakal terbongkar ! " ujar nya tatkala pintu telah tertutup rapat .
*********
KETIBAAN Dato ' Omar di sambut dengan tubuh seksi milik Intan yang hanya bersinglet putih tanpa memakai yang dalamnya dan hot pants .Tak berkelip mata nakal itu menelanjangi tubuh mungil itu dengan penuh nafsu.
" Sayang, malam ini tak payah ke kelab lah ya...." ujar Intan dengan manja.Tangannya menarik tangan sasa milik Dato' Omar .Tanpa gadis itu sedari, telefon pintarnya sedari tadi berkelip- kelip tanda ada panggilan masuk.Satu dari Mummy Leong, satu lagi dari Jay Pengkid dan satu lagi dari Tan Sri Brian.
Pintu di kunci semula." Jom sayang , I masak special untuk you tau ..." Intan melentokkan kepalanya ke bahu Dato' Omar ." Makan dulu ya ?"
" Yup, why sayang? ," soal Intan tersenyum, dia tahu makna disebalik soalan berbaur nakal itu .Manakala lelaki bergelar itu pula sengaja mengarahkan matanya ke arah kamar .
Sengaja Intan memeluk bahu itu erat lalu dia berbisik.Bisikan itu pula membuatkan lelaki tua itu tersenyum geli hati.Sepantas kilat, bibir itu di kucupnya lembut sebelum kedua- duanya menapak ke arah meja makan di mana sebelah atasnya di penuhi pelbagai jenis hidangan .Tampak menyelerakan.
*********
" HAIYA ! Apa wa boleh bikin hah ? Sudah banyak kali wa kasi call mah....!" Akhirnya naik juga suara Mummy Leong kini.Dia juga tak menyangka masa- masa Intan tiadalah seorang demi seorang pelanggannya datang menagih janji gadis itu .
Liny di sebelah juga tidak tahu berbuat apa lagi .Naik kebas jarinya mendail namun haram di angkatnya .Jay si pengkid pula terus menumbuk meja itu lalu terus beredar dari kelab itu.Kocakkan air vodka cepat- cepat Suzie mengelapnya.Apatah lagi dia lihat wajah Mummy Leong yang malam ini melepaskan rambut kembangnya itu sedikit lagi mahu mirip Lion king !
" Intan ni ! Angkatlah kejap kalau iya pun....Adoii...Mak lampir kat luar tu sikit lagi meletop lah tu " omel Liny bersendirian dalam bilik mekap.
Kekeke...
" Hah ??? " Liny cuba menelinga kembali, telefon ditangan dibiarkan terdail .
Kekeke...
Kekeke...
" Bunyi apa pula tu ? Ish, ni buat aku senak perut lagi ni ? Dahla yang tadi pun tak habis lagi ?"
" Hah?? Apa tu ??," soalnya tatkala ekor matanya menangkap satu pergerakan laju.Tegak segala bulu yang ada di tubuhnya kini.Tanpa berlengah lagi , kelam - kabut Liny keluar dari dalam bilik yang agak sunyi itu.
" Hah ? Apa macam ? "
" Tak dapatlah ,Mummy "
" Ini Intan ah !! Banyak kasi hati wa panas lorh ! Banyak soo hai punya budakkk...."
Selagi boleh kipas , dikipasnya muka yang berbahang itu ." Mummy ....," ujar Liny seraya memuncungkan mulutnya ke arah susuk tubuh tegap yang kian menghampiri mereka.
" Haiya ! Sei lo...! "
" Tan Sri ah..."
" Mana dia ? "
" Manyak sorry ah Tan Sri , wa sudah manyak kali call ni budak tapi dia tak kasi angkat lo..."
" Shit !! How come ? I tak peduli , esok malam Intan mesti ikut I ....Kalau tidak , I takkan sponsor ' barang' itu lagi..
" ugut lelaki berpengaruh itu .
Liny mengerling ke arah Mummy Leong, berubah air mukanya .Bukannya dia tak tahu ' barang' apa yang di maksudkan.' Intan....Habislah kau esok..' monolog Liny .
" Shit! Liny , besok you pastikan itu soh chai datang ah ! " bentak Mummy Leong terkedek- kedek dengan cheong sam ketatnya menapak pergi .Dan mulutnya pula maki - hamun dalam mandarin juga kantonis.
*************
SELIMUT terburai kini, bath robe di capai tanpa kenakan ikatannya.Langkahnya agak sumbang dan agak kengkang .Entah kenapa , lelaki tua yang pulas tidurnya itu agak buas dan ganas pula.
Sudahlah buas , berkali pula tuh ! Dia pula bila disentuh poin- poin nya , apa lagi ! Melayan juga ....
" Mana pula iphone aku ni ?" Liar matanya memerhati sekeliling yang bercahaya kelam itu .
Dia merangkak mendekati Dato ' Omar , tersenyum nakal.Dia mendekatkan bibirnya yang berjejehan air liur ke bibir lelaki itu .Makin lebar senyuman Dato' Omar tatkala bibirnya bertalu di kucup.Tangan- tangan kecil itu pula mengerumuni lelaki itu .
" Banyaknya call! Sorang , sorang pulak tu ??? Ada apa hal pula ni ? " omel Intan terkejut .Agak menghampakan pabila operator menjawab anda tiada baki .
' Pinjam telefon Dato' kejapla' desisnya lalu menapak semula ke arah bilik.Matanya terbuntang, mulut luas nganganya.Telefon ditangan turut terlepas .
Dato' Omar kini dikelilingi janin- janin itu ! Dan kanak- kanak perempuan yang berwajah hodoh itu pula sedang memeluk lelaki tua itu sambil tersenyum.
Intan terus terduduk dan terketar- ketar seluruh anggota badannya.
" Hahaha....! Intan..Intan....! Tentu kau bersusah hatikan?? Tentu kau anggap dosa- dosa kau sedang mengejar kau...!" Ujar wanita tua berwajah hodoh itu .
Ditangannya terdapat satu lagi janin baru yang telah dia dapatkan tadi dari seorang lagi manusia bodoh.