Bab 5

      " KAU masih ' buang ' lagi ? Sampai bila beb ? Kalau kau tak nak pakai lah ' cover' tak pun ikut luar ke ? Berapa banyak dah kau ' buang ' , kau tak rasa bersalah ke ?Bukan aku nak tunjuk aku ni baik , aku pun macam kau jugak , tapi aku memang tak ' bagi ' masuk ' dalam' ...." 

        Masih terngiang- ngiang lagi setiap patah perkataan yang keluar dari mulut sahabatnya itu .Telinganya menangkap bunyi derap lantai papan berderap seperti di pijak orang.Kelam- kabut , kain batik di sarungkannya menggantikan skirt paras pahanya itu .

        Hidungnya pula kembang- kempis menghidu bau asap kemenyan.Minggu sudah , Intan melakukan ritual mandi buang ' benda kotor' dan sekarang , benih yang dia sendiri tidak tahu milik siapa makin mengembang .Dan dia perlu ' hapuskan' ! Jika tidak habislah dia ! Bukan takat tak laku je! Tapi kemungkinan hilang mata pencariannya .

         Intan sedar , dia tak sepandai gadis di luar sana.Dia hanya gadis kampung yang serba kekurangan.Ya, kisah hidupnya memang cliche ditipu teman lelaki sendiri .Keluar dari kampung sehelai sepinggang , tiada restu keluarga.Sehingga ke hari ini, sekali pun dia tak jejakkan kakinya ke kampung kelahiran.

         Sebenarnya, life seorang Intan tidaklah setenang air di kolam walaupun ia dikelilingi kemewahan , menjadi pujaan para pria dan jantan malahan        pekerja kesayangan! 

          Jiwanya resah .Jiwanya semakin parah tatkala telah banyak nyawa baru yang telah dia bunuh ! Sedangkan, dialah yang menghasilkannya.Kadang- kala terdetik jua rasa berdosa ! Dengan kerjanya yang begitu ! Tapi, apakan dayanya ! Jiwanya telah terjerat di lingkaran itu ! 

          Intan mengenali Bidan Esah melalui rakan sekerjanya, yang kini menghilang entah ke mana .Aesha namanya.Memang dia seorang pelayan yang pelik.Pada mulanya, Aesha lah favourite Mummy Leong ! Tapi, entah macamana akibat pertolongan dari Intan pada satu incident itu    , dia dan Intan menjadi rapat .Banyak ' ilmu ' yang telah dia perturunkan pada Intan ! Oleh kerana itulah, Intan lama kelamaan menjadi ' Intan' yang baru .Setelah itu , Aesha menghilang tanpa ada jejaknya.

        Agak jenuh konco Mummy Leong mencarinya.Jangan ingat senang untuk mereka keluar dari ' sarang' Mummy Leong .Intan juga berapa kali hampir kena cekup dek polis ! Telah menjadi lumrah , kelab- kelab malam ini akan selalu kena ' rushing ' ! 

       Apatah lagi dengar cerita, Mummy Leong terlibat dalam sindiket dadah juga pelacuran! Mahu buka mulut ? Alamat hancurlah badan ! 

       " Apa di menungkan tu ?," tegur Bidan Esah yang dari hari ke sehari kelihatan segar dan agak muda.Intan pasti akan terlihat kelibat yang sama , tiap kali Bidan Esah mendekatinya.Dan yang sebenarnya, Intan terhidu bau hanyir darah dari dia sampai ke rumah tadi.

          Intan tidak mengetahui , bahawa yang memandikannya tadi di tepi sungai itu bukanlah Bidan Esah ! Tetapi khadam yang menyerupainya.Oleh kerana itulah, dia perlu lakukan ritual yang sama seperti minggu sudah.

          Setelah segala barang telah tersedia dalam dulang , Bidan Esah yang kini bersila menghadap bawah kaki Intan menyelak kain batik sehingga ke paras paha.Kaki di kangkangkan luas .Sebelum bermulanya upacara ' pembersihan' itu, Intan harus meminum air jampinya .

          Anak mata hitamnya kini ternaik atas meninggalkan mata putihnya sahaja,mulutnya di penuhi asap putih yang baru masuk dan jika di lihat dengan teliti , gigi taring milik Bidan Esah kian memanjang .Dan seperti biasa, tulang dari daun lalang di perasap sebelum di tujah ke ' milik' Intan yang terkangkang luas itu.

         Intan pula semakin berbalam pandangannya.Oleh kerana, dah terlampau selalu Intan lakukannya dia sudah tak merasa apa- apa lagi .Walaupun ' miliknya' kini ditujah dengan rakus.Darah pekat mulai mengalir ke lantai papan.Terjelir- jelir lidah panjang milik Bidan Esah tatkala matanya merenung cecair merah pekat itu .

          Hanya sesekali Intan mendesah kesakitan sambil berkeriut bibirnya menahan.Hujung bantal kian erat di genggamnya.Mata putih milik Bidan Esah terus merenung ke dalam lalu tangannya di hulurkan ke dalam ' milik' Intan yang berdarah itu .


***********


       LELAKI itu mengambil tempat duduk di hadapan sekali di dalam bas itu .Setelah lima tahun terpenjara di balik tirai besi , kini dia kembali lepas , bebas.   

        Apa yang telah berlaku dia jadikan pengajaran.Mungkin dahulu dia bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa batasan .Dan jika di tegur pastinya dia melatah malahan sampai pukul- memukul.

         Segala kemewahan dan keseronokkan yang dia kecapi tidak berpanjangan.Kini tiada lagi Mary , Lily , sassy , Intan ....

          Intan ! Ya, Intan .Satu nama yang masih lagi kekal terpahat dalam ingatannya .Kerana nama itulah dia terperangkap di sebuah bangunan sepi bernama penjara.

          Dia tak menyalahi gadis itu sepenuhnya, kerana dia juga bersalah .Dialah yang membawa gadis itu ke sebuah sarang yang penuh dengan noda dan dosa! Mummy Leong ! Wanita cina itu jua masih dia ingati .Hanya hutang keluarga yang tak mampu dilunaskan, dia terpaksa .

          Dan dari hari ke sehari, kerana enak mengecapi kenikmatan dunia dia alpa pada segalanya.Dia alpa siapa diri sebenarnya ! Dia nodai cinta suci ramai gadis sehingga mereka juga terjejak ke lembah yang kotor itu.

          Sukar sekali untuk dia bergerak pabila berada dalam bunjutan kain tersebut .Panas sangat panas dia rasakan kini.Entah kenapa perjalanan dia juga dirasakan panjang sekali .

          Walaupun dahaga , panas dan sukar bergerak bebas dia tetap meneruskan perjalanannya dengan lompatan tersebut .

           Dia tak menyedari ada sebatang dahan besar terentang ditengah jalan yang berdebu itu .Tiada pokok - pokok yang kelihatan  .Kosong ! Hanya pasiran tinggi seakan gurun.Tanah kontang ! 

           " Aduh !! Sakitnya....! " Aduhnya tergolek lalu terlanggar bongkah batu besar.Terhantuk dahinya lalu berdarah .

           " Erm.....Ermm....." Munculnya seorang perempuan terpunduk tepi bongkah satu lagi .Begitu sukar dia cuba menggerakkan kepalanya yang berbunjut itu .

          " Si....Si....Siapa di sana ? " Soalnya agak lantang  .Bergema - gema suaranya akibat suasana yang amat sunyi itu." Erm.....Erm....!" Tetap juga sendu begitu .

         Perlahan- lahan dahan kayu yang besar itu bergerak , gerakkan yang kelihatan licin lalu ia melingkar, hanya kepalanya sahaja yang terpanggung .

         Ssst....ssst.....ssst....Ia berdesis bagaikan seekor ular .Lalu dengan perlahan kepalanya yang panjang itu menunduk ke atas tanah lalu menggelongsor laju ke arah gadis yang tersedu- sedan itu.

        " Tolong ! Tolong saya ! " pekik gadis yang kini terbuai , tatkala belakang bajunya digigit dengan kuat.Leher yang panjang itu kini makin meninggi ke udara .

        " Tolong ! Tolong saya awak ...! Tolong saya ! " 

        " Ya Allah! Apa semua ini ? Aku tak faham ! Aku benar- benar tak faham ! Bukankah itu dahan kayu ? Bagaimana boleh bertukar menjadi seekor ular raksasa ?." 

        " Awak ! Tolong saya awak...!! Sampaikan hati awak ? Awak tahu tak? Kerana awaklah saya jadi begini ....!" 

         " Tak ! Tak! Tidakkk ! Awak siapa hah ? Saya tak kenal awak.." 

         " Tergamak awak berpura- pura ya ? Tergamak awak tak kenal saya ? Wajah saya hancur begini kerana awak , Amy ....!! Kerana awakkk.....!!!"   

          " Tak! Tidakk! Aku tak kenal kau ! Aku tak bersalah ! Aku tak bersalah ! " 

           " Encik ! Encik ! Encik kenapa ni ? !" 

           " Hah ???" 

           " Encik, kita dah sampai Encik! Encik ok ke ni ? Encik ada masalah ke ?" Soal pemuda berkopiah itu lagi .Dia menghulurkan beg sandang milik lelaki botak itu .

           " Tak apa- apa! Saya okay ..." 

Lelaki berkopiah itu menunggang motornya mendekati lelaki yang duduk di sebelahnya tadi .

           Pin ! Pin ! Dia terus menoleh ke sebelah kanannya, kelihatan pemuda berkopiah tadi kini dengan bermotor." Encik tak balik lagi ? Tak call orang ambil kan ke ? Encik nak balik mana ? Biar saya tolong hantarkan" 

           Lelaki bernama Fahmi  itu teragak- agak untuk berkata- kata.Hakikatnya dia tiada rumah untuk di singgahi." Encik, dah nak

dekat senja ni , marilah singgah rumah saya....Saya Zul....Saya pun tinggal seorang je..." 

          Akhirnya Fahmi akur jua walaupun agak jenuh menolak pelawaan itu .Motor mereka menghala ke arah workshop milik Zulkifki sebelum sampai ke sebuah rumah papan kecil.

            Tanpa Zulkifli ketahui bahawa lelaki itu mempunyai hubungan dengan seorang gadis yang dia pernah temui lewat beberapa hari lalu .Gadis yang dia telah mempunyai masalah ! Di mana dalam keretanya , ada ' sesuatu ' sedang mengekorinya  


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.