BUNGA itu disentuh lalu dihidu baunya sambil tersengih- sengih menampakkan giginya yang kehitaman kerana telah terlalu lama tak bercuci.Tiba- tiba, dimasukkan terus ke dalam mulutnya.Dikunyah dengan rakus.
Puihhh ! " Apa ni ? Tak sedap langsung ? Sapa tukang masak hah ? " tengkingnya lantas dicampak ke tepi." Lagu tiga kupang....Intan!! Mehla nyanyi sama dengan ziana ," ujar gadis yang menggelarkan dirinya ziana zaim penyanyi terkenal kini.
" Tepilahh !! Jangan kacau aku !" Herdik Intan meronta tatkala tubuhnya di peluk .Dia cukup rimas." Uwaaa....eemmm...ermmm....Khabor cikgu kite ...." gumamnya sambil berlari.
" Begitulah sikapnya, dah lama tiada siapa yang mahu melawatnya .." ujar wanita berkaca mata itu .Rozila itulah yang tertulis pada name tag yang dipinkan di dada kiri jubah putihnya itu.
Lama gadis berselendang itu merenung Intan yang terlompat- lompat itu dari jauh." Boleh saya ke sana doktor ? ," soalnya .Wanita bergelar doktor itu mengangguk.
" Mama....! "
" Hah....! " Intan yang ralit melompat itu terdiam seketika.Liar matanya kini mengitari sekeliling yang kebanyakkannya berbaju hijau sepertinya juga.
" Mama...Mama, jangan takut ma....Saya Zira anak mama"
" Tidak ! Tidak ! Jangan ganggu aku ! Anak - anak aku dah mati !Mereka dah mati ! Aku yang bunuh ! " herdik Intan mengigit- gigit kukunya.Liar matanya.
" Hihihihi...." tawa gadis itu membuatkan Intan makin resah.Apatah lagi , pandangan mata itu sangat tajam." Mama, kau tahu kenapa kau ke sini ? ," soalnya sinis.Intan dalam pandangannya kecil sahaja.Mana kemewahan wanita itu ? Mana zaman kegemilangannya ?
" Kau pergi ! Jangan kacau aku !!! Pergi....."
" Sebab ini memang tempat mama ! Balasan pada dosa mama buang kami !! Hahahaha " provok gadis bernama Zira tu dengan rambut yang mengerbang .Tiada lagi wajah ayunya kini.
" Hahahaha....Hahaha...."
" Pergi aku kata !! Pergi !! Bukan ! Aku bukan mama kau ! Aku tak ada anak seperti kau ! Anak aku dah mati !!!"
" Mama ....! Kau ingat mama !! Kami takkan lepaskan mama ...! Kami akan buat mama terseksa ! Macamana mama seksa kami dahulu....!"
" Baring ..." ujar nenek tua itu setelah kain batik lepas di hamparkan ke atas lantai pondok buruk itu .Intan yang telah pun berkemban, melabuhkan badannya.
Tulang pada daun lalang kini dipandang penuh bernafsu .Sebelum itu , tulang lalang yang bergerigi itu dilalukan atas asap kemenyan .Sesekali kelihatan dia menyeringai .Di belakang nenek tua itu , jika dilihat dengan hijab yang terbuka kelihatan satu makhluk putih dengan rambut yang mengerbang sedang terawang- awang dengan lidah yang terjelir bagaikan tak sabar untuk menghirup darah dari janin yang bakal di gugurkan itu .
Kain batik di selak sehingga terserlahnya ke dua belah pahanya yang putih mulus .Intan tak nampak apa yang telah berlaku kerana ditutupi kain batik , lututnya ditinggikan semasa di kangkangkan.
Mata hitamnya ternaik, meninggalkan mata putihnya sahaja .Mulutnya kini dipenuhi asap putih .Tulang lalang terus di rodokkan tanpa belas kasihan.
Pedih bibirnya digigitkan menahan azab itu .Sakit yang teramat sangat.Bantal di genggam seerat mungkin.
Slurp...slurp....slurp...
Lidah yang berjela itu semakin dalam meneroka ke ' mahkota' Intan.Berjejehan darah membasahi kain tersebut dan celahan kaki Intan.Tangan kurus berkuku tajam terus dimasukkan ke dalamnya .
' Benda' yang telah ditiupkan roh itu kini telah dapat dia cengkam , dengan rakus direntap begitu sahaja.Lidahnya terjelir- jelir tatkala janin yang masih dibasahi darah itu dalam genggaman.
Kcakkk...kcakk...kcakk...Berbunyi - bunyi pabila ' ia' dikunyah dengan begitu lahap sekali.Kenyal, rangup tulang si kecil yang masih lembut itu di kunyah .Daging yang yang masih masih basah dengan darah itu membuatkan mulutnya di genangi darah merah pekat lagi likat.
" Intan! Intan "
" Tidakkkk!!"
" Nurse , cepat bukankan syringe ....! " arah wanita bergelar doktor itu .Rontaan Intan semakin lama , begitu cepat sekali sedatif itu mengalir dalam salur darahnya .
" Bawa dia ke bilik.." arah wanita itu lagi sambil matanya meliar melihat sekeliling.
" Mana gadis itu pergi ?"
Tanpa dia sedari , ulahnya sedang di perhatikan....