Home Novel Komedi/Romantik Komedi Awak Cun!
Awak Cun!
Lily Irdina
26/8/2014 11:22:46
25,281
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 10

Matanya dibuka sedikit demi sedikit. Rasa berpinar juga kepalanya. Pandangan mata yang mulanya agak kabur, lama-lama semakin jelas.

Sekilas pandang, dia memang sangat mengenali dengan wajah-wajah yang berada di hadapannya waktu itu.

Emak yang penyayang.

Kakak yang suka mengusik.

‘Aku kat mana ni? Kenapa tiba-tiba kepala aku sakit semacam?’ bisik hati kecil Jef. ‘Kenapa semua orang risau tengok aku?’

“Mak, Jef kat mana ni?” soal Jef yang sedikit sebanyak agak sukar untuk bercakap.

“Jef kat hospital, sayang. Jef macam mana? Rasa okey?” jawab emaknya sambil menyentuh lembut wajah anaknya. Lega sungguh dia! Rasa bersyukur tak terhingga! Terima kasih Yang Maha Esa!

“Jef okey. Cuma sakit-sakit sikitlah. Kenapa Jef kat hospital ni?”

“Jef kemalangan masa nak pergi memancing dengan abah.”

Sepantas kilat dia terbayang wajah abahnya yang sedang memandu. Ya, dia ingat lagi! Mereka sedang dalam perjalanan mahu pergi memancing. Mereka bergurau senda. Kemudian...nothing. Apa yang dia tahu dia sedar dalam keadaan dia terbaring di hospital itu.

“Abah mana? Dia okey? Dia tak apa-apa?”

“Alhamdulillah. Abah selamat. Dia cuma patah tangan je. Kami semua risaukan kau tau,” ucap Jay yang berada di sisi katil.

“Aku okey jelah. Betul ke ni abah tak apa-apa?” balas Jef.

“Kau tahu kau tadi hilang banyak darah. Itu pun boleh lagi kau cakap kau okey?” Punyalah Jay risau macam nak gila tadi, boleh pulak adiknya tu relaks macam tak ada apa-apa yang berlaku. Severe haemorrhage okay! I repeat, severe!

“Dah-dah. Korang ni kat hospital pun nak gaduh. Nak gaduh nantilah kat rumah eh,” sampuk Puan Julia. Kadang-kadang, anak-anaknya itu suka bergaduh tidak bertempat. Risau juga dia kalau mereka bergaduh lebih-lebih lagi kalau di dapur. Mahu nanti Jay tu baling pisau kat adiknya macam mana? Arwah juga tak pasal-pasal adik dia. Ish, minta dijauhkanlah!

Sorry,” ujar Jay. Terlupa dengan kegembiraan yang tidak terhingga. Memang dia rasa sangat bersyukur Jef selamat. Dia memang sangat berterima kasih kepada Haffiy yang sanggup menderma darahnya. Mengikut kata-kata doktor, Jay sangat bernasib baik sebab darah Haffiy memang sangat compatible dengan darah milik Jef. Apabila ujian cross matching dijalankan itu okey, mereka terus mengadakan blood transfusion.

“Mana Haffiy, Nurul?” tanya Julia. Wanita itu juga sangat terhutang budi dengan budak lelaki itu. Dapat juga dia berjumpa dengan lelaki yang menjadi bualan antaranya dan juga anak perempuannya. Memang jelas terserlah budak lelaki itu memang sangat baik hati. Rupa pun boleh tahan. Adalah juga rupa macam Jaejoong yang anaknya itu selalu cakap. Cuma seorang berbahasa Korea, seorang lagi berbahasa Melayu.

“Tak tahulah. Sebenarnya, tadi Nurul lupa nak tanya kenapa dia ada kat hospital,” jawab Jay. Dia memang sangat lupa untuk bertanya apa-apa mengenai Haffiy. Apa yang berada di benak fikirannya ketika itu hanyalah Jef. Semua benda yang tidak berkaitan tersorok di tempat lain buat sementara waktu. Namun, apabila disuakan kembali soal Haffiy, baru dia teringat akan kewujudan lelaki itu.

“Apalah kamu ni. Mak sangat terhutang budi dengan dia. Macam mana mak nak cakap terima kasih kat dia kalau dia tak ada?”

“Ala tak apalah. Esok lusa mesti dia datang sini agaknya. Lagipun, mesti ada kawan atau keluarga dia yang sakit. Tu sebab dia ada kat hospital kot.” Mak ni tak sabar benar nak jumpa bakal menantu. Ehem! Gatal!

“Mana boleh kot-kot. Kalau kamu jumpa dia, ajak dia datang rumah bila Jef dah sihat nanti. Boleh mak dan abah kamu buat kenduri kesyukuran.”

“Apa-apa jelah mak. Asal semuanya selamat.”

***

“Bedebah! Aku bagi korang kerja senang je. Itu pun korang tak boleh nak buat? Mana otak korang hah?”

Meja kerusi habis dihempas kuat. Tumbukan kuat menerpa dinding. Tidak kisah jika jari-jarinya patah sekalipun, dia tidak akan hidup tenang selagi orang yang paling dibencinya masih hidup di muka bumi ini. Pergi jahanam!

“Maaf, bos. Kami tak sangka yang Johari masih hidup,” kata Slay bersama dengan degupan jantung yang kencang. Dia memang tidak berani untuk melawan kata-kata bosnya. Kalau dia kata itu, itulah yang dia kena langsaikan. Memang patuh pada arahan.

Nafas dihela laju. Terasa mahu dibereskan sahaja anak-anak muda di hadapannya itu. Pantang kalau arahan yang begitu mudah tidak diuruskan sebaik mungkin.

“Aku dah bagi korang makan. Aku dah bagi korang duit. Apa yang korang minta, semua aku dah bagi. Aku baru suruh korang buat kerja senang pun korang tak boleh nak buat? Harap muka je macam bangsat, tapi keparat!”

Johan memaki hamun lagi orang upahannya. Sungguh dia tidak puas hati pada hari itu. Hari yang sepatutnya menjadi hari gembira telah bertukar menjadi duka lara.

“Maaf, bos!”

“Bedebah! Aku nak Johari yang mati! Bukannya hidup! Ini tak pasal-pasal anak dia pulak yang cedera parah! Kalau Johari yang teruk tak apa jugak!”

Boss, we did try our best. Kami tak sangka yang ini boleh terjadi. Kami ingat dengan kemalangan yang dibuat-buat tu seratus peratus boleh tarik nyawa Johari tapi...”

“Ah, aku tak peduli! Aku nak korang bunuh dia juga! Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, korang jangan harap korang boleh lepas daripada aku! Kalau Johari tak mati, maut korang yang menanti!”

Air liur ditelan pahit. Nafas ditarik sedalam mungkin. “Kami janji, bos. Kami akan pastikan yang nyawa dia akan melayang lepas ni.”

“Harap nama je Slay. Slow adalah!” Johan masih lagi dengan rasa tidak puas hatinya. Biarkan semuanya dimaki hamun! Asal hatinya puas! Lantaklah dengan semua orang!

“Korang buat apa lagi kat sini? Pergi bla sana buat kerja yang aku suruh!”

Terkulat-kulat Slay dan konco-konconya keluar dari bilik bosnya.

Johan segera mengambil tempat duduk empuknya di bilik itu. Bilik yang mempunyai keluasan yang agak besar bagi mereka yang memegang jawatan tinggi. Ya, dia juga merupakan antara orang-orang besar Aurora! Namun, dia masih tidak puas hati. Selagi Aurora tidak menjadi hak miliknya, dia masih akan terus mencari jalan melenyapkan Johari dari dunia ini.

Masih jelas diingatannya, hari yang sepatutnya dia menjadi peneraju Aurora, bertukar menjadi suram bagaikan mendung yang tinggal hujan turun sahaja. Mendengar nama Johari yang dipilih sebagai ketua eksekutif syarikat, dia berpinar bukan kepalang.

Mengapa Johari yang dipilih? Mengapa bukan dia? Dia abang. Johari hanya adik. Mengapa Johari yang menduduki takhtanya?

Hari-hari bertambah sakit apabila Johari memilih Julia sebagai suri hati. Sudahlah Aurora dia miliki, kini Julia yang menjadi buah hatinya sejak bangku sekolah pula yang dicuri! Sungguh dia benci!

‘Ah, mengapa kau lahir di muka bumi ini, Johari? Kau memang menyusahkan hidup aku! Arwah ayah pun satu! Selalu sangat melebihkan Johari sampai aku ni macam tak wujud dalam kehidupan dia. Pandang sebelah mata pun tak nak. Balik-balik, Johari...Johari! Ayah ingat Johan ni apa? Patutnya Johan yang lebih layak memegang Aurora! Johari tu apa yang dia tahu? Dia tu selayaknya mati!’

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina