Home Novel Komedi/Romantik Komedi Awak Cun!
Awak Cun!
Lily Irdina
26/8/2014 11:22:46
79,868
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 18

Jay duduk santai di tepi kolam. Dia duduk bersila sambil memandang kejernihan air kolam yang tampak cantik dan bersinar-sinar dek terang cahaya bulan. Sungguh dijaga air kolam itu. Terasa kakinya mahu bermain-main dengan air secantik itu tetapi memandangkan kakinya masih berbalut, ditangguhkan sahaja hasratnya.

Tika malam itu, hatinya tenang. Fikirannya langsung tidak memikirkan apa-apa pun. Jika dilayangkan kotak fikirannya itu jauh sehingga ke Mesir pun boleh. Dia tidak takut untuk bersendirian walaupun hari sudah larut malam. Dia tahu tidak ada sesiapa yang hendak marah mengenangkan semua orang di dalam rumahnya sedang nyenyak tidur.

Emak dan abahnya, mereka memang wajib masuk tidur sebelum pukul 12 malam. Kalau tak, mulalah sakit tang situ, sakit tang sini.

Jef pula, memandangkan doktor memaksanya supaya rehat secukupnya, dia juga terpaksa tidur cepat. Kalau tidak, tak ada maknanya dia nak tidur awal. Walaupun Jef itu muka buku, dia itu merupakan kaki game juga. Semua gamejika boleh mahu dilayan. Kalau tak dilayan, tak boleh lelap mata.

Kini Jay menghalakan pandangannya ke arah bulan.

Bulan sedang mengambang. Bulan purnama. Cantik.

Bibirnya terukir senyuman. SUBHANALLAH! Sungguh hebat ciptaanmu!

“This night is sparkling, don’t you let it go,

I’m wonderstruck, blushing all the way home,

I’ll spend forever, wondering if you knew...”

“This night is flawless, don’t you let it go,

I’m wonderstruck, dancing around all alone,

I’ll spend forever, wondering if you knew,

I was enchanted to meet you...”

Malam yang mendamaikan itu membuatkan dirinya terasa ingin menyanyi lagu Enchanted nyanyian Taylor Swift. Dia suka lagu itu. Lirik dan iramanya sangat membuai perasaan bagi mereka yang mendengar.

Nafas ditarik dalam. “Em...tenangnya malam ni.”

“Hihihi!”

“Opocot!” Kaki kiri yang berbalut itu terhentak akibat kejutan yang amat. “Aduh, sakitnya!”

Kaki kiri dipegang. Moga-moga berkurangan sakitnya akibat terkena kaca kelmarin. Pontianak manalah yang berani mengacau ketenteraman aku malam-malam ni? Kacau orang lain tak boleh ke? Nak jugak kacau aku yang cantik ni.

Mata menoleh sekilas. Kelihatan Haffiy menyandar di tepi tiang.

Oh, mamat ni rupanya yang pontianak tu. Padanlah mengilai tak sedap semacam. Buat aku terperanjat je.

“Kaki awak sakit lagi ke, Jannah?” tanya Haffiy sambil menyilangkan kedua tangannya.

“Tak adalah. Tak sakit pun. Pedih je.” Dah tahu aku pegang kaki aku ni macam nak gila, boleh pulak dia tanya aku lagi sakit ke tak? Mestilah sakit!

“Tak sakit? Saya ketuk guna tukul besi nak?”

“Weh, janganlah. Sakit...sakit...sakit...”

Haffiy ketawa. Dia berjalan lalu mengambil tempat di sebelah Jay. Kedua-dua kakinya dimasukkan ke dalam air kolam. Peh, sejuk! Nikmat!

Lelaki itu yang ringkas berkain pelikat dan mengenakan t-shirt hitam dipandang oleh Jay.

‘Reti jugak mamat ni pakai kain pelikat. Selalunya, mamat moden macam dia ni manalah tahu nak pakai kain. Semuanya nak berjeans je,’ desis Jay dalam hati.

“Sedap suara awak tadi,” kata Haffiy memulakan perbualan. Kakinya digoyang-goyangkan menikmati kesejukan air kolam.

“Terima kasih,” balas Jay pendek.

“Awak suka Taylor Swift ke?” tanya Haffiy. Jay di sebelah dipandang.

“Bolehlah,” jawab gadis itu. Mata masih lagi memandang bulan purnama. “Awak tahu ke lagu yang saya nyanyi tadi tu?”

Haffiy tersengih. Gembira Jay sudah tukar gaya perbualan dengan dirinya. Gadis itu sudah menggunakan ‘saya-awak’. Wah, heaven gila!

“Gila ke apa tiba-tiba tersengih?”

“Hehehe...saya tahulah tu lagu apa.”

“Lagu apa?”

“Lagu tu Taylor Swift yang nyanyi.”

“Saya tahulah Taylor Swift yang nyanyi. Apa tajuk lagu tu?”

“Awak rasa apa?”

“Eh, main-main pulak mamat ni.”

“Hihihi...”

“Ish, blalah awak ni! Mengacau saya je.”

“The lingering question kept me up,

2 a.m. , who do you love?

I wonder ‘til I’m wide awake,

Now I’m pacing back and forth,

Wishing you were at my door,

I’d open up and you would say,

Hey, it was enchanting to meet you,

All I know is I was enchanted to meet you...”

Senyap. Tiada kata yang terucap.

“Aik, kenapa senyap je tiba-tiba ni?” kata Haffiy. “Perempuan ni tidur ke?”

Kepala ditoleh dalam anggaran 90 darjah.

“Weh, Jannah. Kot ya pun terpegun dengan suara saya yang merdu ni tak payahlah ternganga sebesar-besar alam mulut tu.”

Hahaha...Jannah...Jannah...Selalunya kalau orang dengar aku nyanyi mesti dia akan tertidur. Kau boleh pulak tercopong mulut tu.

Tangan Haffiy menolak sedikit mulut Jay supaya tertutup sedikit. “Masuk lipas nanti padan muka.”

Jay menggosok-gosok kepala yang tidak gatal. Sebenarnya, bukannya dia terpegun apabila mendengar kesedapan suara Haffiy tetapi dia terkejut kerana ada seorang lelaki yang menyanyi di hadapannya. Rasa macam memang Jaejoong yang nyanyi. Wah, kalau betullah Jaejoong yang nyanyi tadi, memang yabedabedu! Dapat tengok secara percuma pulak tu.

“Macam mana awak boleh tahu lagu Enchanted ni? Lagu ni kan macam tak berapa famous sangat,” soal Jay.

Are you kidding? Lagu ni popularlah jugak sebab Adam Young pun nyanyi lagu ni,” balas Haffiy.

“Adam Young? You mean Owl City?

Haffiy mengangguk. “Saya pun minat gila dengan Taylor Swift tu. Comel. Cantik. Suara sedap. Lagu pun best.”

So awak mesti selalu download album-album dia, kan?”

Yup! Lagu Enchanted tu walaupun slow tapi best. Jarang orang guna perkataan ‘enchanted’ dan ‘wonderstruck’. For me, there’s deep meaning in those words. Nampak cantik,” jelas Haffiy menunjukkan rasa minat yang mendalam terhadap lagu itu.

I feel the same way too.

Jay dipandang. Walaupun suasana gelap malam yang hanya diterangi oleh sinaran bulan, Haffiy tetap dapat melihat wajah Jay dengan jelas.

‘Cunnya awak, Jannah.’ Cuma kata-kata itulah yang terlintas di fikiran Haffiy ketika itu.

Haffiy mengalihkan pandangannya ke arah bulan di atas sana. Takut juga dia jika meratap wajah Jay lama-lama. Iman kena jaga.

“Haffiy, kenapa saya asyik terserempak dengan awak masa kat hospital dulu?” tanya Jay. Kaki kanannya dilunjurkan. Lenguh asyik bersila saja.

“Saya melawat adik saya,” jawab Haffiy ringkas.

“Adik awak sakit ke?”

“Macam kes adik awak, dia kemalangan juga tapi tak adalah serius macam Jef. Mula-mula Batrisya tak sedarkan diri beberapa hari but then doktor cakap tak ada kecederaan yang serius pun. So, dia dah balik rumah,” terang Haffiy.

“Kiranya rumah awak dekat Melaka jugalah?”

Kalau rumah dekat Melaka jugak, kenapa tak balik rumah sendiri je? Mengada-ngada nak tidur rumah orang. Eh, tak boleh jugak. Masa tu kan dah malam. Bas dan teksi pun tak ada. Motor kapuk abah tu pun dah nyawa-nyawa ikan.

“Taklah. Rumah saya sebenarnya dekat Johor Bahru. Mama saya suruh Batrisya balik kampung ziarah Tok Aki. Rumah Tok Aki di Melaka ni.”

“Tok Aki siapa?”

“Datuk saya.”

Jay mengangguk. “Kenapa mama awak suruh Batrisya ziarah atuk awak?”

‘Hei, dah macam pegawai polis aku ni. Sibuk tanya tu, tanya ni.’

‘Ala apa salahnya, awak kan kawan saya. Awak kawan saya kan, Jannah?’

“Sengaja mama dan papa saya suruh balik Melaka. Adik saya tu dah lama sangat tak jumpa Tok Aki.”

“Kiranya, masa awak kata nak balik malam tu, awak nak balik rumah Tok Aki lah eh?” soal Jay kemudian.

Yup. Saya memang dah selalu sangat tidur rumah Tok Aki. Dah alang-alang matrik kita ni pun di Melaka, saya lepak je kat rumah Tok Aki tu. Senang sikit. Jimat duit kalau nak compare bila balik JB.”

“Betul jugak tu.”

“Haffiy...”

“Ya? Ada apa-apa lagi yang membelenggu fikiran awak, cik Jannah?”

“Siapa Maya?”

Haffiy menoleh ke arah Jay. ‘Jannah, kenapa awak tanya pasal Maya malam-malam macam ni? I just wish this conversation was only about you and me.

Haffiy sedikit kecewa dengan pertanyaan Jay. Dia cuma ingin kenal Jay. Dia hanya mahu berbual mengenai diri masing-masing.

Berada di kediaman mewah gadis itu, Haffiy terbuai dengan perasaan sendiri. Dia lupa dia sudah mempunyai teman wanita. Dia lupa pada Maya.

Apa khabar Maya agaknya? Mesti dia kecewa bila dia dapat tahu aku tak ada di rumah Tok Aki.

Haffiy tahu bahawa Maya tahu serba-serbi tentang dirinya. Maya memang arif. Kawan-kawan, nombor telefon, tempat tinggal, semuanya tersimpan elok di kotak maklumat Maya. Dia juga maklum Maya mesti akan datang ke rumahnya minggu itu memandangkan dia sendiri memberitahu gadis itu yang dia akan pulang ke JB. Mesti Maya curiga. Mesti Maya kecewa dengan aku.

Ah, lantaklah! Maya takkan tahu aku berada di mana sekarang ni. Dia tidak boleh tahu aku dengan siapa. Kasihan, Jannah. Dia yang akan jadi mangsa bila semua ni terbongkar.

“Haffiy?” Teguran Jay menyedarkan Haffiy. “Kalau awak tak nak cakap tak apa. Sorry sebab menyibuk pasal peribadi awak.”

Maya is my girlfriend.”

Krekk...krekk...krekk...

Kalau boleh didengari, begitulah bunyi retakan hati Jay apabila mendengar kata-kata Haffiy sebentar tadi. Sungguh, dia kecewa. Sedih apatah lagi.

‘Tak apalah. Aku dah memang prepare pun untuk dua situasi. Bersedia untuk dengar yang dia tak ada awek, ataupun ada awek. Knowing about it is good enough for me. Lagipun, muka kacak macam dia ni takkanlah tak ada awek.’

“Haffiy...”

“Ya?”

Am I really that ugly to you?

Mendengar kata-kata Jay, lelaki itu terus menoleh. “Kenapa awak tanya macam tu?”

“Yalah. Awak asyik panggil saya ni minah kelas kedua. Saya ni hodoh sangat ke?”

“Hahaha...” Haffiy ketawa sakan. “Nak tanya pasal benda tu rupanya. Awak ni bolehlah saya nak kata hodoh.”

What?” Penumbuk ditujukan kepada muka Haffiy. Suka hati je cakap aku yang cantik ni hodoh?

“Hahaha...” Haffiy ketawa lagi. “Awak tumbuk saya, saya pijak kaki awak. Nak? Saya ni pun dah lama tak guna kekuatan kaki saya ni.”

Jay terus memegang kakinya. Kakinya mesti dipertahankan tidak kira situasi. Kalau tak jaga, mahu luka kakinya itu boleh terbuka balik.

“Tahu takut.”

“Dahlah. Saya nak naik bilik. Buat sakit hati je.”

“Jannah, duduklah dulu. Okey...okey...awak cantik. Puas hati?”

“Hehehe...baru tahu ke saya ni cantik?”

“Baru tahu tadi. Sejak sepuluh saat yang lalu.”

Jay mencebik. Mentang-mentanglah kau tu muka tampan, suka-suka je nak kata orang lain buruk.

“Kalau awak nak tahu, ceritanya sebenarnya macam ni...”

***

Beberapa pelajar lelaki sedang duduk melepak di dorm. Dua orang sibuk menamatkan permainan dam haji. Dua orang lelaki menjadi pemerhati. Salah seorang pemerhati itulah Ryan.

Dam berwarna merah dan hitam itu asyik dilompatkan ke sana sini. Sibuk benar makan dam orang lain. Kalau dah haji lagi seronok. Kalau boleh semua benda nak dimakan. Lebih senang kerana lebih mudah untuk bergerak dan mengatasi pihak lawan.

Yes, aku menang lagi!”

Klon Shaheizy Sam menjulang penumbuknya bagaikan menjulang pingat emas Sukan Olimpik. Gembira atas kemenangan yang dia sendiri tidak ingat entah ke berapa kali. Ya, dia memang juara permainan dam haji atau nama glamornya checkers.

Semua orang menepuk bahu klon Shaheizy Sam melainkan klon Aaron Aziz. Dia memang sangat tercabar. Mana boleh lelaki sasa sepertinya kalah dengan klon Shaheizy Sam.

Sebenarnya, klon-klon artis yang berada di dorm itu ada nama sebenar.

Klon Aaron Aziz. Nama sebenar = Harun

Klon Shaheed Kapoor. Nama sebenar = Shaheer

Klon Shaheizy Sam. Nama sebenar = Sammy

Klon Jaejoong. Nama sebenar = Haffiy Rayyan

Klon Edward Cullen mana?

“Pang!”

Pintu dihempas kuat. Kalau boleh hendak dikopakkan sahaja pintu dorm itu. Biar lepas segala kemarahannya.

Semua orang memandang. Siapa yang masuk dorm?

Ya. Itulah klon Edward Cullen a.k.a. Eddy yang baru melangkah masuk ke dalam dorm dengan muka yang merah padam. Sungguh berang dia nampaknya hari itu. Sudahlah cuaca hari itu panas terik. Bertambah-tambah kemerehan pada wajah putih melepak Eddy.

Badan dihempas ke atas katil. Bantal hak milik asrama habis dicampak ke atas lantai. Bantal busuknya sahaja yang masih terletak elok di atas katil. Sayang nak baling. Kasihan dengan bantal busuk.

“Kau ni apa hal, Eddy?” tanya Ryan. Nama Ryan digunakan memandangkan semua nama kawannya yang lain berakhir dengan sebutan ‘i’.

Sammy. Haffiy. Eddy.

Senang keliru. Oleh itu, memandangkan Haffiy sahaja yang mempunyai dua nama, nama keduanya yang digunakan iaitu Rayyan. Susah nak sebut, akhirnya jadi Ryan.

“Aku benci minah tu! Boleh pergi jahanam!” Eddy masih marah.

“Cuba rileks dulu. Kau ni kenapa tiba-tiba nak marah?” soal Harun pula.

“Kristy punya pasallah aku jadik macam ni! Bengang aku kau tahu!”

Semua klon artis berpandangan sesama sendiri. Apa telah jadi?

“Kristy, anak stewardess tu ke?” celah Shaheer.

“Yalah. Siapa lagi? Dia tu kan awek aku. Dah turun pangkat jadik bekas awek aku,” jelas Eddy pendek.

“Ha? Kenapa?”

“Mentang-mentang kau lawa. Kau cantik. Hot stuff. Kau fikir semua orang nak kau? Huh, boleh jalan!” Eddy masih lagi melepaskan geramnya.

“Apa halnya ni?”

“Kristy main kayu tiga.”

“Dengan siapa?”

“Dengan budak nerd tu. Si Pasir.”

What? Dengan Pasir tu pun dia boleh layan jugak ke? Apa punya kelaslah minah tu?” kata Sammy.

“Memang tak ada kelas langsung. Huh, dia ingat aku ni siapa. Weh, aku ni anak Dato’ Mahfuz. Kau ingat senang-senang kau nak kenakan aku? Memang taklah.”

Dia bangkit daripada pembaringan lalu mengambil komputer ribanya di bawah katil. Apabila komputer riba kesayangannya sudah dibuka, bermakna ada misi yang ingin dilakukan oleh Eddy. Semua orang tahu dia pakar komputer tetapi apa yang ingin dilakukan?

Papan kekunci (keyboard) ditekan laju. Entah apa yang ditaip, semua tidak tahu. Semua data pelajar perempuan KMM dikumpulkan. Kini, tibalah masanya untuk dia membalas dendam.

“Aku hack sistem komputer KMM,” kata Eddy.

“Kau gila, Eddy? Kalau pengarah tahu macam mana?” ujar Ryan.

“Persetankan semua tu. Aku dah tak kira. Aku nak kenakan minah tak guna tu.”

Papan kekunci ditekan lagi. Lama. Semua orang hanya memerhati apa yang dilakukan oleh Eddy. Memang semua orang kena belajar dengan Eddy kalau nak hack sesiapa. Hehehe...

Done!” Butang ‘ENTER’ ditekan kuat.

Rakan-rakannya memandang dengan penuh minat skrin komputer riba Eddy. Kagum betul mereka dengan kawan mereka. Memang padanlah dengan ayahnya yang merupakan usahawan komputer yang berjaya.

“HOT or NOT?”

“Apa bendanya ni?”

“Ni game ke apa?”

“Aku namakan permainan ni ‘HOT or NOT’. Aku curi semua data pelajar perempuan KMM dan aku masukkan dalam permainan ni,” terang Eddy.

“Nak main macam mana?” tanya Harun.

Eddy serta-merta menunjukkan cara permainannya. Butang ‘START’ ditekan.

“MARISSA vs FARAH”

Gambar dua orang pelajar perempuan tertera di skrin laptop. Seorang cantik. Seorang lagi biasa-biasa.

“Korang nak pilih yang mana?” tanya Eddy. Gambar masing-masing ditunjukkan.

“Marissa. Dia lawa,” kata empat sekawan yang lain serentak. Amboi, pantang nampak yang cantik.

Gambar Marissa ditekan. Gambar pelajar-pelajar lain menyusul.

“HANI vs AMALIA”

“Hani.”

“Tak naklah. Dia tak hot. Amalia cun.”

Gambar Amalia ditekan pula.

Gambar seterusnya pula terpampang. “So, korang nampak purpose aku, kan?” tanya Eddy.

Game ni macam nak undilah eh siapa yang hot atau tak?” teka Sammy.

Exactly! Siapa yang dapat undian melebihi 200, dia minah kelas pertama. Kalau kurang daripada tu, minah kelas kedua. Aku nak jual game ni kat budak-budak lelaki yang lain.”

“Habis tu, apa kaitan kau nak kenakan Kristy?” celah Shaheer pula.

“Tahu tak apa. Kalau budak-budak lelaki main game ni, for sure mereka akan undi Kristy. You already know she’s damn gorgeous. Anak pramugari pulak tu.”

“Jangan risau. Aku dah setkan game ni supaya nama Kristy tak boleh diundi. She’s like a black hole. Kambing hitam kononnya. Nama dia akan tertera macam budak-budak perempuan yang lain tapi dia tak boleh mendapat undian. There’s no vote for her which means she gets zero.

Masing-masing mengangguk mendengar penerangan Eddy.

Begitulah kisahnya.

Ramai juga yang berminat dengan permainan yang dijual oleh Eddy. Bolehlah dia buat duit poket sendiri. Asal boleh guna buat beli topup okeylah tu.

***

“Nakal gila korang ni!”

Haffiy ketawa. “Bukan kami. Eddy yang nakal. Kami hanya jadi pemerhati.”

“Tapi korang main jugak game tu, kan?”

“Hehehe...”

“Tak baik tau. Kalau budak perempuan tahu macam mana? Mesti diorang marah sebab dibanding-bandingkan.”

So awak marahlah ni?”

“Kenapa pulak?”

“Sebab nama awak pun tersenarai jugak tau.”

Excuse me?

“Awak dapat undian bawah 200. That’s why I call you minah kelas kedua.”

“Ish, tak guna punya Haffiy!” Lengan Haffiy ditumbuk kuat. “Kenapa saya tak tahu pun pasal game ni? Tak kantoi ke kat budak perempuan yang lain?”

“Ada yang tahu, ada yang tak tapi memang kecohlah dekat asrama budak lelaki.”

“Kristy tahu tak?”

Yeah she knew well enough about that. Mengamuk sakan dia dengan Eddy.”

“Habis tu, apa yang Eddy buat?”

“Dia nak buat apa lagi? Gelak sakan jelah. Perempuan tu dia dah dapat kenakan. Duit masuk poket. Hati pun senang.”

“Pengarah tahu tak pasal ni?”

“Hahaha...of courselah kantoi. Sistem kena hack dengan pelajar sendiri. Habis Eddy masa tu. Nasib baiklah pengarah KMM tu kawan baik ayah dia. Hukuman diringankan terus. Kalau tak, Eddy tu kena gantung kolej.”

“Inilah budak-budak zaman sekarang. Makin pandai, makin nakal.”

“Hehehe...ala saja suka-suka.”

Jay menggeleng. Banyak yang dia tahu pasal Haffiy malam itu. Terasa malam itu mereka berdua sahaja yang ada.

Malam semakin tua.

Haffiy dan Jay masih lagi asyik melihat kecantikan bulan penuh dipagari bintang-bintang berkelipan.

“Your eyes whispered “Have we met?” across the room your silhouette,

Starts to make its way to me,

The playful conversation starts,

Counter all your quick remarks,

Like passing notes in secrecy,

And it was enchanting to meet you,

All I can say is I was enchanted to meet you.”

I was enchanted to meet you, Jannah.


Previous: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina