Home Novel Komedi/Romantik Komedi Awak Cun!
Awak Cun!
Lily Irdina
26/8/2014 11:22:46
79,964
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 6

“Eh, mana kasut Aina?” tanya Jay apabila mendapati semua kasut milik Aina sudah tidak ada lagi di rak kasut di hadapan bilik. Ketika itu, dia, Aten dan Ree baru sahaja pulang dari kafe setelah tamat kuliah.

“Jangan-jangan....” ujar Ree tidak kehabisan ayatnya. Dia terus mengeluarkan kunci bilik dari beg dompetnya yang berwarna merah jambu bercorak polka dots. Aten dan Jay masing-masing dengan muka gelisah. Masing-masing berharap dalam hati supaya Ree lekas membuka pintu.

Daun pintu ditolak. Masing-masing meluru masuk ke dalam bilik. Mata mereka tertancap pada katil Aina yang sudah tidak disarung lagi dengan cadar. Meja belajar milik Aina juga sudah tidak ada apa-apa barang di atasnya. Bersih semata-mata. Habuk juga tidak ada.

Tanpa berkata apa-apa, beg masing-masing terjatuh di atas lantai. Aten bergerak menuju ke lokar Aina. Dibukanya pintu lokar tersebut.

Tidak ada apa-apa di dalamnya mahupun sehelai baju.

“Aina dah pergi,” tutur Aten. Ditutupnya kembali pintu lokar.

Jay sudah mula menahan air mata daripada mengalir. Pandangan dihalakan ke arah meja tengah. Terdapat sebuah album gambar di atasnya.

Aten, Ree dan Jay duduk mengelilingi meja tengah tersebut.

“Kepada Aten, Ree dan Jay,” kata Ree membaca tajuk yang berada di kulit album. Dibukanya album gambar itu perlahan-lahan. Dibacanya bait-bait tulisan yang terdapat pada setiap gambar.

Gambar pertama yang dilihat: Ketika orientasi.

- Masing-masing berkejar untuk ke kafe setelah solat Subuh. Kita orang pertama yang selalu sampai dulu sebab duduk kat luar masa kuliah Subuh. Tak menahan betul! =P

Gambar kedua: Taman permainan di rumah pengarah kolej.

- Suka hati kita je terjah kawasan larangan. Huhu.

Gambar ketiga: Kafe A

- Kita bertiga memang selalu ‘mengurat’ pak cik kafe, bukan abang kafe yang jambu-jambu tu. Hehe.

Gambar keempat: Bilik A1.2.5

- Kita suruh jiran bilik ambil gambar lepas hias bilik. Bilik kita paling cun!

Gambar kelima: Bilik A1.2.5 lagi

- Gambar ini diambil setelah kita semua melaram macam nak kahwin. Jay, thanks for the makeup! =D

Aten mengambil sekeping kertas yang terselit di album tersebut. Kertas yang dilipat kemas itu dibuka dengan berhati-hati agar tidak terkoyak dan menyukarkan mereka untuk melihat isi kandungan kertas.

Dear chingu[1],

First of all, aku mahu minta maaf kerana tak dapat mengucapkan selamat tinggal secara live. Mama dan papa aku nak jemput aku sebelum pukul 12.00 tengah hari; waktu korang semua tengah kelas. Aku minta maaf sangat-sangat!

Aku tahu korang tengah menangis kan? Kan? Kan?

Janganlah begitu dong! Kalau korang menangis, nanti aku pun sedih juga! Kita kan sehati sejiwa. Aku nak korang gembira sentiasa. Meriahkan lagi aras kita yang dah already bising tu! Hehe. =D

Sepanjang aku kat Kolej Matrikulasi ‘London’ ni dengan korang semua, aku memang rasa seronok sangat. Korang memang happening and cool gila! Aku sedih sebenarnya nak tinggalkan korang tetapi aku yakin tempat aku bukan kat matrik. Aku pasti tempat aku berada di luar sana.

Akhir kata, walaupun hari-hari aku bersama korang semua tak lama, namun, memori disulam bersama tetap berjahit di kotak memori aku. Aku takkan lupakan sampai bila-bila! Gomapsumnida[2]! Terima kasih atas memori tercipta, kawan!

A goodbye isn’t painful unless you’re never going to say hello again. Walaupun kita berjauhan, namun, kita tetap guna Maxis!

Be good girls. Good luck! Aku doakan korang berjaya! Fighting!

Ikhlas,

Aina =)

Aten, Ree dan Jay cuba menahan air mata masing-masing. Mereka sedih dengan pemergian Aina keluar dari matrik. Mereka kecewa kerana tidak dapat bersua muka dengan Aina buat kali terakhir. Mereka patah hati kerana hanya dapat melihat sahabatnya buat kali terakhir semasa dia sedang tidur sebelum mereka pergi ke kelas tadi.

Termenung. Lidah terkelu. Kata-kata langsung tidak terungkap. Lauk yang dibeli di kafe tidak bersentuh pun lagi. Rasa sedih masih terlekat lagi di sanubari.

Well...” kata Jay memulakan bicara. “She’s gone.”

Just like that,” kata Ree pula.

Aten melihat kembali isi kandungan surat yang ditulis oleh Aina lalu berkata, “Aina tak nak kita sedih-sedih dan menangis.”

Ya, kata-kata Aten ada kebenarannya. Melihatkan kandungan surat Aina, jelas terpampang Aina mahu melihat mereka bertiga bergembira meneruskan pengajian di matrikulasi. Dia tidak mahu kawan-kawannya bertambah sedih memandangkan mereka tidak dapat bersua muka buat kali terakhir. Ya, pasti itu yang Aina mahu!

Mereka bertiga menarik nafas sedalam mungkin membenarkan oksigen masuk ke dalam sel darah dalam badan. Keadaan masih lagi sayu.

“Okey. Life goes on...

Bermulalah episod Aten, Ree dan Jay tanpa Aina di sisi.



[1] Chingu - kawan

[2] Gomapsumnida– Terima kasih

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina