Home Novel Komedi/Romantik Komedi Awak Cun!
Awak Cun!
Lily Irdina
26/8/2014 11:22:46
79,916
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Prolog

Di hospital itu, dilihatnya anak muda itu dari jauh. Tulus ikhlas wajahnya. Tersinar cahaya kejujuran dan keikhlasan.

Ya. Dia yakin anak muda yang mungkin sebaya dengan anak gadisnya itu baik orangnya. Bukanlah dia itu mudah percaya kepada orang. Tidak. Dia sudah hidup berpuluh tahun lebih lama daripada budak lelaki itu. Mana mungkin orang yang baik hati tidak sanggup untuk menolong orang yang betul-betul berada dalam kesusahan. Kalau dia bukan orang yang baik, mesti dia, apa orang muda-muda kata, “Bla je...”

Namun, mungkin dia mahu menolong hanya sebab anak gadisnya. Yalah, anak perempuannya itu manislah juga apabila dipandang walaupun kecantikannya tersorok dek cermin mata yang dipakai.

“Heish, aku ni! Anak sendiri. Takkanlah aku nak kata anak aku ni hodoh, buruk, tak cantik semua tu?”

Wanita umur hampir separuh abad itu mengetuk kepala sendiri.

Dilihatnya lagi anak muda itu dari jauh. Budak lelaki itu sedang berbicara perkara penting bersama anak gadisnya. Didengari dan diperhatikan sahaja tingkah laku budak itu.

Ya. Memang tidak boleh disangkal lagi. Budak lelaki itu memang baik!

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina