Home Novel Komedi/Romantik Komedi Awak Cun!
Awak Cun!
Lily Irdina
26/8/2014 11:22:46
80,195
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 8

Minggu itu minggu balik kampung. Semua pelajar dibenarkan dan memang wajib balik rumah. Kalau tak balik rumah, duduklah kat matrik tu sorang-sorang!

Jay yang kini memang sedang melepak di rumah sedang melayari internet ketika itu di bilik tidurnya. Maklumlah, semua benda yang berkaitan dengan pelajaran sudah ditinggalkan di matrik buat seketika. Tutor semua memang sudah beres dan tidak ada satu latihan pun yang tertinggal. Semuanya sudah selesai dibuat. Kalau nak tiru pun tidak mengapa. Hehehe...

Nama pun kalau sudah berada di rumah, memang honeymoon habis! Tengok movie tu. Tengok drama ni. Buka novel tu. Buka majalah ni. Buku pelajaran? Oh, that is a big no! No belajar-belajar kalau dah ada kat rumah! Malas!

Jay, walaupun dia anak orang berada, dia selesa dengan keadaan rumahnya yang berada di kampung. Selalunya, orang-orang kaya nak rumah di bandar. Namun, Jay berasa tenang dengan suasana kampung. Tidaklah memekik sangat kalau nak dibandingkan dengan bandar.

Dia pernah juga tinggal di bandar dulu. Balik rumah je, mesti dengar bunyi, “Weng! Weng!”

Bukan Weng orang Cina tapi ‘Weng’ bunyi motor! Oh, telinganya memang selalu sangat menjadi mangsa bunyi motor yang terlebih frekuensi! Ingat tempat tu diorang punya ke sampai nak main motor tak ingat dunia?

Kalau dilihatkan cara mamat-mamat motor tu, memang sengaja mahu mencari perhatian lebih-lebih lagi anak-anak dara.

Hello, anak dara sekarang tak main motor. Orang sekarang main kereta. Ada bumbung! Kalau hujan tak melecun!

“Nurul! Meh sini pergi dapur! Tolong mak goreng sambal sikit! Jangan nak berangan jadi bini Jaejoong je kat bilik tu!”

Kedengaran suara emaknya menjerit-jerit di dapur.

“Mak ni spoil betul! Aku baru nak tengok cerita Merlin ni!” bebel Jay.

Choppp!

Siapa Nurul? Watak tambahan ke?

Oh, dia hanyalah orang yang sama yang bergelar Jay dalam cerita ini. Nama manja Jay ialah Nurul dalam keluarganya. Jarang mana-mana ahli keluarganya bahkan sepupu sekalipun menggelarnya dengan panggilan Jannah, jauh sekali Jay yang kedengaran moden. Semuanya memanggilnya Nurul. Baru bunyi Arab sikit!

Jay tanpa memberi apa-apa alasan terus bangun dan menghala ke dapur. Dilihat emaknya sedang menggoreng ikan bilis. Ada juga bawang yang sudah dihiris terletak elok di dalam mangkuk atas para dapur. Mungkin emaknya hendak masak nasi lemak. Yes, she’s a genius!

Walaupun emak dan abah Jay mampu untuk mengupah orang gaji membuat semua kerja-kerja rumah, emak Jay yang bernama Puan Julia masih lagi menggunakan kudrat sendiri memasak, membasuh dan macam-macam lagi. Dia masih lagi punya tenaga. Dia masih lagi mampu. Buat apa nak upah orang gaji yang asal-usulnya tidak dikenali bekerja di rumah itu? Lebih baik buat semua benda dengan tangan sendiri. Baru puas hati.

Kalau nak diikutkan, memang lebih mudah jika ada yang membantu. Namun, apa guna anak daranya yang seorang itu kalau tidak diajar buat kerja-kerja rumah? Orang memang pandang tinggi pada mereka yang pandai tapi orang akan lebih menghormarti dengan mereka yang serba-serbi boleh.

Pandai? Dia yakin Jay memang bijak.

Cantik? Boleh tahan sweet. Takkan nak kata anak sendiri hodoh.

Masak? 60-40. Takkan nak kata anak sendiri lagi hebat memasak daripadanya. Ehem! Got a reputation to maintain beb!

“Mak, dah mengelamun sampai mana tu?” soal Jay menghayunkan tangannya di mata Puan Julia. Wanita yang berusia hampir separuh abad itu tersedar juga daripada lamunan panjangnya. Berangan dialah chef terhebat di rumah tu!

Miss Nurul, Ibaru je berangan sampai dapur rumah ni you dah kacau lamunan I,” balas Puan Julia seronoh dengan anak gadisnya.

“Aik, tadi kata nak minta tolong masak. Fine, I’ll just go back to my...

Oh, not so fast, my dear! Ala, mak gurau jelah. Kamu tu yang asyik berangan nak kahwin dengan Jaejoong, mak pula yang dia kata berangan,” ujar Puan Julia. Suka dia mengusik Jay.

Jay ada juga bercerita mengenai budak lelaki serupa Jaejoong yang dikenali sebagai Haffiy itu. Nama pun dah sedap dengar, mesti muka pun elok je dipandang.

Kadang-kadang rasa mahu kenal juga dengan Haffiy tu. Apabila diingat balik, Jay memang jarang bercerita mengenai lelaki. Dia yakin anaknya itu memang kekok sedikit apabila berhadapan dengan spesies selain perempuan. Mesti ada sahaja yang tidak kena. Namun, sejak dia mula berada di matrik, dia membuka cerita mengenai jejaka yang mungkin tampan itu. Sudah pasti hati perempuannya sedikit sebanyak tertarik sedikit dengan lelaki tersebut.

“Mak ni! Mana ada orang nak kahwin dengan Haffiy tu! Ish, dia tu kawan jelah. Jumpa pun bukannya selalu pun,” kata Jay. Dia mengambil tempat di sisi emaknya yang kini mahu memotong timun pula.

“Yalah. Tu kat dalam almari kamu tu, sejak bila entah ada poster JYJ. Kamu tu bukan suka kat kumpulan Beast tu ke? Balik-balik show budak-budak Beast yang kamu tengok kat YouTube tu. Ni sejak masuk matrik dah tambah koleksi JYJ pulak?” bebel emaknya panjang mengalahkan mak cik bergosip. Tidak sangka juga emaknya tahu serba sedikit mengenai boy band Korea. Itu pun nasib baik Jay bercerita. Kalau tak, mesti tak kenal punya!

“Ala tambah koleksi pun tak boleh ke? Lepas ni bolehlah tambah Super Junior ke, U Kiss ke, Big Bang ke, bla...bla...bla...”

“Ah, dah-dah!” celah Julia. “Kamu tu kalau ber-story telling pasal Korea memang tiga hari tiga malam tak habis. Sampai esok pun abah kamu tu tak pergi memancing.”

Jay hanya tersenyum comel. Emaknya memang sudah faham benar dengan perangainya yang memang gila Korea lepas tamat SPM. Yalah, lepas SPM memang dikatakan masa yang paling membosankan. Itulah sebabnya segelintir kawannya yang bekerja. Duit pun bolehlah masuk.

Berlainan dengan Jay, emak dan abahnya lebih suka dia berada di rumah. Keselamatan lebih terjamin kata mereka. Padahal, mereka sengaja mahu Jay kemas rumah, masak dan buat benda-benda lain. Apa-apa yang mereka tahu, balik rumah sahaja, lauk-pauk sudah terhidang di atas meja. Tinggal makan je. Memang macam raja!

“Abah nak pergi memancing dengan siapa, mak?” tanya Jay sambil mengambil bawang-bawang tadi untuk ditumis.

“Dengan siapa lagi kalau bukan dengan adik kamu yang sorang tu,” jawab Julia. Dia menyusun timun tadi ke dalam bekas. Begitu juga dengan bilis yang baru digoreng tadi.

“Oh, dengan Jef. Jef tu boleh ke memancing, mak? Tengok muka nerd dia tu macam tahu tengok buku je,” kata Jay. Kembang-kembang hidungnya apabila bau tumisan bawang yang agak wangi itu.

“Amboi, pandang rendah nampak kat aku!” celah Jef yang baru sahaja memasuki dapur. Peti sejuk dibuka. Beberapa botol air mineral dikeluarkan.

“Ala, betul apa. Muka kau tu macam tak boleh percaya je nak pancing ikan. Nanti tak pasal-pasal ikan tu yang pancing kau agaknya,” balas Jay sengaja mahu mengusik adiknya.

“Haha. Very funny!” kata Jef berseloroh. “Kau ingat aku ni tahu tengok buku je ke?”

“Korang, kalau korang nak gaduh silakan tapi jangan sampai baling pisau pulak eh. Mak nak pergi tolong abah kamu jap nak cari barang-barang memancing dia. Remember, no baling-baling pisau okey!” celah Julia.

“Ha, lagi satu Nurul. Goreng sambal tu jangan sampai hangus pulak!” Dia terus beransur berjumpa dengan suaminya merangkap abah kepada dua-dua anak remaja itu.

Yes, ma’am!” sahut Jay yang kini memasukkan pula lada yang telah siap dikisar.

You heard her. Jangan hangus! Tak makan aku nanti lepas memancing kalau terbakar sambal kau tu!” usik Jef lagi. Pantang berdamai betul budak dua orang tu.

Duhh.. look who’s cooking. Ni Nurul tau! Anak kepada Puan Julia! Pantang sambal yang aku buat hangus!”

Yeah, right.”

“Jef, apa bendalah yang kau pakai ni? Kau ni pun kalau dah muka buku sangat, tak payahlah nak pergi memancing pun sampai nak pakai baju sekolah!”

Jef lantas lihat pemakainnya. Ya, memang betul dia memakai baju sekolah! Oh, malunya! Dia lupa yang dia nak pergi memancing ikan. Bukan pancing buku!

“Err...err...ni lah yang dinamakan style,” saja je Jef cover line.

“Ha, in your head! Buku manalah yang ajar kau sampai nak pergi memancing pun kena pakai baju sekolah?”

“Yalah. Aku tukar baju.”

“Jangan sampai kau pakai kain pelikat pulak!”

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina