Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
124,360
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
6 - 1

Tuduhandemi tuduhan…

Sedarkahbahawa ia akan meninggalkan luka yang dalam?

 

“ELIS sudah melapor diri dipejabat pada pagi tadi. Shamil amat berharap agar ibu bersikap profesionalketika berdepan dengan Elis nanti. Shamil tahu ibu tak suka pada Elis. Tapianggaplah dia sebagai rakan sekerja ibu. Jangan kerana benci, ibu melayan diaacuh tidak acuh saja!”

Shamil tahu ibunya itu berasa tidak selesadengan kehadiran Elis di sekolah itu. Namun dia mahu ibunya berfikiran matang.Bukan bertindak mengikut perasaan sahaja.

            “Kamu tidak perlumengajar ibu, Shamil! Ibu memang tidak akan pernah suka padanya! Dia juga tidakakan menerima layanan yang baik! Faham?” bidas Puan Salawati kasar.

            Shamil mendengus.

            “Mengapa ibusukar untuk memahami perasaan Shamil? Shamil cintakan Elis! Shamil hanyamahukan Elis seorang saja. Kalau ibu rasa terbeban dengan perasaan Shamil,tidak apa. Shamil tidak perlukan perhatian ibu,” marah Shamil.

            “Shamil Hakeem!”tengking Puan Salawati.

            “Sudahlah! Tiadaguna, kita bertekak. Shamil tetap dengan keputusan Shamil. Sama ada ibu setujuatau tidak, Shamil akan berkahwin dengan Elis seorang saja! Restuilah kami!”

Shamil mematikan talian.

            Puan Salawatimenjerit geram.

            “Apa yang kau dahbuat pada anak aku, Elis?” bentak Puan Salawati.

Laungan salam dari luar menyentakkan lamunanPuan Salawati. Dia serta-merta menerpa ke muka pintu. Amarahnya semakinmemuncak tatkala melihat Elis.

 

Previous: 5 - 3
Next: 6 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.