Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
123,283
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
4 - 1

Kalipertama pertemuan,

Adahati yang sudah terusik…

 

TODAY is a first day! Elis menarik nafas panjang sebelum mendaki tangga. Satu per satu langkahdiayun menuju ke Pejabat Pentadbiran SK Seri Sekamat. Tiba di kaunter, diamendekati seorang wanita bercermin mata dan tinggi lampai. Salam diberi bersama-samadengan seulas senyuman manis di bibir.

            “Ya,cik?” Wanita itu bingkas bangun.

            Elismenghulurkan sepucuk surat bersaiz A4 kepada wanita itu. Surat itu kinibertukar tangan.

            “Namasaya ialah Elis Nou’rell binti Mohamad Hazwan, melapor diri bagi jawapanPembantu Tabdir di sekolah ini,” beritahu Elis.

            “Oh…Hai, akak Hazleen! Panggil Kak Leen saja. Jomlah masuk dalam,” ajak Kak Leenberia-ia.

            “Eh,perlukah saya masuk ke dalam ke?” soal Elis.

            “Kautidak mahu berkenalan dengan kami semua ke? Kami sudah lama tertunggu-tunggukedatangan kau, termasuklah GB,” balas Kak Leen yang sudah bercekak pinggang.

            GBmerupakan singkatan untuk kata nama ‘Guru Besar’.

            Elishanya tersengih.

            KakLeen membongkokkan tubuh, berada hampir dengan Elis.

            “Akakingin beri amaran kepada kau. Tolong jangan sengih di hadapan dia, terutamaketika dia sedang bercakap,” bisik Kak Leen.

            Elistercengang.

            “Adakahdia sentiasa bad mood berserta pakejmuka bengis sepanjang hari? Adakah dia kekurangan kasih sayang? Kasihannya!Saya amat bersimpati dengan orang seperti dia. Kita hidup hanya sekali.Kebahagiaan merupakan nikmat yang harus kita kecapi!” balas Elis. Iya,kata-kata itu merupakan salah satu nota tulisan Ariq. Maka, dia berpegang teguhdengan prinsip itu. Dia akan sedaya upaya mencipta sesuatu bagi menggembirakanhatinya. Bukan menjentik duka di batin. Cukuplah derita sekali sahaja.

            “Akakrasa, dia akan bersikap serius sepanjang hari. Susahlah nak tengok diatersenyum. Setelah bercerai, emosi dia kurang stabil sikit. Kecewa mungkin.”Selamba Kak Leen mengutuk Guru Besar muda itu.

            Elismenjongket kening.

            “Mengapamereka berpisah?” soal Elis ingin tahu.

            “NantiElis tahulah,” balas Kak Leen endah tidak endah.

            Ah,lantak!

            “Err…GB ada di dalam ke? Adakah mood diabaik pada hari ini? Ataupun, dia sedang mengamuk? Andai kata Elis masuk untukberjumpa dengan dia, kemudian tiba-tiba dia lempar pisau dekat Elis. Argh, Elistidak mahu mengambil risiko, kak!” balas Elis keresahan.

            Lagipula,bagi Elis, Guru Besar itu memerlukan perhatian daripada orang di sekelilingnya.Dengan itu, dia mungkin akan mengenali erti kehidupan. Barangkali akan belajaruntuk mengukir senyuman di bibir.

            KakLeen menjegil mata.

            “Fikirnegatif! Guru Besar kita itu bukanlah seorang penjenayah! Senang kata begini.Usahlah mencari masalah dengannya. Ikutilah semua arahan dia!” cadang Kak Leenbersungguh-sungguh.

            Elismenepuk dahi.

            “Annoying,” bebel Elis.

            “Jomjumpa GB,” ajak Kak Leen.

            Elishanya mengangguk.

 

Previous: 3 - 3
Next: 4 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.