Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
124,204
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
1 - 2

DIsebalik sifat tegas yang dipamerkan, sebuah kisah duka pernah singgah di dalamhidup Haziq Safwan pada tiga tahun yang lepas. Ditinggalkan isteri tercintamerupakan saat yang paling memeritkan. Tetapi dia redha. Jodoh mereka terhentidi detik itu.

Emma, bekas isterinya itu kini sudah mendirikan rumah tanggabersama Haidar, jejaka pilihannya. Dia pula? Masih menduda sehingga kini. Bukanbermaksud tidak move on. Dia sudahlama pasrah dengan perpisahan itu. Cuma, hatinya yang masih belum terbuka untukwanita lain lagi.

Tok! Tok! Bunyi ketika pintu menarik Safwan ke dunia nyatasemula.

“Masuk,” arah Safwan.

Kak Fidah menapak masuk ke dalam bilik Guru Besar muda itu.Didekati meja kerja Safwan.

“Ada apa, Kak Fidah?” tanya Safwan bersama seraut wajahserius.

“Macam mana akak nak cakap ya?” Kak Fidah menggaru dagudengan jari telunjuk kirinya. Kelihatan teragak-agak untuk menyatakan hasratnyaitu. Bimbang jika dimarahi oleh Safwan yang memang terkenal dengan sikap kukubesinya itu.

Safwan mengerutkan dahi tanda hairan dengan telatah Safwan.

“Akak nak apa sebenarnya ni?” balas Safwan.

Sehelai borang Keluar Dengan Kebenaran (KDK) Peribadidiletakkan di atas meja. Ditolak ke hadapan Guru Besar muda itu.

“Atas urusan apa?” Dikerling sekilas borang itu. Sedetikkemudian, memandang Kak Fidah semula. Safwan bukanlah seorang ketua yang tidakbertimbang rasa. Dia cuma tidak suka jika guru atau stafnya menggunakan waktukerja untuk menguruskan hal peribadi. Mereka seharusnya bijak membahagiakanmasa.

Kak Fidah melepaskan keluhan.

“Adik akak seorang saja, cikgu. Kami dua beradik. Mak ayahdah tak ada. Akak terpaksa balik awal untuk menguruskan majlis akad nikah diapada malam ini. Kami…”

“Saya tidak akan meluluskan permohonan akak ni!” celahSafwan dengan nada tegas.

Kak Fidah terpempan.

“Tapi…”

“Alasan tu tidak munasabah! Saya yakin, akak masih adasaudara-mara. Mereka boleh membantu akak. Takkanlah sebab perkara kecil begini,akak nak mengorbankan masa kerja akak?” bidas Safwan.

Kak Fidah kehabisan kata. Ingin ditentang keputusan Safwan.Tetapi keberaniannya seolah-olah ditelan dengan jelingan tajam Safwan.

Safwan menoleh ke arah komputer untuk melihat jam. Angkadigital 3.00 tertulis di situ.

“Sekarang dah pukul tiga. Waktu kerja akan tamat tidak lamalagi. Lepas tu akak boleh fikir hal perkahwinan adik akak tu. Buat masa ini,saya mahu akak memberikan sepenuh tumpuan di pejabat, bukan untuk halremeh-temeh tu. Faham?” sambung Safwan.

Kak Fidah mengangguk lemah. Terpaksa dituruti arahan itumeskipun hatinya membantah keras.

“Baiklah, cikgu,” balas Kak Fidah.

“Bagus. Akak boleh keluar sekarang,” balas Safwan.

Kak Fidah beredar dengan sekeping hati yang amat kecewa.Safwan seorang ketua yang terlalu mementingkan diri sendiri. Mengapa hatinyaitu sebeku ais? Bagaimana harus dicairkan ais itu? Dititipkan doa kepada YangMaha Esa agar suatu hari nanti Safwan ditemukan dengan seseorang yang akanmengubah perwatakannya itu. Amin!

Seusai Kak Fidah keluar, Safwan mengambil borang KDK di atasmeja. Dironyokkan lalu dicampak ke dalam tong sampah. Selayaknya di situlahtempatnya! Setelah itu, dia menyambung kerja.

Previous: 1 - 1
Next: 1 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.