Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
123,239
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
5 - 2

PADA pagi ini, Safwan bersarapan dengan Samsul di warungberhampiran dengan sekolah. Selepas memesan makanan, mereka mengambil tempatduduk di meja yang kebetulan baru sahaja kosong itu.

            “Bila Sam akan memulakanpengajian semula?” tanya Safwan.

            “Hujung bulandepan, bang. Semester terakhir. Selepas itu, bala sudah tamat,” balas Samsul,sempat menyelitkan ayat gurauan.

Samsul merupakan pelajar jurusan Ijazah SarjanaMuda Bimbingan dan Kaunseling di UPSI. Bakal guru itu akan berada di tahunterakhir pada tahun hadapan.

Safwan menjegil mata.

“Mulut… abang cili baru tahu,” marah Safwan.

Samsul tersengih-sengih.

Safwan mengulum senyuman.

            “Abang taksangka, Sam akan mengikut jejak abang. Abang bangga dengan adik abang. AkhirnyaSam berjaya capai cita-cita Sam,” puji Safwan.

Sejak kematian ibu bapa mereka, Safwan mengambilalih tanggungjawab membesarkan Samsul. Dialah ibu dan dialah bapa bagi Samsul.

            “Berkatpengorbanan abang, berdirinya seorang Haziq Samsul sekarang ini. Terima kasihkerana menjadikan Sam sebagai seorang manusia yang berguna di muka bumi. Tanpaabang, Sam tak mungkin dapat apa yang Sam ada. Sam sayang pada abang,” balasSamsul. Hatinya dihurung hiba apabila mengenangkan susah payah Safwanmenjaganya sedari kecil lagi. Bahkan sanggup mengetepikan semua kemahuan diridemi si adik.

            “Sam satu-satunyapermata tinggalan arwah mama dan papa,” balas Safwan, juga berasa sebak.

            “Kenapa tiba-tibakita jadi jiwang karat pula ya? Hisy, malu dekat orang ramai! Hilang kemachoan adik abang ni.” Samsul lekasmengesat air matanya, lalu menghamburkan tawa.

            Safwan tidakmampu menahan tawa.

            Kelihatan seoranglelaki menghantar makanan yang dipesan tadi. Safwan dan Samsul mula makan.

            “Bila abang nakkahwin lagi?” Saban hari soalan itu akan terucap di bibir Samsul. Soalancepumas buat si abang.

            Safwan tersedak.Dia bingkas menghirup teh tariknya. Wajah Elis mula tubik di mata. Dia terkedu.Mengapa begitu mudah si gadis itu menarik perhatiannya? Hatinya seperti terusikdengan kehadiran staf barunya itu. Ehem, Safwan berdehem. Dibuang rasa yangsemakin selesa bertapak di hatinya itu sejauh yang mampu. Elis tidak lebihseorang staf! Noktah!

            “Sam nak adaorang yang boleh jaga abang. Orang itu lebih baik daripada Kak Emma. Sam naktengok abang bahagia. Cukuplah dengan kesedihan yang abang rasai semasa KakEmma tinggalkan abang dulu. Sudah tiba masa untuk abang cari pengganti KakEmma,” tegas Samsul.

            “Sam, sebenarnyaabang tertarik hati pada seseorang. Dia…”

            “Siapa dia?”potong Samsul, berminat ingin tahu tentang identiti wanita bertuah itu.

            “Dia PT yang barusaja melapor diri di sekolah abang. Kali pertama pandang dia, hati abang rasalain. Macam ada sesuatu saja. Abang tak tahu apa yang abang rasa sekarang,”akui Safwan.

            “Is this lovefirst sight?” teka Samsul.

            “Of coursenot!” nafi Safwan.

            “Usah menidakkanperasaan abang,” bidas Samsul.

            “Dia muda Sam.Sebaya Sam. Dia layak jadi adik abang saja,” balas Safwan.

            “Cinta tidakmengenal usia, bang. Oleh itu pujangga cinta mengatakan bahawa cinta itu buta.”Samsul tidak mahu mengalah.

            “Sekarang zamanIT, Sam. Orang sudah tidak guna pujangga cinta bagai. Ketinggalan zaman.” Safwanyang sudah habis makan itu bangun lalu ke sinki untuk membasuh tangan.

“Hek eleh! Tak nak mengaku la tu…” sindirSamsul.

Previous: 5 - 1
Next: 5 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.