Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
124,048
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
7 - 2

“ELIS?” laung Safwan dari bilik.

            Kerja Elisterhenti.

            “Kak Fidah, GBnak apa?” soal Elis.

            “Entah! Elispergilah masuk sekarang. Nanti dia keluar dan membebel dekat sini pula,” balasKak Fidah tanpa memandang Elis. Tekun dengan kerjanya.

            Elis bangun lalumasuk ke bilik Safwan. Dihampiri meja Safwan.

Safwan memandang Elis, bersama-sama dengansegaris senyuman penuh makna.

            “Cikgu panggilsaya ke?” soal Elis.

            “Ya,” jawabSafwan.

            “Ada apa?” balas Elis.

            “Saya nak…”

Sengaja Safwan membiarkan Elis berteka-teki.

            “Cikgu nak apa?”Kau rasa nak kena hempuk dengan kerusi ke, Mr Duda Perfect? Balas hati Elis.Hmm… sesuai juga gelaran itu dengan kau. Hatinya mengekek lucu.

            Safwan tenungmuka Elis.

            “Kenapa cikgupandang saya begitu? Saya rasa tak selesalah!”

Elis mengalihkan wajahnya ke arah lain.

            Safwan ketawa.

            “Saya nak…”

            “Daripada tadicikgu sebut perkataan yang sama. Cikgu nak apa sebenarnya ni?” Elis sudah naikangin. Memang nak kena tamparlah! Sengaja buang masa aku. Aku banyak kerjalah!

            “Cuba dengardulu.” Erk, garangnya staf aku ni, kutuk hati Safwan.

            “Cakap sajalah!”bentak Elis.

            “Tolong buatkan Nescafeuntuk saya,” pinta Safwan selamba.

            Terjegil mataIris. Laa…. nak minta benda senang pun sudah mengambil masa berberapa minit.Aku ingatkan apalah tadi. Bom nak meletup ke. Kucing kau nak beranak ke.

            “Air saja ke?Biskut, kuih-muih, nasi goreng, tak nak ke?” perli Elis.

            “Bolehlah juga.Pergilah beli,” balas Safwan.

            “Beli sendiri!”  Elis melemparkan senyuman sinis kepada Safwan.Serentak itu dia beredar meninggalkan bilik Safwan.

Previous: 7 - 1
Next: 7 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.