Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
124,393
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
6 - 2

ELIS memasuki kelas Prasekolah Karisma. Lalu menghampiri PuanSalawati.

            “Auntie apa khabar?”Elis berasa gembira apabila bertemu Puan Salawati.

            “Khabar baik.”Puan Salawati membalas dengan nada dingin.

            Lekas Elismenyalami Puan Salawati. Namun belum sempat hendak menciumi tangan, wanita ituserta-merta menarik tangannya. Dia membuang pandang ke tempat lain.

Elis tergamam.

            “Auntie tak sukaElis bekerja di sekolah ni ke?” Hati Elis berdebar menanti jawapan PuanSalawati.

            Puan Salawatiketawa sinis.

            “Ya! Untukpengetahuan Elis, auntie tidak pernah mengharapkan kedatangan Elis ke sini.Kerana apa? Kerana Elis buta dalam menilai cinta ikhlas Shamil pada Elis. Eliscuma nampak cinta palsu Farish saja. Sejak Elis bercinta dengan Farish, auntiesudah mula tidak sukakan Elis. Elis umpama racun pada Shamil! Auntie tak faham,mengapa Shamil terus mengejar Elis sedangkan Elis sedikit pun tidak pernahhargai dia?” Puan Salawati melampiaskan amarah yang sekian lama dipendam. Puashati dia!

            Elis terkedu.

            “Auntie cakap apani?”

            “Usahlahberpura-pura baik, Elis,” sindir Puan Salawati.

            “Cinta tidakboleh dipaksa, auntie! Elis tak pernah cintakan Shamil. Elis hanya menganggapShamil sebagai seorang kawan sahaja. Andai kata Elis terima dia, Elis bimbanghati dia yang akan terluka. Sebab Elis tidak boleh balas cinta dia. Auntieperempuan, sama seperti Elis. Auntie sepatutnya faham apa yang Elis rasa!”tegas Elis, membela prinsip dirinya.

            “Salah ke kalauElis beri peluang kepada Shamil?” bidas Puan Salawati.

            “Peluang apa jikahati berkata sebaliknya, auntie?” balas Elis.

            Puan Salawatimendengus.

            “Maka, Elislahmanusia yang paling kejam sekali!” maki Puan Salawati.

            Elis terkesima.

            “Elis anggaplahyang kita tidak pernah kenal selama ini. Jangan pernah tunjuk muka Elis padaauntie. Auntie bencikan Elis!” tambah Puan Salawati.

            “Sampai macam itusekali ke, auntie?”  Elis jadi sebak.

            “Iya!” tekan PuanSalawati.

            Elis melepaskankeluhan.

            “Baiklah kalauitu yang auntie mahukan.”

Elis beredar meninggalkan bangunan prasekolahitu.

Previous: 6 - 1
Next: 6 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.