Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
123,287
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
10 - 1

Kasihitulah yang kudamba,

Namuncinta lain yang bertamu.

 

“CEPATLAH, Kak Leen! Akak katanak pergi beli makanan. Jomlah! Elis tak boleh makan lewat. Nanti kena penyakitgastrik lagi,” desak Elis.

            “Kejaplah! Sikitsaja lagi.” Kak Leen tetap meneruskan kerjanya.

            Elis mendengus.Dia berjalan ke muka pintu.

            “Sebelum Elis berubahfikirkan, lebih baik akak cepat!” marah Elis.

            “Sudahlah itu. Kerjatidak pernah akan habis. Pergilah.” Kak Fidah yang sedari tadi memerhatitingkah mereka itu segera bersuara.

            “Tengok itu! KakFidah pun suruh kita pergi,” bentak Elis lalu memulas tombol pintu. Daun pintuditarik ke dalam. Dia bertembung dengan Puan Salawati.

            Puan Salawati tenungtajam muka Elis.

            “Elis, we needto talk. There’s something that I need to tell you. Are you free now?” kataPuan Salawati dengan nada serius.

            Elis angguk.

Lantas mereka beredar ke luar. Mereka berhentisebaik tiba di koridor berdekatan dengan tangga.

            “Auntie bercadanguntuk menjodohkan Shamil dengan calon pilihan auntie. Namanya ialah Shasha. Diaadalah rakan kerja Shamil. Dia seorang gadis yang baik, lebih bagus daripada Elis.Shasha sudah lama menaruh perasaan terhadap Shamil. Auntie harap Elis tak akanganggu Shamil lagi. Tolonglah jangan hancurkan rancangan auntie yang satu ni!”Puan Salawati sengaja bercerita tentang Shasha kepada Elis. Dia mahu Elis tahubahawa masih ada wanita yang ikhlas menerima Shamil seadanya.

            Elis terkedu.Dipaksa bibirnya itu untuk tersenyum. Air matanya nyaris hendak menitis, namunditahan.

            “Auntie tidakperlu risau. Elis akan paksa dia untuk lupakan Elis.” Elis cuba menahan sebak.

            Puan Salawatitersenyum lega.

            “Bagus! Auntie amatberharap agar Elis mengotakan janji. Andai Elis masih berhubungan dengan Shamillagi, maka auntie akan bencikan Elis sehingga hujung nyawa!” ugut PuanSalawati.

            Elis hanya mampumengiyakan permintaan Puan Salawati.

            “Auntie pergidulu.” Puan Salawati beredar meninggalkan Elis.

            “Elis, jom!” KakLeen tiba-tiba saja muncul sejurus bayang Puan Salawati hilang.

            Elis termenung.Langsung tidak menyedari kedatangan Kak Leen.

            “Elis okey ke ni?”Kak Leen terkebil-kebil mata melihat tingkah Elis.

            Elis tersentak.Dia segera mengesat air mata yang bertakung di kolam mata.

            “Akak cakap apatadi?”

Dia berpura-pura bersikap selamba di hadapan KakLeen. Dia tidak mahu wanita itu mengesan durja yang merajai hatinya ketika ini.Biarlah dipendam kedukaan itu seorang diri. Dia tidak memerlukan simpati oranglain.

            “Elis ada masalahke? Ceritalah pada akak,” tanya Kak Leen lagi.

            Elis geleng.

            “Akak nak belimakan kan? Jomlah! Nanti lauk habis pula.” Elis menarik tangan Kak Leen.

Lalu mereka sama-sama menuruni tangga untuk ketingkat bawah.

Previous: 9 - 3
Next: 10 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.