Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
124,101
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
8 - 3

TELEFON bimbit berdering seusai Puan Salawati selesai mengajar.Lekas dijawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.

            “Ibu lakukansesuatu tanpa pengetahuan Shamil ke?” Shamil cuba menyerkap jarang ibu. Entahmengapa dia berasa bahawa perubahan Elis mempunyai kaitan dengan ibu.

            “Shamil cakap apani? Ibu tak faham.” Puan Salawati berkerut dahi.

            Shamil mendengus.

            “Ibu lebih tahu,”perli Shamil.

            “I do notunderstand what you say, Shamil!” balas Puan Salawati.

            Shamil tersenyumsinis.

            “If I say,it's about Elis. What is the reason that you will give to me?” duga Shamil.

            Puan Salawatiterkedu.

            “Kenapa ibu diam?Ibu ada cakap apa-apa pada Elis ke?” bidas Shamil kasar.

            “Tt… tak ada,”nafi Puan Salawati gugup.

            “Tipu! Shamilkenal ibu. Ibu, tolonglah mengaku yang ibu memang ada kata sesuatu pada Elis!”bentak Shamil.

            “Kenapa Shamilmenuduh ibu begitu? Shamil dah tak percaya pada ibu lagi ke? Ibu ini ibukandung Shamil. Shamil sepatutnya dengar kata ibu, bukan kata Elis!”

Puan Salawati memarahi Shamil. Rasa geramnyapada Elis semakin membara-bara. Apa yang dikatakan oleh Elis sehingga Shamilmengamuk sebegini rupa?

            Shamil tergamam.

            “Shamil mohon maafkerana telah meninggikan suara pada ibu. Shamil rasa tertekan bila Elis cubamengelak daripada Shamil,” balas Shamil lemah.

            Puan Salawatitersenyum lebar. Nampaknya Elis mengotakan janjinya itu. Satu masalah sudahselesai. Dia yakin Elis akan sedaya upaya menjauhkan dirinya daripada Shamil.Puas hati dia!

            “Kalau begitu,apa kata Shamil cuba rapat dengan Shasha. Elis tidak mahu berkawan denganShamil lagi,” provok Puan Salawati.

            Shamil mendengus.

            “Shamil tak nakShasha! Shamil cuma mahukan Elis!” tegas Shamil.

            “Habis tu, Shamilmahu terus terhegeh-hegeh dengan orang yang tidak inginkan cinta Shamil? Berilahpeluang pada Shasha, Shamil. Ibu yakin Shasha adalah wanita yang tepat untukShamil,” pujuk Puan Salawati.

            Shamil mematikantalian.

            Puan Salawatimeletak telefon bimbit di atas meja. Dia mahu bertemu Elis sebentar lagi.Memberi amaran supaya gadis itu tidak mengganggu Shamil lagi. Biar Shamilmenyedari bahawa Shasha sememangnya jodoh Shamil. Dan Elis ialah wanita yangpaling kejam!

 

Previous: 8 - 2
Next: 9 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.