Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
20,239
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

KERETA bergerakpulang ke rumah yang dijangka mengambil masa beberapa jam dari KLIA. Maklumlah,tinggal di luar bandar yang penuh dengan pokok-pokok getah dan sawit. Huna yangteruja untuk pulang, penat malah tidur dalam perjalanan pulang. Mungkin sebab jet lag lah ni. Hati Luthfi menuturkananggapan spontan.

            Setibanya di kampung, Huna terjagadan menoleh keluar tingkap kereta. Hatinya sebak melihat tanah tempat membesarnyaselepas empat tahun tidak pulang. Kebetulan pula, kereta yang dinaiki Huna danLuthfi merentasi ladang getah; ladang yang terletaknya kubu rahsia mereka sewaktukecil dahulu. Terkenang Huna akan permainan lastik biji getah yang selaludimainkannya ketika kecil dahulu seperti paintball.

            Duuushhhhh...

Buah getah terkena dadaLuthfi yang menyebabkan dia terpaksa berhenti bergerak (peraturan permainan).Luthfi dengan laju mengira dari satu hingga lima puluh sebelum kumpulan Adam datangmerampas lastiknya supaya ‘sumpahan’ tidak boleh bergerak boleh dibebaskan.

            Adam ketua kumpulan lawan denganpantas berlari ke arah Luthfi sambil mengelak biji getah yang dilastik kumpulanLuthfi.

            “ Julia! Zulaika! Tembak Adam cepat.Kalau tak, nanti kita kalah.” Teriak Luthfi nyaring dengan harapan Julia danZulaika yang sedang menyorok di sebalik pokok getah mendengar.

            Julia dan Zulaika tahu yang Luthfimemegang batang lastik bertanda. Jika lastik tersebut dirampas, kumpulan merekaakan kalah serta merta. Namun, tembakan lastik mereka mudah dielak denganenteng oleh Adam. Adam dengan gaya ahli perisikan terhebat, mengangkat bibirnyake kanan, tersenyum licik kerana sedar akan kemenangannya.

            “ Yay!!! Kita menang Melin, Huna. Kita menang!!!” jerit Adam denganmemegang lastik yang bercat biru tapaknya.

            “ Tak tahu lah nak raikan ke tidak.Kalau geng dengan Adam mesti dia saja yang main.” Balas Amalina dengan nadakecewa, memandang Huna yang masih lagi mencuba menarik tali lastik yang tidakmenjadi apabila dia tembak. Tanpa sedar dia merengus nafas perlahan tandasabar.

            “ Eh tak mengapalah. Asalkan kitamenang.” Kata Adam yang kemudiannya gelak kepada kumpulan Luthfi yang kalah, berdekah-dekah.

            Luthfi melihat semua sahabatnya mulabosan, berpaling ke arah pondok dan terfikir idea untuk menambah keseronokan.Dia memandang rakan-rakannya sekali imbas dan langsung mengungkapkan cabaranyang menarik perhatian semua, “ Siapa yang sampai dulu dan sentuh pokok getahtu. Dia menang.” Cabar Luthfi sambil mengangkat jari telunjuknya ke arah pokokgetah berhampiran pondok kecil; kubu rahsia mereka.

            Semua rasa sangat bersemangat untukmerebut kemenangan individu apabila mendengar cabaran Luthfi Dil.

            “Satu, dua, tiga!!!” gesa Luthfipantas, tidak sempat rakan yang lain bangun dan peka dengan kiraannya untukcabaran lumba lari tersebut.

             Lantas Zulaika, Amalina dan Julia serta Adamberlari dengan kelajuan maksimum yang termampu selepas melihat Luthfimendahului di tempat pertama. Huna yang masih bermain lastik tersentak,menyampak lastik ke tanah dan menghayun kakinya laju kerana ketinggalan ditempat terakhir. Mereka melepasi beberapa pokok getah, satu orang satu lorong.

            Adam dari belakang, sekali lagimengangkat bibirnya ke kanan dan kening bangganya, memintas Julia, Amalina,Zulaika dan Luthfi sekali gus merampas kedudukan pertama. Dia menyentuh pokokgetah yang ditunjukkan Luthfi di awal perlumbaan tadi dan melompat gembira.

            “Yahuu!Aku menang lagi.” Riak Adam menoleh ke belakang.

             Namun tiada sesiapa pun di belakangnya. Manasemua orang? Desis hati kecil Adam. Tiba-tiba, terdengar olehnya dekahanZulaika kuat di sebelah kirinya, terus dia menoleh ke kiri melihat semua orang sedangmenyentuh pokok getah di sebelah, cuba menahan gelak.

            “Hahaha...” perlahan Adam ketawacuba membentak, “ Tadi kau cakap pokok ni kan? Kenapa pula nak pokok tu?”

           “ Rileks-lahDam. Kita main-main saja. Janganlah marah. Lagipun, memang Luthfi tunjuk pokokni tadi. Kau yang salah tengok.” Pujuk Zulaika, Adam yang tidak berpuas hati.

            “ Entah! Dah kalah tu kalah lah.Jangan nak salahkan orang lain pula. Haha.” Sindir Luthfi awalnya inginbergurau sahaja, tapi dia tak sedar dia sudah pun mencurah minyak dalam apiamarah Adam.

            Adam mendekati Luthfi, meramas kolarbajunya, mengagah mata Luthfi memperlihatkan rasa tidak puas hatinya selepasdimalukan.

            Setelah itu, Luthfi mengenggamlengan Adam cuba melawan.

            Budak perempuan serentak menjauhkandiri, takut dengan pergaduhan itu dan cuba menghentikan pergaduhan tersebutdengan kata-kata menghalang. Belum sempat untuk Luthfi dan Adam berkelahi, tiba-tibasuara manis si kecil yang baru sampai, mencuit hati semua orang untuktersenyum.

            “ Abang!!!” tempik Huna kepada Adamdan Luthfi. Kemudian disambung perlahan, “ Huna nak...kencing..” ujar Hunadengan pipi merah.

            Adam dan Luthfi menoleh ke arahHuna, memandang antara satu sama lain, terkejut seketika, tersembur gelakanmereka mendengar luahan Huna. Julia, Amalina dan Zulaika juga terhibur dengankata-kata Huna yang sangat tidak dijangka. Mereka melepaskan tangan, menolakbahu satu sama lain sambil menyatakan maaf.

            “ Kita kan brothers. Tak gaduh tak faham lah sifat sebenar kita. Dari umurempat tahun sampai sekarang; darjah satu, aku kenal kau. Gaduh-gaduh, nantibaik semula.” Jelas Luthfi kepada Adam.

            “Cis, geram pula aku tengok kau ni.Rasa nak peluk kau rapat-rapat biar muka kau hodoh.” Adam mendakap Luthfi, laludiketatkan dakapannya sehingga Luthfi tercungap-cungap mencari nafas.

            Huna yang tadi ingin ke tandas membengkokkanlutut tergesel-gesel menahan kencing dilihat oleh Zulaika.

            “Wei, Huna nak buang air tu. Jom labalik rumah sekarang. Jangan bermanja-manja sangat lah. Dah nak senja dah pun.Cepat!”

            Adam dan Luthfi terus pucatmemandang Zulaika marah, berhenti bergurau dan Luthfi berjalan ke arah Hunaseraya memegang tangan Huna untuk pulang. Mereka semua pulang ke rumah masing-masing yang hanya dalam kelompok kejiranan terdekat kecuali Julia dan Zulaikayang tinggal jauh sedikit dengan kejiranan mereka. Jadi, mereka memang selaluberkumpul dan bermain bersama. Pulang pun melalui jalan yang sama.

            Ketika berjalan pulang, Amalina danZulaika bergilir-gilir mengunci leher Adam terlompat-lompat sebagai hukumancuba memulakan bergaduh di ladang tadi. Adam memang lemah sikit dengan Amalinadan Zulaika, lagi-lagi Zulaika yang perangai macam lelaki. Huna dan Julia hanyamelihat dari belakang, ketawa perlahan melihat Adam di buli rakan sebayanya.Azan maghrib berkumandang. Huna dan Luthfi sudah pun sampai ke rumah Mak Longdan Pak Longnya.  

            “ Dah pergi lah tandas tu.” CakapLuthfi kepada Huna yang tergoyang-goyang nak kencing.

            Huna melambai kepada Julia dan yanglain, berlari terus ke dalam rumah tergesa-gesa sehingga terpelanting seliparyang dipakai ke muka Luthfi. Luthfi mengetap giginya dan melaung,

            “ Hu....naaaa!!!”

            “ Ya... ya... aa.. abang!” terperanjat Huna di dalamkereta dengan suara abangnya yang memecah bayangan silamnya.

            Ketawa Luthfi sambil menggelengkepalanya dengan senyuman, melihat telatah adiknya yang tidak pernah lekang diingatannya biar masa mencumbu pergi. “Jom, alang-alang dah lalu sini, kitamelawatlah sekejap.” Ajak Luthfi sebelum membuka pintu, keluar dari kereta.

            Huna memusingkan kepala epalnya keluartingkap. Alangkah terharu hati Huna melihat ladang getah yang penuh dengankenangan pahit dan manis bersama rakan-rakan, betul-betul di depan matanya.

            Luthfi mengelilingi kereta ke pintutempat duduk Huna seraya membukanya dengan berkata, “Dah... sudah sudahlahmengelamun. Jom! Abang dah tolong buka pintu dah.”

            “ Baik...baik. Eh, jap abang!” ujarHuna lalu mencapai beg tangannya, mengambil sesuatu yang berbulu ayam merah laludimasukkan ke dalam poket seluar. Sebaik sahaja Huna keluar dan berdiri dihadapan ladang getah tersebut, angin sejuk sepoi-sepoi meniup Huna danmengerbangkan tudungnya. Berkumpul kolam air mata yang menunggu masa untukjatuh di pipinya kerana terharu.

            Luthfi hanya diam mengerling ke arahHuna dari belakang. Terbentuk senyuman bangganya kerana berjaya membuat adiknyaterharu. Huna tiba-tiba menoleh kebelakang, membeliakkan mata Luthfi yangsedang ‘angkat bakul sendiri’.

            “Abang, Pak Long dah upah orang ke?”

            “ Lama dah upah, sebelum kau pergiAustralia lagi dah upah. Nyanyuk lah tu.”

            “.....”

            “Yelah, yelah.” Jawab Luthfi kepadaHuna menandakan faham dan cuba menukar topik, “Ni nak tengok je ke atau nakjalan-jalan dalam tu dulu?” 

            “Hmm... Sebenarnya Huna ada satubenda yang perlu dibereskan,” ucap Huna dengan tangan berlipat. “Huna nak abangjangan ikut Huna walau apa pun berlaku. Boleh?” tanya Huna dengan nada serius,merenung tajam ke mata abangnya.

            Luthfi mengiyakan saja Huna dengananggukkan tidak kisah. Huna pun berjalan masuk ke dalam ladang getah. Luthfidari luar melihat Huna memasuki ladang getah tersebut dan menyampuk, “KalauMagus kejar abang tak kisah tau, Huna.”

            “Beres bos!” jawab Huna laju sambil mengangkattangan tanpa menoleh.

            Huna menutup mulutnya, namun hatinyaberbicara, “Magus. Aku masih ingat nama yang aku berikan kepada anjing liaryang mengejar aku dan Julia.”

            “Magus? Apa benda Magus tu, Huna?”tanya Zulaika dengan nada iras-iras lelaki.

            Huna yang sedang melukis gambaranjing bertulisan ‘MAGUS’ atas kertas di pondok tidak mendengar soalan tersebutkerana ralit melukis. Tapi dibalas Julia yang peka dengan pertanyaan Zulaika.

            “Oh, nama tu nama anjing liar yangkejar kami hari tu. Huna bagi nama tu sebab dia suka nama tu. Kan? Huna?!”

            Huna memandang Julia dan menjawab, “Betul, betul. Huna rasa Magus tu ada masalah kesihatan, jadi bukan salah diajuga kejar kita. Huna rasa Magus tu haiwan yang baik walaupun kita harammemegangnya, kita mestilah hormat akan kewujudannya”

            “Merepek saja kau ni Huna. Baik kaujangan dekat dengan haiwan tu. Bahaya kau tahu? Jangan bagi makan dan jangansesekali layan dia. Faham tak?”

            “Faham.” Jawab Huna perlahankeseorangan dalam ladang getah.

            “Oiii... Cik gila ke? Cakap dengansiapa?” sindir Luthfi yang mendengar suara Huna dari belakang dan ketawasendiri dengan sindirannya.

            Huna yang mengabaikan kata-kataLuthfi terus berjalan di dalam ladang tersebut dengan lebih dalam, lebih kurangdalam enam meter jauh dari Luthfi. Luthfi mula risau dan memanggil,

            “Oit, Huna. Jauh dah tu. Nak pergimana?”

           Huna terus berdiam. Sejauh lebihkurang sepuluh meter dari Luthfi, dia secara tiba-tiba menghentikan langkahnyadan menunduk ke arah semak lima meter dari jaraknya. Dia melihat sinar bulatsedang memancar ke arahnya. Namun, Huna tidak gentar malah mengukir senyumanyang Adam sering lakukan.

            “Lama juga kau hidup. Terakhir akujumpa kau...ooh... dah lebih tiga belas tahun aku tinggalkan kau. Kau makinbesar ya.” Ucap Huna sendirian.       

            Gema jeritan Luthfi tiba-tiba kedengarandalam ladang getah tersebut. “Lari!!! Huna!!!”

            Jeritan Luthfi seperti deja vu kepada Huna. Bunyi yang sama,tapi suara yang lebih kecil; seperti suara budak darjah enam.

Previous: Bab 2
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.