Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
20,220
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

TELEFON berderingdi meja. Huna yang sedang bermain komputer riba, meramas telefon mudah alihnyadan berkata,

            “Hello.”

            “Haaaaaaaa! Hunaaaaa!” pekik Juliasehingga nak pekak telinga Huna.

            “Woi, sakitlah telinga aku minahsenget. Kenapa?”

            “Aku rindu kat kau. Haaaa... kau dahsampai kat rumah ke?”

            “Habis tu. Dah malam ni takkan akukat hutan pula.” Perli Huna menjulingkan mata.

            “ Ya tak ya juga.” Gelak Juliajanggal. “Macam mana tugasan yang aku bagi? Ada lagi tak dia?” tanya Juliaberia-ria.

            “Hmmm. Magus baru saja mati tadi.Aku buat apa yang kau suruh tadi. Dah beres.”

            “Kau bunuh dia kenapa Huna? Akusuruh tembak ubat tidur saja hantar kat pusat kesihatan ke apa. Kejam lah kau.”

            “Hei, minah senget! Molek sikit, akutidurkan dia saja tau. Tapi dia dah tua. Jadi memang ajalnya. Aku bukanpembunuh, okay.”

            “Oh, faham, faham. Sebenarnya, akutengah tunggu mak ayah aku sekarang. Entah kenapa tak sampai-sampai lagi.Bosan. Sebab tu aku telefon kau.” Terang Julia kepada Huna.

            “Tuk! Tuk! (bunyi pintu diketuk)”

            Huna terjentat lalu melihat ke arahpintu. “Julia abang aku datanglah, nanti aku telefon kau balik ya?Assalamualaikum.” Huna meletak telefonnya dan menyahut, “ Masuklah.”

            Pintu ditolak, muka Luthfiberpakaian pijama watak animasi memasuki ke dalam bilik Huna.

            “Astagfirullahalazim!” keluh Hunadengan mata bulat menutup mulutnya dengan tangan. “Baju siapa yang abang pakaini? Gelilah Huna tengok.”

            Luthfi yang sedang berdiri, tundukmelihat apa yang tidak kena dengan bajunya. “Baju abanglah, abang suka kain diasejuk. Lagipun abang kan comel. Tak salah kan orang comel pakai baju comel?Sebab tu ramai orang minat kat abang.” Berlagak Luthfi depan adiknya.

            “Eleh! Ada apa masuk bilik ni? Kalaunak kacau Huna, dengan segala hormatnya keluar. Huna sibuk ni tengah cari iklankerja kat internet.”

            “Oh, cari kerja. Abang baru saja naktanya fasal hal tu.” Jawab Luthfi, bersila di lantai bilik Huna acah-acah budakumur tiga tahun. “Huna nak buat apa esok?”

            “Huna ingat nak pergi rumah Melinkejap. Tapi risau dia kerja pula esok pagi.”

            Luthfi membisu sebentar mendengarkata-kata adiknya. “Huna...” menunduk Luthfi cuba menyampaikan sesuatu dengansuara perlahan, “ Melin dah meninggal dunia dua bulan yang lepas.”

            Huna yang sedang menaip, kaku denganapa yang dia dengar. Dia menoleh ke muka abangnya yang serba salah.

            “Abang nak bagitahu Huna masa tu,tapi Huna tengah final exam. Lepastu, abang lupa terus nak bagitahu Huna. Maafkan abang ya.” Ucap Luthfi.

            Huna yang seakan tidak percaya cubamenafikan, “ Hahaha. Tak lawaklah abang.”

            Luthfi merenung mata Huna denganmata tidak berkelip.

            Melihat wajah Luthfi, fikiran Hunamula percaya ucap dirinya, “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Kak Melinmeninggal sebab apa bang?”

            “Hasil bedah siasat kata seranganjantung. Melin meninggal dekat rumah agam yang besar hujung kampung tu. Diakerja dekat sana masa tu. Itu saja lah yang abang tahu.” Jelas abang kepadaHuna.

            “Kak Melin...” perlahan Hunamemanggil. Dia mula terbayang akan wajah Amalina yang selalu memanggilnyadengan nama keduanya,

            “Yani! Jomlah borak dengan Melin.Tak yah lah tengok Adam dengan Luthfi main lawan-lawan pedang tu.” AjakAmalina, Huna yang sedang menonton perlawanan pedang kayu abangnya dengan Adam.

            Huna terus menghampiri Amalinabersimpuh di atas serambi pondok. “Huna rasa nak gelak saja tengok Kak Ika mainpedang dengan mereka. Habis lari abang dengan Adam. Haha.”

            “Ika memang macam tu. Sukabenda-benda lasak.” Kata Amalina lalu memandang Huna, “Huna memang suka pakaibunga tu dekat telinga ke?” tanya Amalina melihat bunga Kesidang tersunting ditelinga Huna.

            Huna mencabut bunga dari telinganyalalu berkata, “ Bunga ni. Haah, Huna suka sangat bunga ni sebab warna diacantik.”

            “Ooo. Ni bunga makcik yangselamatkan Yani hari tu ya? Ada apa-apa makna ke bunga ni sampai Yani sukapakai setiap hari?”

 

            “Mestilah ada kak Melin. Bunga nimenandakan kesucian dan kebahagiaan. Haaa..” terdiam Huna seketika memikirkanayat untuk ditambah, “Haaa...i...itulah, itulah yang Huna tahu. Hiks-hiks.”

            “ Akak tengok bunga tu dah nak layudah. Apa yang bahagianya Yani sayang?” gurau Amalina cuba pangkah fakta Huna.

            “Haha. Huna tahu. Ni saja  yang tinggal (bunga Kesidang). Yang lainsemua dah mati. Esok mungkin Huna tak pakai dah kot. Huna cari dekat-dekat sinitak ada pula pokok dia.” Terang Huna kecewa.

            Selepas mendengar rintihan Huna,Amalina memeluk tepi badan Huna dan memujuk, “Alolo,cedihnya Melin dengar cerita Yani ni.” Belai Amalina badanHuna dengan tapak tangannya. “Tapi kalau Yani nak tahu. Bunga yang layu nisebenarnya nak sampaikan sesuatu tau.” Ucap Amalina memegang bunga yangsebelumnya di tangan Huna.

            “Hah?” hairan Huna.

            “Kalau bunga layu maknanya apa?”

            “Lembik?”

            “ Ah ha... itu.. itu pun betul juga.Tapi! Bunga ni sebenarnya nak bagitahu Yani, Melin, bahkan semua orang di duniani yang dunia ini hanya sementara. Cuba tengok betapa cantiknya bunga ni padaawalnya. Betapa wanginya bunga ni semasa Yani dapat buat kali pertama. Tapisekarang, tak bau apa-apa malah mungkin akan busuk tak lama lagi. Rupa pun dahtak macam bunga dah, kan? Dia mekar dari sekecil pucuk dan diperlihatkankecantikannya kepada dunia. Namun, pabila dipetik, secara perlahan dia semakinlemah dan layu. Begitu juga kita Yani. Kita lahir sebagai bayi yang suci,bersih, dan dikatakan bau bayi itu ibarat datangnya dari syurga. Tapi!Disebabkan riak, sombong dengan kecantikkan, kemewahan dan kesenangan di dunia,kita dipetik dengan kelalaian dan lupa akan tuhan yang memberinya. Macam kitaperempuan, kita mestilah menjaga kecantikan kita dengan menutup aurat supayalelaki jahat tak mudah untuk tertarik dan mengapa-apakan kita sewenangnya.

            “Oh, jadi Huna kena pakai tudung lahlepas ni?”

            “Ya! Yani kena pakai tudung, pakaibaju sopan bila Yani dah akil baligh nanti. Tapi kalau Yani nak pakai sekarangpun boleh. Tapi kena istiqamah.”

            “Oooo..”

            Amalina menenung bunga tadi di telapaktangannya yang kemudiannya dihulur perlahan kepada Huna, “ Dan bunga ni nakberitahu jika kita tidak menjaga diri kita, kita akan mati dengan rasa malu danrasa terbuang sebab bunga layu ini nanti akan dicampak ke tanah diurai menjadidebu. Bezanya kita dan dia adalah kebebasan. Kita boleh menjaga mengawal tindaktanduk kita. Tapi bunga ini di situ di tumbuh, dia takkan boleh melawan jikaada yang petik. Jadi tumbuh-tumbuhan yang sentiasa terasa tergugat ini bijaksebab dipenuhkan setiap detik hidupnya berzikir kepada Allah. Kita bijak juga,tapi mudah lupa. Sebab itu bunga ni tolong ingatkan kita.

            “ Ooo... besar juga makna bunga layuni. Hmm.Tapi Huna tak risau sebab Huna muda lagi. Baru enam tahun. Lambat lagiHuna nak tua.”

            Geleng Amalina lalu menjawab, “ TakHaryani. Tidak benar sama sekali. Mati boleh datang bila-bila masa tak kiramuda atau tua. Jadi, kita mestilah sentiasa melakukan amal soleh, patuhperintah Allah dan menjauhi larangannya. Dengan ini, kita akan diberkati didunia dan di akhirat. Wallahu aklam. Sekian terima kasih.

            “Wah! Akak ni kan, Huna rasa bolehjadi ustazah la besar nanti.” Tepuk Huna kagum dengan tazkirah pendek Amalinatadi. “Bertuah betul siapa jadi suami kak Melin nanti.”

            “ Itu Huna kena tanya Adam.”

            “Ah, hah...” tersipu-sipu Hunamendengar pengakuan Amalina. “Hah, kantoi kak Melin suka abang Adam ya?” usikHuna lalu berlari turun dari serambi teriak, “Abang Adaaa...am! Kak Melin kan,”belum sempat dihabiskan ayatnya Amalina menutup mulut Huna dengan tapak tanganrapat, “suokao doakaot aobang!”

            Amalina senyum malu lalu menyampuk,“ Tak ada apa-apa. Jom main Yani.” Ajaknya sambil mengesot kaki Huna ke pondok.

            “Huna! Huuuu.... naaaa....! Hunak!”bisik Luthfi ke telinga Huna.

            Melompat Huna di atas katil.

            “Maaf, maaf. Abang bukan nakterperanjatkan Huna, tapi Huna tu abang panggil di tenungnya dinding taksudah-sudah. Huna marahkan abang ke?”

            Huna sedar menenangkan diri danjawab, “ Tak ada lah. Kak Melin memang baik kat Huna. Tapi Huna yakin dan pastikak Melin akan sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang soleh dansolehah di sana.”

            “Betul ni tak marah kan abang? Nantitak tenang abang tidur nanti. Takut-takutlah kena serang dengan budak muka epalni.”

            Huna menghempuk punggung Luthfidengan bantal lalu gumamnya, “Ha... kan dah kena. Apa apa pun, esok Huna nakabang teman Huna pergi kubur kak Melin. Boleh melawat kubur ummi dan abahsekali.”

            “Yelah. Yelah.” Balasnya dengan nadajengkel. “ Sakitlah punggung abang Huna pukul dengan bantal tu. Huna tidurbantal kayu ke apa?” perli Luthfi selepas merengek sakit. 

            Huna hanya mencebik bibirnya danmengacah dengan tumbukan.

Previous: Bab 9
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.