Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
20,247
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog

LANGIT birudi Australia kian terang dek matahari yang menyilaukan mata Huna yang sedangbersiap untuk graduasinya, sudah terpacak tegak jam sembilan. Julia yang sedangmengemas barang untuk ke majlis itu asyik menyanyi di atas katil dengan suaraala serak-serak basah menusuk ke telinga siapa yang mendengar. Huna mulajengkel dengan silauan dan tusukan itu lantas bersuara.

            “Arghh!My eyes!” jerit Huna di dalam bilik, sedang berhias lantas menyahut,“Julia, boleh tak kau tolong tutupkan tirai tu?”

            “Ofcourse, my princess” balas Julia dengan mata juling ke atas seraya gelaktanda bergurau. Julia memandang ke arah tirai balkoni dengan mataterkelip-kelip silau, laju membelakangi tirai mengelak cahaya kepanasan dan menariktirai sampai ke hujung. “Wah, panas betul hari ni! Hmmm... Harap-harap dewannanti tidak lah sepanas ni.” kata Julia, bergerak ke katil, “Wah, excited-nya aku nak tauliah. Lama dahtak balik rumah. Eh Huna, kau ada rasa teruja tak nak tauliah ni?”

            “Mestilah teruja. Dah lima tahun dahtak balik Malaysia. Tak sabar nak jumpa abang aku kat rumah. Mak cik dan pakcik aku mesti tak sabar nak jemput aku esok kat KLIA. Asyik skype je, tak feelings.

            “Macam mana-lah agaknya muka abangaku sekarang. Mesti dah gemuk sebab kerja makan sahaja. Dulu punyalah famous sebab mukalah konon. Arghh, taksabarnya nak balik rumah!” desis hati kecil Huna sendirian.

            Teringat Huna akan wajah abangnyayang mempunyai rambut tebal yang selalunya diikat ke belakang seperti samuraiJepun. Pernah sekali rambut itu cuba dipotong oleh Huna tapi abangnya sangatsensitif dan sukar dikawal menyebabkan misinya gagal. Terusik di fikirannyadengan kisah silam abangnya yang pernah menjadi pelajar popular di sekolahmenengah dahulu.

            “Kacaknya Luthfi Dil tu. Dia dah adagirlfriend ke, Huna?” tanya Fatiya,rakan sekolah Huna.

            “Apa yang kacaknya dengan abang akutu? Macam beruk je aku tengok. Kautak payahlah mengurat dia. Baik kau kejar Aiman tu. Hensem, macho, pandai dansebagainya. Hiks-hiks” menggedik Hunamenyebut nama budak pandai tersebut.

            “Kau ni Huna. Tak yah ‘sebagainya’sangatlah.” sindir Fatiya dengan jari membuat simbol pembuka penutup kata. “Abangkau tu budak popular kat sekolah kita ni. Dah lah hensem, bergaya, badan kuat,ahli sukan, semua lah. Kau nak budak skema tu ambil-lah, janji kau bagi abangkau kat aku. Hehe...

            “Heh!” dengus Huna lalu berpalingtidak peduli hendak ke kelas. Fatiya yang tidak perasan kerana leka memandangLuthfi Dil, dengan pantas mengejar Huna di belakangnya setelah sedar ketiadaanHuna dengan memaling kepalanya ke kanan dan kiri tercari-cari.

 

LOCENGterus berbunyi menandakan sesi persekolahan tamat. Ketika semua pelajarbergerak pulang melalui susur gajah, Luthfi ternampak Huna dari belakang,berlari, kemudian mengunci kepala Huna dengan tangannya. Tertunduk Hunamenghadap lantai merengek.

            “Hei, lepaslah abang!”

            “Tak nak. Abang nak putuskan kepalakau yang bulat ni.”

Huna lantas menggigitlengan Luthfi memaksa lidahnya untuk menjerit kesakitan. Luthfi membuka headlock dan mengipas tangannyakesakitan.

            “Tulah. Nak sangat.Kan dah kena”

            “Alah, bergurau sikit pun tak boleh.Nanti kalau abang dah tiada, kau juga yang menangis tak berlagu, rindu nak kenabuli dengan abang, kan?” usik Luthfi yang masih meredakan sakit di tangannya.

            Huna selamba beralih wajahnya kedepan terus berjalan untuk pulang.

            Luthfi menggosok laju kepala bertudungHuna dengan tapak tangan terbuka sinis, “Manja betul sayang abang ni!”

            Senyuman manis abangnya yangkadang-kadang menjengkelkan selalu menghenyak fikiran Huna ketika di Australia.

            “Huna!” panggil Julia dengan nadabisik di dewan graduasi. “Huna Haryani!” dicuba sekali lagi dengan nada yanglebih kuat. “Huna Haryani binti Aziz!!!” marah Julia menggegar gegendangtelinga Huna sentap.

            “Ah! Haah! Kenapa Julia?”

            “Nama kau sekarang. Pergi cepatambil sijil dekat atas pentas. Cepat!” gesa Julia dengan tolakan perlahan kebelakang badan Huna.

            Huna bangun berdiri dari kerusinya,bergerak ke pentas sambil membetulkan tudungnya dengan kedua-dua belah tangan,mengusap pipinya yang merah padam kerana malu.

            Selesai ambil sijil, Huna terusduduk di kerusi asalnya. Dia melihat Julia bangun untuk mengambil sijilkemudiannya. Huna menarik nafas lega namun gusar dengan gambar ambil sijiltadi. Risau diejek abang, muka bulat seperti epal. Sedar tak sedar, Julia dahpun duduk di kerusi asalnya, di sebelah Huna dengan pandangan tajam.

            “Woi! Mengigau lagi lah tu. Tadidekat bilik mengigau, dalam kereta mengigau, nak ambil sijil pun berkhayalentah ke mana. Kau ada masalah ke?” bimbang Julia dengan nada runsing.

            Huna hanya tersenyum kepada Julia menandakandia baik-baik sahaja. Dia sering teringat akan abang kesayangannya sejakkebelakangan ini. Tapi dihiraukan igauannya kerana dia bakal pulang ke rumahtidak lama lagi. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Esok dia akan bertemudengan abangnya. Mesti abangnya bangga kerana mempunyai adik yang pandaiseperti Huna. Jika ibu bapanya masih hidup, pasti mereka akan turut gembira.Mak Long dan Pak Long mesti dah beli bahan mentah nak masak lauk ikan bilismasak tempoyak kegemarannya. Maklumlah, anak buah kesayangan. 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.