Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
8,258
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

PERASAANNYA semakin berkobar untuk berjumpa dengan Pak Long dan Mak Longnya. Kereta yangdinaikinya melalui lorong kecil memasuki kawasan kejiranan rumah dekat denganrumah Mak Long dan Pak Long. Dia melihat adik-adik Amalina sedang gembirabermain di halaman rumah Amalina di waktu petang semasa perjalanan ke rumah.

            Amalina yang tua dua tahundaripadanya; sama umur dengan Luthfi ialah rakan dan kakak yang seringmenasihatinya dengan ayat-ayat puitis.

            “Eii, geramnya aku tengok muka comeladik kau ni Luthfi. Nak picit-picit saja pipi dia ni,” mengomel Amalina bilaberjumpa dengan Huna buat kali pertama di pangkin dekat rumah Pak Long.

            “Ni adik aku, Huna Haryani bintiAziz.” Perkenal Luthfi, Huna kepada rakannya; Zulaika, Adam, Amalina, dirumahnya.

            Huna yang masih malu-malu menyampukperlahan melambai, “ Hai, nama saya Huna Haryani. Umur saya enam tahun.”

            Amalina yang bersimpuh lantasmelutut di hadapan Huna sambut, “Hai Huna Haryani, nama akak Amalina. PanggilMelin saja. Tak yah akak-akak tau,” ujar Amalina ceria kepada Huna. “ Melinrasa nak panggil Huna Haryani ni, Yani lah. Nanti Melin akan sentiasa diingatoleh Yani sebab Melin satu-satunya kawan Yani yang panggil Yani, Yani! Apa akucakap ni? Ah, pening aku jadinya. Haha.” Mulut murai Amalina secara tak sengajamuncul. “Jom main sekali Yani!” ajaknya bermain batu seremban di pangkin rumah.

            “Huna tak pandai main batu seremban”

            “Tak apa, Melin boleh ajarkan.” KataAmalina seraya menarik tangan Huna terduduk di atas kayu pangkin binaan PakLong.

            Huna sangat gembira bermain bersamaAmalina, Zulaika di atas pangkin. Dan selepas dia masuk tadika, dia mulamengenali Julia yang selepas itu diajak main bersama di pangkin rumahnyawalaupun rumah Julia sebenarnya agak jauh.

            “Julia, petang ini kau datang takrumah aku?” tanya Huna ketika berlenggang bersama Julia di jalan untuk pulangke rumah.

            “Huna, mak aku selalu marah akusebab selalu pulang lambat. Mak aku cakap kalau balik lewat lagi, dia tak bagiaku naik basikal lagi,” mengeluh Julia runsing.

            Kebetulan pula mereka sedang melaluiladang getah atuk Julia yang jaraknya sama dekat antara rumah Julia dan Huna.Julia terfikir satu idea. Dia memandang Huna riak teruja,

            “Huna, apa kata lepas ni kita maindekat pondok atuk aku?”

            “Pondok atuk kau... dekat rumah kauke?”

            “Bukan, bukan,” menggeleng Julialalu mengerakkan mulutnya menunjukkan pondok di ladang getah, “ tu, tu...”

            Huna menoleh ke arah tempat yangditunjukkan Julia dan ternampak sebuah pondok kecil bertutup, berpintu danmempunyai serambi kayu yang sudah usang. Dia menggerak-gerak bibirnyatersenyum, tanda setuju dengan idea Julia.

            Sejak dari itu, setiap petang merekabermain bersama di pondok ladang getah yang tak lagi diusahakan.

            “Dah sampai!” sebut Luthfi lega mematikanenjin kereta kemudian memandang Huna, “Jom! Pak Long Mak Long dah tunggu tu.”Ujar Luthfi sambil menepuk bahu Huna yang sedang duduk berkhayal, lalu keluarmembuka bonet kereta.

            Huna melihat ke hadapan, melihat MakLong dan Pak Long dah tunggu terus dibuka pintu kereta keluar lantas mendakapMak Long.

            “Wah, rindunya  Mak Long. Mak Long sihat?”

            Mak Long yang mula ketawa, “ Sihatsaja kat kampung ni. Ladang atuk Julia yang Pak Long beli tu pun dah ada orangyang tolong jaga. Tak ada sangatlah masalah wang.”

            “Betul tu Huna. Mak Long kau ni darisemalam tak tidur nak tunggu kamu. Tu kat dapur tu kuat bau ikan bilis masaktempoyak kegemaran kamu. Bertungkus lumus Pak Long kopek ikan bilis semalam.Haha. Dah, dah. Maghrib nak dekat. Huna pergi mandi lepas tu turun makan ya. Berdirikat luar ni, panas je dapat. Jom lah masuk. Pak Long tak sabar nak makan.

            “Ei, Pak Long tolonglah Lupi ni,”tempik Luthfi manja dengan muka kesiannya kepada Pak Long yang cuba mengelatmasuk ke rumah. “Barang- barang apa entah yang Huna bawa ni. Berat betul, lepastu banyak pula tu.”

            “Aduh, baru nak mengelat,” bergurauPak Long lalu menolong Luthfi mengangkat beg dan barang Huna ke dalam rumah.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.