Home Novel Cinta BAHTERA SELUAS LAUTAN
BAHTERA SELUAS LAUTAN
Shion
9/1/2018 02:08:05
8,520
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 6

Bab6: Pikares Musafir

 

SELEPASusaiijtimak di anjung, Putera Telang berangkat ke kamarnya dengan fikiranberserabut. Wajah Cahaya Bula menghenyak pundak ke hatinya. Terus bagindabimbang akan rencana Bendahara Tun Kaja yang selalu bermuslihat. Baginda teriaksendiri dalam kamarnya kerana tertekan. Hatinya teringin untuk bersemuka denganBakau untuk mengetahui bagaimana dia boleh ke istana. Baginda meluru keluarpintu kamar. Langkahnya terhenti apabila baginda hanya membuka daun pintukecil. Terlihat Cahaya dan Laksamana Hang Siul berduaan di serabik dari celahdaun pintu baginda. Mereka seperti sedang bertengkar.

            “Mengapadinda hadir ke istana? Ini satu kerja bahaya!” tanya Laksamana Hang Siul dengankening tajam.

            “Dindadatang atas sebab utusan diraja. Bukan sengaja dinda ke mari, wahai LaksamanaHang Siul,” balas Cahaya dengan nada perlahan. Matanya terketar-ketar melihatsikap Hang Siul yang belum pernah dilihat.

            “Utusanistana? Walau apapun alasan dinda, dinda perlu keluar dari istana sebelum oranglain mengenali dinda sebagai orang istana.” Hang Siul menggengam lengan Cahayadan menariknya di serabik. Namun, ditangkas Cahaya kuat.

            “Mengapakanda mungkir pada janji kanda sendiri?” terucap perlahan secara tiba-tiba olehCahaya, menuntut janji Laksamana untuk bertemunya di Tembok Maluri dua harisebelumnya. Tidak pernah Laksamana memungkiri janji kepadanya.

            HangSiul cengang membisu lantas cuba menukar tajuk perbicaraan, “Ini bukan masauntuk itu, Cahaya.”

            HangSiul berpaling dari Cahaya. Hatinya seperti memendam sesuatu perkara yangmembuatnya celaru antara ingin memberitahu atau merahsiakannya. Mata Cahayatampak sedih dengan tanda tanya, menunggu jawapan dari Laksamana. Tidak diamarah akan Laksamana, namun hanya penjelasan yang dia mahu. Cahaya membasahkanbibir kecilnya tanda gementar. Dia mahu mengungkap kalimah, namun langkah kakiseseorang di serabik kayu merentak.

            HangSiul menghela nafas dan ucap, “Maafkan kanda…” Hang Siul lantas berjalanmembelakangi Cahaya, berlalu pergi dari pandangan.

            “Cahaya?”Bakau menyapa yang kemudiannya Cahaya menoleh.

            “Bakau…”Cahaya sambut perlahan, berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku sebelumnya.

            “Puasaku cari kau, Cahaya. Pergi jumpa Putera Telang sekarang. Temenggung DaengAsaad minta kau untuk melakukan rawatan awal.”

            “Perlukahsekarang? Adakah tergesa-gesa?” Cahaya menyoal.

            “Kitaakan bertolak malam ini, Cahaya. Lagipun, ini arahan Temenggung. Kau pastitidak mahu murka dengan Temenggung bukan?” ugut Bakau kepada Cahaya yang banyakpula soalannya.

            “Baiklah…baiklah!” rengus Cahaya kerana jengkel.

            Cahayasebenarnya agak gementar untuk bersemuka dengan Putera Telang kerana selama inidia menganggapnya sebagai Si Buta Tongkat yang tersimpan dalam lafas ikrarnyauntuk membalas perbuatan baginda terhadapnya. Dia risau layanan sebelumnyabakal dihukum oleh baginda.

           Sementaraitu, Putera Telang yang mengintai dari celah daun pintu, bergegas menutup pintulalu bergerak ke katil. Baginda menyelimuti dirinya seperti sedang beradu,menunggu Cahaya datang.

 

“TUK,TUK.” Bunyi pintu diketuk Cahaya dari luar. “Tengku?Ampun patik mohon untuk masuk.” Pintu kamar baginda terbuka sendiri selepasdiketuk oleh Cahaya. Terlihat baginda yang sedang tidur ayam dari pintu. Cahayatetap masuk ke dalam kamar baginda. Dia meletak bakul yang berisi peralatanperubatan miliknya di atas meja. Dia menutup pintu kamar dan menghampiri katiltempat Putera Telang beradu. Dia perlahan duduk bersebelahan katil untukmemeriksa kesihatan baginda. Cahaya memeriksa denyut nadi baginda dipergelangan.  

            Bagindamenelek wajah Cahaya dengan membuka kecil kelopak mata baginda. Melihat wajahCahaya jarak dekat membuat jantung baginda berdetak pantas.

            “Hmm…nadi baginda seperti tidak stabil. Aku rasa aku perlu suntik ubat penenang.”

            “Tidak!!!”tempik Putera Telang tiba-tiba. “Beta tak mahu disuntik,” pinta Putera Telangketakutan.

            Cahayasebenarnya tahu akan muslihat Putera Telang. Dia sengaja menakutkan Puterageneng itu selepas perasan akan pergerakan mata baginda yang terkebil-kebil.

            “Ampunkanpatik tengku. Patik hanya bergurau. Lagipun, patik hanya membawa peralatan asassahaja,” jelas Cahaya.

            “Nasibbaik. Adakah saudari sedar apa yang beta cuba lakukan?”

            “Kanak-kanakselalu melakukannya di rumah sakit. Patik sudah lali dengan itu.”

            “Betabukan kanak-kanak…” Putera Telang menafikan.

            “Patiktidak berkata begitu?”

            “Sudahlah,saudari boleh pulang. Beta sihat sahaja.” Putera Telang cuba menutup rasamalunya selepas sikapnya yang dianggap kebudak-budakkan.

            “Tidaktengku. Setahu patik, bahu tengku masih lagi belum sembuh. Lukanya agak besarbukan?” Cahaya bertanya masih mahu tinggal dalam kamar.

            “Bagaimanasaudari tahu akan luka di bahu beta?” ujar baginda aneh.

            “Itutidak penting tengku. Sekarang izinkan patik menukar balutan tersebut.” Cahayamencapai kolar baju baginda untuk diselak. Baginda menepis.

            “Apayang saundari cuba lakukan. Adakah saudari cuba mencabul beta?”

            “Tidaktengku. Izinkan patik.” Cahaya menyelak baju baginda menampakkan bahu yangdibalut kain putih kering dengan darah. Sudah lama tidak ditukar kain tersebut.Cahaya membukanya perlahan-lahan. Risau-risau ada daging yang melekat di kaintersebut kerana darahnya sudah kering. Dia kemudiannya membasuh dengan airmutlak. Membersihkannya dari kotoran. Air merah mengalir dari bahu ke bekas airyang ditadah.

            Merahbukan hanya pada airnya, malah pada pipi Putera Telang yang berbunga-bungahatinya. Ditenung wajah Cahaya yang suci di matanya. Pabila Cahaya menoleh,pantas baginda berpaling, kemudian sambung mengerling. Adakah aku sudah jatuhhati padamu Cahaya?- Putera Telang.

            “Sudahselesai,” kata Cahaya tidak semena. Dia memandang wajah baginda yang lekatermenung ke arahnya. “Tengku?” Cahaya cuba mengejutkan baginda dari gilaangau.

            “Tengku!!!”jerit Cahaya memecah gendang telinga baginda.

            Tersentakbaginda sehingga bekas air yang penuh dengan air merah darah dari bahu bagindamelimpah ke seluruh baju baginda. Kuyup baju baginda dan basah katil dengan airtersebut.

            “Ampunkanpatik. Biar patik bersihkan,” ucap Cahaya tergesa-gesa membuka baju bagindayang basah.

            Badankekar baginda terdedah di pandangan Cahaya. Baginda yang terbaring lantasbangun terduduk, menolak Cahaya ke tiang katil. Baginda mengenggam lenganCahaya dan mengagah tajam matanya yang bersinar. Terungkap kalimah pengakuandari bibir baginda, “Beta sudah terjatuh hati pada tuan hamba.”

            TerdiamCahaya seribu bahasa. Badannya kaku dengan pergelangan tangannya digenggam eratPutera Telang. Tangkas Cahaya mencantas lalu berdiri tak keruan. “Maafkan patikjika kata-kata patik selepas ini membuat tengku murka. Tengku sebenarnya telahmelakukan kesalahan kepada patik sebelum ini dan wajah tengku sudah lekat diingatan patik untuk pembalasan. Sekarang tengku mengatakan cinta pada patik?!Putera pikares! Itukah yang tengku mahu?! ‘Si Buta Tongkat’ panggilan yangpatik beri pada tengku. Ampunkan patik atas luahan hati patik yang mungkindianggap kurang ajar. Ampunkan patik.” Cahaya melangkah keluar dari kamar laju.Meninggalkan semua peralatan yang dibawa sebelumnya.

            PuteraTelang hanya merenung Cahaya pergi. Hatinya berdesis, “Aku seperti pikares? Akuseperti geneng? Adakah segala yang aku lakukan begitu jelas di pandangan semuaorang?”

 

MALAMmenjelma.Putera Telang dan rombongannya bakal bergerak keluar dari istana untukmenunaikan Kuul. Mereka akan menunggang kuda di pintu selatan istana. Pergerakanmereka sudah dimaklumkan kepada pembesar lain. Hanya Temenggung Daeng Asaadyang menemani. Tiada siapa yang akan perasan akan rombongan tersebut. Merekamemakai pakaian rakyat biasa beserta hud di kepala. Bakau dan Putera Telangsudah seperti rakan biasa. Mereka berdua sudah bersedia untuk bertolak.

            “LaksanakanKuul ini sebaik mungkin, Tengku. Cuba rungkaikan segala sisipan Kuul rangkaanayahanda tengku. Fahamilah dan hayatilah setiap bahagian Kuul tersebut,”nasihat Temenggung Daeng Asaad kepada Putera Telang yang bakal bermusafir keseluruh daerah Pulau Luangan.

            PuteraTelang memberi pandangan mata kepada Cahaya yang muram durja sejak dari tadi. Bagindamendekatkan kuda baginda dengan kuda tunggangan Cahaya. “Adakah tuan hambatakut?”

            Hanyasunyi yang menjawab soalan baginda.

            “Janganrisau tentang pagi tadi, Tabibku. Anggaplah beta sebagai sahabat biasasepanjang perjalanan Kuul ini. Lagipun kita sedang menyamar sebagai rakyatbiasa. Memang beta mahu menjadi seperti pikares. Pikares yang musafir untukmencari kebenaran Kuul…” baginda terhenti sejenak.

            “…danmencuri kalbu tuan hamba ke taman hati pikares musafir ini.”

            Cahayamenoleh ke wajah Putera Telang lalu membalas, “Tuan hamba bukanlah sesiapa yangboleh mencuri hati hamba. Sekadar nafsu tidak dapat menjatuhkan benteng hamba.Jika pikares yang tuan hamba mahu, jangan biar ia menyakiti hamba. Kerana kerishamba akan pertama kalinya merasa darah merah di lidahnya.”

            “Jom!!!”Bakau tempik untuk bertolak. Cahaya mengarahkan kudanya untuk berjalan.

            PuteraTelang mengukir senyum. Semakin baginda dicabar, semakin berbunga hati baginda.Baginda semakin teruja untuk melakukan penjelajahan ini. Harap-harap dia berjayamencuri hati Tabib Cahaya Bula. Maka bermulalah pengembaraan seumpama ‘PikaresMusafir’ Tengku Mahkota Pulau Luangan yang bakal menjadi raja suatu hari nanti.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.