Home Novel Cinta BAHTERA SELUAS LAUTAN
BAHTERA SELUAS LAUTAN
Shion
9/1/2018 02:08:05
8,541
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

Bab3: Wasiat Fasal Kuul

MERANGKAKPuteraTelang masuk ke dalam istana melalui lubang rahsia lekat di tembok. Bagindabaru perasan akan tubuhnya terbuka lantas mencapai kain putih di ampai. Bagindamemakai dan melilit badannya dengan kain tersebut dan ikat mati di pangkal.Meluru baginda ke kamar Yabang yang karib sahaja dari situ. Selinap bagindamasuk. Namun, kamar Yabang tak berpenghuni. Terdengar orang mendekati. Ditelekdari jendela mengandai Yabang, tapi salah seorang pengikut pembesar pula yangmenghampiri. Baginda tidak mahu dilihat pembesar atau pengikutnya kerana banyakhelah akan mereka guna lagi-lagi baginda telah hilang selama dua hari. Lantas bagindamenyorok di dalam almari baju Yabang yang terletak di penjuru. Diam bagindadalamnya.

            Pengikutpembesar masuk dengan berhati-hati seperti ada muslihat tersemat di hati. Diamemegang botol kecil berisi cecair bersamanya.  

            PuteraTelang mengintai dari celah daun pintu almari. Jantungnya terhenti pabilamata  pengikut menoleh tiba-tiba ke arahalmari yang sedikit terbuka. Langkahnya makin hampir secara perlahan. PuteraTelang menutup mulutnya dengan telapak menahan hela.

            Serabikbergegar dengan hentakan pengawal istana menuju ke kamar Yabang. Pengikutbendahara tersentak laju meninggalkan botol di kantung seluar Yabang dalamkamarnya. Dia melompat keluar tingkap tanpa dikesan sesiapa, selain PuteraTelang.

            Dicerobohkamar Yabang oleh pengawal secara kelam-kabut. Disepahkan harta Yabang sepertimencari sesuatu. Segenap ruang diteliti. Sukar untuk Putera Telang mengelakkali ini. Pintu almari dibuka. Pengawal terkejut menjumpai Putera Pulau Luanganterduduk dalam ruang sempit.

            “Putera?”pengawal menyoal.

            Seorangpengawal pula merasa sesuatu dalam kantung seluar Yabang. Dia jumpa botol yangdianggap upas (racun).

            TemenggungDaeng Asaad melangkah masuk dengan wajahnya yang bengis. Dia masuk danmemerhati setiap sudut dan mengambil botol upas yang ditemui pengawal dalamkamar Yabang. Daeng Asad merenung Putera lalu mengucap, “Ampun tengku,bagaimana tengku boleh berada di situ?!” nadanya tegas tapi tidak dia marah.Memang cara percakapan temenggung begitu.

            PuteraTelang menunduk terdiam dengan hanya kain putih menutup badan.

            “Tidakdimaklum kepada patik yang tengku sudah pulang dari Hafa (satu daerah dalamPulau Luangan)?!”

            “Sejakbila aku pergi ke Hafa?” desis kalbu Putera hairan.

            “Patikharap tengku tahu bahawa ayahanda tengku sedang gering dek kerana Yabang yangmeracuni. Afdalnya tengku pergi ke kamar Raja Luang yang mungkin sedang beradugering sekarang.”

            Yabangcuba membunuh Raja Pulau Luang? Perkara yang tidak masuk akal. Yabang sudahmenetap dalam istana lama. Menjadi sahabat rapatnya sejak kecil. Tak mungkinYabang sanggup mengkhianati Putera. Putera sukar menerima tuduhan TemenggungDaeng Asaad. Dia keluar dari almari dan berkata, “Temenggung jangan menuduhsahabat beta sesuka hati. Beta tahu Yabang tak akan melakukan ini.” Terus selisihPutera Telang Luangan berangkat ke kamar ayahandanya.

            DaengAsaad hanya merenung lama seraya mengajak pengawal lain bergerak ke anjung.Temenggung Daeng Asaad sangat tegas dan adil. Tidak pernah dia pilih bulu dalammenjaga keamanan istana dan negara Pulau Luangan. Namun, dirinya sendiri beradadi tapak tangan bendahara. Segala arahan bendahara berbisa jika tidak dipatuh.Namun, Daeng Asaad masih menuntun di jalan kebenaran. Biar dia dicerca membenarundang-undang raja dari mati tidak setia. Temenggung iaitu penguasadaerah-daerah di Pulau Luangan.

 

PUTERATelangmelalui anjung untuk menuju ke kamar Raja Luang. Namun, langkahnya terhentiselepas melihat Bendahara Tun Kaja bersemayam di singgahsana raja. Pembesaryang lain turut bersamanya seperti sedang musyawarah. Terdapat Syahbandar Dinarselaku Penghulu Bendahari di raja, Laksamana Hang Siul dan beberapapengikut-pengikut setiap pembesar.

            Dalamwaktu yang sama, pintu masuk ke anjung dibuka. Temenggung Daeng Asaad masukmenghadap pemangku raja merangkap Bendahara Tun Kaja. Kemudian Daeng Asaadmenoleh ke arah Putera Telang selamba.

            “PuteraTelang sudah pulang ke istana.” Bendahara menyapa.

            “Mengapabendahara tegar bersemayam di singgahsana ayahanda beta. Biarpun raja kinigering, bendahara jangan lupa akan tengku mahkota di raja yakni beta sendiribakal merangkul takhta seterusnya. Jangan sampai beta murka bendahara sehinggamenghalau ke Pulau Jura!

            BendaharaTun Kaja dan pembesar lain berdekah kecuali Daeng Asaad selepas mendengarugutan Putera Telang. Bendahara cegat perlahan. Dia mengungkap pangkahan balas,

            “Sudahkahtengku muda membaca Kuul Pemerintahan (singkatan Kod Undang-Undang Luangan:Pemerintahan). Pastinya belum. Ampun tengku. Bukan niat patik menyindir. Namunsetahun jagung tetap ada rasa kelatnya. Kuul ialah sistem perlembagaan utamanegara Pulau Luangan gubalan ayahanda tengku sendiri. Tuanku Raja Luangmerangka KUUL untuk mengawal jumlah rakyat Pulau Luangan. Keluasan pulau tidakbesar  yang sangat kecil terpencil jauhdari negara karib. Kuul Pemerintahan memberitahu pembesar empat lipatanbukannya untuk diubah atau dibuang negara tapi diganti dengan waris pabilamangkat. Bukankah tengku juga bakal mengganti Raja Luang satu hari nantiselepas kemangkatan baginda?

            “Diam!”Putera Telang murka, “Memang beta masih tidak arif. Namun bendahara perlu arifakan kuasa raja. Akan beta menentang Kuul dan tetap menghantar sesiapa yangderhaka ke Pulau Jura. Harap bendahara sedar dan ingat titahan beta ini.” Putera Telang berjalan pergi ke kamarmeninggalkan anjung.

            Bendaharadengus perlahan menahan amarah ucapan Tengku Mahkota di Raja Pulau Luangan.Temenggung sebaliknya mengukir senyum kecil bangga dengan si geneng.

 

PINTUkamarberadu raja dibuka perlahan. Putera Telang masuk menghadap. Menghampiri Puterake katil. Baginda melihat ayahandanya lemah terbaring.

            “Ampunayahanda.”

            “Telang?”bola mata Raja Luang bergerak ke kanan melihat anakandanya.

            “Ampunkananakanda yang bala ini. Akan anakanda patuh pada peraturan ayahanda. Pada KUULdan lainnya. Jangan tinggalkan Telang, ayahanda.” Esak Putera Telang menitiskanair mata.

            TanganRaja menyapu pipi anakanda genengnya. Dia titah lemah, “Ayahanda tak pernahlupakan Telang. Ayahanda tak pernah tak rindukan Telang. Sentiasa ayahandaletak Telang di atas makhkota emas sebagai keutamaan. Sayang dan kasih ayahandasentiasa untuk Telang.

            “Telangjuga sayangkan ayahanda.”

            “Ayahandadan Bonda senantiasa sayangkan Telang. Bakal menjadi Telang, Raja Luangan.Jagalah Kuul sebaiknya kerana di situ adanya secebis kebenaran. Akan Telangsedar mengapa ayahanda terpaksa patuh akan kekejaman Kuul terhadap semua.Kadangkala kemenangan perlukan pengorbanan Telang.

            “Apayang ayahanda katakan ini? Ayahanda takkan mangkat di depan Telang!”

            “Ayahandasayang Telang…” Raja Luang meluah rasa kasih sayangnya pada Telang. Seraya nafasRaja Luang terhenti. Mangkatnya Raja Luang Negara Pulau Luangan.

            Satunegara berkabung selepas mendengar khabar kemangkatan Raja Luang. Putera Telangmula naik amarah dendamnya. Akan baginda cari pembunuh ayahandanya. Hilangsifat genengnya dalam istana. Memaparkan sifat seorang putera yang bakalmenjadi raja pemerintah Pulau Luangan. Segala persoalan akan baginda cungkil.

            Pengikutpembesar mana yang cuba menfitnah Yabang? Mengapa baginda dikatakan ke Hafasedangkan baginda hanya berada di sempadan istana? Mengapa Yabang difitnah?

            “Yabang?”bertanya Putera Telang di mana Yabang berada. Semasa hari berabung tidakterlihat oleh baginda akan Yabang.

            Fikiranbaginda mula ragu akan Yabang. Terlintas di hatinya untuk berjumpa denganTemnggung Daeng Asaad yang mengatakan baginda pergi ke Hafa. Mungkin Temenggungakan beritahu siapa yang menyampaikan dusta itu.

 

DAENGAsaad sedang bersiap untuk ke medan hukuman dalam kamarnya. Terlihat bayanglaju bergerak dari belakang. Perasan Daeng mudah akan Putera. Gerak geri Puterasudah menjadi rutin bagi Daeng. Dia berpaling ke belakang dan ungkap,

            “Ampuntengku. Mengapa tengku datang ke kamar patik?”

            PuteraTelang menuju laju menolak Daeng menghentak dinding. Baginda ramas kolar bajuTemenggung. Temenggung sebenarnya mampu melawan baginda. Namun, keranadaulatnya raja, dia membiar.

            “Dimana Yabang? Dari mana Temenggung tahu dusta beta ke Hafa? Luahkan pada beta!”

            “Ampuntengku. Sebelum patik menjawab pertanyaan tengku, patik hendak tengku tahu yangramasan tengku tidak memberi kesan kepada patik.”

            “Oh,baiklah.” Mudah baginda berubah emosi.

            Temenggungdilepaskan dan menjawab,

            “Ampuntengku. Perginya tengku ke Hafa patik tahu daripada pengumuman istana. Padamasa itu, Tuanku Raja Luang mula gering diracuni. Dan Yabang yang telahmeracuni Tuanku telah dikurung di penjara bawah tanah dan bakal dipancungsebentar lagi.”

            “Pancung?Itu hanya fitnah.” Hati baginda menutur.

            “Temenggung.Beta tahu kebenarannya. Bukan Yabang yang membunuh ayahanda beta. Beta lihatsendiri dengan mata beta dalam kamar Yabang. Seorang pengikut pembesarmeletakkan upas ke dalam kantung seluar Yabang.”

            “Apabukti tengku boleh berikan? Tengku bakal disangsi orang istana tanpa buktisekaligus menarik kepercayaan mereka terhadap pemerintahan dan titah tengkupabila menjadi raja nanti.”

            “Betabuktinya! Beta saksinya!”

            DaengAsaad memerhati fajar yang penuh mengenal waktu. “Ampun tengku. Waima, hukumansudah pun bermula. Bendahara telah menjatuhi Yabang hukuman pancung sampai matibila fajar penuh.”

            RiakPutera Telang pucat lesi. Mengenang segala memori bersama Yabang yang sepertisaudara kembar kepadanya. Berlari dia meluru ke medan hukuman.

*****

YABANGdengan tangan terikat berbaju putih koyak dan kotor diheret ke medan olehpengawal. Rambutnya serabai dan muka dan badannya lebam kehitaman. DipakaikanYabang perangkap leher dengan rantai di kaki dan tangan. Melutut di atas medanhukuman. Pasrah Yabang akan hukuman yang bakal menimpanya. Pedang pancungdiasah hadapannya. Bunyi asahan pedang buat perasaan Yabang cuak. Menunggubunyi gong dipalu oleh pemangku raja yakni Bendahara Tun Kaja.

“Dungggg!!!”

             Pemancung berbadan gagah mengangkat pedang kelangit laju dihayun ke leher Yabang.

            “Berhenti!!!”teriak Putera Telang di medan hukuman.

            Semuasaksi terdiam tegak melihat Putera Telang di gerbang. Tak terpancung kepalaYabang yang juga kesiap. Putera Telang menghampiri Yabang dan cuba membukaperangkap kepala berantai pada Yabang. Namun, tidak boleh kerana berkunci.

            “Manakunci perangkap?! Serahkan pada beta! Sekarang!”

            Tiadayang melayan. Hanya sepi yang menjawab.

            “Lekaslah!!!”berdengung suara baginda di medan hukuman.

            “Apayang tengku cuba lakukan?” suara Tun Kaja mencelah.

            “LepaskanYabang sekarang bendahara. Dia tak bersalah.”

            Bendaharageleng perlahan memandang Putera Telang. “Ampun tengku. Pernah patik pesankantengku fasal Kuul. Namun masih nihil ingatan tengku akan pegangan negara itu.Bahkan orang istana dan meskipun rakyat biasa tahu akan Kuul. Mengapa bakalraja dan pemerintah negara masih jahil dengan Kuul.”

            “Adakahbeta melanggar mana-mana Kuul dalam menegakkan keadilan?”

            “Keadilantelah pun ditegakkan di anjung bicara tengku. Kuul: Hukuman Kod 20- Keputusanhakim di anjung bicara mestilah dijalankan hatta ada yang membantah. Yabangtelah membunuh Raja Luang di kamar baginda. Dan pengawal juga menjumpai upasyang sama dalam makanan raja. Terang lagi bersuluh si Yabang pembunuhnya.

            “Itufitnah, beta nampak sendiri…” tidak sempat dihabiskan disampuk bendahara,

            “Hukuman!!!”kuat bendahara sentap, “ …tetap akan dilangsungkan. Pengawal bawa Putera TelangLuangan keluar dari medan. Sekarang!”

            PuteraTelang kucar mendengar. Pengawal berlari ke arahnya. Lengannya ditarikpengawal. Baginda bertahan memeluk Yabang. Yabang bisik,

            “Lepaskanhamba, Telang. Jangan biarkan diri engkau jatuh ke perangkap Tun Kaja. Takdirhamba mati di sini. Jadilah raja menjaga fasal kuul. Tegakkan keadilan bersamalihai rakyat. Lepaskan hamba, Telang.”

            “TidakYabang. Siapa lagi akan berpihak padaku Yabang? Kau harus hidup.”

            Rantaiperangkap kepala ditarik pengawal dari belakang. Yabang mengesot kebelakang.Terpisah dakapan Putera Telang dari Yabang. Putera Telang ditarik keluar pintugerbang. Di depan matanya sendiri, baginda lihat kepala Yabang dipancung dengansenyum tenang. Yabang… Peneman setia Putera Telang mati difitnah. Akan diukirnamanya dalam ingatan Putera sampai bila-bila. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.